Antara Restoran Di Kuala Lumpur Yang Menawarkan Menu Daun Pisang Terbaik
Antara Restoran Di Kuala Lumpur Yang Menawarkan Menu Daun Pisang Terbaik l Assalamualaikum. Sedapnya lah hai dapat makan nasi putih degan kari beralaskan daun pisang kan. Papadom pula wajib ada. Tak lengkap rasanya kalau takde papadom. Fuhh confirm terangkat. Sampai menjilat jari lah orang kata.
Antara Restoran Di Kuala Lumpur yang Menawarkan Menu Daun Pisang Terbaik
Korang tahu tak, sebenarnya menu daun pisang ni berasal dari
India Selatan dan diperkenalkan di Malaysia semasa penjajahan British dahulu.
Sebab tu kalau korang tengok, kebanyakan restoran nasi daun pisang ni restoran
masakan India.
Kalau dulu agak susah nak jumpa restoran nasi daun pisang ni
kan. Tapi sekarang tak lagi. Korang boleh jumpa restoran masakan India ini
dengan mudah.
Restoran Daun Pisang Terkenal di KL Yang Muslim-friendly
Pada yang mengidam nak makan nasi daun pisang, ni Ana
senaraikan beberapa restoran yang terkenal dengan nasi daun pisangnya yang
mesra Muslim di KL dan kawasan sekitarnya.
1. Sham's Banana Leaf Restaurant
Salah satu restoran daun pisang yang Muslim-owner yang peramah. Antara menu yang disebut-sebut dan menjadi pilihan di sini ialah vadai, idli, tosei ghee dan juga chutney kelapa. Harga yang dikenakan sangat berpatutan dan restoran ni baru je di naik taraf tau. Recommended time masa breakfast sebab tak ramai orang.
Alamat :
37, Jalan Bandar 1,
Taman Melawati,
53100 Kuala Lumpur, Selangor.
Waktu Operasi :
Setiap Hari ( 6.30 pagi - 10 malam)
2. Sri Nirwana Maju Restaurant Bangsar
Kalau tak beratur panjang dekat sini memang tak sah. Tapi
jangan risau sebab sentiasa akan ada seat untuk korang. Antara menu killer yang
wajib cuba dekat sini selain dari menu kari ialah peria celup tepung. Rangup di
luar, lembut di dalam katanya. Walau harganya agak mahal tapi ramai yang berpuas hati kerana portion nya yang banyak.
Alamat :
43, Jalan Telawi 3,
Bangsar,
59100 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi :
Setiap Hari ( 11 pagi - 12 malam)
3. Ravi's Banana Leaf Kota Damansara
Kalau nak makan nasi daun pisang dengan selesa tanpa
bersesak, korang boleh cuba ke sini. Selain dari menu daun pisangnya yang
sedap, korang juga patut cuba roti canai dan tosei dengan chutney. Walau
portion chutney nya agak sedikit tapi rasanya pasti akan buat korang tersenyum kepuasan.
Alamat :
76, Jalan PJU 5/21,
Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor.
Waktu Operasi :
Setiap Hari ( 8 pagi - 11 malam)
4. Devi's Corner Bangsar
Antara restoran nasi daun pisang terbaik di area Bangsar
yang menawarkan pelbagai menu dari India Selatan. Chennai style katanya. Antara
top menu di sini ialah mutton masala, crab curry dan Chicken 65. Harga yang dikenakan pun berpatutan dan restoran dalam keadaan bersih dan selesa.
Alamat :
14, Jalan Telawi 4,
Bangsar,
59100 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi :
Setiap Hari ( 7 pagi - 12 malam)
5. Saravanaa Bhavan Bangsar
Khas buat korang yang vegetarian yang teringin nak makan
menu daun pisang, apa kata korang ke mana-mana outlet restoran Saravanaa Bhavan
ni. Salah satunya yang terletak di Bangsar. Restoran ni dikatakan antara restoran makanan
India vegetarian terbaik di KL tau. Kesemua makanannya sedap terutama ghee roast masala dosa. Selain tu harganya juga sangat berpatutan,
servis para pelayan yang bagus dan restoran pun dalam keadaan bersih.
Alamat :
52, Jalan Maarof,
Bangsar, 59100 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi :
Setiap Hari ( 8.30 pagi - 11 malam)
6. Kanna Curry House PJ
Mendapat rating rata-rata 5 bintang dari para pelanggan yang
pernah makan di sini kerana mesra keluarga dan bersih. Jadi bagi yang dah berkeluarga dan ada anak-anak, boleh makan di sini dengan selesa. Antara killer menu di sini ialah Ayam Varuval dan juga kari ketam. Kuah kari tu juga boleh di kuah pencicah untuk tosei dan roti
canainya yang lembut gebu tu.
Alamat :
29, Jalan 17/45,
Seksyen 17,
46400 Petaling Jaya, Selangor.
Waktu Operasi :
Setiap Hari ( 7 pagi - 10 malam)
7. Aunty Manju's Banana Leaf
Keistimewaan menu-menu di sini ialah ianya di masak sendiri oleh
Aunty Manju, pemilik restoran ini. Antara menu yang menjadi pilihan ramai ialah
sotong goreng dan juga ayam goreng yang dimasak upon request. Kira masa hidang tu
korang akan dapat ayam dan sotong yang baru digoreng. Yang penting rangup di
luar, juicy di bahagian dalam. Makan pula dengan 4 jenis side dishes yang didatangkan dengan set nasi, mesti ngam sangat.
Alamat :
18, Jalan Tun Mohd Fuad 1,
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi :
Setiap Hari ( 7 pagi - 8 malam)
Macam mana? Menarik kan tengok menu-menu yang ada dekat atas
tu. Ngences dibuatnya. No wonder ramai yang jadi peminat setia daun pisang
ni.
Bagi yang belum pernah cuba, tunggu apa lagi. Cuba lah hari
ni. Tak rugi mencuba kan. Takut nak keluar sebab pandemik yang melanda?? Jangan
risau sebab sekarang ni kan dah ada servis food delivery. Semua dihujung jari dah. Tinggal nak order, bayar online dan
tunggu menu daun pisang tu sampai depan rumah atau pejabat korang je. Mudah kan? Nanti
kalau dah cuba, cer komen dekat bawah apa pendapat korang tentang makanan daun
pisang ni ye.
byk juga list restoran daun pisang..akak pernah mkn yg dlm list tu Sri Nirwana Maju Restaurant Bangsar
ReplyDeleteSenang kan sekarang nie, tak payah susah nak keluar rumah dengan adanya Food Delivery..
ReplyDeleteterliur sungguh saya tengok menunya..
ReplyDeletememang terbaik dan boleh cubalah nanti
Nampak sedap2 makanan tu ana. Kalau ada ke sana boleh la mencuba nti
ReplyDeleteAdoi kak..awal pagi duk terjah entri ni..tgk mknn atas daun pisang tu...adoiii lapar2 haha
ReplyDeleteHuish bnayak rupanya tempat makanan daun pisang ni. Nad tau satu je bananan bistro..heheh
ReplyDeleteMakan atas daun pisang mmg heaven.. alahai terliur pula tgk.. tp senang la kalau terliur sbb ada delivery servis kann..
ReplyDeleteWah semua menu nampak sedap lah Ana. Boleh cuba nanti bila bila masa kan
ReplyDeleteSedapnya lama tak makan nasi daun macam ni, dulu ada kawan memang kerap pergi dengan dia... sedapnyela
ReplyDeleteNowadays i can order my favourite banana leaf rice online and get it deliver to my house at ease.
ReplyDeletelahai sedapnye.. lama x mkn nasi daun pisang... teringin lak..
ReplyDeleteSedapnya sekali sekala mkn dlm daun pisang blm pernah lg mkn dgn daun pisang
ReplyDeleteSedapnya makan atas daun pisang! Nanti boleh masuk wishlist ni Ana
ReplyDeleteSedapnya nasi daun pisang. Boleh buat food hunting ni 😆
ReplyDelete