ThomX School - Baju Seragam Sekolah Anti Kedut Yang Selesa dan Tahan Lama

ThomX School - Baju Seragam Sekolah Anti Kedut Yang Selesa dan Tahan Lama l Assalammualaikum dan hi korang. Kejap je dah masuk bulan November kan. Rasa macam baru semalam je melangkah tahun 2020 ni. Kurang dari 2 bulan dah nak masuk tahun baru pulak. Bila hujung-hujung tahun ni mak ayah mula lah dah sibuk nak siapkan kelengkapan baju sekolah anak-anak. Betul kan?

ThomX School - Baju Seragam Sekolah Anti Kedut Yang Selesa dan Tahan Lama


ThomX School - Baju Seragam Sekolah Anti Kedut Yang Selesa dan Tahan Lama


Macam tahun sebelum-sebelum ni, Ana sediakan semua kelengkapan sekolah Syafi termasuk baju uniform sekolah seawal yang mungkin. Lega rasanya bila dah selesai semua tu. Boleh lah fokus pada perkara-perkara lain pulak kan. 


Cakap pasal uniform sekolah, tak macam tahun lepas, tahun ni Ana beli secara online je di ThomX School. Mudah dan selamat. Ye lah sekarang kan kes Covic-19 semakin meningkat. Tak berani nak bawa anak-anak keluar rumah.


Beli Baju Seragam Sekolah di ThomX School


Mesti korang first time dengar jenama ThomX School ni kan. Takpe. Kalau korang nak tau ThomX School ni merupakan jenama dari Thomtex Trading Sdn. Bhd, sebuah syarikat yang membekalkan pakaian seragam sekolah dan aksesori paling komprehensif di Malaysia. 


ThomX School telah beroperasi selama 13 tahun di pasaran dan mempunyai 2 kedai fizikal di Sabah dan Pulau Pinang. Tapi bagi yang duduk di jauh dari lokasi kedai tersebut, korang boleh je shopping online. Lagi mudah kan!!


Kenapa Wajib Beli Baju Seragam Sekolah ThomX?


Pada yang tertanya-tanya kelebihan baju sekolah ThomX School ni berbanding jenama lain yang ada di pasaran, korang kena baca point yang Ana share dekat bawah ni.

ThomX School - Baju Seragam Sekolah Anti Kedut Yang Selesa dan Tahan Lama


Siapa sangka jenama ThomX School rupanya telah terjual lebih dari 200,000 unit dan telah menjadi pilihan para ibu di Malaysia. Buktinya jenama ini telah dianugerahkan :


🌟Jenama Pakaian Seragam Sekolah Atas Talian No 1 di Malaysia Tahun 2017

🌟 Top 3 Pakaian Seragam Disukai oleh Ibu Bapa Tahun 2017

🌟 Pembekal Pakaian Seragam Sekolah Anti Kedut No 1 Malaysia


Nampak tak anugerah ketiga tu? Haa tu yang buat baju sekolah ThomX School ni istimewa, lain dari yang lain. Ciri anti-kedut tu korang tak kan dapat dekat jenama baju sekolah lain. Anak-anak akan sentiasa nampak kemas setiap hari. Tak lah comot dengan baju berkedut kan. Bukan apa, bila mereka kemas, secara tak langsung mood dorang pun akan baik setiap hari bila ke sekolah. Keyakinan diri pun boleh meningkat.

ThomX School - Baju Seragam Sekolah Anti Kedut Yang Selesa dan Tahan Lama


Menggunakan teknologi terkini, material dari jenis fabrik polister anti kedut berkualiti tinggi yang diimport serta menggunakan kilang yang sama dengan jenama terkenal ZARA dan H&M, baju seragam sekolah ThomX School akan beri keselesaan kepada si pemakai.


Ciri material kain yang licin dan cepat kering juga akan menyebabkan anak-anak rasa selesa sepanjang hari walau dalam cuaca panas.


Selain tu, ciri anti kedut yang ada pada baju sekolah tersebut boleh bantu para ibu jimatkan masa. Ibu-ibu dah tak perlu nak berlama-lama dekat papan seterika untuk seterika baju. Bukan tu je, siap boleh jimat elektrik juga. Berbaloi sangat!!.


Nak lagi berbaloi, baju seragam sekolah ThomX School ni tidak akan jadi kekuningan kerana material yang digunakan berkualiti tinggi. Boleh guna lebih dari setahun. Kot dah tak muat boleh bagi adik-adik pakai pulak. 


Semua Jenis Baju Seragam Ada di ThomX School


Dari pengalaman Ana order baju sekolah Syafi di ThomX School memang sangat mudah. Nak cari saiz pun mudah sebab carta ukuran dah disediakan untuk rujukan kita. Tinggal kita nak ukur saiz anak masing-masing je. Process pembayaran pun senang. Kurang dari seminggu baju sekolah yang Ana order dah sampai.

ThomX School - Baju Seragam Sekolah Anti Kedut Yang Selesa dan Tahan Lama


Ni lah baju sekolah ThomX School Syafi dari Ventino Collection. Memang cantik sangat kain dia. Nak iron pun mudah dan cepat. Sekali lalu je seterika atas kain tu dah hilang semua kedut dan lipatan.

ThomX School - Baju Seragam Sekolah Anti Kedut Yang Selesa dan Tahan Lama

Tak macam sesetengah kain, gosok lah berapa banyak kali atau gosok lama-lama pun kain dia tetap berkedut. Ada pulak tu masa gosok nampak ok dah, tapi bila gantung sana sini nampak garisan lipatan. Memang sakit mata bila tengok. Mujur baju ThomX School ni best. No wonder kesemua pelanggan yang dah beli baju sekolah dari ThomX School berpuas hati dengan kualiti kain dia.


Pada korang yang tercari-cari kelengkapan baju sekolah untuk anak-anak termasuk aksesori sekolah, baju unit beruniform dan juga baju sukan, korang boleh dapatkan semuanya di ThomX School ni.

ThomX School - Baju Seragam Sekolah Anti Kedut Yang Selesa dan Tahan Lama

ThomX School - Baju Seragam Sekolah Anti Kedut Yang Selesa dan Tahan Lama


Dari umur darjah 1 hingga lah tingkatan 5, semuanya ada. Lengkap dari atas sampai bawah. Bab harga korang jangan risau sebab sangat berpatutan. Harga rakyat marhain. 

ThomX School - Baju Seragam Sekolah Anti Kedut Yang Selesa dan Tahan Lama


Dengar kata sekarang ni tengah ada promosi potongan sehingga 20% untuk produk terpilih. Dan tambahan 10% bagi warga Sabah, membership dan subscribers. Berbaloi tu kalau beli sekarang. Boleh jimat duit, masa, elektrik dan juga tahan lama. Bukan tu saja, siap ada free gift lagi. Haa tunggu apa lagi!!


Peluang Untuk Jana Pendapatan 


ThomX School bukan saja menjual kelengkapan pakaian sekolah murid sekolah, malah turut membuka peluang kepada ibu bapa atau sesiapa saja untuk jadi ejen mereka. Bagi Ana ni satu berita baik terutama pada mereka yang tercari-cari peluang untuk tambah pendapatan pada masa-masa sukar seperti hari ini. Pada yang berminat untuk jadi ejen ThomX School, korang boleh terus WhatsApp nombor di link di bawah ni.


Dan pada yang nak tengok produk-produk yang ada di bawah ThomX School atau nak tahu promosi yang sedang berlangsung, korang boleh layari website atau Facebook ThomX School atau boleh terus ke kedai di alamat seperti di bawah :


Website l Facebook l WhatsApp


Lokasi Cawangan :

1. Pulau Pinang

 2618 Ground Floor, Jalan Maju,

 Pusat Perniagaan Maju Jaya, 

14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.


2. Sabah

5, lot 3, Big Wheel Industrial Park,

Mile 7 1/2, Jalan Tuaran,

88450, Inanam, Kota Kinabalu, Sabah.




ThomX School - Baju Seragam Sekolah Anti Kedut Yang Selesa dan Tahan Lama Reviewed by Ana Suhana on November 02, 2020 Rating: 5

14 comments:

  1. Menarik nie Ana.. yang bestnya tak payah susah-susah sangat nak gosok. Sekali lalu aja kan, nanti nak tengok juga kalau ada jual jubah nak belikan untuk si Ustaz Kecik Kak Sue tu..

    ReplyDelete
  2. Uniform anti kedut? Bagus ni, sangat memudahkan & mempercepat kerja ibu bapa.

    ReplyDelete
  3. Wow.. 1 pilihan yang bijak kalau beli baju sekolah ni. Yang penting boleh jimatkan masa nak gosok baju 😊

    ReplyDelete
  4. Baca je anti kedut memang sukalah mak-mak kann, ni kadang lepas basuh, kuss smengat, renyuk dia macam kemain ribut hahahaha... nanti nak share kat adik laa..kot laa kat Johor ada jual..

    ReplyDelete
  5. Kenapalah masa sekolah dulu tak kenal baju ni. Mengiron baju sekolah lah benda yang paling malas LH nak buat

    ReplyDelete
  6. cantik kainnya..nampak berkualiti, senang nak gosok (x mudah kedut) dan tahan lasak. sekarang mmg mencari kain sekolah macam ni, memudahkan kerja mak-mak menyiapkan pakaian sek anak setiap hari,

    ReplyDelete
  7. wah menarik ni baju sekolah anti kedut.. senang tak yah nak iron iron kan..kenapa la time iena sekolah dulu xde hahaha..penat memalam sebelum tidur kene iron baju sekolah..baju kedut xnak sekolah hehehe..kalau xde letrik sanggup poteng sekolah haha

    ReplyDelete
  8. Wah. Terbaiklah kalau jenis kain mudah iron dan susah kedut nie. Sesuai untuk adik Rawlins yang selalu merungut penat iron baju sekolah anak2 dia.

    Eh. Dia tak nak buat baju kemeja kerja ke? Kalau ada Rawlins minat nie hahaha

    ReplyDelete
  9. Menariknya even baju seragam sekolah skrg pun ada anti-kedut.. Bagus brand ni siap sediakan peluang untuk parent jana pendapatan as agent mereka.

    ReplyDelete
  10. Memang tengah cari baju sekolah ni... Dah habis tahun, baju yang awal tahun dah sendat. PKP ni depa kat rumah dok makan sokmo. Baju sekolah untuk tahun depan tetap kena beli walau tahun ni sekolah nya berapa bulan jer kannn? Kita suka baju anti kedut!

    ReplyDelete
  11. ala bestnya budak2 sekarang.. ada baju sekolah yang antikedut macam ni. jadi takdelah nampak tak kemas walaupun seharian kt sekolah kan.

    ReplyDelete
  12. Wahhh nanti anak dah masuk sekolah boleh la beli online kan. Memang stress hari2 gosok lepastu lama nk hilangkan kedutan tu even pre school je haha. Patut jadi pilihan parents.

    ReplyDelete
  13. alala comelnya model hehe. bagus la kalau dah ada benda yang memudahkan para isteri. takda la lepas ni struggle nak seterika ye dak hee

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.