Cara Atasi Panic Attack atau Anxiety Disorder

Cara Atasi Panic Attack atau Anxiety Disorder l Assalamualaikum dan hi korang. Sihat ke tu? Ana doakan moga semuanya dalam keadaan yang baik-baik saja terutama korang yang tengah berdepan dengan PKPB macam Ana di Selangor ni. Bosan juga duduk rumah lama-lama tau. Boleh kemurungan dibuatnya.

Cara Atasi Panic Attack atau Anxiety Disorder


Cara Atasi Panic Attack atau Anxiety Disorder


Cakap pasal kemurungan, sejak PKP dilaksanakan awal tahun ni, peratus kes kemurungan di negara kita semakin meningkat. Korang perasan tak? Ramai yang terkesan dengan pandemik Covic-19 yang melanda dunia hari ni. Baru-baru ni beribu kakitangan Malindo diberhentikan kerja. Kesian kan!! Lagi-lagi mereka yang ada tanggungjawab dan komitmen yang banyak. Tak hairan lah mereka yang waras boleh bertindak diluar kawalan bila ada satu-satu masalah timbul. Contoh dah pernah berlaku depan mata Ana sendiri. Memang sangat dahsyat kesannya.


Selain dari kemurungan, kes panic attack (serangan panik) pun sama meningkat. Lately ni Ana perasan ramai kawan-kawan dan family yang kena serangan panic attact. Dan bila Ana tengok kebanyakan simptom dia sama je. Macam mana Ana tau tu panic attact? Haaa mungkin ramai yang tak tahu Ana pun pernah je kena serangan panic attack ni. Semua berpunca dengan penyakit Anxiety Disorder (kerisauan melampau) yang Ana pernah cerita dekat SINI.


Apa Itu Panic Attack??


Menurut bidang psikiatri, anxiety disorder ada pelbagai jenis. Salah satu daripadanya ialah panic disorder. Selalunya pesakit yang menghidap penyakit ni akan mengalami panic attack  secara tiba-tiba. 


Kalau korang nak tahu, sesiapa pun boleh mengalami panic attack ni. At least sekali seumur hidup. Biasanya serangan ini terjadi selama beberapa minit hingga 30 minit.


Macam mana nak tahu tu panic attack? Seseorang tu kena ada sekurangnya 4 dari 13 simptom di bawah :


1. Jantung berdegup laju

2. Sakit dada

3. Rasa sesak nafas

4. Rasa tercekik

5. Rasa melayang

6. Badan menggeletar

7. Berpeluh

8. Kebas kaki / tangan

9. Rasa loya

10. Perasaan takut mati

11. Perasaan takut hilang kawalan

12. Pening atau hampir pengsan

13. Rasa panas / sejuk tanpa sebab. 


Dalam banyak-banyak simptom di atas, nombor 1 hingga 3 yang paling kerap orang alami. No wonder ramai yang menyangka dorang terkena serangan jantung dan segera ke hospital. Tapi lepas buat pemeriksaan termasuk pemeriksaan ECG, semuanya normal. Ana sendiri pernah alami lepas rasa tak sedap dada. Then ke KK, buat ECG semua. Doktor sangka Ana ada masalah jantung.  Siap bagi makan ubat jantung lagi dan terus dirujuk ke Hospital Selayang. Korang boleh baca pengalaman Ana buat ECG pertama kali ni. 


Berbalik pada cerita panic attack, ada sesetengah orang kerap mengalami panic attack ni. Boleh kata sebulan sekali. Keadaan ini dipanggil panic disorder (penyakit kecelaruan panik). Selalunya serangan ini terjadi kerana ada "pemacu" yang menyebabkan berlakunya gangguan emosi. Contoh seperti berlaku kematian atau kecelakaan pada orang sekeliling, tekanan, badan tak sihat dan banyak lagi. 


Rawatan Panic Attack Yang Perlu Diambil??


Bagi korang yang selalu diserang dengan panic atau anxiety disorder  ni, sebaiknya korang perlu dapatkan nasihat dan penilaian dari doktor atau professional. Jangan malu untuk minta nasihat. Jangan peduli apa kata orang. Orang memang mudah cakap itu ini tapi yang menanggung adalah diri kita sendiri. InsyaAllah pakar-pakar ni ada rawatan yang bersesuaian untuk mengurangkan keresahan yang korang alami tu. 


Petua Atasi Serangan Panic Attack 


Macam Ana bagitau dekat atas tadi, panic attack ni akan menyerang secara tiba-tiba. Boleh jadi masa kita tengah tidur, berehat, bekerja,  menonton tv dan banyak lagi. 


So apa perlu kita buat masa serangan ni? 


Perkara paling utama ialah korang kena tenang dan lakukan deep breathing.


Apa tu deep breathing?? Korang boleh tengok video perkongsian dari Ustaz Amin ni. Memang sangat membantu. 




Selain dari mengamalkan deep breathing, korang juga boleh amalkan 7 lagi tips di bawah ni :

Cara Atasi Panic Attack atau Anxiety Disorder


1. Dapatkan tidur yang mencukupi 


Tidur yang tak mencukupi atau tak berkualiti boleh menganggu kehidupan seharian kita. Kesannya badan akan rasa letih,  mood jadi swing, mudah marah,  cepat tertekan dan sebagainya. Akhirnya kita akan rasa resah dan gelisah. 


2. Bersenam setiap hari


Bersenam dapat membantu badan menjadi cergas dan ringan sekaligus menjadikan kita lebih sihat dan ceria. 


3. Amal pemakanan yang seimbang


Kita apa yang kita makan. Badan yang sihat bermula dari pemakanan yang sihat. Elakkan makan makanan yang tinggi kandungan garam seperti process food dan fast food. 


4. Elakkan dari minum kafein / alkohol


Ni bukan kata yang ada panic attack,  orang yang sihat pun sepatutnya elak dari minum kafein atai alkohol secara berlebihan. Apa lagi korang yang ada penyakit ni. Terutama yang ada gastrik. Ada yang kata air susu segarr tak boleh juga orang gastrik minum tapi tengok atas orang juga sebenarnya.


5. Jangan / berhenti merokok


Bagi yang merokok,  dah tiba masanya untuk berhenti merokok. Kesihatan badan lebih utama. Merokok tak membantu melegakan keresahan yang dialami malah boleh menjadikan penyakit tersebut bertambah buruk. 


6. Beryoga


Salah satu aktiviti yang boleh membantu diri menjadi lebih tenang dan kekal positif. Ini kerana masa beryoga fikiran kita akan fokus pada gerakan yoga tu saja. 

  

7. Join support group


Sharing is caring. Bukan kita sorang je yang ada penyakit tu. Ramai lagi. Kadang-kadang kita perlu baca pengalaman orang lain yang ada penyakit yang sama untuk jadikan kita lebih positif. Banyak support group yang korang boleh join untuk bertanya pendapat atau dapatkan info yang diperlukan.  


Kekal Tenang dan Berfikiran Positif


Akhir sekali kita kena pastikan kita sentiasa berfikiran positif. Kalau kata tiba-tiba serangan tu datang, relax je. Jangan cepat panik. Duduk dengan selesa. Kemudian amik seberapa banyak masa yang kita perlu untuk tenangkan diri. Kalau perlu bersendirian, sila kan. Yang penting amalkan deep breathing untuk melegakan diri dan otot-otot yang stress akibat panik tadi. InsyaAllah korang akan rasa lega dan semua akan baik-baik saja. Ana doakan semoga kita semua diberi kekuatan dan kesihatan yang lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Amin. 



Cara Atasi Panic Attack atau Anxiety Disorder Reviewed by Ana Suhana on July 26, 2023 Rating: 5

10 comments:

  1. bahaya juga bila kena panic attack ni..tq for sharing cara atasi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia xlah berbahaya sgt kak tp lebih pada emosi terganggu dan akhirnya fizikal jadi letih. Tp kalau dpt kawal insyaAllah semua ok je.

      Delete
    2. Saya xde perasaan macam tu sebab masih boleh drive walau perasaan takut memacam jadi tu ada. Saya rasa awak kena bawa juga kereta sebab bila dah selalu bawa, insyaAllah perasaan tu akan hilang.

      Delete
    3. saya pun mcmtu.. saya jd obes ngn makanan..kalau tkda makanan saya jadi mcm nk pengsan..mlut kena mkn 24jam tkt pengsan nnti mati.. perasaan sy mcmtu

      Delete
    4. Anxiety ni dia macam2 kan. Ni first time saya dengar kes macam awak. Saya doakan semoga diberi kesembuhan yang baik buat awak. InsyaAllah. kena set mind yang makanan tu takde apa2 pun sebenarnya ❤

      Delete
  2. Pernah alami dan adakala kena jugak sesekali...tapi dah tau macam mana nak kawal..insyaallah akan lebih focus lepas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam mana akak kawal? Boleh lah share nanti utk rujukan kawan2 lain juga.

      Delete
  3. Thanks for sharing. Baru tahu, rupanya panic attck ni boleh menyerang bila-bila masa je

    ReplyDelete
  4. Thankss Ana sharing panjang lebar.. Husniey dah cuba amalkan doa ustaz amin ajarkan tu..

    Memang kurang dah panik. Boleh rileks tenang. Nafas lebih teratur.. Tiap malam sebelum tidur ni husniey pasang music yang sesuai untuk meditasi.. Ada bunyi soft raindrops and piano.. Tenangg sangat.. Alhamdulillah ❤ #JustSharing

    ReplyDelete
  5. Uyul tahun lepas selalu panic attack. Ya Allah palpitations macam nak pecah dada ni.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.