Cara Hilangkan Jerawat Dalam 3 Hari Dengan Cosmoderm Tea Tree Oil
Cara Hilangkan Jerawat Dalam 3 Hari Dengan Cosmoderm Tea Tree Oil l Assalamualaikum. Kulit yang cantik ialah kulit yang sihat!! Sihat dari segala cela termasuklah jerawat. Siapa tak nak kulit yang sihat dan cantik kan. Ada orang beruntung sebab takde masalah kulit berjerawat, tapi bagi mereka yang memiliki kulit jenis berminyak, memang tak dapat lari dengan isu jerawat ni.
Cara Hilangkan Jerawat Dalam 3 Hari Dengan Cosmoderm Tea Tree Oil
Normal lah kan bila jerawat dah mula naik dekat muka, keyakinan diri jadi menurun. Lagi-lagi bagi korang yang perlu berjumpa dengan orang ramai kan. Dah lah ada jerawat, kulit berminyak pulak tu. Make up tebal macam mana pun tetap tak boleh cover jerawat tu. Tu belum lagi make up jadi bercapuk dan comot. Aishhh sakit hati pulak rasanya kan!! Memang kemurungan sekejap dibuatnya.
Tapi pernah tak korang terfikir apa punca kulit kita berjerawat??
Apa punca terjadinya jerawat??
1. Perubahan Hormon
Hormon tak stabil lah tu!! Tu yang selalu kita dengar kan bila jerawat naik dengan meriah dekat muka ni. Betul ke?
Ya betul!! Ini kerana badan kita akan mengalami perubahan hormon di mana terjadinya peningkatan kadar hormon progestron sebelum dan hormon testoreon semasa datang bulan. Kesannya kelenjar minyak akan menjadi aktif dan menyebabkan pori kulit tersumbat. Seterusnya muncul lah cik jerawat.
2. Tekanan
3. Solekan
4. Sinaran Matahari
5. Makanan
Kulit Sihat dan Cantik Dengan Rangkaian Cosmoderm
Nak atasi masalah jerawat ni sebenarnya ada banyak tips dan petua yang korang boleh cuba. Antara yang utama adalah dengan menjaga permakanan kita. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Kemudian amal gaya hidup yang sihat seperti kerap bersenam dan kurangkan stress yang berlebihan. Akhir sekali guna produk yang sesuai dan selamat untuk merawat jerawat du kulit muka kita.
Kalau cakap tentang produk untuk atasi masalah jerawat ni, produk Tea Tree Oil dari Cosmoderm antara produk yang terbaik di pasaran. Ramai yang beri komen positif selepas guna produk-produk dari Cosmoderm ni. Lagipun Ana yakin ramai yang kenal dengan jenama Cosmoderm ni kan!!
Produk Cosmoderm Bebas Dari Paraben dan Sulfat
Cosmoderm bermula dalam industri penjagaan diri pada tahun 2001 dengan membina jenama penjagaan kulit dan penjagaan badan yang berkualiti yang diformulasikan dan dihasilkan di Malaysia.
Menariknya semua produk Cosmoderm adalah bebas paraben dan sulfat yang sesuai untuk semua jenis kulit termasuk mereka yang mempunyai kulit sensitif. Ini kerana Cosmoderm hanya menggunakan ramuan berkualiti tinggi seperti Vitamin E dari Eropah, minyak Tea Tree dari Australia, Co-Enzyme Q10 dari Jerman dan ramuan herba tradisional seperti Manjakani dari Malaysia.
Kulit Bebas Jerawat Dalam 3 Hari dengan Tea Tree Oil Cosmoderm
Cosmoderm mempunyai pelbagai rangkaian produk penjagaan kulit yang selamat pada harga yang sangat berpatutan. Bagi merawat masalah jerawat dan kulit berminyak, rangkaian Tea Tree Oil Cosmoderm adalah pilihan yang terbaik.
Rangkaian ini mempunyai formulasi unik yang menyeimbangkan sifat penyembuhan dengan dua bahan utama iaitu Tea Tree Oil dan Vitamin E yang berkesan melawan jerawat, bau badan, selaran matahari dan pada masa yang sama ianya tetap lembut pada kulit.
Terdapat 3 produk utama dari rangkaian Tea Tree Oil Cosmoderm untuk atasi masalah jerawat yang selalu menghantui hidup korang tu. Dalam seawal 3 hari jerawat pada muka korang tu dah boleh kecut dan hilang dari pandangan mata. Jom tengok produk tersebut dan cara penggunaanya.
Langkah 1: Tea Tree Oil Facial Cleanser
Pembersih muka yang berfungsi untuk menanggalkan minyak pada kulit muka, membuka liang pori yang tersumbat dan mengawal pengeluaran minyak pada kulit untuk mengurangkan jerawat.
Langkah 2: Tea Tree Oil Purifying Mask
Selepas bersihkan muka, sapukan TTO Purifying Mask pada wajah dan biarkan sekurang-kurangnya 15-20 minit. Kemudian basuh dengan air bersih. Masker penulenan ini membantu menyerap minyak yang berlebihan serta berfungsi mengeringkan jerawat dan liang pori.
Langkah 3: Tea Tree Oil Anti-Blemish Gel
Terdapat 2 jenis Anti-Blemish Gel untuk 2 jenis kulit berbeza. Digunakan ke atas kawasan berjerawat selepas penggunaan toner.
• Tea Tree Oil Anti Blemish Gentle
Berfungsi mengecutkan jerawat, menghilangkan blackheads & whitehead dalam masa 4-5 hari untuk kulit sensitif
• Tea Tree Oil Anti Blemish X-Press
Membantu mengecutkan jerawat, menghilangkan blackheads & whitehead untuk kulit biasa dalam masa 3-4 hari.
Selain tu terdapat beberapa lagi produk lain di bawah siri Tea Tree Oil dari Cosmoderm yang korang boleh cuba. Antaranya :
1. Tea Tree Oil Clarifying Toning Lotion
Toning losyen yang membantu merawat jerawat, menghilangkan bakteria punca jerawat dan juga minyak berlebihan. Toning ini juga digunakan untuk menyegarkan kulit dan menyingkirkan minyak yang berlebihan pada kulit.
2. Tea Tree Oil Day & Night Moisturiser
Primer dan pelembap 2 dalam 1 sesuai untuk kulit berminyak dan kombinasi. Pelembap ini bertekstur ringan yang berasaskan air yang membantu melindungi kulit daripada sinar UVA & UVB yang boleh merosakkan sel kulit.
3. Tea Tree Oil Control Serum
Serum berasaskan air gel dengan ekstrak buah yang berfungsi mengawal minyak berlebihan pada kulit wajah. Selain itu serum ini juga membantu merawat liang pori tersumbat untuk mengurangkan dan menghalang pertumbuhan jerawat, blackheads dan whitheads.
4. Tea Tree Oil Shower Gel
Gel mandian yang memberi kesegaran yang luar biasa untuk mengatasi masalah bau badan dan jerawat badan. Ia juga memberikan pembersihan yang lembut pada kulit dan menjadikan kulit segar dan licin tanpa rasa melekit. Bertekstur ringan, tanpa iritasi dan bersifat anti bakteria sesuai untuk semua orang.
5. Tea Tree Oil Magic Body Lotion
Cara semula jadi yang cepat untuk atasi masalah bau badan, jerawat badan dan sunburn. Losyen ini memberi kesan sejuk pada kerengsaan dan ketidakselesaan pada kulit. Tea Tree Oil Magic Body Lotion juga membantu mengurangkan ruam, jangkitan kulat dan bakteria. Selain itu, ianya juga berfungsi sebagai penghalau nyamuk dan kutu tilam.
Beli Rangkaian Cosmoderm di Farmasi Berdekatan
Bagi yang berminat untuk cuba produk Cosmoderm Tea Tree Oil atau rankaian produk Cosmoderm yang lain, korang boleh dapatkan di semua rangkaian farmasi berdekatan termasuk di Watsons, Guardian dan Aeon Wellness. Nak mudah lagi korang boleh beli secara online di www.cosmoderm.com.my atau di Shopee Cosmoderm Offical Store.
Alhamdulillah produk Cosmoderm ni memang hebat. Jerawat di tempat tertentu hilang tapi masih ada yang degil 😂
ReplyDeleteCosmoderm ni produk Malaysia pertama yang setaraf antarabangsa. Memang tak dinafikan keberkesana dia. Pengasas dia pun tak silap LH doktor perempuan. Paling bagusnya, orang kita sendiri yang buat
ReplyDeleteTea tree oil ni mmg antibacterial yg bagus. Masa saya ke Australia dulu, sy berpeluang tgk pokok tea tree yg tumbuh liar. Org aborigine kat sana pun guna sbg ubat tradisional.
ReplyDeleteTea tree ni mmg bagus utk kulit bermasalah sot jerawat. Dia agen yg boleh bunuh kuman. Dan brand cosmoderm mmg terbaik
ReplyDeleteYaaa sangat bagus, Sis sampai sekarang guna cosmoderm pencuci muka tu, tapi bawa hanya pi travel aje, sebab dia bagus, kontrol minyak kat muka so jerawat susah nak tumbuh..
ReplyDeletewow.. dari dulu akak mmg suka cosmoderm ni. lagi pula ada tea tree oil mmg terbaik
ReplyDeleteBethol la tekanan boleh menyebabkan jerawat mula serang muka kita.. Dua tiga hari ni agak tertekan, boleh pulak pimple ni muncul tambah lagi stress.. ðŸ˜ðŸ˜ Boleh la nak try Cosmoderm ni.. Suka dia guna tea tree extract.. Bau pun wangi dan efisien utk bersihkan muka kita..
ReplyDeleteakk suka cosmoderm ni, ada banyak range dan boleh cr yg sesuai dgn masalah kulit kita
ReplyDeletekalau pakai cleanser & toner je boleh hilangkn jerawat ke?
ReplyDelete