Mael Totey The Movie, Berbaloi Ke Tengok?

Mael Totey The Movie. Berbaloi Ke Tengok? l Assalamualaikum. Korang dah tengok ke movie Mael Totey arahan Youtuber Syahmi Sazli (SS) tu? Ana baru je tengok last week. Tu pun lepas janji nak belikan movie untuk Syafi. Kalau tak, memang tak lah Ana nak beli movie dekat Astro First tu haa.

Mael Totey The Movie

Mael Totey The Movie, Berbaloi Ke Tengok?


Masa first time nampak iklan filem Mael Totey ni dekat Astro, I was like....... Kenapa Mael Totey? Takde nama lain ke nak letak. Name Totey tu kan bunyi dia macam lain macam sikit. U know what i mean kan!!


Few years back, drama-drama SS di Youtube jadi trending sangat kan. Sebab utama sebab ada Asif dan Yeo tu. Dengan family Ana semua terjebak tengok sekali. Cuma Ana terkecuali. Tak rasa nak tengok pun even dorang dok terkekek setiap kali tengok drama-drama tu. Tak kena dengan jiwa Ana kot.


So berbalik pada Mael Totey ni, Ana pun tak tahu kenapa Ana setuju untuk beli movie ni. Padahal Ana pernah baca orang komen kata tak best cerita ni. Lagi best movie Shif Malam Raya lakonan mereka bertiga tu katanya. Memandangkan Ana pernah tengok movie SMR tu dan jalan cerita dia so-so je, so Ana expect Maek Totey ni mesti hambar juga!!


Bila movie tu start tayang, Ana tak fokus pun nak tengok. Syafi je beria duk depan tv tu. Sekali amek ko. Dorang kecek kelantan rupanya. Ana pun tak expect juga dorang speaking Kelantan sebab tak pernah layan YT dorang sebelum ni. Tergelak-gelak Ana tengok Syafi terkulat-kulat nak fahamkan dialog pelakon-pelakon tu. En Suami je lah yang faham sebab dia berdarah pantai timur kan. Haha.


Movie Mael Totey ni start dengan babak Mael, seorang lelaki pure Kelantan yang lurus bendul lakonan SS pergi kedai gunting rambut. Of course lah sebab nak potong rambut kan, tak kan nak pergi makan plak. Haha. Bila masuk dialog antara Mael dengan tukang gunting tu, tetiba En Suami start tergelak-gelak. Ana masa tu masih sibuk dengan phone dah start skeptikal. Kelakar sangat ke? Ana pun terasa hati nak cuba lah nak layan mana tau best kan.


Sekali harammmm. Tak faham sangat dialog dorang tu.


Mujur ada subtitle BM.


And u know what, dengan Ana sekali join gelak sama. Haha. Memang kelakar rupanya. Even dialog dia biasa-biasa je, tapi punchline dia on point orang kata. Terus Ana melekat depan tv tu sampai hujung cerita.


Masa babak Mael tengah potong rambut tu, tiba-tiba Zaiton (gewe Mael) call ajak jumpa.


Mael Totey The Movie

Apa lagi, berdesup Mael sampai. Padahal rambut baru potong separuh. Masa tengok muka Mael dengan rambut camtu pun dah rasa kelakar. Nak-nak lagi dengan rupa Mael yang kekampungan tu. Tapi part kelakar tu terhenti kejap bila Zaiton minta clash. 


Mael Totey The Movie

Perghh lama tak guna perkataan clash ni. Last masa sekolah-sekolah dulu. Hahaha.


Tetiba sedih plak tengok Mael kecewa bila kena tinggal. Lagi sedih bila dengar dialog Mael dekat Zaiton. Deep sangat. Ayat dia lebih kurang macam ni,


"Kalau bibir besar ni sebab Zaiton tinggalkan Mael, Mael nak Zaiton tahu yang bibir ni lah selalu sebut nama Zaiton dalam doa Mael.


Kalau telinga capang ni sebab Zaiton nak putus dengan Mael, telinga ni lah juga yang selalu dengar setiap masalah Zaiton"


Deep kan!! Sedih akak dengar dik non.


Tapi kejap je sedih tu. Kalau korang tau punca Zaiton minta putus dan babak Zaiton kena tarik motor Mael, korang akan sambung tergelak balik. Memang kelakar.


Dalam tengah frust, Mael bertemu dan terjatuh hati dengan Yaya Toure, gadis Kelantan yang agak kebandaran. Rimas dengan Mael yang kolot dan kekampungan tu, Yaya letak syarat kalau berat dekat Mael. Kalau Mael nak jadi bf Yaya, Mael kena pandai cakap English.


Arghh sudah, cakap KL pun aku tak pass, nak cakap inggeris pulak - Mael.


Mael Totey The Movie


Rentetan cabaran Yaya tu bawa Mael terjumpa dengan Cikgu Siti, cikgu Bahasa Inggeris yang membuka kelas Bahasa Inggeris untuk semua orang termasuk golongan OKU. Dan Cikgu Siti ada 2 murid OKU iaitu Bedul dan Atin. Korang kena tengok babak Atin pujuk Cikgu Siti. Sakit perut tengok. Cikgu Siti pun tak dapat nak tahan ketawa. Haha.


Mael Totey The Movie

Tu belum masuk babak Mael ajar Yeo dengan Asif. Lagi haru. Macam-macam jawapan dorang berdua tu bagi. USB ada, bawak feri dalam sungai ada, CheMan jiran sebelah rumah semua ada. Aduh sakit perut gelak tengok dorang tu. Haha.


Mael bertemu Asif dan Yeo, 2 beradik lain acuan, ketika mereka sedang kutip kotak untuk dijual. Dua beradik ni tak bersekolah sebab miskin atau senang kata sebab bapak dorang pemalas dan kaki judi. Aishh emo sis bab ni!! Ada suruh anak yang pergi cari duit dengan jual kotak.


Nak tahu berjaya ke tak Mael belajar Bahasa Inggeris dan ngorat Yaya Toure tu korang kena lah tengok sendiri. Tak kan nak jadi spoiler kat sini pulak kan. Kang kena kecam pulak. Hehe. So Ana just highlight 5 point pada pendapat Ana tentang movie Mael Totey ni.


Kenapa movie Mel Totey ni best?


1. Bawa bahasa Kelantan ke next level. Sedap wei dengar dorang kecek Kelate. Lagu OST di pun best tau. Tak caya korang dengar lah sendiri. 



2. Suka sangat tengok scenery dalam movie. Menonjolkan cara hidup orang kampung di Kelantan. Dari pakcik-pakcik nelayan sampai lah ke si monyet panjat pokok semua ada. Ni yang buat rasa nak buat rumah banglo kat kampung je. Tenang sangat. Macam tak percaya hanya 14 hari je diperlukan untuk buat movie ni. 


3. Guna pelakon tak femes pun menjadi. Masing-masing pandai bawakan watak dengan begitu baik. Nampak natural je. Paling bagus takde pun wanita seksi dalam movie ni. Semua ayu bertudung especially Cikgu Siti #teamcikgusiti haha.


Mael Totey The Movie

4. Siapa kata orang autism atau OKU tak pandai buat apa-aps. Suka sangat tengok lakonan Yeo. Pandai bawa watak especially babak dia ngadu tentang kehidupan dia as anak OKU. Sedih tau. Tapi tak lama nak feeling sedih tu sebab Asif bagi punchline. Haha.


Mael Totey The Movie


5. Gelak-gelak gak tapi movie ni ada banyak pengajaran tau. Dari bab mencari ilmu sampai lah ke bab akad nikah dan perkahwinan, ada pengajaran yang nak disampaikan.


Overall Ana memang suka sangat movie Mael Totey ni. Setiap kali Syafi layan Mael Totey sepanjang 2 hari tu, setiap kali tu lah Ana akan layan. Teruk nau penangan Mael Totey ni. No wonder movie ni berjaya pecah panggung Astro dengan kutipan yang sangat tinggi.


Mael Totey The Movie


Tahniah buat SS dan team Mael Totey. Korang yang belum tengok lagi, sila lah tengok. InsyaAllah tak rugi. Adik Ana semua kata best giler. Jangan tengok yang cetak rompak plak sebab SS dah kata dia tak halalkan siapa yang tengok cetak rompak. Haha. Nanti dah tengok komen lah best ke tak movie ni erk.


Mael Totey The Movie, Berbaloi Ke Tengok? Reviewed by Ana Suhana on July 26, 2023 Rating: 5

12 comments:

  1. SS ni anak muda berbakat dan berjiwa besar. Moga mereka terus berkarya dan berjaya.

    ReplyDelete
  2. Belum tgk lagi...
    wow!hebat kutipan nya tu...
    maksudnya best la cter ni..

    ReplyDelete
  3. Dahsyat kutipan movie ni. memang berbakat besar anak-anak kelate nih :)

    ReplyDelete
  4. wahh, hebatnya diorang. kreatif sungguh' Im so proud.

    ReplyDelete
  5. Sama la. Abe kie beli di astro first. Kali pertama beli. Meme sedap la. X nyesal abih pitih.

    ReplyDelete
  6. Saya pun langgan movie ni, memang layan tengok dgn husband sebab kitorang mmg pengikut youtube asif dan yoe before ni.

    ReplyDelete
  7. dah tengok juga. mula-mula macam tak faham. tapi, bila masuk part mael nak belajar bahasa Inggeris tu, dah jadi best..

    ReplyDelete
  8. Sy layan movie mael totey ni.. Bg kita ok je... Suka karya syahmi mmg berbakat betul

    ReplyDelete
  9. Ramai kata citer ni best, tak sempat tengok lagi... nanti nak tengok juga he he he

    ReplyDelete
  10. actually kan kalau jenis mudah terhibur ok je kan...ini yg tgk dah bersikap judgemental, itu yg kadang tak bg peluang lgsg...

    ReplyDelete
  11. Teringin juga nak tengok.. Nak paksa suami suh beli la.. Hahaha.. Kita layan youtube ss ni.. Rugi pulak tak join tgk mail totey

    ReplyDelete
  12. kekuatan pada movie ini kerana lawaknya...

    saya suka juga benda yang lawak-lawak begini

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.