Resipi Kek Butter Marble 5 Bahan Anti Gagal Yang Sedap dan Mudah Disediakan

Resipi Kek Butter Marble 5 Bahan Anti Gagal Yang Sedap dan Mudah Disediakan l Assalamualaikum. Siapa suka kek marble kita geng. Kalau compare kek berkrim yang di jual di kedai-kedai kek dengan kek marble ni, Ana suka lagi kek marble. Buat minum petang dengan air teh panas memang ngam habis. 

Resipi Kek Butter Marble 5 Bahan Anti Gagal Yang Sedap dan Mudah Disediakan


Resipi Kek Butter Marble Anti Gagal Yang Sedap dan Mudah Disediakan 


Tapi bila beli dekat kedai-kedai kek, kek marble dorang selalunya kering dan tak moist. Kita boleh rasa tekstur kering kek tu bila lalu dekat tekak. Even kalau minum dengan air teh pun tak lembut kek tu. Memang spoil nak makan. Jarang lah nak jumpa kek marble yang sedap, gebu dan lembut sekarang ni.


Nak jadi cerita hari tu masa layan Youtube Che Nom, Ana ternampak ada resipi kek butter marble versi Che Nom ni. Eh nampak sedap sangat. Colorful lagi. Yang penting nak buat kek tu senang dan kebetulan bahan-bahan semua ada. Tinggal rajin dengan tak je nak buat. Sama lah kes macam kejadian Burnt Cheesecake ni. Bila rajin semua menjadi. 


Tapi sebab teringin sangat nak makan kek butter marble yang sedap, maka ku gagahkan juga. Mujur resipi ni senang gilos nak buat. Guna blender je pun boleh u olls. Tak pening kalau takde mixer.


And u guys know what. Memang tak rugi cuba. Sekejap je pun dah siap. Dalam sejam macam tu dah siap bakar semua. Tak sangka lah menjadi juga kek butter marble guna resipi ni. Di sebabkan tak  menyabar, masa kek tu tengah panas-panas lagi Ana dah potong. Tu yang boleh nampak habuk-habuk kek tu bersepah sikit. Hehe. Seeloknya kena sejuk kan dulu kek tu baru potong. Baru lah cantik kejadian kek tu.


Tapi apa-apa pun memang sedap kek butter marble ni. Bila masak guna butter, boleh bau wangi kek tu lagi menyerlah. Dan terasa lebih "buttery". Tekstur pun lebih lembut dan gebu. Lagi-lagi bila ada campuran susu segar dalam tu. Korang semua memang patut cuba ok. Moh ler kita tengok resipi Kek Butter Marble Che Nom ni.


Bahan-bahan

Resipi Kek Butter Marble 5 Bahan Anti Gagal Yang Sedap dan Mudah Disediakan

1. Salted Butter - 250 gram (Ana guna jenama Anchor)

2. Gula kastor - 190 gram

3. Telur - 4 biji saiz B

4. Esen vanila - 1 sudu kecil

5. Tepung naik sendiri - 250 gram

6. Susu segar - 60 ml (optional)

7. Pewarna - ikut pilihan sendiri (optional)


Cara Masakan


1. Lembutkan butter pada suhu bilik supaya mudah di adun. 


2. Sementara tu sapu nipis mentega di sekeliling loyang size 8x8 sebelum alas  dengan parchment paper.


3. Bila butter dah lembut, masukkan ke dalam blender. Masukkan juga gula kastor dan pukul sampai kembang dan warna jadi kuning pucat.


4. Kemudian masukkan telur satu persatu. Adun sehingga sebati.


5. Masukkan esen vanila. 


6. Lepas tu tuang adunan ke dalam mangkuk. Kemudian masukkan tepung naik sendiri sikit demi sedikit dan kacau sebati. Selang dengan susu segar sehingga habis. Sambung kacau sehingga adunan jadi pekat dan tak cair.


7. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Ikut berapa banyak pewarna yang korang nak. Macam Ana guna 3 warna dan 1 warna kosong. Kemudian kacau adunan dengan pewarna-pewarna tu. Jangan terlalu pekat sebab bila bakar, warna tu akan jadi lagi pekat.

Resipi Kek Butter Marble 5 Bahan Anti Gagal Yang Sedap dan Mudah Disediakan


8. Susun adunan di dalam loyang. Selang-selangkan warna yang ada.


9. Dah selesai susun, ketuk sedikit loyang supaya adunan tidak berongga dan permukaan jadi sekata.

Resipi Kek Butter Marble 5 Bahan Anti Gagal Yang Sedap dan Mudah Disediakan


10. Kemudian boleh lorek corak ikut kreativiti masing-masing. Maafkan lorekan ku itu. Sememangnya saya budak baru belajar. 


11. Panaskan oven selama 10 minit terlebih dahulu pada suhu 150°C. Kemudian bakar kek selama 45 minit.


12. Nak tau kek dah masak ke belum, cucuk lidi dekat kek. Kalau lidi tu bersih maksudnya kek dah masak sepenuhnya. 

Resipi Kek Butter Marble 5 Bahan Anti Gagal Yang Sedap dan Mudah Disediakan

13. Sejukkan dalam 30 minit sebelum potong. Kemudian dah boleh hidang. 

(Corak petak-petal atas kek tu corak dari redai kek. Lepas masak tu terus terbalikkan kek atas redai. Dah sejuk baru terbalikkan semula) 



Tips :

Resipi Kek Butter Marble 5 Bahan Anti Gagal Yang Sedap dan Mudah Disediakan

Resipi Kek Butter Marble 5 Bahan Anti Gagal Yang Sedap dan Mudah Disediakan

Lepas beberapa kali bakar kek ni, Ana perasan kalau guna loyang 9x9, kek jadi lebih cantik dan masak sekata. Bahagian dalam pula licin je. Sebelum ni Ana guna saiz 8x8 dia jadi tinggi dan perlu masa lama sikit nak masak. Bila masak lama, permukaan jadi gelap dan tak cantik.



Resipi Kek Butter Marble 5 Bahan Anti Gagal Yang Sedap dan Mudah Disediakan Reviewed by Ana Suhana on September 19, 2020 Rating: 5

24 comments:

  1. sedapnya nampak, elok je gebu je kan:)

    ReplyDelete
  2. Wahhh... Nampak mudah dan sedap.. Boleh try nanti ni. Tq kongsi resepi kak ana

    ReplyDelete
  3. nieyl pun bila kebuntuan idea, selalu g layan youtube che nom tu..so far, semua resepi dia menjadi kalau buat...

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap nie Ana.. nanti Kak Sue pun nak cuba lah resepi nie. Tq for sharing Ana.. ❤

    ReplyDelete
  5. Kek ni mama pernah masak masa kecik2. Klasik kek ni. Rasa pun sedap. Sekarang ni tambahan ada lukisan lukisan unik kat atas kek.

    ReplyDelete
  6. curah then ketuk2 sikit loyang pun nampak juga arts dekat situ, admire betul org yg pandai arts ni

    ReplyDelete
  7. Kalau LH punya resepi (resepi orang juga bukan resepi sendiri ya), tambah tepung gandum 3/4 cawan. LH tak isi susu pun. Alhamdulillah tak bantatlah keknya 😂

    ReplyDelete
  8. Akak pun suka kek macam ni berbanding kek yang ada krim tu. Kek butter ni kalau guna pure butter memang harum satu rumah.

    ReplyDelete
  9. aaaa gebu elok je kek. tu sekali makan pun boleh habis dah. hahaha

    ReplyDelete
  10. rajinnya akak baking. nampak sedap kek tu nanti boleh try resepi ni :)

    ReplyDelete
  11. Ummm.......yummy!!!!!!!! Suka nyer tengok warna cake too. Cheerful sgt. Thank you for sharing your recipe.

    ReplyDelete
  12. Yuhuu... Kita geng beb. Syukran gracias share ez recipe. Madam B nak buat lah utk family kecil at home. Anak sure suka ni. Gebu gebas tasty je nampak pretty colorfulla.

    ReplyDelete
  13. Lamanya tak buat kek marble ni..kalau arwah Mak ada, dialah paling rajin nak membuatnya... nanti nak try laaa buat ikut resepi ni..

    ReplyDelete
  14. Anti gagal ye? Memang Rawlins boleh try nie sebab selalu gagal bila memasak kek. Nanti Rawlins kongsi kejadiannya ye

    ReplyDelete
  15. Special ya namanya anti gagal. Huhu. Nampak sedap kek warna warni mcm ni. Nak bagi anak makan pon mesti berebut nak nanti

    ReplyDelete
  16. Wow... Senang jer rupanya nak buat kek marble ni.. Nak try la nanti, boleh try2 flavor and color lain juga ikut kehendak sendiri kan... Thanks for sharing this recipe 🙏

    ReplyDelete
  17. Wah sedapnya tengok.. Sennag buat.. Bahan tak banyak.. Boleh la cuba ni.. Harap bila nad buat menjadila. Ehehe

    ReplyDelete
  18. Kek legend ni. Ni first kek masa sekolah dulu saya cuba buat. Menjadi! Wangi vanilla tu buat rindu. Nak buat lah nanti. Hehehe

    ReplyDelete
  19. wahhhhh.....nampak cantik & mesti sedap kan.
    kalau anti gagal boleh la buat ni hehehe

    ReplyDelete
  20. Kak dah lama cbuat kek, mmg suka buat kek marble sebenarnya tak susah pun skrg anak2 dah besar jrg ada kat umah kita pun jrglah membakar kek

    ReplyDelete
  21. Bestnyeee..nampak gebu dan sedap kek marble ana ni! Dulu pernah try buat gak tapi jadi bantat..adeii..lepas ni bole cuba resepi ana pulak lah 🌸

    ReplyDelete
  22. wahh kek marble mengodpa betul. thanks kasi resepi ya boleh cuba nanti

    ReplyDelete
  23. wah cantiknya kejadian kek marble ana. boleh cuba nanti

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.