Homestay Muslim Best dan Murah di Pantai Klebang. Rasa Macam Duduk Rumah Sendiri.

Homestay Muslim Best dan Murah di Klebang. Rasa Macam Duduk Rumah Sendiri l Assalamualaikum. Lamanya rasa tak pergi bercuti. Last bulan 11 tahun lepas masa bercuti di Port Dickson. Lepas tu tak ke mana-mana dah. Lagi-lagi sejak PKP hari tu.

Homestay Muslim Best dan Murah di Pantai Klebang


Homestay Muslim Best dan Murah di Klebang. Rasa Macam Duduk Rumah Sendiri. 


Selalunya setahun sekali Ana akan pergi bercuti dengan family Ana. Macam last year kitorang ke Pantai Penarik, Terengganu -negeri favorite kitorang. Seronok untuk food hunting dan layan view laut dia. Syok woo duduk tepi laut sambil pekena coconut shake dan ICT dekat sana. 


Tapi tahun ni memandangkan adik Ana tak berapa sihat, Ana plan pergi bercuti dekat-dekat je. Paling mudah ke Melaka. Konon nak cari homestay atau chalet tepi pantai,  sekali amik ko. Full house sampai hujung tahun. Kemain dahsyat orang-orang Malaysia ni.  Penangan PKP dan larangan bercuti ke luar negara lah gamaknya ni ye.  Haha. 


Sebab dah selalu sangat ke Melaka, kali ni kitorang plan tak nak duduk dekat bandar.  Sebab tau sangat dah,  kalau weekend masuk bandar sure jengkreng. So kitorang decide duduk dekat area Pantai Klebang je. Senang nak ke pantai. 


Homestay A&A Klebang Melaka - Cantik, Selesa dan Murah


Memandangkan kitorang ada 3 keluarga kecil,  so kena lah cari homestay yang ada at least 3 bilik. Yang penting semua bilik kena ada aircond. Melaka merecik hawau antara negeri yang sangat panas ok. Kalau duduk rumah batu yang takde aircond, memang mandi peluh lah jawabnya. Ni dari pengalaman Ana sendiri tau.


Bila tengok kemudahan yang ada dekat Homestay A&A Klebang ni memang kena dengan apa yang kitorang nak. Harga semalam hanya RM250. Kira murah lah tu kan. Kalau nak duduk hotel di Melaka ni, sebilik je dah seratus lebih kan.  Ni siap lengkap dengan kemudahan lagi. Oh ya kena letak deposit sebanyak RM100 untuk security pada owner. Urusan untuk booked semua melalui WhatsApp je. Sangat mudah.


Masa check in sama macam waktu hotel iaitu pukul 2 dan check out pula pukul 12. Masa hari kejadian, tuan rumah ada urusan. So tak dapat nak datang.  Tapi kunci semua dia dah letak siap-siap dalam safety box. Tinggal kitorang masukkan password je untuk amik kunci tu.


Ok ni lah homestay yang Ana stay last week di Taman Pantai Emas, Klebang.

Homestay Muslim Best dan Murah di Pantai Klebang


Homestay ni rasanya dalam kawasan perumahan baru. Penduduk pun tak ramai. Sunyi je tempat dia. Lagi-lagi lokasi perumahan ni di penghujung jalan. Sesuai untuk korang yang nak bercuti dengan aman. 


Homestay Dengan Ruang Tamu Yang Luas


Dah jom masuk tengok bahagian dalam rumah pula. 

Homestay Muslim Best dan Murah di Pantai Klebang


Ye, biru-sebirunya homestay ni. Tapi cantik je kan.

Homestay Muslim Best dan Murah di Pantai Klebang


Tengok lah dinding dia.  Siap ada wainscoting lagi. Curlass kau jah.  Haha. Lepas tu beberapa tempat-tempat menarik di Melaka seperti Masjid Selat dan River Cruise siap dibingkaikan lagi untuk rujukan para tetamu. Memang terbaik.

Homestay Muslim Best dan Murah di Pantai Klebang


Amboi Abang Syafi, kemain suka dapat bercuti. Kalau boleh sofa besar tu dia nak conquer sorang.  Selesa katanya. Cuma sofa tu dah terkoyak sana sini sikit. Maybe sebab ramai nau yang duduk atas tu kan.  Tapi still boleh guna dengan baik. 

Homestay Muslim Best dan Murah di Pantai Klebang


Berhadapan sofa panjang tu ada tv. Channel tak silap Ana ada channel basic je. Tu pun adik Ana je yang rajin tengok. Wifi pun ada. Password semua owner bagi dalam WhatsApp. Memang berdesup lah masing-masing main handphone update apa-apa yang patut. Haha.


Dekat ruang tamu ni juga ada meja makan 6 kerusi. Bagi Ana bagus ada meja makan dekat depan ni. Masing-masing boleh join the crowd. 

Homestay Muslim Best dan Murah di Pantai Klebang


Kalau letak kat dapur, sure masing-masing terpisah sebab tak cukup kerusi kan. At least bila meja makan kat depan, yang tak cukup kerusi boleh makan dekat sofa tu. Still masih boleh berborak sakan sesama kitorang.  Ye kitorang adik beradik memang kuat borak. Borak pulak jenis cakap nak kuat tapi masih terkawal. Macam-macam benda boleh jadi topik. Lagi-lagi kalau dapat point nak kenakan salah sorang dari kitorang. Haha. Gamat jadinya.


Homestay Lengkap Dengan Peralatan Memasak


Ni pula bahagian dapur. Cantik dan kemas je kan susun atur dia. 

Homestay Muslim Best dan Murah di Pantai Klebang


Aishh siap ada counter bar yang Ana berkenan dekat Shopee lagi.

Homestay Muslim Best dan Murah di Pantai Klebang


Peralatan memasak termasuk periuk nasi, pinggan, mangkuk, cawan,  gelas, kuali,  periuk,  senduk,  sudip semua ada. Tinggal nak masak je. Tapi minyak sila bawa sendiri ok.

Homestay Muslim Best dan Murah di Pantai Klebang


Ketel elektrik dengan pembakar roti pun ada. Peti ais pun besar dan bersih. Segala air botol, air mineral, coconut shake dan juga paling penting air susu untuk milkbooster, semua kitorang masukkan dalam tu. Apa lagi yang korang nak?


Buka pintu belakang nanti korang akan jumpa mesin basuh. Tempat sidai dekat belakang. Ada ampaian besar disediakan.

Homestay Muslim Best dan Murah di Pantai Klebang

Kemain luas backyard dia. Macam-macam boleh buat. Ni kalau ayah Ana, sure segala macam pokok bunga, sayur-sayuran dia boleh tanam. Hehe. 
Homestay Muslim Best dan Murah di Pantai Klebang



Homestay 3 Bilik Tidur Berhawa Dingin


Ok jom tengok bilik-bilik dekat homestay ni. 


Ni bilik master. Dah nama master so saiz dia lah yang paling besar. Attach dengan bilik mandi sekali. Siap ada buaian dan seterika lagi.

Homestay Muslim Best dan Murah di Pantai Klebang

Homestay Muslim Best dan Murah di Pantai Klebang

Homestay Muslim Best dan Murah di Pantai Klebang


Ni bilik kedua. Saiz kecik sikit dari master tapi masih selesa. Ada katil saiz queen.

Homestay Muslim Best dan Murah di Pantai Klebang


Ni lah kenapa Ana suka stay di homestay Muslim. Sejadah, telekung dan Al-Quran semua disediakan.

Homestay Muslim Best dan Murah di Pantai Klebang

Homestay Muslim Best dan Murah di Pantai Klebang


Bilik ketiga terletak di bahagian dapur. Bersebelahan dengan tandas. Ada katil single 2 unit. Bilik kedua dan ketiga takde almari tapi ada rak untuk kita gantung baju-baju.

Homestay Muslim Best dan Murah di Pantai Klebang


Oh ya kalau korang datang ramai,  make sure bawa towel siap-siap sebab tuan rumah provide 3 towel je.  Then selimut pun takde. So pandai-pandai lah korang adjust kipas dengan aircond tu.


Petang tu kitorang lepak dekat Pantai Puteri.  Dalam 10-15 minit perjalanan je. Tapi kalau korang nak ke  Pantai Klebang atau Klebang Coconut Shake lagi dekat. Dalam 5 minit camtu je.

Homestay Muslim Best dan Murah di Pantai Klebang

Homestay Muslim Best dan Murah di Pantai Klebang


Malam tu kitorang lepak dekat rumah je sebab malas nak bersesak dengan orang ramai. Makan malam beli dekat Restoran Windmill je. Favorite restoran kitorang dekat Melaka ni. Kalau korang malas keluar, boleh order Grab Food atau Food Panda je. Banyak sangat pilihan tempatan dan barat yang ada.

 

So overall Ana sangat puas hati dan happy stay dekat Homestay A&A Klebang Melaka ni. Semua kemudahan ada.  Homestay pun cantik dan bersih. Urusan dengan tuan rumah pun senang. Semua best lah. Betul lah orang kata kalau ada duit, better invest dalam property. Tak kan rugi.  Kalau beli tanah, bina banglo atau villa untuk dijadikan homestay. Confirm sentiasa akan ada orang sewa. 


Ok lah kalau korang yang nak ke Melaka dan nak stay di area Klebang, sila lah stay dekat sini. InsyaAllah korang pun akan puas hati.


Homestay Muslim Best dan Murah di Pantai Klebang. Rasa Macam Duduk Rumah Sendiri. Reviewed by Ana Suhana on May 01, 2021 Rating: 5

18 comments:

  1. Cantiknya homestay ni. MasyaAllah. dengan kemasnya. semuanya teratur. ini akan jadi pilihan homestay ika nanti kalau ke sana :) thanks sharing sis

    ReplyDelete
  2. aaa sukanya tengok deco dekat living room dia. Biru yang tenang je bila tengok. Dapur dia pun cantik. Memang patut la syafi punya expression macam tu haha

    ReplyDelete
  3. Wah pertama kali nmpak homestay yg baby friendly siap ada buai lg... bagus utk mrk yg ada bayi...

    ReplyDelete
  4. Fuh dah lama betul tak ke Melaka mahupun Klebang ni, best juga dpt jalan2 kat sana kan. Nampak menarik homestay tu, dalam dia pon cantik! Nanti boleh usha2 situ if nak cari penginapan di Klebang 😁

    ReplyDelete
  5. Cantiknya homestay nie..homestay jarang nak cantik sangat sebab tuan rumah risau org yg datang tak jaga barang2 dia...tapi class lah homestay dia

    ReplyDelete
  6. Wah menarik sangat nie Ana. Kalau Abang Man pun mesti suka nie, sebab Abang Man kata bila bercuti masa untuk berehat so memang kena rehat bebetul tanpa gangguan, tanpa shoping dan bising. Nanti ada rezeki boleh lah kami sekeluarga lepak sini pula. Tq for sharing Ana..

    ReplyDelete
  7. Cantiknya homestay ni kat Pantai Klebang.. Kitkat baru jer buat booking kat AirBnB untuk my trip next week. Next trip sure akan check out homestay ni pulak.

    ReplyDelete
  8. Waaa homestay yang selesa, dah macam rumah kita sendiri gayanya ni... nanti ke Melaka boleh cuba ni laaa, dekat pun ye dengan bandar...

    ReplyDelete
  9. cantik, bersih sangat ana, nanti boleh lah try sini kalau ada plan nak ke Klebang ,thanks for sharing

    ReplyDelete
  10. Homestay selesa kat Melaka ni. Nanti nak ke Melaka bleh la cari penginapan kat sini. Selalu pi Pengkalan Balak aje. Kita try tempat lain pula. Hehe

    ReplyDelete
  11. Kenapa Homestay die cantik sgt. Modenlah decoration. Biasanya dalam rumah takdelah nampak mewah camni. Terbaiklah owner ni betol2 bg keselesaan n baby friendly

    ReplyDelete
  12. cantik sangat dekorasi rumah ni, english style. nampak luas dan selesa. thanks sharing ana lokasi homestay ni

    ReplyDelete
  13. Wah menarik ni nak bawak family bercuti nanti boleh menginap dekat sini. Iena suka tenok warna dia dan juga deco.. Boleh memasak tu best. Thanks for sharing 😊

    ReplyDelete
  14. Boleh consider tinggal kat sini nanti kalau berjalan2 ke melaka. Nampak selesa dan Harga pun berbaloi dari tinggal kat hotel kan

    ReplyDelete
  15. Cantiknyaa homestay ni, siap dinding dalam umah ada wainscotting lagi.. Design cantik tak sarat mata memandang.. Boleh masuk list ni kalau nak ke sana..

    ReplyDelete
  16. suka tgk homestay ni. cantik dan bersih sgt..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.