US Pizza Membuka Outlet Terbaru Di Tropicana Avenue, Sangat Sesuai Untuk Pencinta Pizza
US Pizza Membuka Outlet Terbaru Di Tropicana Avenue, Sangat Sesuai Untuk Pencinta Pizza
Assalamualaikum. Kali ni Ana nak sampaikan berita baik untuk para pencinta potongan pizza! Kalau nak tahu, salah satu rangkaian pizza Halal terbaik di Malaysia telah membuka satu lagi cawangan jualan mereka di Lembah Klang!
Rangkaian pizza yang Ana maksudkan ini adalah US Pizza di mana mereka telah membuka gerai terbaru mereka di Tropicana Avenue. Wah! Makin seronoklah para penggemar pizza di luar sana tu.
US Pizza Membuka Kedai Baru Dengan Tawaran Menu Pizza yang Menyelerakan
Bila tiba sesuatu hari special seperti harijadi, ulangtahun perkahwinan atau mungkin sekadar ingin berkumpul beramai-ramai, memang seronok jika dapat makan pizza dalam suasana begitu kan? Tambahan pula dengan menu pizza begini kecil besar tua muda tahu cara untuk menikmatinya. Yang makin best, tak payah nak susah payah memasak itu ini.
Makin seronok jika dapat makan pizza yang masih panas-panas. Maka dengan adanya banyak kedai di seluruh Lembah Klang, termasuklah cawangan pembukaan kedai baru US Pizza di Tropicana Avenue ini, sangat-sangat memudahkan urusan. Lagi-lagi kalau dalam keadaan risau dengan kemunculan covid19 yang masih belum ada penghujungnya ini.
Pizza Lovers! Jom Cuba Menu Pizza Best Dengan Keju Yang Melimpah Ruah Ini
Penuh dengan cheese. Oh sedapnya! Boleh ketagih ni! Manakan tidak, bayangkan betapa sedapnya pizza yang dipenuhi dengan cheese yang melimpah ruah begini. Padat dan sangat mengasyikkan. Belum makan pun dah telan air liur. Tak ada perkataan rasanya untuk menggambarkan Cheese Boat Pizza ini.
Mungkin ada yang berpendapat menu pizza lebih sedap untuk menu yang bersifat tradisional dengan taburan nanas, sayur dan sebagainya. Memang benar pizza begitu juga sedap tetapi dengan adanya menu yang padat dengan keju ini rasanya tidak salah untuk meneroka rasa yang baru.
Gabungan pizza dengan telur di tengah dan kemudian dicampurkan dengan tiga jenis keju, memang sangat dasyat dan berbaloi untuk di cuba. Cuma Ana sarankan jika order perahu pizza ni, seeloknya makan berkongsi dengan raka-rakan. Bukannya apa, setidaknya dapat mengelakkan pembaziran.
Selain dari menu perahu pizza dengan cair dan telur (kuning telur) di tengahnya, ada lagi beberapa menu lain yang best untuk di cuba. Antaranya grlic twist bread, 3 pairs of chicken wing and drummet, aneka menu pizza dan bermacam jenis lagi.
Apa yang makin menariknya lagi, di sini para pelanggan boleh memesan pizza dengan gabungan pelbagai perasa. Dengan adanya pizza begini, tak adalah membazir dan tak juga menyusahkan diri si pelanggan semasa sedang membuat pesanan.
Tak Keluar Rumah Pun Boleh Makan Pizza Yang Best
Waktu sedang susah beramai-ramai dengan seluruh rakyat Malaysia ini, kita kena elakkan dari bersifat penting diri. Nak keluar hanya bagi perkara yang serius. Jika untuk membeli makanan sebegini rasanya boleh saja gunakan servis pizza delivery Foodpanda.
Dengan adanya servis penghantaran makanan secara online begini, tak perlu lagi nak pening kepala bila tiba satu hari special untuk diraikan. Tak perlu juga tahan keinginan yang teringin nak makan pizza setelah lama berkurung dalam rumah.
Seperkara lagi, pihak Foodpanda turut memikirkan keselamatan pengguna dengan menyerapkan konsep contactless delivery untuk para pelanggan. Dengan contactless delivery begini, para penghantar makanan tidak boleh rapat pada pelanggan.
Jarak 1 meter yang perlu dipatuhi. Dalam erti kata lain, makanan yang dipesan akan di hantar sehingga ke depan pintu dan setelah itu rider akan menghubungi anda untuk memaklumkan makanan dah sampai.
Pelanggan pun boleh ambil untuk check dan setelah buat pengesahan bolehlah masuk semula ke dalam rumah untuk menikmati menu tu bersama insan yang tersayang.
US Pizza Membuka Outlet Terbaru Di Tropicana Avenue, Sangat Sesuai Untuk Pencinta Pizza
Reviewed by Ana Suhana
on
May 03, 2020
Rating:
Sedap! tapi sayangnya, untuk restoran ini food panda tak cover kawasan Dina
ReplyDeletea new branch bru bukak near my place and setiap hari lalu ctu but i never once tried haha. sbb takut x habis XD
ReplyDeleteSedapnya pizza :) Aril singgah ye.
ReplyDeleteWahhh... bestnye.. Tapi sayang jauh dari tempat tinggal.. One fine day, bila semua dah kembali pulih, will be there to taste it...
ReplyDeleteso cheezy tgk cheese kt pizza tu ..yummyyy
ReplyDeletepepagi ni dah rasa nak makan pizza la pulak hehe
ReplyDeletelove pizza. hehe~
ReplyDeletenyesal tgk time tgh hari.. mmg sedap betul nampak pizza tu balik ni nak buat la
ReplyDeleteAssalamualaikum.. uish baru perasan yang saya dh lama bebnor tak makan pizza..
ReplyDeletekat tropicana ye.. wah best ni
ReplyDeleteSedapnya pizza macam ni. topping dia penuh lagilah sedap makan.
ReplyDelete