Jadual Amalan Harian Oleh Ustaz Ismail Kamus
Jadual Amalan Harian Oleh Ustaz Ismail Kamus l Assalamualaikum. 2 hari lepas kita dikejutkan dengan berita pemergian salah satu ulama yang sangat dihormati di Malaysia iaitu allahyarham Ustaz Ismail Kamus. Perginya di bulan yang mulia dan pada pagi penghulu hari. MasyaAllah.
Jadual Amalan Harian Oleh Ustaz Ismail Kamus
Ingat masa kecik-kecik dulu, selalu juga dengar ceramah arwah di Forum Perdana Ehwal Islam. Cuma lately ni bila banyak muncul para pendakwah muda, Ana lebih terdorong pada cara dakwah mereka. Mungkin kena dengan halwa telinga Ana. Tapi Ana yakin, apa yang dorang sampaikan telah pun disampaikan terlebih dahulu oleh arwah Ustaz Ismail Kamus. Cuma kita je ingat tak ingat.
Ana selalu juga tertanya diri sendiri, apa agaknya amalan-amalan seharian para ulama dan ustaz-ustaz ni ye. Ye lah kita paling kuat solat Dhuha dan baca Quran sehelai sehari. Tu pun dah rasa cukup. Betul tak?
Tapi bila dapat jadual ibadah yang disarankan oleh arwah Ustaz Ismail Kamus dan Ana banding dengan amalan diri sendiri, rasa malu sungguh. 2% pun tak sampai dengan mereka. Doanya semoga lepas ni Ana dapat lah pertingkatkan amalan seharian sedikit demi sedikit hendaknya. Jom tengok apa dia Jadual Amalan Harian Oleh Ustaz Ismail Kamus tersebut :
2. Solat Sunat Wuduk.
3. Solat Sunat Taubat.
4. Solat Sunat Tahajjud (8 rakaat).
5. Solat Sunat Hajat (mintak Allah makbulkan permintaan kita, bila-bila masa kita mintak).
6. Solat Sunat Witir 3 rakaat.
7. Istighfar 100X
( أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْه )
8. Tahlil 300X
(لاَ إِلَهَ إِلَّاالله)
9. Baca Doa Nabi Yunus 40x
( لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ)
10. Tasbih 40x
( سُبْحَانَ اللَّهِ وَ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَ لاَ اِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَ اللَّهُ أَكْبَرُ)
11. Solat Sunat Fajar.
12. Solat Subuh.
13. Baca Yaassin lepas subuh.
14. Solat Sunat Dhuha 6 rakaat.
15. Solat Zohor.
- Solat sunat sebelum
- Solat sunat selepas
16. Solat Asar
- Solat sunat sebelum
17. Solat Maghrib.
- Solat sunat selepas
18. Solat Isya'
- Solat sunat sebelum
- Solat sunat selepas
19. Sebelum tidur baca :
- Al-Quran
- surah Al-Mulk
- surah Sajjadah
- surah Al-Waqiah
20. Setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.
Itu lah antara jadual amalan harian yang boleh kita amalkan terutamanya di bulan Ramadan ni sebab pahalanya berganda-ganda kan. Bak kata arwah, dunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat.
Dan bak kata ulama, apabila Allah tak nak dekat kita lagi......
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
Itu lah antara jadual amalan harian yang boleh kita amalkan terutamanya di bulan Ramadan ni sebab pahalanya berganda-ganda kan. Bak kata arwah, dunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat.
Dan bak kata ulama, apabila Allah tak nak dekat kita lagi......
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
• Allah akan sibukkan kita dengan harta.
• Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.
Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia. Ingat tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT.
Jadual Amalan Harian Oleh Ustaz Ismail Kamus
Reviewed by Ana Suhana
on
May 29, 2020
Rating:
terbaik kalau boleh amalkan.
ReplyDeleteawalnya ustaz ismail kamus ni bangun untuk mulakan hari dia. Memang kagum dengan jadual harian dia. Jauh beza dengan saya yang lalai ni
ReplyDeleteNak tengok macam mana kita di alam barzakh,diakhirat,tengok macam mana kita di dunia.YA ALLAH,rasa sangat kerdilnya diri ini.
ReplyDeleteTerbaik lah. Kalau boleh saya memang nak sangat contohi arwah. Alfatihah jntuk Arwah ustaz Ismail Kamus. Rindu dengar ceramah dia kat tv dulu-dulu
ReplyDelete