Deko Bajet Meja Makan. Nampak Macam Baru Dengan Kos Bawah RM20 Jer!!
Deko Bajet Meja Makan!! Nampak Macam Baru Dengan Kos Bawah RM20 Jer!! l Assalamualaikum. Sejak giler mendeko rumah ni, macam-macam benda Ana rasa nak beli dan ubah. Kalau boleh semua nak yang baru. Haha. Macam lah banyak duit. Lupa yang diri tu tak bekerja dah.
Deko Bajet Meja Makan. Nampak Macam Baru Dengan Kos Bawah RM20 Jer!!
Bila dah giler terjebak dengan deko mendeko ni, kadang-kadang tewas juga. Seronok nau berbelanja, tengok-tengok duit dah susut dalam bank. Haa amik ko. Baru insaf sekejap. Tapi rasa puas dapat tengok rumah kemas dan cantik kan.
Awal bulan hari tu berjaya pujuk rayu En Suami belikan drawer baru untuk ruang tamu. Sebabnya drawer sedia ada dah patah sebab kena pijak dengan Syafi masa dia tengah lasak dulu.
Tapi nama pun manusia kan. Mana pernah puas kan. Dah bagi betis nak peha pulak. Hahaha. Plan nak pujuk En Suami beli kan meja makan pulak sebab meja sekarang ni dah tak cantik atas dia. Kayu-kayu dah terkopek dan timbul-timbul. Dulu rajin pakai alas meja, lepas tu Syafi makan asyik jatuh kuah lah, kicap lah, air susu tepung lah terus tak pakai dah. Basuh pun tetap nampak comot alas meja tu. Last last togel kan je meja makan tu.
Pikir punya pikir, tak sampai hati nak minta belikan meja makan baru. Meja ni masih elok dan kukuh. Cuma atas tu je yang buruk. Last last Ana beli alas meja jenis PVC dekat Shopee. Senang nak cuci kalau kotor sebab tak resap air kan.
Alas meja selamat sampai tapi Ana tak pasang lagi. Nak jadi cerita malam tu duduk berdua dengan En Suami. Memasing sibuk tengok Shopee. Tengah ada kempen Shopee 7.7 kannnzz.
Tengah-tengah scroll tu tetiba Ana ternampak stiker untuk meja makan. Heyyy cantiknya. Macam island dekat rumah omputeh dalam HGTV tu. Berkenan lah pulak. Terus tunjuk dekat En Suami. Dia pun berkenan sama. Ada banyak design pulak tu.
Last-last kitorang pilih design Royal Black Marble. Sebab meja asal memang warna hitam. Ingat nak beli warna putih tapi rasa macam tak kena pulak. Kitorang beli 6 meter dengan harga RM19 with FREE shipping dari China. Murah kan!! Ana beli dekat sini Marble Waterproof Sticker. Tapi sebenarnya ada lagi murah dalam Malaysia. Korang kena pandai cari. Ana jumpa masa dah pasang stiker ni. Cuma kualiti Ana tak pasti.
Tak sampai seminggu, stiker tu sampai depan pintu rumah. Good job seller, good job Shopee Express. Apa lagi terus lah minta En Suami pasangkan. I is tak sabar!!
Tapi sebelum pasang, kena kikis dulu kayu-kayu yang terkopek atas tu. Kang kalau tak kikis, stiker tu akan jadi menggerutu. Dah tak lawa. Lepas kikis, cover yang lubang-lubang tu dengan wood filler supaya rata. Then biar kering kejap.
Then baru boleh pasang stiker tu. Nak pasang kena 2 orang. Baru kemas. Sorang tukang tarik bagi tegang stiker tu, sorang lagi tukang ratakan stiker masa nak lekat tu. Ratakan pakai plastic scrapper tapi cover dengan kitchen towel paper supaya tak tercalar stiker tu nanti. Kuat tau stiker ni bila dah melekat. So pandai-pandai lah korang adjust.
Kalau ada bubble bubble kecik tu korang cucuk guna jarum je untuk buang udara yang terperangkap dalam tu. Selesai masalah.
Dalam 40 minit dah siap tampal satu meja. Taraaaaa.....ni lah hasilnya.
Cantik tak? Bagi Ana cantik sangat dah ni. Nampak macam mahal lah pulak corak marble tu. Macam island dekat rumah-rumah banglo pulak. Aisshh moga ada rezeki kitorang dapat duduk banglo pulak lepas ni. Senang bina banglo atas tanah sendiri kalau tau cara sebenarnya tau. Cuma ramai je yang tak tahu.
Ok berbalik pada cerita stiker tu balik. En Suami pun puas hati. Kualiti stiker memang terbaik. So far dah guna beberapa hari, dah kena air still ok. Tak basah pun stiker tu. Ana tunjuk dekat mak dengan adik Ana, dorang pulak berkenan. Siap request buatkan dekat rumah mak macam ni.
Tak sangka meja makan dah lawa. Sedap mata memandang. Baru lah semangat nak mendeko bahagian yang lain. Hehe. Siapa kata nak sesuatu yang cantik kena belanja mahal kan. Yang penting kena kreatif. Nanti Ana share part lain yang dah selesai kemas dan deko pulak ok. Deko murah-murah je u olls.
Deko Bajet Meja Makan. Nampak Macam Baru Dengan Kos Bawah RM20 Jer!!
Reviewed by Ana Suhana
on
July 31, 2023
Rating:
Cantik
ReplyDeleteNampak excekutif gitu
Alhamdulillah. Guna stiker pun boleh nampak mahal skrg ni
DeleteCantik dan nampak baru terus meja makan tu.m sukanya.. Nak g usha jugak la utk meja makan ibu
ReplyDeleteYe. Mak kak ana pun request buat kat meja rumah dia nanti.
DeleteSimple tapi nice
ReplyDeleteYang penting murah 🤩
DeleteCantik. Macam meja marble betul.
ReplyDeleteKannn...padahal stiker je tu. Hehe
Deletecantik! nampak macam corak meja real
ReplyDeleteYe sis. Naik corak dan color dia lepas lekat atas meja. Tak sangka lawa mcm tu
DeleteLawa laaa... Nampak mewah, mahal design Mable hitam tu... Kurlasss!
ReplyDeleteTu lah kak. Nampak mahal dengan kos yang amat murah.
DeleteCantik Ana.. nampak mahal kan, nanti nak usha juga lah sticker yang sesuai untuk rumah Kak Sue..
ReplyDeleteRumah kak su kalau pakai stiker ni lg letop nanti. 🤩
Deletecantik! nampak mahal meja tu bila dah pasang sticker :)
ReplyDeleteKan. Corak dengan color dia naik lepas pasang stiker tu.
DeleteCantik pulak meja kak ana..macam meja baru.
ReplyDeleteTu lah pasal. Mujur tak beli meja baru. Rugi je. Hehe
DeleteCantek sangat, macam meja makan mahal dah tengok. Memangvterbaik, nak beli jugak la corak marble ni
ReplyDeleteMcm msrble betul je.. cantik
ReplyDeleteMewah terus selepas dia. Nice!
ReplyDeleteTerus meja nampak mahal gitu.. Heehe
ReplyDeleteCantiknya ana sticker tu. Lawa dah meja
ReplyDeleteLawa! Nak bodek hubby i suh buat gini gak hahaha
ReplyDeletecantikk
ReplyDeletecantik hasilnya ana, puas hati sebab kos pun sangat minima
ReplyDeletex salah sekali-sekala berbelanja lebih utk hiasan dalaman. bila cantik dihias akan terasa kepuasan hati kan?
ReplyDeleteserius nampak mcm baru
ReplyDeletecantik !!! nampak macam letak marble betul.
ReplyDeletebest nampak sbb shiny2 juga..
Cantik. Corak marble tu nampak macam table top marble yang mahal tu. Kreatif kak. jimat duit beli meja baru kan
ReplyDelete