Jim's Porridge Bubur Nasi Berlauk Terbaik di KL


Jim's Porridge Bubur Nasi Berlauk Terbaik di KL l Assalamualaikum. Bila dah masuk pertengahan bulan puasa ni, idea nak masak jadi makin kering. Kadang tak tahu nak makan apa. Bila tanya orang yang ada dekat rumah ni nak makan apa, jawapan yang diberi "apa-apa jer lah". Korang rasa?
Jim's Porridge Bubur Nasi Berlauk Terbaik di KL

Jim's Porridge Bubur Nasi Berlauk Terbaik di KL


Selalu bila dah tak tahu nak masak apa, end up kitorang akan order online je. Just bagitau je teringin nak makan apa. Senang cerita. Dan semalam tetiba Ana teringin nak makan bubur nasi. Selalu kalau rasa teringin, Ana akan hello hello mak Ana sebab bubur nasi dia je yang Ana makan. Bubur selain dari tu Ana tak kan makan. 

Tapi sebab dah teringin sangat kan, Ana pun search dekat FB dan terjumpa lah dengan Jim's Porridge Bubur Nasi Berlauk Terbaik di KL ni. Memula macam ragu-ragu nak cuba tapi bila tengok review dari pelanggan semua kata sedap, Ana pun rasa yakin nak order. Dan kebetulan Jim's Porridge boleh hantar dekat kawasan rumah Ana. Memang cun sangat lah kan.

Ramadhan Combo Promo


Nak jadi cerita, Jim's Porridge tengah adakan Ramadhan Combo Promo di mana korang boleh dapat diskaun 15% dengan pembelian minima 3 set bubur berlauk. Ana apa lagi order 3 set lah terus. Alang alang kan. Hehe.

Untuk set bubur berlauk ni, ada 5 set bubur berserta lauk yang korang boleh pilih. Macam Ana, Ana pilih bubur berlauk set A, B dan C. Details setiap set korang refer gambar-gambar dekat bawah ni.
Jim's Porridge Bubur Nasi Berlauk Terbaik di KL
Jim's Porridge Bubur Nasi Berlauk Terbaik di KL
Jim's Porridge Bubur Nasi Berlauk Terbaik di KL
Jim's Porridge Bubur Nasi Berlauk Terbaik di KL
Jim's Porridge Bubur Nasi Berlauk Terbaik di KL
Meriah kan bubur nasi Jim's Porridge ni? Lauk atau topping dia je ada macam-macam haa. Antara topping yang ada ialah :

>> Ikan Masin Lobak Manis
>> Sotong Lobak Manis
>> Lala lobak Manis
>> Sambal Paru 
>> Kerepek Peria
>> Udang Goreng Rangup
>> Tempe goreng
>> Halia goreng
>> Telur Masin
>> Kacang
>> Ikan Bilis
>> Kentang Goreng

Dalam banyak-banyak topping tu, Ana paling suka sambal paru dia. Sedap yakmat ok. En suami pun suka sama. Lepas tu kunyah pula dengan kacang yang rangup tu. Tak boleh stop dari terus makan ok. Memang kena sangat dengan selera Ana. Tak nyesal order hari tu. Puas hati lah senang cerita. Dah lah portion bubur tu kemain banyak. Ana sampai kena share berdua dengan Syafi sebab tak larat habiskan sorang. Tapi sebab sedap, end up licin juga bekas tu. Haha.
Jim's Porridge Bubur Nasi Berlauk Terbaik di KL
Jim's Porridge Bubur Nasi Berlauk Terbaik di KL
Jim's Porridge Bubur Nasi Berlauk Terbaik di KL
Oh ya untuk pastikan topping tu masih dalam keadaan rangup, topping dan bubur di letak berasingan. So bila nak makan baru lah Ana letak topping atas tu.
Jim's Porridge Bubur Nasi Berlauk Terbaik di KL
Mesti korang tertanya harga bubur nasi berlauk tu kan? Murah je korang. Satu bubur tu bermula dari RM6 sahaja. Ada isi ayam atau daging lagi. Kalau rasa nak add on topping pun boleh. Hanya RM1/scoop. Tapi macam set ni dah ada 5 topping, so harga dia RM11 semangkuk. Ok lah bagi Ana sebab portion dia besar.

Cara Tempah Bubur Nasi Berlauk dari Jim's Porridge


Macam Ana bagitau dekat atas tadi, area rumah Ana termasuk dalam area yang dorang boleh buat delivery. Selain dari area Selayang, ada beberapa kawasan lain yang termasuk dalam area penghantaran seperti Gombak, Setapak, Wangsa Maju, Setiawangsa dan Keramat.

The best thing is korang boleh order hari ni dan dapat bubur hari ni juga. As long as korang order dalam waktu tempahan yang ditetapkan. Nak order senang je korang just klik link dekat bawah ni haa. 

Waktu Tempahan :
Isnin - Ahad
11 pagi - 4 petang

Bagi korang yang berada di area KL pula, korang  boleh terus ke kiosk Jim's Porridge tau. Ada 2 kiosk yang korang boleh terjah iaitu di :

1. Ground Floor Busana@Menara MARA

2 :  Walkway Jakel Mall
(sebaris dengan kiosk chatime)

Tapi make sure korang datang awal sebab kalau lambat, takut melepas. Bubur nasi berlauk Jim's Porridge ni laku keras. Setiap hari sold out ok. Pada yang nak terjah kiosk di KL ni, ni waktu operasi mereka :

Waktu Operasi :
 11 pagi - 8 malam (Setiap hari)

Ok lah tu je yang Ana nak share kali ni. So pada korang yang terasa teringin nak makan bubur nasi, Ana recommend untuk korang cuba Jim's Porridge Bubur Nasi Berlauk Terbaik di KL ni. InsyaAllah berbaloi dan puas hati.

Untuk info lebih lanjut atau tengok promosi yang sedang berlangsung, korang boleh ke media sosial Jim's Porridge seperti di bawah.

Facebook :

Instagram :





Jim's Porridge Bubur Nasi Berlauk Terbaik di KL Reviewed by Ana Suhana on May 11, 2020 Rating: 5

9 comments:

  1. Penuh mangkuk tu. Bestnya boleh share 2 orang.

    ReplyDelete
  2. nampak sedap pula
    belanja Hans dua mangkuk sis
    hehehe

    ReplyDelete
  3. sedaap yang amat tgk, tambah pulak dgn sambal kicap lagi deboom! kite boleh tumpang tgk jer sbb kulim xde, hewhew

    ReplyDelete
  4. Sedapnya..ada set tu yang best.boleh cuba satu persatu..syok tu ada telur masin.

    ReplyDelete
  5. memang sedap..firstime jumpa bubur penuh lauk macam ni..puas hati

    ReplyDelete
  6. Bubur tu sangatlah menyelerakan.
    Jimat ni boleh share dua orang , nampak besar satu mangkuk bubur tu.

    ReplyDelete
  7. tgh craving bubur nampak pula post ni

    ReplyDelete
  8. bubur nasi harus ada kacang goreng jugak...sambil makan bubur lembut sambil kunyah kacang rangup...tapi jgn lupa letak cili api...baru kebabom..hehe

    ReplyDelete
  9. waaa..teruji betul tengok hidangan bubur berlauk penuh camni. Puas hati betul kalau dapat.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.