Disinfeksi Permukaan Kerap Disentuh Dengan Kleenso Kills Germs Disinfectant
Disinfeksi Permukaan Kerap Disentuh Dengan Kleenso Kills Germs Disinfectant l Assalamualaikum. Seronoknya PKP dah berakhir. Hehe. Walaupun fasa PKP dah berakhir, namun kita masih dalam fasa PKPP sehingga hujung Ogos ni. Bila kita dah boleh ke sana sini tapi tu tak bermaksud kita dah bebas sepenuhnya dari wabak Covic-19 ni tau. Kena ingat tu.
Disinfeksi Permukaan Kerap Disentuh Dengan Kleenso Kills Germs Disinfectant
Memang seronok bila fasa PKP tamat. Dan paling seronok dah boleh rentas negeri pergi bercuti sana sini. Tapi macam Ana cakap, walau PKP dah berakhir namun kita kena sentiasa beringat dan berhati-hati. Tak boleh nak terlalu bebas dan leka. Wabak Covic-19 ni masih ada di Malaysia cuma ianya dalam keadaan terkawal.
Bila dah boleh ke sana sini tu, korang kena lah patuh pada SOP 3S yang dikeluarkan iaitu elakkan tempat yang SESAK, tempat SEMPIT dan tertutup dan SEMBANG atau berbual dalam jarak dekat. Jangan main redah je. Kang tak pasal kena kompaun. Hehe.
Dan paling penting kena sentiasa amalkan SOP 3W yang disarankan KKM iaitu :
WASH
- kerap cuci tangan dengan air dan sabun
WEAR
- pakai pelitup muka jika bergejala / jika ke tempat sesak
WARN
- elak dari bersalaman dan bersentuhan
- amalkan etika batuk dan bersin
- lakukan disinfeksi
- duduk rumah
- dapatkan rawatan jika bergejala
Cakap tentang disinfeksi, hari ni Ana nak share dengan korang satu produk yang berkesan untuk membasmi kuman iaitu Kleenso Kills Germs Disinfectant.
Kleenso Kills Germs Disinfectant ni unik sikit tau. Sebab apa Ana kata dia unik? Walau produk ni bebas alkohol dan tanpa mengandungi fosfor, ianya masih mampu membunuh 99.9% kuman dan bakteria berbahaya. Eh macam mana tu? Bukan perlu ada alkohol ke nak bunuh bakteria dan kuman ni semua?
Memang betul. Kandungan alkohol yang tinggi memang diperlukan untuk membunuh kuman dan bakteria. Tapi ianya sesuai digunakan di kawasan kritikal seperti di hospital atau klinik dan perlu digunakan oleh kakitangan terlatih dengan memakai peralatan yang sesuai kerana ciri alkohol ni menghakis dan mudah terbakar.
Untuk Kleenso Kills Germs Disinfectant, bahan utama yang digunakan ialah Benzalkonium Chloride, iaitu sebatian kimia yang terbukti sangat berkesan terhadap semua jenis bakteria seperti E. Coli, Salmonella dan Listeria, serta kebanyakan virus termasuk campak, influenza dan rabies.
Lagi satu Kleenso Kills Germs Disinfectant juga telah melakukan ujian makmal luar di mana ianya telah digunakan pada permukaan yang mengandungi 94 kumpulan kuman yang berlainan. Dan hasilnya membuktikan kesemua kuman tersebut berjaya didisinfeksi. Hebat kan!!
Oleh kerana kawasan rumah kita di kategorikan sebagai kawasan kurang berisiko, pengunaan Kleenso Kills Germs Disinfectant pun dah cukup dan selamat ke atas setiap permukaan di rumah kita. Terutama pada kawasan yang sering disentuh.
Terdapat beberapa cara mudah untuk guna Kleenso Kills Germs Disinfectant ni:
1. Permukaan Umum
Guna Kleenso Kills Germs Disinfectant dengan kain, span atau spray ke atas permukaan yang ingin dibersihkan, kemudian tunggu selama 10 minit sebelum lap dengan kain bersih.
2. Permukaan Untuk Makanan
Untuk permukaan yang digunakan untuk makanan, lap guna kain atau span bersih. Kemudian bilas guna air bersih atau air minuman.
3. Bersihkan Lantai
Untuk membersih kawasan lantai, campurkan 1 cawan Kleenso Kills Germs Disinfectant dengan 4 liter air dan mop seperti biasa.
4. Bersihkan Tandas
Tuang 1/2 cawan Kleenso Kills Germs Disinfectant ke dalam mangkuk tandas dan berus seperti biasa sebelum flush.
5. Bersihkan Pakaian
Tuang 2 penutup Kleenso Kills Germs Disinfectant ke dalam 2 liter air. Rendam pakaian selama 3 minit. Kemudian bilas dengan air bersih dan keringkan pada suhu bilik.
Nampak tak, macam-macam cara korang boleh guna Kleenso Kills Germs Disinfectant ni. Memandangkan produk ni didatangkan dalam bentuk spray 500ml, korang boleh bawa ke mana-mana saja sebab saiznya yang comel. Selit je dekat celah-celah beg tu. Nak letak dalam kereta pun boleh. Bila-bila nak guna, spray kan je.
Pada yang berminat nak beli Kleenso Kills Germs Disinfectant ni, korang boleh dapatkannya pada saiz 500ml dan 4 liter secara atas talian di Kleenso Online Store. Selain tu produk Kleenso juga boleh di dapati di pasaraya seperti Parkson, MR DIY, TF Mart dan Family Store.
Untuk maklumat lanjut tentang produk-produk Kleenso yang lain, korang boleh layari website atau Facebook Kleenso seperti di bawah :
Website :
Disinfeksi Permukaan Kerap Disentuh Dengan Kleenso Kills Germs Disinfectant
Reviewed by Ana Suhana
on
June 25, 2020
Rating:
Bagusnya.Multi penggunaannya ni kak Ana.
ReplyDeletePakai klenso yer.. mmg tgh mencari juga yg mana sesuai nk guna kat rumah
ReplyDeleteMR DIY pun ada jual eh..senang lah nak beli.
ReplyDeletekalau bersihkan dapur memang suka guna product kleenso sebab bagus. Lepasni boleh la tambah spray disinfect kleenso ni pulak. Nice lah!
ReplyDeleteNanti Kak Sue nak kena cari juga spray Kleenso nie Ana.. tq ya sharing..
ReplyDeleteOwh,dekat DIY pun ada jual eyh...senang lah camtu.
ReplyDeletememang wajib ada kat setiap rumah benda ni. mudah sebb spray je
ReplyDeleteBagus boleh buat macam2 dengan produk ni. Memng kene ade dekt rumah ni
ReplyDeleteMemnag sejak guna kleenso kerja asyik nak sembur je mimi ni. Hahaha.. Yela kita tak nampak kan kuman apa yang ada kenalah berhati hati
ReplyDeleteTak pernah guna tapi nanti kalau ada pi pasaraya ke boleh la cari
ReplyDeleteNanti nakbelilah juga Kleenso nih nampak pelbagai guna juga, semua tempat bolehlah spray-spraykan nanti rumah dan kereta
ReplyDeleteWawa pun slps je beli apa2 atau stiap pg ptg mati disinfeksi permukaan yg tertentu.. Boleh try kleenso nti
ReplyDeleteNak beli satu gak. Senang sembur parcel sampai rumah.
ReplyDeleteSenang nak hapuskan kuman guna disinfectant
ReplyDeletebagus ni, nak try cari la
ReplyDeleteI am also using this to sanitize my house and office areas.
ReplyDeleteReen pun pakai yang ni, utk rumah dan kat tempat kerja
ReplyDeleteErmm.
ReplyDeleteWalaupun pkp dah berakhir, dah masuk pkpp, kita memang kena berjaga-jaga.
Yang penting, hand sanitizer semua kena amalkan.
Termasuk milik pembasmi kuman kleenso ni kan.
Okay baik, sekarang ni kebersihan jadi keutamaan. boleh cuba beli ni nanti. Tq share kak Ana
ReplyDelete