10 Tempat Makan Menu Barat Terbaik Mesti Dikunjungi Semasa Berada Di Melaka
10 Tempat Makan Menu Barat Terbaik Mesti Dikunjungi Semasa Berada Di Melaka l Assalamualaikum. Melaka adalah sebuah bandaraya bersejarah, semua orang tahu akan perkara ini. Disebabkan itu ramai yang suka berkunjung dan bercuti di Melaka untuk lihat keindahan bandaraya tersebut. Di Melaka juga ada beca yang juga turut menjadi salah satu keistimewaan negeri ini.
10 Tempat Makan Menu Barat Terbaik Mesti Dikunjungi Semasa Berada Di Melaka
Untuk pengetahuan korang, Melaka tidak hanya terkenal dengan sejarah berkaitan penjajahan bersama tinggalan bangunan lama tetapi juga terkenal pada makanannya. Sambil melihat struktur-struktur bangunan di sekitar yang ada elemen seni bina British, Belanda dan juga Portugis, dapat juga menikmati hidangan menu ala nyonya, makanan barat dan sebagainya.
Terdapat banyak restoran yang menawarkan makanan western sedap di bandaraya Melaka ini dan 10 daripada tempat makan tersebut adalah :
#1 - Melantak Steak Hub Melaka
Melantak merupakan perkataan dalam bahasa yang bermaksud makan dengan puas! Melantaklah sepuas hati dan tempatnya adalah di Melantak Steak Hub Melaka. Di sini, terdapat pelbagai hidangan makanan barat seperti steak yang sedap.
Nak lagi istimewa, daging yang di masak steak ini diterbangkan khas secara segar dari bumi Australia. Jangan khuatir kerana daging ini dijamin halal untuk dinikmati tanpa rasa was-was. Selain steak daging lembu terdapat juga pelbagai menu lain seperti chicken chop dan sebagainya.
Alamat :
No 11 & 13, Jalan KU 1,
Taman Klebang Utama, Klebang,
Klebang Besar, Melaka.
#2 - Restoran Bunga & Tembok
Restoran Bunga & Tembok merupakan kedai makan dalam suasana yang sangat selesa dan menarik. Boleh datang dan makan di sini bersama insan tersayang kerana terdapat pelbagai jenis menu makanan yang boleh di pilih di sini.
Antara menu yang paling mendapat perhatian adalah kambing grill yang dipanggang hingga lembut dan berjus. Isi dagingnya juga sangat padat dan mengenyangkan. Selain daripada steak, turut terdapat meatball danmashed potatonya yang dibuat menggunakan resepi mereka sendiri.
Selain daripada masakan jenis barat, di sini terdapat juga makanan lain seperti nasi briyani. Harganya pula boleh dikatakan pada tahap berpatutan dan berbaloi.
Alamat :
No.53, Jalan KP1,
Taman Krubong Perdana, Melaka.
#3 - TWS – Melaka Raya (The Windmill Station)
Selain daripada dua restoran makan barat di atas, The Windmill Station juga merupakan salah sebuah restoran makanan barat yang mendapat perhatian di Melaka. Ia adalah sebuah kedai makan dengan pelbagai jenis makanan tempatan, western ataupun fusion (gabungan kedua-dua tempatan dan barat).
Antara jenis hidangan yang ada di sini adalah seperti spaghetti meatballs, bolognese, mac and cheese, black pepper chicken carbonara, lamb chop, fried chicken chop, sirloin steak, fish and chips dan banyak lagi. Di sini boleh datang makan bersama insan tersayang dan cubalah apa jua menu yang ada kerana harganya sangat berpatutan sekali.
Alamat :
48 Jalan 13, Taman Melaka Raya,
75000 Melaka.
#4 - Restoran Astana Putra
Restoran Astana Putra bangunannya yang berwarna putih sekali lihat tak ubah seperti istana di zaman silam ketika adanya Laksamana Hang Tuah.
Restoran Astana Putra ini tidak hanya unik pada bangunannya malah juga mempunyai keluasan halaman yang sangat luas. Seronok kan ada laman luas. Korang kalau beli tanah sendiri dan plan nak buat rumah banglo, make sure ada laman yang besar. Senang nak buat majlis.
Cakap pasal majlis, dekat sini juga boleh diadakan jamuan majlis dan restoran ini juga menyajikan pelbagai hidangan yang sedap-sedap belaka rasanya.
Antara menu yang wajib dicuba adalah seperti nasi Arab dan juga chicken chop. Sebagai pemanis mulut, anda boleh mencuba aneka buah-buahan segar dan juga kuih-muih yang pelbagai jenis. Restoran Astana Putra ini juga turut menyediakan servis katering bagi sesiapa saja yang berminat.
Alamat :
Batu 17, Jalan Solok Duku,
78300 Masjid Tanah, Melaka.
#5 - Bam Bam Bistro
Bam Bam Bistro, ini juga salah sebuah restoran yang agak terkenal di bandaraya Melaka. Bam Bam Bistro bukan saja terkenal kerana kepelbagaian menu makanannya malah turut terkenal sebagai salah satu tempat makan yang sangat murah harganya di dalam negeri Melaka ini.
Sebagai contoh, hidangan set chicken chop di sini hanyalah sekitar RM5 saja. Terdapat juga hidangan lain yang turut ditawarkan dengan harga murah dan berpatutan seperti spaghetti carbonara, lamb chop, burger, meatball dan banyak lagi. Suasana makannya juga sangat tenang dan aman dengan pemilihan perabot kayu klasik bersama kolam renang yang ada berhampirannya.
Alamat :
Lot 16231, Gabana Villa,
Jalan Mahsuri Utama, Pulau Sebang,
78000 Melaka.
#6 - Roti John Tarik MaeLambong
Roti John Tarik MaeLambong mungkin tampak biasa kerana ia hanyalah sebuah gerai kecil di tepi jalan tetapi kecil-kecil gerainya ini, mampu menawan hati ramai pelanggan hingga tahap sanggup menunggu lama semata-mata untuk menikmati hidangan roti john yang ditawarkan.
Gerai Roti John Tarik MaeLambong ini walau tampak ringkas tetapi amat mengambil berat akan rasa roti john yang dijual. Buktinya ia diletak cheese dalam kuantiti yang banyak demi untuk memberi kepuasan ketika makan pada para pelanggan.
Terdapat banyak pilihan untuk inti roti john di sini seperti daging ayam, daging lembu, tuna atau kambing. Isi yang dimasukkan juga agak banyak dan terasa pada setiap gigitan.
Alamat :
Roti John Tarik MaeLambong,
Jalan Hang Tuah Mall,
75300 Melaka.
#7 - Barkat Original Roti John Asli
Barkat Original Roti John Asli turut menjual roti john juga tetapi roti john di sini tidak sama dengan Roti John Tarik MaeLambong. Roti john di sini disajikan bersama dengan sos pencicah dan sos pencicah ini disediakan bersama dengan ayam golek.
Ayam golek di Barkat Original Roti John Asli ini ternyata sangat sedap dengan rasa yang berjus. Kedai roti john Barkat ni walaupun tampak kecil tetapi turut mempunyai cawangan lain tetapi kedai yang dimaklumkan ini merupakan kedai rasmi yang pertama dan ianya terus beroperasi sehingga hari ini sejak di buka pada tahun 1980-an yang lalu.
Alamat :
No. 26, Jalan BU 4A,
Jalan BU 4, Taman Bachang Utama,
75300 Melaka.
#8 - Cafeology Café & Restaurant
Cafeology Café & Restaurant, namanya agak unik dan ternyata restorannya juga agak unik berbanding dengan restoran makanan barat yang lain. Gaya makan dengan suasana santai ala hipster sememangnya berkesan dan berjaya menarik perhatian ramai pelanggan terutama dari kalangan orang muda yang suka duduk bersantai bersama teman-teman.
Bermacam jenis ada di sini dari spaghetti, sandwich, burger, waffle, kek, chicken chop, lamb chop dan banyak lagi. Ada pelbagai minuman termasuk kopi beraneka jenis ada di sini. Kiranya, jika sedang mencari tempat makan yang happening, bolehlah cuba untuk singgah di Cafeology Café & Restaurant ini.
Alamat :
Lot 21 & 23, Ixora Condominium,
Jalan Bukit Beruang, 75450 Melaka.
#9 - Qasreena Café
Pertama kali diperkenalkan, rata-rata pelanggan terkejut dengan menu yang dibawakan. Menu tersebut diberi nama Mee Racun dan ternyata nama itu benar-benar menarik perhatian ramai orang untuk mencubanya.
Hakikatnya, nama saja mee racun tapi tak ada sebarang racun di dalamnya melainkan ianya adalah hidangan mee dengan tahap kepedasan di tahap paras melampau. Mohon siapkan air susu segar segelas dua untuk hilangkan kepedasan tersebut.
Bagi yang tidak suka atau tidak tahan dengan menu terlajak pedas seperti itu, masih ada pelbagai hidangan lain untuk dinikmati. Antaranya chicken chop, mee kungfu ‘Hustle,’ nasi goreng ‘Shah Rukh Khan,’ mee basah dan banyak lagi. Rata-rata menu di sini memang seronok untuk disebut kerana mempunyai pelbagai nama yang unik.
Alamat :
15, Jalan Puncak 2,
Taman Puncak Bukit Katil,
75450 Melaka.
#10 - Hot Chicken Chop
Antara makanan barat yang sering ada di mana-mana restoran western, tidak lain dan tidak bukan adalah chicken chop. Jika sebelum ini selalunya chicken chop ini disajikan sebagai menu semata-mata tetapi berbeza dengan restoran ini kerana ia dinamakan dengan nama chicken chop itu sendiri.
Di restoran Hot Chicken Chop ini sememangnya menu chicken chop adalah menu yang paling special dan paling mendapat permintaan ramai. Tidak hanya mementingkan dari segi kualiti dan rasa malah ia turut dijual dengan harga yang agak murah.
Selain chicken chop terdapat juga pelbagai menu lain yang turut menjadi pilihan ramai pelanggan seperti Blackpepper Chicken, Crispy CHicken Chop, Spaghetti Marinara, Chicken Arabiata, Tenderloin Steak dan Linguine Ala Pollo. Menu steak juga ada dengan pilihan daging segar bermutu tinggi dari Australia.
Alamat :
No. 23, Jalan TTC 26 A,
Taman Teknologi Cheng,
75250 Melaka.
Ada di Melaka dan terasa nak makan western food near me tetapi takut untuk keluar ke tempat awam? Tak mengapa, teruskan duduk di rumah kerana makanan yang diingini itu boleh terus di hantar sehingga ke pintu rumah dengan menggunakan servis pesanan dan penghantaran secara online.
Salah satu daripada pihak yang boleh digunakan untuk membuat pesanan dan penghantaran sebegini, siapa lagi jika bukan FOODPANDA. Sesekali ubah selera dengan menu masakan barat yang sedap best juga.
selalu kite gi melaka cari asam pedas kan..
ReplyDeletesesekali tu kena cuba makanan barat juga kan..
yumyum
bila pegi melaka bolehlah refer list Ana ni. aduyai gambar2 western food mmg sedap2 ni
ReplyDeleteBaiklah time sekarang PKPB tak leh buat apa.. Melaka ni memang dalam list nak pergi lepak lepas PKPB ni... Bookmark entri ni sebab semua diatas tu tak pernah try.. lepak hotel harus oder he he he
ReplyDeleteadeh adeh .. sedap aje semua. pi sana mmg akan try la.. dok kt hotel smpai order FP
ReplyDeleteAntara 10 restoran tu, yang dah LeYa masuk dan repeat adalah Qasreena Cafe dan Bam Bam Bistro... Hehe... Yang lain boleh try nanti tu kalau blk kampung Melaka
ReplyDeleteWow banyak tempat makan best best kat Melaka juga kan, jap nanti kalau pergi Melaka nak try juga.
ReplyDeleteBanyak juga pilihan makan barat kat Melaka, nanti boleh refer sini kalau pergi Melaka. Nak lagi senang boleh order je dari Food Panda kan.. senang..
ReplyDelete