Tingkatkan Sistem Imun Anak-anak dengan KidAone ElderBerry & COLOSTRUM l Assalamualaikum dan hi korang. Tak lama lagi sesi persekolahan akan bermula kan? Dah selesai ke beli barang keperluan sekolah anak-anak? Ana selesai dah semua. Lega satu bab. Tapi bila pikir sesi persekolahan yang akan datang ni, tak berapa nak lega pulak. Ye lah statistik Covic19 makin lama makin tinggi. Dan kadar jangkitan semakin banyak. Rasa tak yakin nak lepaskan Syafi ke sekolah tapi terpaksa lah kan kalau sekolah dah bermula. Mujur Syafi consume KidAone ElderBerry & COLOSTRUM, so kuranglah sikit rasa risau tu.
Tingkatkan Sistem Imun Anak-anak dengan KidAone ElderBerry & COLOSTRUM
Sejak pandemik ni melanda negara kita, ramai yang jatuh sakit termasuk kanak-kanak. Ini kerana mereka mempunyai sistem imun yang rendah. Sebab tu kalau boleh, elakkan dari bawa mereka ke tempat-tempat tumpuan ramai atau tempat sesak. Dan pastikan juga mereka dapat tidur dan rehat yang berkualiti, minum air kosong secukupnya dan makan makanan yang berkhasiat untuk tingkatkan sistem imun tubuh mereka. Lebihkan buah-buahan dan juga sayur-sayuran dalam diet pemakanan.
Anak tak suka makan sayur dan buah??
Memang pening bila anak-anak jenis yang memilih bab makan. Tapi jangan risau sebab korang boleh beri supplement dekat dorang. Nak lagi senang cari yang jenis tablet kunyahan ala ala gula-gula tu. Sure dorang suka.
KidAone ElderBerry & COLOSTRUM dengan 3 Bahan Penting & Berkualiti Tinggi
Ok cakap pasal supplement dalam bentuk tablet ni, Ana recommend korang beli KidAone ElderBerry & COLOSTRUM dari Wellous. Hanya dengan 2 biji tablet yang mengandungi 600mg colostrum, 100mg eldeberry dan 100mg vitamin C setiap hari, Ana yakin mereka akan mendapat kebaikan yang diperlukan.
Fungsi KidAone ElderBerry & COLOSTRUM
1. Berfungsi meningkatkan sistem imun kanak-kanak dengan berkesan
2. Membantu menguatkan sistem pencernaan kanak-kanak dengan meransang kesihatan usus mereka
3. Mempunyai sifat anti-virus dan anti-bakteria yang dapat menghalang dan menghentikan pembesaran bakteria manusia
4. Meredakan dan mengurangkan gejala selesema dengan pantas serta meningkatkan sistem pernafasan kanak-kanak
5. Menggalakan pembesar dan meningkatkan tenaga kanak-kanak
Hebat kan KidAone ElderBerry & COLOSTRUM ni. Apa yang buat produk ini hebat ialah kerana ianya mengandungi 3 bahan yang penting dan berkualiti tinggi yang telah dipatenkan iaitu :
1. ColostrumOne dari USA
Ana yakin para ibu mesti familiar dengan Colostrum especially ibu-ibu yang menyusu badan. Seperti yang kita tahu, colostrum merupakan cecair susu pertama yang terhasil sebaik saja kita bersalin sebelum susu sebenar dihasillkan. Ini termasuk mamalia lain seperti lembu. Colostrum sangat berkhasiat kerana kaya dengan protein, nutrien, karbohidrat, magnesium dan vitamin A, B, C dan E. Untuk KidAone ni, colostrum yang digunakan ialah ColostrumOne™ yang diperolehi dari susu berkualiti tinggi dan telah melalui teknik aglomerasi yang dapat larut dalam usus dengan mudah apabila dimakan.
2. Ekstrak Elderberry dari Austria
KidAone ElderBerry & COLOSTRUM menggunakan ekstrak Eldercraft black elderberry dari Austria yang berkualiti tinggi dengan piawaian 14% anthocyanin. Untuk pengetahuan korang, elderberry terkenal sebagai salah satu daripada 3 buah-buahan 'superfood' di Eropah yang berfungsi secara semulajadi untuk memberi kesan pemulihan melalui sifatnya yang berkesan terhadap virus dan jangkitan pernafasan bakteria. Ini terbukti bila ianya telah digunakan sebagai bahan utama dalam formulasi ketika epidemik Spanish Influenze 1918.
3. Vitamin C dari USA
Selain dari colostrum dan elderberry, produk KidAone ini juga mengandungi PURE C yang amat kaya dengan sumber vitamin C. Istimewa PURE C ini ialah ianya mempunyai kadar penyerapan yang lebih tinggi dari vitamic C biasa, seterusnya mempunyai kadar pengekalan yang lebih tinggi. PURE C ni juga mempunyai kesan lebih cepat dan lebih bermanfaat daripada asid askorbik biasa, mengandungi metabolit vitamin C-lipid serta antioksidan yang lebih kuat yang mempunyai kemampuan membersihkan radikal bebas yang lebih tinggi.
Pengalaman Syafi dengan KidAone ElderBerry & COLOSTRUM
Sekarang senang nak bagi anak-anak makan supplement bila ada dalam bentuk tablet berbanding bentuk cecair. Tak lah nampak macam ubat sangat kan. Masa first time Ana bagi Syafi KidAone ElderBerry & COLOSTRUM ni, Syafi macam refuse sebab warna dia agak tak menarik. Tapi bila dah rasa sendiri, baru dia ok. Katanya rasa macam makan coklat. Mana taknya, produk KidAone ni didatangkan dengan perisa koko beri. Memang sedap lah kan.
Sekarang jom cakap tentang keberkesanannya pulak. Syafi seorang yang sangat aktif even duduk dalam rumah. Alhamdulillah sejak kecik dia jarang jatuh sakit. Maybe sebab dia fully breastfeeding selama 2 tahun lebih dulu. Haa nampak tak kebaikan susu ibu dan colostrum pada kesihatan kanak-kanak. Cuma Syafi ada masalah sinus setiap kali bangun pagi. Maybe sebab tidur dalam aircond dan dia jenis tak suka berselimut. Tapi lepas mandi, hidung dia akan ok balik.
Tapi lepas beberapa minggu Syafi consume KidAone ElderBerry & COLOSTRUM ni, Ana perasan masalah sinus dia semakin berkurang. Tak seteruk dulu. Kalau dulu, dia akan bersin dan bersin. Tapi sekarang bersin pun jarang. Nampak lah produk KidAone ni berkesan dan serasi dengan Syafi.
Lagi satu, masalah pencernaan Syafi pun makin baik. Kalau sebelum ni selang sehari baru dia akan buang air besar. So najis dia jadi keras dan sakit masa meneran tu. Tapi sekarang hampir setiap hari dia akan buang air besar dan dah tak sakit pun masa membuang tu. Kemain suka lah dia bila perut makin selesa.
KidAone ElderBerry & COLOSTRUM Selamat untuk Kanak-kanak
Sebagai seorang ibu, Ana yakin korang pun mesti nak yang terbaik untuk anak-anak kan. Lagi-lagi dalam situasi pandemik sekarang ni. Kalau ada sesuatu yang boleh tingkatkan sistem imun dan sekaligus melindungi anak-anak dari serangan virus di luar sana, apa salahnya kita mencuba. Betul kan? Tapi Ana tau mesti ramai yang tertanya-tanya tentang KidAone ElderBerry & COLOSTRUM ni. Selamat ke? Ada kelulusan ke tak? Betul kan??
Jangan risau korang, sebab KidAone sangat mementingkan keselamatan bila berkaitan dengan produk kanak-kanak. Untuk pengetahuan korang, KidAone telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.
Ianya juga HALAL dan telah disahkan selamat tanpa mikroorganisma, logam berat atau bahan pengawet di dalam kandungannya.
So korang boleh lah bagi anak-anak makan tanpa was-was. Kalau tak, tak kan produk KidAone ini sangat disyorkan oleh Dr Jezamine Lim Iskandar. Korang boleh refer video dekat link
Facebook ni.
Bagi yang berminat nak beli KidAone ElderBerry & COLOSTRUM ni, atau nak tahu promosi yang sedang berlangsung, korang boleh ke Facebook Page
Wellous Malaysia atau hubungi authorised dealer mereka yang sah. So selamat mencuba dan semoga anak-anak kita sentiasa membesar dengan sihat.
Sama sis, risau juga anak nak masuk darjah satu..risau. Bagus info nih, mungkin cuba juga nanti beri suplemen KidAone ni pada anak. TQ for sharing
ReplyDeleteThanks for recommending this awesome supplements for children. Yeah! Little ones could definitely benefit from this especially when it contains colostrum
ReplyDeletewaktu waktu sekarang ni kanak-kanak perlu sangat untuk mendapakan suppliment yang sesuai kan Ana :)
ReplyDeletebudak2 lagi elok consume supplement boleh bantu sihatkan tubuh badan. mak pak lagi lah suka
ReplyDeleteMenarik. LeYa boleh syor kan untuk anak buah LeYa. Memang kena ada juga supplement di musim pandemik ni. Anak-anak sekarang semakin aktif dan tidak sedar tentang penjagaan kesihatan mereka. Jadi, sebagai IbuBapa memang patut kena ambiltahu.
ReplyDeleteSedapnya supplement budak. Masa kecik berebut2 makan sebab sedap. Bukan kita je kena boost imune system dgn mengambil supplement, kanak2 lagi perlu sb masih kecil dan membesar. Bolehla try brand ni nanti.
ReplyDeleteWow Wellous ni ada mcm2 kan..produk2 dia mmg bagus.. Za cuba tigrox tiger milk king pun mmg elok utk org ada mslh pernafasan. Nnt nk cuba yg ni utk anak za lah
ReplyDeleteMesti sedapkan, rasa macam berry anggur ribena gitu.. Sis dulu kalau bagi anak vitamin, dengan Sis sekali ngap sebiji hahahaha..
ReplyDeleteKalau budak2 jenis picky, tak suka makan sayur dan buah (macam saya dulu la), memang susah kita nak make sure dia mendapat nutrien yg mencukupi. Kena la bagi supplement macam ni.
ReplyDeleteThis looks like such a great product. Can’t wait to buy a few of these for my young little nephews nnt, i am sure they will love them!
ReplyDeleteBagus sebab dia ada colastrum. Nanti boleh dapatkan utk anak2 . Untuk lebih imuniti dalam badan
ReplyDeleteMenarik produk nie Ana, tambah waktu macam sekarang nie memang perlu suppliment macam nie kan..
ReplyDeleteMemang bagus sgt utk pertumbuhan anak2. Nak tak nak mmg kena amik gak supplement utk perkembangan mereka kan..sama macam kte gak hehe
ReplyDeleteBetul tu kanak2 kdg2 suka memilih bab makan, jadi mak2 kenalah cari makanan tambahan mcm supplimen utk mereka
ReplyDelete