Cara Mudah Banyakkan Susu Badan Selepas Bersalin. Ibu Dalam Pantang Wajib Cuba.

Cara Mudah Banyakkan Susu Badan Selepas Bersalin. Ibu Dalam Pantang Wajib Cuba l Assalamualaikum. Kejap je dah nak masuk 6 bulan Ana bersalinkan Suraya Amna. Rasa macam baru semalam duduk dekat labor room berlawan dengan sakit contraction ya amat sangat.



Cara Mudah Banyakkan Susu Badan Selepas Bersalin. Ibu Dalam Pantang Wajib Cuba. 


Alhamdulillah selama 6 bulan ni Suraya dapat menyusu secara eksklusif. Cuma masa warded di NICU sebab kuning tinggi tu je Ana terpaksa bagi dia susu formula yang hospital sediakan. Tu pun nurse paksa. Kalau tak, bacaan kuning susah nak turun. Lagipun masa awal-awal tu susu badan tak banyak lagi. Kena lah pejam mata kejap. 


Lepas discharge dari hospital, Suraya tetap kena ulang alik ke KK untuk monitor kuning dia. 3 minggu juga lah ulang alik tu. Mujur masa tu tengah PKP, so suami memang boleh hantar setiap hari. 


Bacaan kuning Suraya memula turun sikit, tapi lepas tu naik semula. Tapi tak lebih 200. Pening gak kepala nak make sure bacaan dia turun. Nak kata tak susukan dia, setiap 2 jam Ana make sure susukan dia dengan susu badan. Bila Google, no wonder kuning dia naik sebab Ana dok makan halia. Kemain banyak pulak tu. Orang kata halia ni tak elok kita makan selagi kuning baby tak turun. 


Sampai satu tahap, sebab dah 2 minggu tak turun pada tahap yang normal, doktor suruh amik darah baby untuk check hati dia ok ke tak. Kesian tengok Suraya menangis sakit kena cucuk kat urat tangan tu. Tapi sebab nak dia sihat, Ana tahan je lah rasa sedih tu. Alhamdulillah result semua normal. Dan pada hari ke-21, doktor dah bagi discharge. By the time,  susu badan pun dah semakin meriah. Dah boleh buat stok sekali. Alhamdulillah.

Cara Mudah Banyakkan Susu Badan Selepas Bersalin


Ni Ana share antara tips atau petua yang Ana amalkan untuk lerbanyakkan susu badan.



1. Kerapkan Penyusuan Badan


Perkara pertama lepas baby keluar dari rahim kita, doktor atau nurse akan suruh kita susukan baby. Tak kisah lah masa tu susu badan kita dah ada ke belum. Janji baby hisap nipple pada masa tu. Tapi lepas tu, kita kena make sure yang baby minum susu dengan lebih kerap. Sekurangnya 10-12 kali sehari. Ini bertujuan untuk merangsang hormon prolaktin untuk penghasilan susu yang lebih banyak. 



2. Banyakkan Minum Air Kosong


Kalau air dalam badan tak banyak, mustahil badan kita boleh produce susu yang banyak. Simple kan? So ibu-ibu kena lah pastikan minum air kosong sekurangnya 2 liter sehari. Walau ada yang kata masa dalam pantang tak boleh minum air banyak, jangan kisah. Sebabnya doktor sendiri yang kata perlu air yang banyak untuk hasilkan susu badan yang banyak. Lagipun takde kesan buruk pun dekat kita bila minum air kosong banyak.


Ye kadang terasa loya juga minum air kosong je kan. Why not tukar pada air lain segelas dua. Air jus buah tanpa gula ke kan. Tapi macam Ana, Ana akan banyakkan minum air susu tak kisah lah susu segar atau susu tepung. Janji susu. Susu kambing pun banyak khasiat. In fact masa mengandung lagi korang dah kena amalkan minum susu ibu mengandung supaya segala nutrisi yang diperlukan dipenuhi. 



3. Jangan Stress


Ye faham sangat bila susu badan tak banyak terutama pada seminggu dua lepas bersalin. Ye lah kita takut baby tak cukup susu terutama bagi yang ada anak yang masih tinggi bacaan kuningnya.

Relax and take a deep breath. Jangan stress!!

Stress hanya akan menyebabkan susu badan korang akan lagi berkurang. Sebabnya minda akan mempengaruhi badan dan penghasilan hormon kita. Sebaiknya terus berfikiran positif. Bila minda positif, badan akan sihat dan penghasilan hormon pun  lebih baik. Kesannya susu badan pun akan semakin banyak dan pekat.


4. Makan Makanan Berkhasiat


Masa dalam pantang,  pastikankan kita makan makanan yang berkhasiat termasuk banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Antara sayur dan buah yang Ana makan dan nampak kesan yang positif ialah lobak putih, sayur sawi, kurma dan longan. Longan tu nak paling senang dan sedap korang boleh buat air macam air mata kucing tu. 



5. Kerapkan Pam Susu Badan


Macam Ana bagitau dekat atas,  petua paling utama untuk banyakkan susu badan adalah dengan kerapkan menyusu baby. Bila ada demand baru ada supply.  Tapi ada sesetengah baby tak kuat menyusu. Minum sikit je lepas tu tak nak dah. So alternatif terbaik yang kita boleh buat ialah dengan mengepam susu untuk pastikan supply susu tak terjejas.



Mudahnya Pam Susu dengan YoMum's Breast Pum - Wireless & Portable. 


Nak pam susu ni nampak je senang tapi sebenarnya tak mudah.  Lagi-lagi bagi mereka yang bekerja. Ye lah bila dah start mengepam, at least 30 minit diperuntukkan untuk pam dan tak boleh nak ke mana sebab terikat dengan mesin dan wayar pam tu. Tu belum lagi yang nak kena caj mesin sambil mengepam. Kemudian kalau pam di work station, dekat pula dengan work station staff lelaki lain, lagi lah haru kan. Aishh Ana dah lalui semua tu. Tau lah perasaan tak selesa tu macam mana. Tapi nak buat macam mana kan!!


Kalau yang bergelar surirumah pun tak jauh beza. Terkejar-kejar masa nak buat kerja itu kerja ini. Masa baby tidur tu lah masa paling berharga nak selesaikan semua kerja termasuk pam susu. Penat woo!!..


Kadang sampai aa yang give up nak pam susu!!


Haaa jangan macam tu. Sebabnya sekarang ni dah ada mesin pam yang boleh menyenangkan masa mengepam untuk para ibu di luar sana iatu Yomum's Breast Pump. 


Kenapa para ibu kena ada Yomum's breast pump ni? 

Cara Mudah Banyakkan Susu Badan Selepas Bersalin


1. Hands-free


Tu yang paling penting. Selit je dalam nurisng bra dah boleh buat macam-macam kerja sambil mengepam. Takde nak berselirat dengan wayar atau stuck tepi mesin pam lama-lama dah. 



2. Compact Size


Yang ni pun ramai yang suka. Kebanyakan mesin pam dekat luar sana, saiz mesin pam agak besar dan kena ada beg lain nak bawa mesin tu. Tapi breast pimp dari Yomum's ni, korang tak perlu risau. Saiznya sangat lah comel dan ringan pula tu. Hanya 230 gram je. Tak sampai setengah kilo pun. Tak terasa pun bila tengah mengepam tu. Nak bawa pergi travel pun senang. Selit je dalam bag pack. Senang cerita.



3. Mudah Dicuci


Macam pam lama Ana tu, terlalu banyak komponen nak kena cuci. Kadang bercinta sangat bila masuk bab nak membersihkan tu. Tapi sekarang, senang sangat-sangat. Sebabya pam Yomum's ni hanya ada 5 komponen yang mudah untuk dicuci dan dipasang semula. Tak sampai 5 minit dah boleh selesai kerja mencuci pam tu. 



4. Mode Suction Yang Selesa


Ada sesetengah pam akan buat kita rasa sakit masa mengepam tu. Bila dah sakit, memang akan spoil kan mood nak pengepam. Kesannya pengeluaran susu badan akan merundum. Terutama ibu tyang bekerja.

Cara Mudah Banyakkan Susu Badan Selepas Bersalin


So pada yang tercari-cari pam susu yang selesa dan tak menyakitkan, Ana recommend korang beli  Yomum's breast pump ni. Dia ada 2 modes yang korang boleh pilih iaitu mode massage and mode suction. Suction pula ada 5 level. Macam Ana, mula-mula akan guna mode massage dulu, kemudian tukar ke mode suction. Slowly dari level 1 ke level 5. Walau suction level 5, breast tak rasa sakit pun. Selesa sangat. 



5. Bunyi Pam Yang Perlahan


Ciri penting bagi ibu-ibu yang bekerja di pejabat kan. Dengan breast pump Yomum's ni, korang boleh menikmati masa pengepam dengan aman dan selesa. Tak risau dah takut takut staff lelaki dekat sebelah dengar. Nak pam waktu malam tepi baby pun takde masalah.


Overall Ana suka sangat guna breast pump dari Yomum's ni. Dan dari pengalaman peribadi Ana sendiri,  Ana sangat-sangat recommend breast pump ni dekat ibu-ibu yang tengah tercari-cari breast pump yang ringan, comel, hands-free dan bunyi perlahan pada harga yang berpatutan.


Cara Mudah Banyakkan Susu Badan Selepas Bersalin

Last but not least, jangan sesekali give up untuk teruskan misi penyusuan badan dekat baby kita sehingga umur mereka 2 tahun. Banyak khasiat dan kebaikan yang akan diperolehi baby kita asbab dari susu badan tersebut terutama dari segi kesihatan mereka. Dan jangan lupa juga untuk cuba petua-petua yang Ana share dekat atas tu tau. Moga-moga berhasil dekat korang semua. InsyaAllah. 


Cara Mudah Banyakkan Susu Badan Selepas Bersalin. Ibu Dalam Pantang Wajib Cuba. Reviewed by Ana Suhana on October 05, 2020 Rating: 5

14 comments:

  1. Comel je pam susu tu. Warna pink lagi hehehe

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian. Info yang bermanfaat, khasnya untuk ibu-ibu baru.

    ReplyDelete
  3. Tengok saiz mesin tu dan barang-barang pump tu sikit je kak. Tak serabut nak uruskan benda alah tu. Compare masa saya dulu, campur mesin bising lagi. Adui stress. Hahahaa. Mesin YOMUM ni bising tak?

    ReplyDelete
  4. Tips yang bagus untuk ibu menyusu.
    Anyway, comel laaaa pump susu tu, kecik, ringan dan mudah digunakan. Nampak pun senang dibawa ke mana².

    ReplyDelete
  5. Mudahnya nak pam susu sekarang kan...zaman Sis kalau bengkak aje tonyoh ke anak, kadang picit buang... yaa stress tu mainkan peranan gak kann, dah tengok masa adik Sis dulu stress sebab susu takde...kena positif..

    ReplyDelete
  6. Bagus sangat perkongsian ni Ana! Terutama bagi ibu2 muda yg baru melahirkan atau bakal ibu utk persediaan. Thanks tau sharing this

    ReplyDelete
  7. Wahh boleh hadiahkan produk ni kat my mommy to be friends la.. Untuk kesenangan mereka juga... Thanks for sharing this!

    ReplyDelete
  8. Bend ni penting dalma list mak2 nak bersalin. Lagi saiz kecik mcm ni. Memng sesui bawka ke mana2 je kan.. Mak yang bekrja lagi perlu bawak.

    ReplyDelete
  9. Jangan stress...kena kerap berikan susu mmg petuanya. Ninlah pengorbanan seorang ibu

    ReplyDelete
  10. cantik betul breast pump ni. suka dengan teknologi sekarang , memudahkan betul. semoga murah rezeki baby dapat BF sampai 2 tahun

    ReplyDelete
  11. Nak bagi cukup 2 tahun susu badan pada anak mmg agak struggle utk sesetengah mak tu. Skrg nie dah ada portable breast pump nie mudahlah utk ibu2 pam susu di mana2.

    ReplyDelete
  12. The pump look very easy to hse and very affordable too!

    ReplyDelete
  13. wah.. comel sangat bentuk dia.. yang penting tak berselirat 2 wayar macampump lain tu kan

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.