Pengalaman Aqiqah Suraya dengan Aqiqah Centre. Mudah, Cepat dan Telus
Pengalaman Aqiqah Suraya dengan Aqiqah Centre. Mudah, Cepat dan Telus l Assalamualaikum. Alhamdulillah selesai dah urusan aqiqah untuk baby Suraya 2 minggu lepas. Kali ni Ana guna perkhidmatan dari Aqiqah Centre je. Mesti korang pernah dengar kan?
Selesai Aqiqah Suraya dengan Aqiqah Centre. Mudah, Cepat dan Telus.
Hukum Ibadah Aqiqah
Wajib ke buat aqiqah ni? Tak buat takpe ke? Tu antara persoalan yang bermain di fikiran Ana masa lahirkan Syafi 6 tahun lepas. Bila tanya ustaz, rupanya hukum aqiqah ni adalah sunat bagi yang berkemampuan. Sebaiknya dilakukan pada hari ke-7 kelahiran selain dari memberikan nama yang baik dan juga mencukur rambut bayi kita. Ini berdasarkan sabda Baginda SAW daripada Samurah RA:
الْغُلاَمُ مُرْتَهَنٌ بِعَقِيقَتِهِ يُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ السَّابِعِ وَيُسَمَّى وَيُحْلَقُ رَأْسُهُ
Maksudnya: “Bayi itu tertebus dengan aqiqahnya. Disembelih aqiqah pada hari yang ketujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya”. Riwayat Abu Daud (1522)
So bagi yang berkemampuan, apa salahnya kita buat ibadah aqiqah ni kan. Ni lah salah satu cara untuk kita zahirkan rasa syukur kita kepada Allah kerana kurniakan zuriat dalam keluarga kita. Alhamdulillah.
Cakap pasal binatang untuk aqiqah, selalunya kita akan pilih kambing dari lembu. Ye lah lembu kan mahal kalau nak beli seekor. Kalau nak lembu juga boleh je tapi orang akan amik 1 bahagian je. Berbeza dengan kambing. Dengan harganya yang jauh lebih murah, orang akan aqiqah seekor terus. Dan bilangan kambing pula disunatkan 2 ekor untuk anak lelaki dan 1 ekor anak perempuan. Ini berdasarkan sabda Nabi SAW yang menyebutkan.
مَنْ وُلِدَ لَهُ وَلَدٌ فَأَحَبَّ أَنْ يَنْسُكَ عَنْهُ فَلْيَنْسُكْ عَنِ الْغُلاَمِ شَاتَانِ مُكَافِئَتَانِ وَعَنِ الْجَارِيَةِ شَاةٌ
Maksudnya: Sesiapa yang dikurniakan anak dan ingin melakukan ibadat untuknya, maka lakukanlah ibadah aqiqah bagi anak lelaki dua ekor kambing dan bagi anak perempuan pula seekor kambing”. Riwayat Abu Daud (2842)
Tapi kalau tak mampu nak aqiqah 2 ekor kambing bagi yang dapat anak lelaki tu, sembelih seekor pun dah memadai dan dibolehkan. Jangan pulak sampai membebankan diri dan keluarga. (Rujukan dari muftiwp.com).
Mudahnya Ibadah Aqiqah Dengan Aqiqah Centre
Kalau korang nak tau, ibadah aqiqah yang terbaik adalah yang kita buat sendiri. Maknanya kita lihat sendiri proses penyembelihan tu, kemudian kita masak daging tersebut dan jamu pada orang ramai. Masa Syafi dulu, memang Ana buat macam ni. Buat kenduri sekali. Seronok tapi penat dia jangan cakap. Rumah berkecah sana sini. Kalau rumah besar, ada ruang khas untuk majlis saja kan seronok. Senang kemas dan kawal. Aishh ni yang buat Ana berangan nak ada rumah banglo sendiri ni. Haha. Mahal kot. Tapi sebenarnya ada rahsia bina banglo tanah sendiri yang ramai tak tahu.
Ok lah sambung balik cerita aqiqah ni. Memandangkan sekarang ni kita masih bertarung dengan wabak Covic-19, Ana rasa tak yakin nak buat jamuan untuk aqiqah Suraya. Tak nak merisikokan semua orang. Lagi-lagi banyak kluster baru yang wujudkan. So jalan yang selamat untuk buat aqiqah adalah dengan menggunakan perkhidmatan dari Aqiqah Centre.
Memang sangat mudah berurusan dengan pihak Aqiqah Centre. Hanya perlu isi borang secara atas talian dan buat pembayaran terus. Kemudian kita akan terima emel pengesahan dan seterusnya hanya tunggu ibadah aqiqah dijalankan.
Kenapa Ana Pilih Aqiqah Centre
1. Mudah dan Cepat
Secara peribadi, Ana sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pihak Aqiqah Centre bermula dari daftar nama sampai lah proses ibadah aqiqah dijalankan. Semuanya cepat dan mudah.
2. Dipercayai
Jangan risau pada yang nak guna perkhidmatan aqiqah atau korban dari Aqiqah Centre ni sebab mereka memang sangat boleh dipercayai. Banyak dah testimoni pelanggan yang dah guna perkhidmatan mereka yang korang boleh baca di FB page Aqiqah Centre. Semuanya komen yang positif.
Tapi apa yang paling Ana suka ialah pihak Aqiqah Centre akan send melalui WhatsApp video aqiqah anak kita sebagai bukti. Dalam video tu, kita akan dengar nama anak kita disebut dengan jelas. Dan lepas tu, terus kambing tersebut disembelih. Oh ya ibadah aqiqah ni akan dilakukan setiap minggu pada hari Jumaat. Macam Suraya, tarikh aqiqah dia ialah pada 24 Julai 2020. Seminggu sebelum raya haji.
3. Harga Yang Sangat Berpatutan
Ni lagi satu perkara yang buat Ana tertarik untuk guna perkhidmatan Aqiqah Centre. Harga yang ditawar sangat berpatutan dan mampu bayar orang kata.
Masa Ana buat aqiqah Syafi 6 tahun lepas, seekor kambing je dah berharga RM600-RM800. Sekarang rasanya lebih kurang sama atau mahal sikit.
Tapi dekat Aqiqah Centre, korang hanya perlu bayar sebanyak RM570 untuk seekor kambing. Tapi macam Ana, Ana amik harga masa promosi so dapat harga RM499 saja. Murah sangat!!
4. Dilaksanakan di Mekah
Bagi yang tertanya dekat negara mana aqiqah ni dijalankan. Haaa kalau korang nak tau, proses aqiqah ni dilaksanakan di tanah suci kota Mekah. Moga-moga mendapat keberkatan buat kita. InsyaAllah.
Selepas selesai proses aqiqah kita tu, daging-daging tersebut akan diagihkan dengan sebaiknya kepada fakir miskin di Mekah. Terbaru Ana tengok berita yang daging aqiqah kita juga akan ditinkan untuk dihantar ke 23 negara Islam yang ada ramai fakir miskin. Alhamdulillah.
5. Sijil Percuma
Normal lah bila kita masuk mana-mana program akan dapat sijil kan. Tapi dekat Aqiqah Centre ni special sikit sebab korang akan dapat sijil dalam bentuk ukiran kayu yang cantik ni sebagai cenderemata.
Comel kan? Boleh letak dekat atas meja lagi sebagai hiasan. Senang bila Suraya dah besar dia tau aqiqah untuk dia dah selesai. Tapi jenuh nak jawab dengan Syafi pulak bila dia tanya mana sijil aqiqah dia!! Haha...buntu nak pikir jawapan kejap.
Secara kesimpulannya Ana sekeluarga bersyukur yang aqiqah untuk Suraya dah selesai. Alhamdulillah sangat-sangat. Selesai satu bab. Takde dah nak pening-pening kepala nak pikir bab aqiqah lagi. Cuma kalau ada rezeki lebih dan dah reda wabak Covic-19 ni, Ana plan nak buat majlis kecil-kecilan untuk Suraya juga. InsyaAllah.
So pada korang yang plan nak jalankan ibadah aqiqah untuk anak korang dengan cepat, mudah dan selamat, Ana cadang korang guna perkhidmatan dari Aqiqah Centre. InsyaAllah korang akan puas hati. Ana sendiri dah ada pengalaman berurusan dengan mereka dan Ana puas hati dengan semuanya. Moga perkongsian Ana beri manfaat dan rujukan buat korang semua. InsyaAllah.
Pengalaman Aqiqah Suraya dengan Aqiqah Centre. Mudah, Cepat dan Telus
Reviewed by Ana Suhana
on
July 30, 2023
Rating:
Ada jugak plan nak buat macam ni. InsyaAllah ada rezeki lebih nanti, boleh la buat.
ReplyDeleteAlhamdulillah.Sekarang ni banyak kemudahan kan kak Ana.Cuma kita tahu atau tidak sahaja sama ada kemudahan itu ada atau sebaliknya.
ReplyDeleteAlhamdulillah dah settle Aqiqah. Sekarang ni dah mudah dan menyenangkan semua pihak.
ReplyDeleteaqiqah ni buat melalui video jer? dan di Mekah?
ReplyDeleteAlhamdulillah.. technology terkini hebat kan
Bagus btul sekarang dah ada service macam ini utk aqiqah. Senang Mak bapak sekarang. Thank you for sharing this lovely story. Bonne weekend.
ReplyDeleteBagus sgt bila ade aqiqah centre ni.. Waktu sekrg memng tak dpt la nak buat akikah.. Buat mcm ni memudhkan semua org..
ReplyDeleteAlhamdulilah. Dah makin banyak kemudahan nie, moga makin ramai yang melaksanakannya kan. Thanks for sharing
ReplyDeleteAlhamdulillah..Lebih mudah nak uruskan urusan Aqiqah sekarang. Comelnya baby Suraya
ReplyDeletecantik sijilnya
ReplyDeleteAlhamdulillah dah settle aqiqah untuk Suraya ya. Ghazy tak buat lagi ni, ada rezeki nanti nak buat lah kat sini..boleh dpt sijil..hahaha
ReplyDeleteSenangnya urusan aqiqah sekarang kan? Boleh la za buat utk anak za yg last ni tahun depan mcmni je.
ReplyDeleteEna first time dengar. Tula biasa buat kenduri aqiqah tp musim covid ni ena xde jemput org pon just masak bg jiran2 makan. Buatnya di India. Ok jugak pakej ni boleh war2kan kpd yg belum buat
ReplyDeleteALhamdulillah setel semua dah :)
ReplyDeleteHikmah COVID-19, Ramai dah boleh terima Aqiqah / Qurban macam ni. Jimat banyak dari buat kenduri tau. Asalkan yang wajib terlaksana itu yang paling penting.
ReplyDeleteAqiqah Centre ni yang Che Ta dengan Sam guna untuk buat aqiqah anak diorang kan? Btw comelnya Suraya!
ReplyDeleteBagusnya ada Aqiqah Centre ni. Alhamdulillah dipermudahkan
ReplyDeletealhamdulillah dah selesai ye. geram tgk suraya.. mesti besar nanti jadi clever princess ni
ReplyDeleteOk jugak kan aqiqah mcm ni.. memudahkan urusan dan kerja pun dibuat oleh yg pakar
ReplyDeletewah.. rasa nak buat juga aqiaqah cara ni.. mudah dan teratur.. kalau ada yang memudahkan nape tak cuba kan..
ReplyDelete