5 Restoran Dengan Menu Berasaskan Daun Pisang di Foodpanda
Salam Malaysia! Bila sebut tentang Malaysia antara perkara yang terlintas adalah makanan dan sedar tak sedar makanan restoran daun pisang ada yang sudah berusia 97 tahun. Patutlah penggemarnya ramai bahkan hingga kini terus lagi mendapat sambutan.
5 Restoran Dengan Menu Berasaskan Daun Pisang di Foodpanda
Rasa tradisi untuk makanan di negara kita seperti santan, pandan dan daun pisang sememangnya sukar untuk dipisahkan. Daun pisang sendiri mempunyai pelbagai fungsi dan tatkala digunakan sebagai pelengkap makanan kita, memang terbaik sekali. Bahkan jika makan nasi beralaskan daun pisang sekalipun, terasa nikmat makan itu menjadi lebih berbeza berbanding makan dalam pinggan nasi biasa. Di sini akan disenaraikan lima makanan yang ada kaitan dengan daun pisang untuk kita semua cuba.
1. Nasi Lemak Saleha
Nasi Lemak Saleha bukanlah restoran yang hidangannya boleh dipandang sebelah dangan mata seperti gerai-gerai nasi lemak yang lain. Rasa lemaknya sangat menggoda jiwa, lauk pauk yang dimasak juga sememangnya secukup rasa. Bukan hanya sedap, akan tetapi tuan kedai pun tidak kedekut untuk memberi saiz hidangan yang mengenyangkan kepada pelanggan.
Terdapat bermacam jenis lauk pauk yang anda boleh pilih sama ada ingin menikmati nasi lemak ini dengan rendang ayam, sotong atau macam-macam lagi. Nasi lemak Saleha ini juga sudah beradab lamanya dan boleh dikatakan mempunyai resepi turun termurunnya yang tersendiri.
Alamat :
No. 8, Jln Seri Rejang 5,
Taman Sri Rampai,
53300 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi :
Setiap Hari (6.30 pagi – 12.00 malam)
2. Warung Pak Din
Satu lagi makanan nostalgia di kalangan penduduk tempatan ialah warung yang menjual sejumlah besar kuih Melayu. Kalau nak tahu, ada lebih dari 50 jenis kuih yang di jual di warung sejak tahun 1975. Dan salah satu daripada warung yang masih dijalankan adalah Warung Pak Din.
Warung Pak Dini diusakan oleh sebuah keluarga sederhana yang sama selama hampir setengah abad, dan Warung Pak Din terkenal dengan harga yang sangat berpatutan. Antara menu yang paling mendapat perhatian adalah kari kari buatan tangannya yang enak dan pelbagai lagi hidangan utama yang lain ada di sini. Sesuai untuk makan tengah hari dan minum teh, mereka juga ada menawarkan menu ais kacang tembikai untuk menyejukkan badan.
Alamat :
44, Jalan Ladang,
Taman Palm Grove,
41200 Klang, Selangor.
Waktu Operasi :
Setiap Hari Kecuali Jumaat
(12.00 tengahari – 6.00 petang)
3. Yap Kee Banana Leaf
Antara restoran yang menyajikan nasi daun pisang adalah Yap Kee. Ia menyajikan nasi daun pisang untuk penduduk tempatan sejak tahun 1923. Ini bermakna dah hampir 100 tahun ia beroperasi dan hingga kini masih terus mendapat tempat di hati para pelanggannya secara turun temurun.
Yap Kee Banana Leaf adalah tempat untuk makan siang. Pilihan di sini mudah dan agak sedikit terhad, tetapi masing-masing sangat suka ke sini untuk menikmati nasi daun pisang gabungan ketulan ayam yang besar bersama limpahan kuah kari yang melimpah.
Alamat :
26, Jalan Besar, Kawasan 1,
41000 Klang,
Selangor.
Waktu Operasi :
Setiap Hari (11.00 pagi – 4.00 petang)
4. Restoran Rosdet Tomyam
Buat pengetahuan anda semua, restoran Rosdet Tomyam ini cukup hebat dalam menyajikan hidangan Thai yang mampu menggegarkan deria anda semua. Dan Thai juga tidak kurang ketinggalan rasanya dengan makanan tradisi Malaysia. Rasa masakan yang masam, manis dan masin sememangnya secukup rasa. Makanan laut yang digunakan oleh mereka juga sememangnya segar.
Bagi mereka yang berniat untuk singgah ke restoran ini buat pertama kali, anda disarankan mencuba Tom Yamnya yang sememangnya istimewa. Selain itu antara hidangan lain yang menjadi permintaan ramai ialah lala masak pedas, siakap tiga rasa dan juga lidah lembu masak merah.
Alamat :
5, 160, Jalan Abdul Rahman Idris,
Chow Kit,
50300 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi :
Setiap Hari (2.00 petang – 5.00 pagi)
5. Restoran Sambal Hijau
Restoran Sambal Hijau pernah mendapat liputan dalam rancangan Jalan-Jalan cari Makan sehinggakan dikunjungi lebih daripada 2000 orang pelanggan setiap hari.
Restoran Sambal Hijau merupakan destinasi menjamu selera yang mesti anda singgah sekiranya anda ingin menikmati masakan kampung Melayu dan Minang yang pelbagai mencecah 80 jenis lauk pauk, ulam ulaman, sayuran, kuih muih dan pencuci mulut setiap hari.
Antara menu yang wajib anda cuba sekiranya anda berpeluang untuk singgah ke sini adalah gulai tanjung ikan bakar, patin tempoyak, sup ekor, daging salai, keli goreng belado, sambal tempe, ayam bakar dan banyak lagi, terdapat juga aneka jenis ulaman. Pasti lebih enak jika dimakan bersama sambal belacan.
Yang menjadikan restoran ini popular sebagai pilihan ramai adalah kerana ianya menghidangkan lauk-pauk yang sentiasa panas dan segar dari dapur tak kiralah masa mana pun anda datang, dan semestinya segalanya dimasak secukup rasa dan enak. Bagi anda yang bercadang untuk datang beramai-ramai, tempat letak keretanya cukup luas, jadi anda tidak perlulah risau tentang masalah kekurangan tempat letak kereta. Ingin lebih selesa?
Waktu yang terbaik untuk anda datang adalah dalam sekitar 10.30 pagi ke 12 tengahari. Pada kebiasaannya restoran ini akan mula sesak dengan orang ramai selepas pukul 12.
Alamat :
Lot 2990, Jalan Sungai Penchala,
Kampung Sungai Penchala,
60000 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi :
Setiap hari (7.30 pagi – 12 malam)
Sebagaimana yang telah disebut tadi, daun pisang dengan makanan tradisi Malaysia sudah cukup sinonim. Ada pelbagai menu pilihan yang boleh membuatkan kita rambang mata. Dan jika tak ada masa atau mahu mudahkan urusan, boleh saja guna servis food delivery dari Foodpanda.
Dengan servis penghantaran makanan dari Foodpanda ini, dengan mudah boleh buat pilihan makanan yang ada kaitan dengan menu tradisi di dalam aplikasi Foodpanda. Bahkan ada lagi makanan unik lain baru dan lama untuk di cuba.
Yang penting, tak payah nak susah payah. Tak perlu juga buang masa dan duit petrol serta duit parking. Tak kira di mana lokasi team Foodpanda bersedia untuk menawarkan khidmat mereka yang terbaik. Cukup mudah kerana segalanya hanya dihujung jari sendiri.
5 Restoran Dengan Menu Berasaskan Daun Pisang di Foodpanda
Reviewed by Ana Suhana
on
August 07, 2020
Rating:
great sharing!
ReplyDeletesuka nasi lemak balut dengan daun pisang. wangi dan bertambah selera nak makan..hehe ♕Tiara Sapphire♕
ReplyDeleteSedap kan bau aroma daun pisang.. Membangkit selera.. 😍 😍
ReplyDeleteSenang sekarang nak makan ape ape order je kat foodpanda, nak keluar selalu agak risiko kan
Kemudahan yang ada gunakan sebaik-baiknya dan tidak langsung membantu orang lain juga.
ReplyDeleteSemua pilihan kat atas nie menarik. Bagus kan ada Food Panda.. senang boleh order terus ke rumah..
ReplyDeletesedapnyaaaaaa
ReplyDeleteSedapnya makan hidangan panas-panas yang beralaskan daun pisang. Bau aroma daun pisang tu membangkitkan selera.
ReplyDeleteWah semuanya menarik... Yang ada di area kl ni Cik TK boleh pergi bila ada kesempatan... Makanan yang berasaskan daun pisang ni, aromanya membangkitkan selera dan jadi makin sedap rasanya...
ReplyDeletemakan atas daun pisang lagi aromatik dan menyelerakan kan
ReplyDelete