Berbuka Puasa dan Menang Dengan Bufet Ramadan 2020 House of Smoke and Grill di Grand BlueWave Hotel Shah Alam


Berbuka Puasa dan Menang Dengan Bufet Ramadan 2020 House of Smoke and Grill di Grand BlueWave Hotel Shah Alam l Assalamualaikum. Lagi sebulan lebih je kita akan menyambut bulan Ramadan Kareem. Ana pasti ada antara kita yang dah start survey tempat untuk berbuka baik untuk keluarga atau syarikat. Tercari tempat yang selesa dan mesra keluarga? Apa kata korang pilih Grand BlueWave Hotel Shah Alam. Confirm tak nyesal.
Bufet Ramadan 2020 Grand BlueWave Hotel Shah Alam

Berbuka Puasa dan Menang Dengan Bufet Ramadan 2020 House of Smoke and Grill di Grand BlueWave Hotel Shah Alam


Hidangan bufet Ramadan 2020 kali sangat berlainan dari tahun sebelumnya di mana tema House of Smoke and Grill menjadi tema utama tahun ini. Dengan lebih 100 jenis hidangan tempatan dan antarabangsa serta terdapat 16 jenis gerai, Ana pasti korang akan tersenyum kepuasan bila melangkah keluar dari hotel ni.

Menu House of Smoke and Grill


Bagi peminat menu smoke and grill, Ana cadangkan korang untuk wajib cuba menu Smoke Hickory Roasted Whole Lamb bersama Sayur Panggang, Lada Hitam, Rosemary, Cendawan dan Sos Pudina ni.
Bufet Ramadan 2020 Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Bufet Ramadan 2020 Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Bufet Ramadan 2020 Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Memang terangkat. Daging dia punya lah lembut dan sedap sebab kita boleh rasa salai dekat daging tu. Pada peminat daging kambing, confirm korang akan repeat dua tiga pinggan lagi lepas tu. Yang tak makan kambing jangan risau sebab Smoke Chicken pun ada juga.

Menu Masakan Tempatan


Tak sah kan kalau berbuka tak makan menu tempatan. Kalau korang nak tau, menu tempatan di GBWHSA akan bertukar setiap hari tau bagi menvariasiakan lagi menu-menu yang ada. So takde lah isu menu yang sama je setiap hari.

Bagi korang yang wajib berbuka dengan nasi, dekat GBWHSA ni terdapat 4 jenis nasi yang korang boleh pilih iaitu nasi putih, Nasi Kukus Pilaf Mentega, Nasi Kukus Lentil Mentega dan juga Nasi Kukus Mentega. Nak cuba semua pun boleh. Janji kena habis lah kan. Tak elok membazir lagi-lagi dalam bulan yang penuh keberkatan.
Bufet Ramadan 2020 Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Lawan untuk makan dengan nasi ialah pelbagai menu masakan tempatan yang pasti memikat selera korang. Antaranya ada Lebanese Chicken & Char Grilled Vegetable, Ayam Bakar bersama Sos Cendawan, Sambal Tumis Udang bersama Petai, Rendang Tok Daging, Udang Masak Kelio, Gulai Ikan Ala Kampung dan banyak lagi.

Tak lengkap kalau makan masakan tempatan takde ulam dan sambal kan? Jangan risau sebab terdapat 6 jenis sambal yang disediakan untuk korang cicah dengan ulam-ulaman seperti Sambal Belacan, Cincaluk, Budu, Kicap Cili Padi, Air Assam dan 4 jenis Raita.
Bufet Ramadan 2020 Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Bufet Ramadan 2020 Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Selain tu ada juga menu seperti Jeruk Buah-Buahan, Aneka Keropok, Lemang, Ketupat, Nasi Impit bersama Kuah Kacang & Serunding Ayam, Kerabu Ayam, Kacang Botol, Jantung Pisang dan Kacang Panjang & Som Tham.

Menu Pilihan Antarabangsa


Bagi yang suka dengan menu antarabangsa pula, korang boleh cuba Assortment Garden Salad, Salad Tuna, Salad Ayam Panggang, Salad Tabbouleh, Coleslaw, Salad Makaroni Klasil serta menu yang tak asing lagi di sini dan juga merupakan antara favorite Ana iaitu Seafood on Ice; Kupang, Udang dan Ketam.
Bufet Ramadan 2020 Grand BlueWave Hotel Shah Alam

16 Gerai Pelbagai Konsep


Macam Ana bagitau dekat atas tadi, terdapat lebih dari 100 menu berbuka bakal dihidangkan kepada para tetamu. Ini termasuk menu di 16 buah gerai yang menampilkan konsep yang berbeza. Antara gerai yang korang boleh cuba ialah “Must Try Nasi Kandar”, “Ramadhan House of Smoke & Grill”, “Wagon from Texas”, “Wok with Me”, “The Asian Fritters”, “The Penang Street”, “Oriental Favourite”, “Something Sweet”, “Sahara Tent”, “Seafood on the Grill”, “Oishii!!!”, “Noodle Galore”, “Little India”, “The Hot Pot”, “Italian Memories” dan “Bazar Favourite”.
Bufet Ramadan 2020 Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Bufet Ramadan 2020 Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Antara hidangan yang bakal menjadi favorite ramai ialah Nasi Kandar bersama Daging Masak Hitam Mamak, Ayam Goreng Berempah Madu, Kari Ikan Berbendi, Dhalca Sayur, Kobis Koot, Acar Buah, Acar Timun dan Papadom Massala. Pergh dengar je dah boleh buat air liur meleleh. Haha.
Bufet Ramadan 2020 Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Bufet Ramadan 2020 Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Bufet Ramadan 2020 Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Bufet Ramadan 2020 Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Untuk gerai “Bazar Favourite”, terdapat pelbagai masakan panas serta aneka masakan pilihan ramai yang boleh dinikmati. Antaranya ialah Burger, Mee Goreng Mamak, Yong Tau Foo bersama Sotong Kangkong, Nasi Ayam Hainan, ABC, Nasi Arab, Ayam Mandy, Ikan Merah Panggang, makanan Jepun seperti Sushi, Maki, Terriyaki, pelbagai jenis Laksa, Murtabak Ayam, Roti Bom, Roti Jala, Sup Ayam Utara, Bubur Lambuk, Pasta, Roti John dan pelbagai lagi.

Pelbagai Jenis Minuman dan Pemanis Mulut 


Untuk minuman, terdapat dua gerai minuman disediakan iaitu Minuman Panas dan Minuman Sejuk. Antara minuman yang ada seperti Kopi O Kampung, Teh Tarik Penang, Nescafe Tarik, Air Soya, Tebu, Bandung Cincau, Jagung Manis, Mangga, Blue Lime Soda, Coklat Ais and Air minuman berperisa.
Bufet Ramadan 2020 Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Bufet Ramadan 2020 Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Bufet Ramadan 2020 Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Manakala untuk pemanis mulut, terdapat pelbagai jenis kuih muih termasuk puding, kek dan pastri serta bubur boleh dinikmati. Antara menu yang boleh dicuba ialah Serawa, Bubur Pulut Hitam, Bubur Gandum Pandan Gula Anau, Bubur Cha Cha bersama Keladi, Aneka Kurma, Buah-buahan tropika, pilihan kuih-kuih Melayu dan Dodol, Aneka Jeli, Agar-Agar dan Puding, Sago Gula Melaka dan Tembikai Susu bersama Sagu Pearl.

Harga Bufet Ramadan 2020 Grand BlueWave Hotel Shah Alam


Bufet Ramadan “House of Smoke & Grill” tahun ini akan dibuka setiap hari bermula pukul 7 petang hingga 10.00 malam dari 24 April 2020 sehingga 23 Mei 2020. Harga yang ditawarkan adalah seperti berikut:
Bufet Ramadan 2020 Grand BlueWave Hotel Shah Alam

1. Harga Biasa

Harga bagi bufet Ramadan tahun ini ialah RM148.00 bersih bagi setiap orang dewasa dan RM70.00 bersih bagi setiap kanak-kanak dan warga emas. Manakala untuk  hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum, harga bufet ialah RM150.00 bersih bagi seorang dewasa dan seorang kanak-kanak.

2. Harga Promosi


Pada yang cadang nak berbuka pada awal Ramadan (1 - 10 Ramadan) di sini, korang boleh dapatkannya pada harga yang menarik dengan membuat tempahan awal dan bayar sebelum 1 Ramadan (24 April 2020). Harga yang ditawarkan ialah RM74.00 bersih bagi dewasa dan RM70.00 bersih bagi kanak-kanak dan warga emas.

Manakala kalau korang tempah dan buat bayaran sebelum 31 Mac 2020, korang layak untuk dapatkan bufet Ramadan pada harga RM85.00 bersih bagi dewasa dan RM70.00 bersih bagi kanak-kanak dan warga emas.

3. Beli 10 Percuma 1 Baucar


Bagi korang yang nak datang berbuka dalam kuantiti lebih dari 10 orang, korang layak untuk dapatkan promosi Beli 10 Percuma 1 Baucar. Dengan syarat 10 baucar tu untuk baucar dewasa. Nak lagi menarik, kalau korang beli 15 baucar dewasa untuk bufet Ramadan ni, korang layak untuk dapat 1 baucar penginapan di Bilik Deluxe selama 2 hari 1 malam. Best tu!!!!

4. Harga Berbuka Puasa di Dewan


Bagi syarikat-syarikat korporat dan organisasi yang ingin mengadakan majlis berbuka di dewan bankuet dengan jumlah minimum 100 orang, mereka boleh menempah menggunakan harga pakej yang ditawarkan iaitu serendah RM68 bersih dan didatangkan dengan 1 pilihan gerai.

Bagi mengisi malam Ramadan dengan keberkatan, GBWHSA  akan mengalunkan bacaan ayat suci Al-Quran dan korang juga boleh menunaikan solat Maghrib dan solat Terawih yang akan diketuai oleh imam hotel di surau yang disediakan.

5 Hadiah Cabutan Bertuah


Bagi menghargai para tetamu yang menyokong Bufet Ramadan GBWHSA tahun ni, pihak GBWHSA  akan mengadakan sesi cabutan bertuah selepas bulan Ramadan iaitu pada bulan Syawal. Dengan setiap pembelian 5 baucar dewasa  bufet Ramadan, korang layak untuk dapat 1 penyertaan cabutan bertuah. Terdapat 5 hadiah cabutan bertuah yang tersangatlah menarik untuk dimenangi iaitu :

Tempat PertamaPakej Umrah untuk 2 orang
Tempat KeduaPakej Umrah untuk 1 orang
Tempat Ketiga : Penginapan 3H2M di bilik Deluxe Suite bernilai RM1,300.00
Tempat Keempat: Penginapan 2H1M di bilik Deluxe bernilai RM650.00
Tempat Kelima : Baucar makan dan minuman di GBWHSA bernilai RM300.00. 


Untuk Menempah


Bagi korang yang ingin menempah Bufet Ramadan 2020 House of Smoke and Grill ni atau inginkan maklumat lebih lanjut, korang boleh hubungi bahagian Jualan dan Pemasaran di talian 03-5511 8811 sambungan 2801/2804/2806 ataupun hubungi melalui email di dosm@bluewavehotels.com. Atau nak senang lagi korang boleh hubungi Jabatan Telepemasaran melalui WhatsApp di nombor +60192736801 atau +60192757801.
Berbuka Puasa dan Menang Dengan Bufet Ramadan 2020 House of Smoke and Grill di Grand BlueWave Hotel Shah Alam Reviewed by Ana Suhana on March 13, 2020 Rating: 5

22 comments:

  1. Juadah yg disediakan sedap2 belaka. Cuma harganya tu yg mahal sikit.

    ReplyDelete
  2. Wahhh pelbagai hidangan yg menarik dan sedappp

    ReplyDelete
  3. dah dapat makan sedap, kalau rezeki terpijak boleh menang cabutan bertuah pergi umrah pulak tu. Kalau buat event berbuka puasa company boleh dapat murah sikit la sebab ada free sorang

    ReplyDelete
  4. Ya Allah bertuahnya siapa yang dapat tu kann, boleh pergi Umrah...berbaloi makan dan bayar, dah le harga pun murah, ada lucky draw lagi..aishhh lepat tu mengoda gilerrr

    ReplyDelete
  5. alahai sedap2 nya makanan kat bluewave ni. dah le dekat je ni

    ReplyDelete
  6. Yeah, I’ve done at Grand Blue Wave Hotel before. Makanan dia memang best2. Thank you for sharing this review on the ramadhan buffet package.

    ReplyDelete
  7. Ini bufet Ramdan yg tentu ramai nk g sebab ada cabutan bertuah lg pergi unrah tu. Rezeki siapa agaknya...

    ReplyDelete
  8. Tiba tiba tak sabar tibanya ramadhan.. mesti banyak makanan sedap sedap yang boleh menikmati.. tapi makan ambil yang susah nak masak hahaha

    ReplyDelete
  9. boleh tahan harganya ya, tapi mungkin berbaloi2 kot. banyak jenis food ada

    ReplyDelete
  10. Klau time puasa la nak diet bagai. Sesuai sgt klau ada menu grill ni. Menu lainnpun nampak menarik dan cukup sedap. Selain dapat makan, boleh menjadi bertuah untuk menang pakej umrah pulak tu..

    ReplyDelete
  11. Huwaaaaaa semuanya sedap-sedap belaka!!!! Saya rasa kalau bulan puasa nanti nak tahan nafsu tu agak bahaya di sini. Semua saya makan. Hahaha

    ReplyDelete
  12. Memang puas hati berbuka kat sini. Banyak betul pilihan makanan sedap2 dan menarik

    ReplyDelete
  13. Beruntungnya sape yg dapat cabutan bertuah tu. Dapat makan sedap lps tu menang cabutan umrah pulak.

    ReplyDelete
  14. Semua makanan nampak sedap Ana. Menyelerakan sungguh. Lagi best bila makan di sini berpeluang menang pakej tunaikan umrah. Tu yang best.

    ReplyDelete
  15. wah menariknya tengok menu-menu dia..lebih menarik ada cabutan bertuah..blh menang pakej Umrah :)

    ReplyDelete
  16. berbuka puasa beramai2 mana tau ada rezeki cabutan bertuah dpt pi umrah tu seronok kn

    ReplyDelete
  17. Sedapnya menu2 dkt sini. Tak pernah lagi makan dkt hotel ni. Bolehlah nnti nak tempah.

    ReplyDelete
  18. Thanks for sharing ! The food looks absolutely yummmm!!!!!!!!! Gotta plan a day with my girls!

    ReplyDelete
  19. Buffet Ramadhan kat sini memang banyak pilihan dan semuanya sedap belaka kan Ana. Tambah menarik tahun nie siap ada hadiah umrah lagi, bertuah sapa yang terpilih tu..

    ReplyDelete
  20. semoga cepat la ujian2 ni berlalu.. dapat rasa meriah Ramadhan seperti selalu.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.