Milk Booster Dari Bahan Sunah dan Semulajadi dari Miezadelle Lactation Drink

Milk Booster Dari Bahan Sunnah dan Semulajadi dari Miezadelle Lactation Drink l Assalamualaikum. 2 tahun tempoh penyusuan bukan benda mudah. Siapa yang pernah lalui tahu lah betapa struggle nak complete kan 2 tahun tu. Amik degree pun tak se'struggle' macam tu tau. Haha. Tu belum lagi kena lalui saat-saat susu drop mendadak. Argghhh memang stress dibuatnya. 

Milk Booster Dari Bahan Sunah dan Semulajadi dari Miezadelle Lactation Drink


Milk Booster Dari Bahan Sunnah dan Semulajadi dari Miezadelle Lactation Drink


Sejak jadi mak-mak ni, baru Ana faham perasaan bila dapat beri anak-anak minum susu dari badan kita sendiri. Lagi-lagi bila dapat susukan sampai umur dorang 2 tahun. Kira satu pencapaian peribadi lah tu. Hehe. Tapi kenapa perlu susukan dorang dengan susu badan? Bukan lagi senang bagi susu formula je ke macam kita kecik-kecik dulu. 



Kelebihan Susu Ibu Kepada Kesihatan dan Emosi Bayi


Memang senang bagi susu formula je tapi khasiatnya tak setanding khasiat dari susu badan kita sendiri. Menurut KKM, terdapat banyak faedah susu ibu bukan saja terhadap kesihatan tubuh badan anak-anak, malah terhadap emosi mereka juga. Jom kita tengok apa kelebihan susu ibu ni.


1. Susu ibu mempunyai nutrien yang terbaik dan mencukupi untuk keperluan bayi. Kandungan nutrien berubah mengikut keperluan bayi dalam proses pembesaran mereka.


2. Kolostrum yang terdapat dalam susu ibu berfungsi untuk menguatkan sistem imuniti bayi.


3. Susu ibu juga dapat melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.


4. Selain itu, susu ibu dapat mencegah pelbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.


5. Kandungan nutrien di dalam susu ibu amat penting dalam perkembangan otak bayi di mana ianya dapat membantu meningkatkan tahap kecerdikan mereka.


6. Susu ibu tidak mudah tercemar dan mudah untuk diperolehi pada ila-bila masa. Boleh jimat perbelanjaan lagi. FM bukan murah sekarang ni kan!!


7. Penyusuan badan juga dapat memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi sekaligus meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak. Sebab tu bayi yang menyusu badan sepenuhnya sangat rapat dengan ibu walau mereka dah besar.



Faktor Susu Badan Berkurang


Ana yakin ramai yang berimpian nak menyusukan anak-anak dengan susu badan sampai dorang 2 tahun kan. Tapi hakikatnya ramai yang kecundang di tengah jalan. Especially bila bayi kita dah start makan solid food semasa berumur 6 bulan. Jadinya masa ni demand terhadap susu badan jadi berkurang. Kesannya penghasilan susu badan pun terjejas sama.


Selain dari faktor demand, ada banyak lagi faktor yang boleh menyebabkan penghasilan susu badan merundum. Antaranya ialah :


1. Tekanan - Tahu tak bila kita dalam keadaan yang tertekan, badan kita akan menyebabkan hormon oksitosin yang bertindak untuk melancarkan penghasilan susu badan semakin berkurang. Sebaiknya kita kena belajar kawal tekanan dengan lebih baik.


2. Bayi Kurang Menyusu - Macam yang Ana share dekat atas tadi, kurangnya demand dari bayi akan menyebabkan penghasilan susu badan merundum. So nak buat apa? Alternatif yang terbaik adalah dengan konsisten mengepam bagi mengganti demand dari bayi tadi.


3. Kurang Minum Air - Susu itu sendiri merupakan cecair. Untuk produce susu yang banyak, badan kita memerlukan air secukupnya iaitu at least 2 liter air masak sehari. Lagi banyak lagi bagus.


4. Toksin Berlebihan - Toksin yang banyak dalam badan akan menyebabkan kadar metabolisma menjadi rendah. Kesannya kita akan jadi cepat letih, tak bermaya dan mudah tertekan. Dan akhirnya semangat nak teruskan penyusuan badan yang memerlukan komitmen yang tinggi menjadi semakin luntur. 


5. Makan Makanan Tak Berkhasiat - Untuk badan kita kekal cergas dan sihat serta mampu menghasilkan susu yang banyak dan berkualiti, kita kena amal pemakanan yang berkhasiat dan seimbang. Sebaiknya kita elak dari makan makanan segera atau junk food yang tidak memberi kebaikan pada badan kita. 



Milk Booster Alternatif Terbaik Untuk Tambah Susu Badan


Cakap tentang makanan berkhasiat dan seimbang untuk penghasilan susu badan yang banyak dan berkualiti (pekat), Ana yakin korang mesti selalu dengar tentang milk booster (penggalak susu) kan? 


Apa tu milk booster?


Milk booster sebenarnya merujuk kepada bahan organik dan semulajadi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang terbukti dapat meningkatkan penghasilan susu ibu.


To be honest, Ana sendiri pun amalkan pengambilan milk booster untuk bantu tingkatkan susu badan sejak dalam pantang lagi. Milk booster Ana ialah air rebusan longan kering bersama kurma merah, rosebuds, goji berry dan kembang semangkuk. Alhamdulilah cara ni sangat berkesan dengan Ana. Memang banyak susu badan Ana lepas tu. Sampai boleh buat stok yang banyak untuk baby Suraya. Tapi tu lah, cara ni agak leceh sikit sebab nak kena rebus semua bahan-bahan tu sampai kembang. Lepas tu nak kena simpan dalam peti sejuk lagi. Dah makan space yang banyak. Last-last tak buat dah sekarang. Sampai lah satu hari Ana diperkenalkan dengan Lactation Drink dari Miezadelle.

Milk Booster Dari Bahan Sunah dan Semulajadi dari Miezadelle Lactation Drink

Apa tu Lactation Drink??


Haaa kalau korang nak tahu, Lactation Drink ni sebenarnya satu produk natural milk booster yang diformulasi khas untuk ibu-ibu yang sedang hamil dan yang menyusu badan macam Ana ni. Menariknya, bahan-bahan yang ada di dalam Lactation Drink ni sama macam air rebusan longan yang Ana buat tu. Cumanya Lactation Drink ni lebih mudah untuk disediakan sebab didatangkan dalam bentuk ekstrak serbuk dalam individual sachet.



Lactation Drink Formulasi Dari Makanan Sunnah


Seperti yang kita tahu, makanan sunnah sangat baik untuk kesihatan badan. Disebabkan khasiatnya yang banyak, Miezadelle mengambil inisiatif dengan mengekstrak makanan-makanan sunnah seperti kurma, madu dan gam arab ke dalam Lactation Drink ni. Jom kita tengok khasiat-khasiat Lactation Drink untuk ibu menyusu :

Milk Booster Dari Bahan Sunah dan Semulajadi dari Miezadelle Lactation Drink


1. Madu 

Bertindak sebagai sumber karbohidrat yang terbaik untuk membekalkan tenaga kepada ibu menyusu dan ibu mengandung dan juga boleh memperbanyakkan susu badan.


2. Gam Arab

Membekalkan kalsium untuk pertumbuhan tulang dan gigi bayi serta  menguatkan sistem pertahanan badan ibu dan bayi.


3. Kurma Merah & Kurma Hitam

Kurma merupakan makanan sunah yang kaya dengan khasiat. Antaranya ialah dapat membekalkan tenaga kepada ibu. serta membantu meningkatkan hormon prolaktin, sejenis hormon yang diperlukan untuk penghasilkan susu badan.


4. Goji Berry

Meningkatkan tenaga ibu sepanjang tempoh penyusuan dan juga meredakan tekanan serta memberi rasa tenang dan ceria.


5. Rosebuds 

Berfungsi meredakan tekanan, kaya dengan vitamin dan mampu memberikan kesihatan dan kecantikan kulit ibu dan bayi.


6. Longan Kering

Longan kering mengandungi pelbagai zat termasuk mineral seperti vitamin A, B, B1, B2, B3, C, kalsium, zat besi, fosfor, kalium, zink, magnesium dan juga asid tartik yang baik untuk badan. Selain itu, ianya juga berfungsi memudahkan penghasilan susu badan kerana kaya dengan kandungan pottasium.



Keistimewaan Miezadelle Lactation Drink

Milk Booster Dari Bahan Sunah dan Semulajadi dari Miezadelle Lactation Drink


Bagi yang baru pertama kali dengar tentang Miezadelle Lactation Drink ni, sebenarnya produk milk booster ni telah dianugerahkan sebagai Jenama Pilihan Pa&Ma untuk tahun 2019 dan 2020 tau. Maknanya ramai dah ibu-ibu dekat luar sana yang dah cuba dan puas hati dengan keberkesanannya. Tak caya korang kena baca apa yang Ana share dekat bawah ni :


1. Rasa Air Longan Sebenar Dalam Bentuk Serbuk 


Apa yang buat Ana suka tentang Lactation Drink ni ialah rasanya yang sedap dan manis-manis buah. Sama macam air rebusan longan yang Ana buat tu. Cumanya yang ni dalam bentuk ekstrak serbuk dalam sachet. Lebih mudah untuk disediakan. Tak sampai 5 minit dah boleh diminum. Rasa dia lagi sedap dan segar kalau minum sejuk-sejuk.


2. 100% Semula jadi & Halal

Macam Ana cerita dekat atas, Lactation Drink ini dihasilkan menggunakan 100% ekstrak bahan semulajadi tanpa sebarang bahan pengawet dan pewarna tiruan. Jadi ianya selamat untuk ibu dan anak. Siap ada Halal JAKIM lagi. 


3. Saiz Travel-Friendly


Yang ni antara favorite part Ana. Lactation Drink ni dipaketkan dalam sachet yang bersaiz kecil yang mudah untuk dibawa ke mana-mana saja. Setakat nak selit 2-3 sachet dalam handbag tu memang takde masalah lah. Bebila nak minum, boleh terus bancuh. Terutama bagi korang yang bekerja dan tak sempat nak minum pagi.


4. Kesan Seawal 1 Sachet


Dari pengalaman Ana sendiri, memang betul yang kesannya dapat dirasai selepas minum 1 sachet. First time Ana minum sebelum tidur. Keesokkan paginya, Ana perasan baju Ana dah basah dan susu dah penuh. Lepas minum kali kedua, memang confirm susu makin banyak. Perasaan happy tu jangan cakap lah. Maybe Ana positif yang air ni boleh bantu tingkatkan susu badan Ana. Penting juga untuk sentiasa positif kan!!.


Oh ya selain dari berfungsi meningkatkan susu badan, Lactation Drink ni juga berfungsi untuk memekatkan susu badan. So baby kita akan lebih kenyang dan tak meragam sebab lapar.


Tapi korang kena ingat, kesan tu berbeza bagi setiap orang tau. Kalau korang mengalami isu susu drop yang sangat banyak, mungkin take time sikit nak dapatkan susu yang banyak balik. Dan korang juga digalakkan untuk consume 2x sehari instead 1x sehari. Paling penting kena positif dan teruskan mengepam untuk galakkan penghasilan susu badan.


5. Menjimatkan Masa 


Ana faham jadi ibu yang bekerja ni menyebabkan masa kita di rumah sangat terhad. Dengan masa yang ada tu lah kita nak sediakan makan malam untuk keluarga, nak pantau kerja sekolah anak-anak, nak mengemas rumah, nak lipat baju, eh macam-macam lagi lah. Last-last masa untuk diri sendiri pun tak ada. Apa lagi nak sediakan milk booster untuk tambah bekalan stok baby kita kan.


Tapi dengan adanya Lactation Drink ni, ibu-ibu dah tak perlu nak bersusah payah duduk dekat dapur nak merebus bagai. Sebabnya apa yang korang rebus tu sama je dengan apa yang ada dalam Lactation Drink ni. Bezanya Lactation Drink ni korang tinggal nak bancuh dan minum je. Lepas tu korang boleh berehat dan spend masa dengan family.


6. Memberi Tenaga Sepanjang Hari


Menggunakan bahan-bahan semulajadi yang terbaik seperti madu dan goji berry, Lactation Drink mampu membekalkan tenaga kepada kita. Jadinya kita tak mudah penat dan lesu untuk meneruskan proses penyusuan badan ni.


7. Boleh Diminum Seawal Kandungan 6 Bulan & Ketika Berpantang 


Mesti ada yang tertanya, boleh ke orang mengandung dan dalam pantang minum Lactation Drink ni?? Jawapannya harus lah boleh. Selain dari minum susu untuk ibu mengandung, ibu mengandung juga boleh minum Lactation Drink. Fungsinya adalah untuk membantu menaikkan bacaan HB dan mencegah bayi dari jaundice. Kalau kata dah bersalin bayi terkena jaundice juga, takpe. Teruskan minum Lactation Drink ni. Sebabnya bayi yang kena jaundice ni digalakkan untuk diberi minum susu badan setiap 2 jam untuk singkir kuning dalam badan mereka. So kandungan kurma merah yang ada dalam air ni bagus untuk merawat jaundice tersebut. Malah Lactation Drink ni juga boleh menghangatkan badan korang tu.


Overall Ana memang puas hati dan happy diperkenalkan dengan Miezadelle Lactation Drink ni. Selain dari rasanya yang sedap, mudah disediakan, halal dan semulajadi, Lactation Drink ni juga memudahkan proses penyusuan pada baby Ana.


Bagi yang mengalami masalah susu drop, jangan sedih-sedih. Kekal positif dan cuba ikhtiar dengan amalkan Lactation Drink ni. Kemudian amalkan pemakanan yang sihat dan amik air yang mencukupi. Last but not least, jangan lupa untu konsisten mengepam untuk ransang penghasilan susu badan. InsyaAllah pasti ada hasilnya.


Bagi yang berminat nak cuba Miezadelle Lactation Drink, korang boleh dapatkannya pada harga RM69 sekotak. Dalam tu ada 15 sachet. Nak jimat lagi, korang boleh beli Supermom Pack yang berharga RM189. Dalam pek ni korang akan dapat 3 kotak Lactation Drink dan free hand sanitizer.

Milk Booster Dari Bahan Sunah dan Semulajadi dari Miezadelle Lactation Drink


Untuk maklumat lanjut tentang Miezadelle Lactation Drink, korang boleh layari website dan media sosial Miezadelle atau hubungi Miezadelle di link WhatsApp seperti di bawah :


Website l Facebook l Instagram l WhatsApp

 




Milk Booster Dari Bahan Sunah dan Semulajadi dari Miezadelle Lactation Drink Reviewed by Ana Suhana on July 24, 2023 Rating: 5

9 comments:

  1. Memang puashati kalau kita dapat susukan anak dengan susu badan kita. Tambah sekarang nie bila ada milk booster macam nie tak payah nak risau dah kekurangan susu kan..

    ReplyDelete
  2. Semoga ada rezeki fully breasfeed sampai dua tahun okey

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah kalaulah ada rezki nak usahakan BF 2 tahun. Dah jumpa ni susu penggalak. Ada chemistry nampaknya. Ps. Gam arab dan goji berry berkhasiat rupanya untuk ibu menyusu.

    ReplyDelete
  4. Susu ibu memang terbukti makanan yang terbaik dan paling lengkap untuk bayi. Dan sekarang pun lebih ramai org yg dah normalizekan bf. Dh bukan perkara baru lg utk bwk breast pump ke ofis. Bagus la bila ada produk ni bg ibu2 yg kurang kuantiti/kualiti susu badan.

    ReplyDelete
  5. Bagus ni, Sis nak share pada kawan yang ada masaalah menyusu anak tu.. yang bagusnya khasiat tu tu, kalau ibu minum yang berkahasiat, makanya susu ibu pun jadi lebih baik untuk anak kan..

    ReplyDelete
  6. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk si bayi maka memang sesuai perkongsian ini kan. Ada yang pasrah je jika susu berkurangan dan tak tahu apa nak buat. Perkongsian ini mesti buat diorang lega kan

    ReplyDelete
  7. Bagus nya dah ada jenis serbuk gini. Mudah sangat!
    Dulu time kak Nina, jenuh gak laaa husband kena buat kan air rebusan add semua tu untuk kak Nina minum. Senang ibu ibu zaman kini

    ReplyDelete
  8. Dulu ms akk menyusu anak mmg mencari milk boostee mcm ni. Selalunya minum red dates jee. Skrg dah datang bentuk mcm ni mmg sgt mudah dan membantu ibu2 yg menyusu anak

    ReplyDelete
  9. Milk booster ni kena try dan tengok kesan dia. Menjadi ke tak. Ruby dulu bf anak-anak 2 tahun lebih. Nak bg susu tu selalu ada, paling ketara kena kawal stress. Hahaha. Lepas tu baru la bab booster ni. Teh, kopi takleh, sebab angin anak lepas menyusu. Terus Ruby tak jadi kaki kafein. Hahaha. Kembung perut anak ni jenuh. Air buah ok. Nasi putih ok. Bleh rekemen longan ni kat kawan-kawan. Hehe

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.