5 Cara Influencer Buat Duit. Guna Handphone Jer Pun Boleh.

5 Cara Influencer Buat Duit. Guna Handphone Jer Pun Boleh.  l Assalamualaikum. Sejak aktif jadi blogger 4 tahun kebelakangan ni, ramai rakan-rakan lama tanya best tak jadi blogger / influencer ni? Sebabnya dorang nampak kerja sebagai influencer ni menarik. Guna handphone dan internet jer dah boleh buat duit. Jadi ramai lah yang tanya macam mana cara Ana atau influencer jana pendapatan.


5 Cara Influencer Buat Duit. Guna Handphone Jer Pun Boleh. 


Seperti yang kita tahu, ramai yang terjejas punca pendapatan akibat wabak Covic-19. Ada yang kena buang kerja, ada yang berniaga tapi jualan merundum dan banyak lagi. Jadi kebanyakkan kita dah mula tercari-cari kerja tambahan untuk tampung perbelanjaan seharian. Dan Ana nampak ramai yang berminat untuk jadi blogger, influencer or even insta famous sebab mereka nampak peluang yang baik untuk mereka mencuba.


So pada yang tertanya-tanya tentang macam mana influencer ni jana pendapatan mereka, korang kena baca perkongsian Ana di bawah ni. Sebenarnya ada banyak cara untuk jana pendapatan bergantung pada minat dan kepakaran masing-masing, tapi ini antara 5 cara mudah yang korang boleh cuba. Terutama yang no 5 tu!!


1. Pay-Per-Post

5 Cara Influencer Buat Duit. Guna Handphone Jer Pun Boleh.

Ni cara yang paling banyak influencer buat termasuk Ana sendiri. Bagi yang selalu blogwalking atau tengok akaun media sosial Ana, korang boleh nampak yang Ana selalu review dan promote pelbagai jenis produk dan servis kan. Haa tu lah namanya Pay-Per-Post. Maknanya kita dibayar mengikut posting yang kita buat. 


Basically Ana akan review produk atau servis tersebut mengikut guideline yang diberi oleh client dan kemudiannya promote di platform media sosial yang dipersetujui. Selesai semua kerja, Ana akan dibayar. Bayaran pula selalunya ikut jumlah followers (Facebook & Instagram) dan pageview (blog).


Tapi ada masanya content dan gambar disediakan oleh client, dan kita hanya perlu buat posting saja. Cuma bayaran sebegini tak lah setinggi posting dari idea kita sendiri. 


2. Pay-Per-Share

5 Cara Influencer Buat Duit. Guna Handphone Jer Pun Boleh.

Pay-Per-Share pula antara cara yang paling mudah untuk influencer jana pendapatan. Sebabnya kita tak perlu nak pikir untuk buat ayat bombastic atau bersusah payah amik gambar produk. Apa yang kita perlu buat hanya like dan share posting client di Facebook dan Instagram kita. Selesai kerja!! Cuma cara macam ni jarang digunakan oleh client. 


3. Affiliate 

5 Cara Influencer Buat Duit. Guna Handphone Jer Pun Boleh.

Affiliate antara cara yang kurang digemari ramai. Hanya segelintir saja yang berminat dengan cara ini. Tapi kalau korang tahu cara nak tackle affiliate ni, korang boleh jana pendapatan yang lumayan tau.


Bagi yang tertanya apa itu affiliate, affliliate merupakan satu teknik pengiklanan dan pemasaran di mana korang menjadi orang tengah untuk promote produk atau servis melalui link affiliate yang diberi. Jumlah komisen akan dikira berdasarkan jumlah orang yang membeli produk tersebut melalui link affiliate korang tu tadi. So amat penting untuk korang pastikan pembeli beli menggunakan link afiliate korang. Kalau tak, takde lah komisen untuk korang.


4. Jual Produk Sendiri

5 Cara Influencer Buat Duit. Guna Handphone Jer Pun Boleh.

Bila dah jadi influencer, sure korang akan ada followers korang tersendiri kan.


Bukan influencer? Ala jangan risau sebab Ana yakin korang pasti ada ramai followers and friends dekat Facebook dan Instagram kan? 


Kalau ye,  ni lah masanya untuk korang cuba jual produk korang sendiri. Macam-macam yang korang boleh jual. Ikut kemahiran dan minat masing-masing. Contohnya jual homemade cookies, cakes atau foods. Ni kalau sedap, 100% confirm orang akan repeat order. Cuma cara ni korang kena keluarkan modal dahulu.


5. Pay-Per-Sales

5 Cara Influencer Buat Duit. Guna Handphone Jer Pun Boleh.

Last but not least, kalau korang rasa semua cara dekat atas ni macam susah, Ana recommend korang try cara Pay-Per-Sales pulak. Dengan cara ni korang boleh jana pendapatan mengikut jumlah jualan yang korang berjaya buat. Lagi banyak jualan lagi tinggi hasil yang korang dapat. Yang penting tanpa modal!! 


Berminat? 


Korang boleh cuba apply at di ConfirmChopPlus. Untuk pengetahuan korang, ConfirmPlusChop merupakan satu platform sosial commerce dari SushiVid, sebuah syarikat influencer marketing yang terkenal di Malaysia dan telah berkolaborasi dengan lebih dari 1,000 brands.


Macam Mana ConfirmChopPlus berfungsi?


Mudah je korang. Yang penting korang KENA YAKIN, RAJIN dan KUAT BERUSAHA. ConfirmChopPlus pula akan bantu korang sehabis baik dengan menyediakan bahan-bahan kandungan termasuk sampel produk (jika berkaitan) untuk korang cuba, review dan promote di media sosial korang. Terdapat pelbagai kategori produk untuk korang pilih ikut minat masing-masing. Ada produk makanan, kesihatan dan kecantikan, fesyen dan banyak lagi.

5 Cara Influencer Buat Duit. Guna Handphone Jer Pun Boleh.

5 Cara Influencer Buat Duit. Guna Handphone Jer Pun Boleh.

Macam Ana cakap tadi, korang akan diberi produk untuk korang cuba dan promote. Baru lah nampak real kita nak jual satu-satu produk tu kan. Kemudian korang review lah sekreatif yang mungkin untuk attract followers korang. Contohnya korang boleh buat perkongsian secara live. Baru lah orang rasa yakin nak cuba dan beli. 


Harga Produk Lebih Murah dari Platform Jualan Lain!!


Harga pun mainkan peranan penting bila kita nak jual satu-satu produk. Selalunya bila orang dah tertarik dengan produk yang kita promote tu, mereka akan tengok harga pula. Kalau harga yang kita jual tu mahal dari tempat lain, baik mereka beli di tempat lain tu je kan.


Tapi di ConfirmChopPlus, harga yang korang jual tu merupakan harga dari kilang dan dijamin terendah di pasaran kerana tidak melibatkan kos iklan atau kos orang tengah. 

5 Cara Influencer Buat Duit. Guna Handphone Jer Pun Boleh.


Bila semua kos tambahan tu takde, secara tak langsung korang juga akan menikmati margin komisen yang lebih tinggi. Ada yang sehingga tiga angka untuk satu jualan yang berjaya. Bayangkan kalau korang dapat jual banyak, lagi banyak komisen yang korang dapat. Best kan!!


Lagipun korang tak terhad untuk jual satu produk je dalam satu-satu masa. Kalau prestasi korang baik, lebih banyak produk yang korang boleh jual. Dan jangan lupa guna IGlink.io untuk paparkan semua produk yang korang jual. Lebih mudah followers korang buat carian dan berurusan. 


So yang mana satu pilihan korang.  Secara peribadi, Pay-Per-Sale adalah pilihan terbaik. Sebabnya ianya bergantung pada kerajinan dan cara kreatif korang  promote satu-satu produk tu. Lagipun ianya tak memerlukan sebarang modal untuk mulakan.


Cara lain pun boleh juga cuma korang kena bersaing dengan influencer lain especially untuk Pay-Per-Post. Selalunya client atau PR company mereka dah ada senarai nama influencer yang mereka selalu deal. So korang yang baru nak mula ni agak susah untuk bersaing.


Tapi apa pun rezeki masing-masing kan. Yang penting korang kena usaha dan komited terhadap satu-satu kerja dan amanah yang diberi.  Jadi sekreatif yang boleh untuk attract followers korang. Lastly make sure presentation akaun media sosial korang menarik dan kemas. Boleh refer 5 Aplikasi Best Untuk Cantikkan Instagram  ni untuk info  lebih lanjut. So selamat mencuba ok.




5 Cara Influencer Buat Duit. Guna Handphone Jer Pun Boleh. Reviewed by Ana Suhana on September 28, 2020 Rating: 5

19 comments:

  1. Terima kasih kak Ana perkongsian.Selagi rajin selagi itu rezeki sentiasa adakan kak.

    ReplyDelete
  2. Macam2 cara boleh jana pendapatan online kan. Nak atau tidak je

    ReplyDelete
  3. Makin banyak platform dan peluang untuk menambah pendapatan sekarang nie kan. Yang penting kena berusaha dan jangan duduk goyang kaki sahaja ye tak

    ReplyDelete
  4. Menarik juga ni... Nak try dalami yang no. 5 tue juga la... Explore every opportunity kan..

    ReplyDelete
  5. Baru tau ada confirmchopplus ni. Terasa macam nak join juga ni.

    ReplyDelete
  6. Macam menarik je cara pay per sale tu ana. Boleh tambah side income kan

    ReplyDelete
  7. Good idea. Thanks for sharing. Boleh menjana pendapatan sampingan kalau macam ni.

    ReplyDelete
  8. Pay per sales tunmenarik. Nanti nak cubala.. mana tahu ada hasil

    ReplyDelete
  9. Yeah there are truly a lot of ways for us to earn more via the online platforms that we have at our disposal. We just need to put in the effort and we could see our bank accounts being filled with money. :)

    ReplyDelete
  10. Bagus juga ni ada cara lain utk dptkan duit kan.. Penah buat sekali mmg betul.. Jd xperlu ragu2 la siapa yg join sushivid boleh apply confirmchoplus ni kan..

    ReplyDelete
  11. Sebanarnya ada banyak cara nak buat duit melaliu online ni cuma kita jer lah rajin atau malas jer nak tekat belajar semua ni hehehe kita pun dah start buat kerja online dapat duit tambahan kecemasan bagus...

    ReplyDelete
  12. wah menarik yang pay per sale tu . Biar betul confirmpluschop bagi barang free kita review dan jual..menarik..kalau ade influencer rajin meniaga boleh la join..Buat masa ni iena takde masa nk promote2 produk sebab kene konsisten promote produk ni..iena on off kadang2 sibuk kerja memang tak muncul kat social media haha..apa apa pun cara no 5 tu bagus la untk influencer..

    ReplyDelete
  13. Banyak cara sekrg nak buat duit.. Kene rajin dan usaha je. Ada dgr pasal confirmplus ni. Tertarik juga tapi tu la.. Nanti kita usha.. Hehehe

    ReplyDelete
  14. banyak peluang sebenanrya sekarang ni untuk buat duit, samada kita nak atau kita cari alasan

    ReplyDelete
  15. sekarang nu byk cara utk jana income kan.. mau atau tak mau aje

    ReplyDelete
  16. nice share.. nk seribu daya.. kan

    ReplyDelete
  17. Ekin pernah buat affiliated tu memang menjadi dapat komisen lama dah xbuat aduhaii

    ReplyDelete
  18. Super helpful info! Also, IGLinks.io (another product by SushiVid) now has new themes, they are so prettyyyy!! Whoever is interested to place multiple links in one place should check it out! =)

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.