Fernleaf CalciYum Pilihan Lebih Sihat Untuk Snek Kanak-kanak. Ini 5 Sebabnya.

Fernleaf CalciYum Pilihan Lebih Sihat Untuk Snek Kanak-kanak. Ini 5 Sebabnya l Masa untuk snek....Yeahh siapa yang tak suka masa snek kan? Kalau kita yang besar ni pun suka sangat masa snek, apa lagi anak-anak yang sedang membesar dan aktif macam Syafi. Bab makan jangan cakap lah. Kalau boleh setiap masa nak makan dan makan. Kadang pening juga kepala dibuatnya. 

Fernleaf CalciYum



Fernleaf CalciYum Pilihan Lebih Sihat Untuk Snek Kanak-kanak. Ini 5 Sebabnya.


Ramai yang kata snek tak elok untuk kanak-kanak? Ye ke? Bagi Ana elok atau tak, sebenarnya bergantung pada ibu bapa tu sendiri. Kalau kita bagi junk food, memang tak elok lah jadinya. Cuba kita sediakan sesuatu yang berkhasiat, so jadi bagus lah masa snek tu. Simple kan?


Cakap pasal snek ni sebenarnya ada banyak je snek yang sihat dan berkhasiat untuk kanak-kanak. Contohnya buah-buahan. Bunyi macam bosan kan tapi kalau kita kreatif, kita boleh oleh buah-buahan tu jadi sesuatu yang menarik seperti aiskrim, puding, smoothie, biskut, bubur dan macam-macam lagi lah. Mesti dorang suka. 


Tapi tu lah, nak buat semua tu perlukan masa yang agak lama di dapur. Maklumlah kita ni kan mak-mak milenia, kalau boleh semua nak cepat dan mudah. Time is money gitu. Tapi kalau ada snek yang boleh bantu kita jimatkan masa tapi dalam masa yang sama masih boleh beri segala keperluan yang diperlukan untuk anak-anak yang sedang membesar, kenapa kita tak nak cuba kan??


Untuk Ana, alternatif terbaik untuk snek kanak-kanak ialah susu kultur dan yogurt Fernleaf CalciYum. Memang wajib ada stok dalam peti ais di rumah ni.


Fernleaf CalciYum



Kenapa Susu Kultur & Yogurt CalciYum Pilihan Terbaik??


Kalau ikutkan, ada banyak je pilihan susu kultur dan yogurt untuk snek Syafi. Tapi disebabkan Ana membesar dengan Fernleaf, salah satu brand di bawah Fonterra, jadi Ana yakin dengan segala kebaikan yang ada dalam Fernleaf ni. 



Haaa nak tahu lebih lanjut tentang kebaikan Fernleaf CalciYum ni, korang kena sambung baca dekat bawah ni :



1. Rasa Yang Sedap dan Menyegarkan


Benda paling utama nak tarik minat anak-anak makan atau minum mestilah bagi mereka sesuatu yang sedap. Dorang pun ada selera macam kita juga. Tapi tak semua yang sedap tu tak elok. Contohnya macam Fernleaf CalciYum ni. Ada pelbagai perasa yang pasti memikat selera anak-anak kita.


Untuk susu kultur Fernleaf CalciYum, terdapat 4 perasa di dalam setiap pek iaitu Asli, Oren, Anggur dan Epal. Manakala untuk yogurt Fernleaf CalciYum pula ada perasa yang kaya dengan rasa krim iaitu Chocoberry, Anggur, Mangga dan Strawberi.


Fernleaf CalciYum

Fernleaf CalciYum


Oh ya kesemua perasa CalciYum yang ada tu hanya menggunakan pewarna semulajadi saja tau. Takde warna tambahan di dalamnya!! So korang don't worry ok.


Fernleaf CalciYum


Kalau tanya Syafi mana satu favorite dia, dia akan jawab semua. Tapi memang betul pun sebab semuanya sedap. Korang jangan tak tahu, Ana sendiri pun minum CalciYum ni tau. Hehe.


Even masa tengah beriadah dekat luar pun, Ana akan bawa CalciYum ni. Dengan saiznya yang comel (110ml), memang sangat mudah nak di bawa ke mana saja. Syafi pun dah tak merengek minta beli kan air yang manis-manis dekat taman rekreasi tu.


Fernleaf CalciYum



2. Padat Dengan Nutrien


Sebagai seorang ibu, of course Ana nak kan perlindungan yang terbaik untuk Syafi. Sebab tu Ana tak ragu-ragu sediakan Syafi dengan Fernleaf CalciYum sebagai sebahagian daripada sarapan pagi atau masa snek dia.


Fernleaf CalciYum


Fernleaf CalciYum ni bukan saja sedap malah dipenuhi dengan nutrien yang membantu menyokong sistem imun kanak-kanak yang sedang membesar seperti Syafi. Jom tengok kandungan nutrien yang ada dalam setiap pek Fernleaf CalciYum.



• Probio DR20™

- probiotik yang telah dipatenkan oleh Fernleaf yang berfungsi membantu menyokong sistem pencernaan yang sihat dan menjaga daya tahan badan yang kuat terutama pada saat pandemik yang melanda hari ni.


• Kalsium & Vitamin D

- Kalsium dan Vitamin D yang terkandung di dalam Fernleaf CalciYum sangat penting untuk membentuk tulang dan gigi yang kuat sepanjang proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. In fact, yogurt CalciYum ni mempunyai 2x kalsium berbanding dengan 100g susu krim penuh.


• Bakteria Baik

- Fernleaf CalciYum mengandungi bakteria baik atau kultur hidup sangat bagus untuk fungsi usus di mana ianya membantu menyokong sistem percernaan dan mencegah jangkitan saluran pencernaan seperti cirit-birit dan juga sembelit.



3. Kandungan Gula Yang Rendah


Selalu bila masuk bab snek terutama yang berperisa ni, kita mesti risau tentang kandungan gulanya kan?? Ye lah, kalau dah selalu sangat bagi anak-anak snek yang tinggi dengan kandungan gula, tak mustahil penyakit lain pula yang akan datang. Korang jangan tak tahu, sekarang ni kadar peratusan kanak-kanak yang menghidap diabetes semakin meningkat tau. Semua berpunca dari pemakanan yang tinggi dengan kandungan gula. Takut kan.


Fernleaf CalciYum


Tapi dengan susu kultur dan yogurt CalciYum ni korang jangan risau sebab kandungan gulanya rendah dan mempunyai logo "Healthier Choice" dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini bermaksud Fernleaf CalciYum sesuai dijadikan sebagai pilihan snek terbaik untuk anak-anak kita.



4. Kuasa A-Force Menyokong Minda Kanak-kanak Aktif


Syafi seorang yang tersangat aktif. Susah nak nampak dia duduk diam. Kalau tak bermain, dia akan buat projek mereka ciptanya. Ada je idea kreatif yang dia nak buat. Senang kata walau hanya duduk di rumah sepanjang PKP ni, dia tak bosan. 


Ni salah satu hasil reka cipta Syafi. Walau hasilnya tak sehebat mana, tapi Ana tetap bangga dengan Syafi sebab dia berjaya menggunakan imaginasinya dengan baik sekali.


Fernleaf CalciYum


Bagi memenuhi keperluan tubuhnya yang sedang membesar dan mindanya yang sentiasa aktif, pemakanan yang betul amat penting walaupun hanya sekadar snek. Mujur ada bantuan dan sokongan dari kuasa A-Force Fernleaf Calciyum .


Apa itu Kuasa A-Force??


Fernleaf CalciYum

Kuasa A-Force terdiri daripada gabungan nutrien-nutrien penting seperti Vitamin D, DR20™, kalsium dan iron yang terdapat dalam susu kultur Calciyum.


Fernleaf CalciYum


Manakala untuk yogurt CalciYum pula, A-Force terdiri daripada gabungan zink, Phocuslipids™, Vitamin A & D, kultur hidup dan kalsium tinggi.


Fernleaf CalciYum


Selain dari menyokong keperluan Syafi, A-Force juga membantu Syafi untuk menyerlahkan segala potensi diri yang ada sekaligus menjadikan Syafi lebih bersedia untuk menghadapi cabaran pada masa akan datang.


Fernleaf CalciYum


Oh ya bagi menyokong minda anak-anak kita yang sedang berkembang, Fernleaf Calciyum ada sediakan mini toy dengan setiap pembelian pek susu kultur (5x110ml). Nampak macam takde apa pun toy tu kan, tapi sebenarnya anak-anak boleh asah minda mereka untuk menjadi lebih kreatif semasa memasang toy tu. Macam Syafi, sebab dah selalu sangat beli CalciYum ni, dia dah jadi "pro" bab pasang toy ni. Sekejapan dah siap pasang!!



5. Hanya RM1/hari Untuk Tubuh Yang Sihat


Akhir sekali, kenapa Ana pilih Fernleaf CalciYum ialah kerana harganya yang mesra rakyat marhaen dan mudah nak beli.


Pada saat-saat pandemik hari ni, kekangan sumber kewangan agak terasa. Tapi tu bermakna Ana tak boleh sediakan makanan yang berkhasiat untuk Syafi.


Hanya RM1 sehari dah mencukupi. Kalau ikutkan, apa lah yang kita dapat dengan nilai RM1 tu kan. Tapi dengan RM1 tu lah kita boleh beri perlindungan kepada kesihatan anak-anak. Dari Ana belikan Syafi jajan yang tak berfaedah, tinggi dengan pewarna dan perasa tiruan, baik Ana beli kan Syafi CalciYum. Dan tentu-tentu berkhasiat dan penuh dengan nutrien yang diperlukan. Nak beli pun senang. Dari kedai mamak sampailah ke pasaraya besar, semua ada jual CalciYum ni.




Menu Kreatif & Berkhasiat Untuk Anak-anak


Bukan anak-anak je kena jadi kreatif, mak-mak pun kena kreatif sama bila berkaitan dengan menu seharian. Walau sibuk macam mana pun, at least kita cuba pelbagai kan menu untuk mereka. Tak kan nak bagi menu yang sama setiap hari. Bosan pulak anak-anak nanti. Lagi-lagi kalau ada anak yang jenis picky eater.


Ni Ana nak share satu resipi aiskrim yogurt strawberi semudah ABC yang korang boleh cuba. Hanya perlukan susu segar atau susu kambing lagi bagus, yogurt CalciYum, madu dan strawberi. Cara dia korang blend je semua bahan-bahan tu dan kemudian masukkan dalam bekas aiskrim dan bekukan. Macam Ana, Ana masukkan dalam plastik aiskrim Malaysia je. Boleh refer video dekat bawah ni.



Lepas tu cuba tengok suka atau tak anak-anak korang dapat aiskrim tu. Bukan saja sedap, malah yang penting penuh dengan khasiat. Mak-mak pun boleh join sekali. Hehe.


Fernleaf CalciYum


Sekarang korang dah tahu kan kenapa Ana pilih Fernleaf CalciYum sebagai pilihan lebih sihat untuk masa snek Syafi kan. So siapa kata menu masa snek tak sedap dan tak berkhasiat? Jom bagi anak-anak korang Fernleaf CalciYum sekarang.



Fernleaf CalciYum Pilihan Lebih Sihat Untuk Snek Kanak-kanak. Ini 5 Sebabnya. Reviewed by Ana Suhana on January 08, 2021 Rating: 5

15 comments:

  1. Mrs. A pun suka jugak CalciYum ni. So yummy!

    ReplyDelete
  2. Saya dan anak-anak pun suka Fernleaf CalciYum ni..rasa sedap paling penting tak guna pewarna tiruan.

    ReplyDelete
  3. Yeah! I agree with all five points! Calciyum is good for kids and women. I like it too. Thank you for sharing this post.

    ReplyDelete
  4. memang calciyum ni bagus.kandungan gula rendah. serius tak manis. bae pun makan yogurt ni untuk usus

    ReplyDelete
  5. Ya anak-anak saya pun ada makan calciyum memang berkhasiat dan sedap pulak tu. :D

    ReplyDelete
  6. Calciyum ni memang sedap..bukan untuk kids je, kita yang dewasa ni pun selalu join sekali 😆

    ReplyDelete
  7. Betul3x... Calciyum ni bukan sahaja seda, malah berkhasiat. LeYa pun minum dan menikmati yogurt die sekali.. Hehe.. Sedap3x

    ReplyDelete
  8. Air ni bukan anak 2 je suka, mak pak pun suka.. Hehehe.. Banyak kelebihan fernleaf calciyum ni.. Memnag bavus utk anak2. Wah resepi aiskrim tu elok juga dibuat ni kan

    ReplyDelete
  9. This is my daughter's favorite! Both of our favorite's is purple & white, this is indeed good for kids!

    ReplyDelete
  10. Saya suka calci-yum ni sebab harga dia lebih rendah berbanding brand lain. Tapi khasiat dan rasa setanding dengan yang mahal.

    ReplyDelete
  11. CalciYum mmg pilihan terbaik untuk anak2 yg sedang membesar. Selain kaya nutrisi. Ianya juga sangat bagus utk kesihatan

    ReplyDelete
  12. Suka tengok how the kids show their creativity.. well done to that... (Y) hope to see more from them in near future...

    ReplyDelete
  13. Memang bagi anak calcium ni sebab senang je dah ready macam tu. anak pun suka macam2 perisa ada

    ReplyDelete
  14. Anak-anak Nina pun suka Calcium ni. Bagus tak ada warna tiruan and baik untuk tumbesaran. Kaya dengan nutrisi.

    ReplyDelete
  15. Jangan kata budak, emak budak pun suka ni, tapi fernleaf ni anak Sis suka.. jarang beli minuman lain, mesti dia amik fernleaf...

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.