Cosmoderm Perfect Balanced Dengan Prebiotik & Calamine Bantu Tingkatkan Kecantikan Kulit

Cosmoderm Perfect Balanced Dengan Prebiotik & Calamine Bantu Tingkatkan Kecantikan Kulit l Assalamualaikum. Hi korang. Siapa peminat warna pink, angkat tangan. Confirm confirm ramai yang suka warna pink ni kan. Ana pun suka je dengan warna pink ni. Melambangkan kecantikan dan kelembutan seorang wanita gitu!!

Cosmoderm Perfect Balanced

Cosmoderm Perfect Balanced Dengan Prebiotik & Calamine Bantu Tingkatkan Kecantikan Kulit


Cakap tentang warna pink, Ana nak share dengan tentang satu rangkaian produk berwarna pink yang baru di pasaran. Tapi jangan risau sebab produk baru ni dari jenama yang sedia terkenal di Malaysia iaitu Cosmoderm.



Siapa Cosmoderm?


Cosmoderm merupakan salah satu jenama tempatan yang bertaraf antarabangsa. Ditubuhkan pada tahun 2001, Cosmoderm telah berjaya menghasilkan lebih dari 50 produk kecantikan wajah dan badan yang diiktiraf halal oleh JAKIM.


Produk Cosmoderm juga selamat untuk digunakan. Hanya menggunakan bahan aktif tulen dan berkualiti tinggi seperti Vitamin E dari Eropah, Tea Tree Oil dari Australia, Co-Enzyme Q-10 dari Jerman dan ramuan herba tradisional seperti Manjakani dari Malaysia, rangkaian produk Cosmoderm adalah bebas paraben dan sulfat.



Cosmoderm Lancarkan Cosmoderm Perfect Balanced 


Kalau sebelum ni Ana ada share dengan korang tentang Cosmoderm  Tea Tree Oil untuk atasi kulit berjerawat, kali ni Ana nak share pula tentang Cosmoderm Perfect Balanced, set berwarna pink yang menawan khas untuk para wanita.

Cosmoderm Perfect Balanced

Cosmoderm Perfect Balanced merupakan rangkaian penjagaan kulit muka yang berfungsi untuk kekalkan kecantikan kulit wajah secara sihat. Rangkaian terbaru ini juga sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.



Diperkaya dengan Prebiotik dan Calamine


Cosmoderm Perfect Balanced mengandungi dua bahan yang terbaik untuk kesihatan dan kecantikan kulit muka iaitu :


1. Prebiotik


Seperti yang kita tahu, prebiotik atau lebih dikenali sebagai bakteria baik berfungsi untuk memperbaiki sistem pencernaan kita. Tapi apa fungsi prebiotik untuk kulit wajah? Sama seperti fungsi di sistem pencernaan, prebiotik di dalam Cosmoderm Perfect Balanced membantu ekosistem kulit mikro dengan merangsang pertahanan semula jadi kulit, meningkatkan kecerahan kulit dan menyeimbangkan mikrobioma kulit.


2. Calamine


Calamine biasanya digunakan di dalam krim atau losyen untuk merawat kegatalan ringan serta membantu mengeringkan kerengsaan kulit. Untuk Cosmoderm Perfect Balanced, calamine berfungsi untuk menenangkan kulit wajah termasuk meredakan kegatalan dan iritasi pada kulit, mengurangkan kulit berminyak dan kemerahan pada kulit serta melegakan kesan selaran matahari.



4 Langkah Mudah Untuk Kulit Yang Sihat Dengan Cosmoderm Perfect Balanced


1. Perfect Balanced Foaming Cleanser

Cosmoderm Perfect Balanced


Langkah pertama dan paling penting dalam regim penjagaan kulit adalah dengan mencuci muka menggunakan pembersih muka yang sesuai dengan jenis kulit muka kita.


Perfect Balanced Foaming Cleanser sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Ianya bebas paraben, fragrance, SLS / SLES dan artifial colorant. Antara fungsinya selain dari membersihkan kulit muka dari kotoran dan cela secara mendalam, pembersih ini juga mampu mengurangkan penghasilan minyak berlebihan di muka, mengurangkan kemerahan seterusnya meningkatkan fungsi kulit untuk menyerap segala nutrien.


Cara penggunaan :

Picit sedikit pembersih ke tapak tangan dan gosok ke seluruh kulit muka. Kemudian bilas dengan air bersih.



2. Perfect Balanced Toning Lotion

Cosmoderm Perfect Balanced


Langkah kedua terpenting dalam regim penjagaan kulit adalah dengan menggunakan toner. Perfect Balanced Toning Lotion dari Cosmoderm ini juga bebas paraben, fragrance dan artifial colorant


Ianya diformulasi dengan calamine dan 20,000ppm prebiotik yang bertindak melegakan kemerahan, meningkatkan kelembapan, merangsang keupayaan fungsi penyerapan kulit serta meningkatkan pertahanan semulajadi dengan mengekalkan keseimbangan mikrobioma kulit.


Cara penggunaan


Lepas bersihkan muka, tuang sedikit toning lotion ke telapak tangan.  Tepuk perlahan ke atas kulit muka. Pastikan goncang sebelum digunakan.


3.  Perfect Balanced Soothing WOW Cream

Cosmoderm Perfect Balanced


Langkah seterusnya, apply krim untuk lembapkan kulit wajah. Perfect Balanced Soothing WOW Cream diformulasikan dengan calamine pekat dan 30,000ppm yang bertindak menenangkan dan melegakan kulit sambil memperbaiki daya ketahanan kulit.


Dengan 3x peningkatan kelembapan kulit, krim ini dapat membantu mengembalikan kelembapan kulit yang hilang serta mengurangkan cela pada permukaan kulit.


Cara penggunaan : 


Sapukan krim dengan rata ke seluruh wajah dan leher. Sesuai untuk kegunaan siang & malam.  


4. Perfect Balanced Mineral Sun Milk

Cosmoderm Perfect Balanced


Akhir sekali, jangan lupa lindungi kulit dengan sun milk. Cosmoderm Mineral Sun Milk dengan SPF25PA++ ini berfungsi melindungi kulit daripada bahaya sinar UVA dan UVB.


Sun milk ini juga mampu meningkatkan perlindungan permukaan kulit daripada tekanan persekitaran serta membantu menghilangkan selaran matahari dan mengatask masalah kulit kering. 


Cara penggunaan : 


Dengan jumlah yang mencukupi, sapu rata sun milk ke seluruh wajah.



Beli Rangkaian Cosmoderm di Farmasi Berdekatan


Bagi yang berminat untuk cuba produk Cosmoderm Perfect Balanced atau rangkaian produk Cosmoderm yang lain, korang boleh dapatkan di semua rangkaian farmasi berdekatan termasuk di Watsons, Guardian dan Aeon Wellness. Nak mudah lagi korang boleh beli secara online di www.cosmoderm.com.my atau di Shopee Cosmoderm Offical Store.


Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini dari Cosmoderm, korang boleh layari laman sesawang rasmi atau sosial media Cosmoderm seperti di bawah :



Cosmoderm Perfect Balanced Dengan Prebiotik & Calamine Bantu Tingkatkan Kecantikan Kulit Reviewed by Ana Suhana on January 28, 2021 Rating: 5

6 comments:

  1. Wahh.. Cosmoderm ada produk baru. Packaging pun cantik. Sekarang saya tengah guna yang warna kuning.

    ReplyDelete
  2. dah cuba dan rasa sendiri perbezaannya mmg best...kena follow semua step paling terbaik

    ReplyDelete
  3. wah cantiknya packaging new cosmoderm product ni..suka warna pink..sebelum ni pernah cuba produk cosmoderm memang okay terutama produk untuk kulit sensitif

    ReplyDelete
  4. Cantik packaging dia. Lama jugak ye cosmoderm ada kat pasaran. Tahniah dah launching produk baru

    ReplyDelete
  5. wahh dah lama tak pakai cosmoderm.. dulu dulu selalu beli moisurizer dia :)

    ReplyDelete
  6. This looks like such a beneficial and good skincare range. Can’t wait to buy one for myself!

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.