10 Hotel Langkawi Murah dengan Reviu Tetamu 8 Skor Ke Atas.
Kalau sebut Pulau Langkawi sure dah terbayang coklat dan pinggan mangkuk dekat HIG kan? Pada yang suka nature pula boleh join island hopping atau snorkelling di pantai-pantai yang masih terjaga keindahannya. Senang kata, semua ada di Langkawi. So tak hairan bila pulau permata Kedah ni jadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara. Pada yang belum lagi sampai ke Langkawi dan plan untuk bercuti di sini, nah Ana senaraikan 10 hotel murah di Langkawi tapi mendapat reviu tinggi dari tetamu.
10 Hotel di Langkawi Murah dengan Reviu Tetamu 8 Skor Ke Atas.
Hotel di Pekan Kuah Bawah RM100 Semalam
1. HIG Hotel Langkawi
Haji Ismail Group bukan saja terkenal dengan kompleks membeli-belah nya malah turut dikenali dengan kemudahan penginapan mesra Muslim di Langkawi. Siapa yang stay di sini memang heaven sebab hotel ni bersambung dengan HIG Mall, HIG Bazaar dan medan selera. Best kan?
Terdapat 78 buah bilik dengan pemandangan laut dan bukit dari jenis deluxe, deluxe suite, executive suite, junior suite dan superior ditawarkan di sini. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan asas termasuk wifi percuma serta kupon sarapan untuk 2 orang. Manakala untuk lunch, hi tea atau dinner korang boleh ke TokYah Restaurant - restoran milik hotel yang menawarkan pelnagai menu tempatan dan antarabangsa pada harga yang berpatutan. Tak perlu keuar nak cari makan dah.
Pada yang tertanya lokasi HIG Hotel ni, ianya terletak hanya 3 minit dari terminal feri dan 20 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Manakala lokasi seperti Makam Mahsuri, Pusat Beli-Belah Langkawi Saga, Plaza Langkawi dan Shopping Street hanya sekitar kurang 500m dari lokasi hotel.
Berdasarkan reviu para tetamu, bilik-bilik di sini dalam keadaan baik, bersih dan mempunyai hiasan dalaman yang moden dan minimalis. Setiap bilik dilengkapi dengan TV berskrin rata, mini bar, air panas, air teh dan kopi segera, sejadah serta kemudahan wifi percuma.
Lokasi hotel pula mudah di akses dan berdekatan dengan tempat menarik, tempat beli belah dan kedai makan. Nak shopping di HIG hanya perlu berjalan kaki je. Jimat duit minyak dan tak pening nak berebut parking!!
Hotel Langkawi Murah |
Pada yang tertanya lokasi HIG Hotel ni, ianya terletak hanya 3 minit dari terminal feri dan 20 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Manakala lokasi seperti Makam Mahsuri, Pusat Beli-Belah Langkawi Saga, Plaza Langkawi dan Shopping Street hanya sekitar kurang 500m dari lokasi hotel.
Alamat :
Lot 1852, Jalan Penarak,
07000 Kuah, Langkawi.
Harga :
Dari RM103 semalam
2. Langkawi De Bleu Hotel
Tercari-cari hotel bajet yang mesra keluarga, korang boleh consider Langkawi De Bleu ni dalam list korang. Hotel ni antara hotel baru di pekan Kuah yang dibina pada tahun 2018 oleh sebuah koperasi. Walaupun sekadar hotel bertaraf 2 bintang, namun servis yang diberi sangat baik.Hotel Langkawi Murah |
Lokasi hotel pula mudah di akses dan berdekatan dengan tempat menarik, tempat beli belah dan kedai makan. Nak shopping di HIG hanya perlu berjalan kaki je. Jimat duit minyak dan tak pening nak berebut parking!!
Alamat :
Lot 144,146 & 148 Persiaran Bunga Raya Langkawi Mall,
07000 Kuah, Langkawi.
Harga :
Dari RM92 semalam
3. Chill Suite Langkawi
Chill Suite Hotel Langkawi merupakan hotel baru di sini dan menawarkan bilik dengan pemandangan laut dan kawasan bandar. Antara bilik yang tersedia di sini ialah bilik jenis king, 2 super single bed deluxe, twin, superior king dan bilik keluarga yang mampu menampung sehingga 4 dewasa dan 2 kanak-kanak. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan asas seperti hotel-hotel lain.
Hotel ni terletak 2km dari Dataran Helang yang popular di Pekan Kuah dan berdekatan dengan Plaza Langkawi, Shopping Street, Makam Mahsuri dan Billion Duty Free Langkawi. Lokasi bangunan hotel juga sederet dengan restoran-restoran dan farmasi terkemuka.
Alamat :
31, Jalan Mahawangsa 1
07000 Kuah, Langkawi.
Harga :
Dari RM91 semalam
4. Greenish Hotel Langkawi
Bagi yang giler shopping di HIG Kompleks dan tercari-cari hotel yang terdekat, korang patut consider Greenish Hotel ni. Hanya jalan kaki je dari hotel dah boleh sampai ke HIG sebab terletak bersebelahan saja. Manakala nak ke terminal feri Langkawi hanya sejauh 9 minit pemanduan. Senang kata lokasi hotel memang strategik di tengah-tengah pekan Kuah.
Menarik lagi setiap bilik di sini ada menawarkan pemandangan gunung ganang yang menghijau, laut yang membiru serta pemandangan bandar. Terdapat 150 buah bilik dengan balkoni peribadi dari jenis double, deluxe, dual dan triple room untuk 3 dewasa. Setiap bilik dilengkapi dengan TV berskrin rata, bar mini, peti keselamatan, pengering rambut dan lain-lain. Selain tu pihak hotel turut menyediakan kemudahan wifi yang laju, 2 buah kolam renang yang luas serta fasiliti bilik-bilik mesyuarat yang lengkap.
Alamat :
Lot 263, Mukim Kuah,
Jalan Ayer Hangat,
07000 Kuah, Langkawi.
Harga :
Dari RM102 semalam
5. Chill Box Langkawi
Chill Box Hotel Langkawi merupakan penginapan bertaraf 3 bintang yang berdekatan dengan kawasan bukit sesuai untuk korang yang suka pada suasana tenang. Layanan kakitangan yang mesra serta keadaan bilik yang selesa antara faktor hotel ini mendapat reviu positif dari para tetamu. Harga bilik juga sangat berpatutan dan termasuk sarapan untuk 2 orang.
Hotel ini menyediakan bilik jenis queen, king dan superior king yang berhawa dingin dan direka dengan gaya minimalis serta lengkap dengan kemudahan asas yang diperlukan seperti TV skrin rata dengan saluran satelit (anak-anak boleh ayan YouTube dekat tv je), peti sejuk, cerek elektrik, pengering rambut, peti keselamatan dan lain-lain. Wifi percuma turut disediakan. Cuma tiada kemudahan kolam renang.
Walaupun terletak di Kuah, namun lokasi hotel mudah diakses dan dekat dengan tempat-tempat tumpuan pelancong di Langkawi seperti Jeti Feri, HIG Kompleks, Samudra Duty Free, Air Terjun Temurun, Makam Mahsuri dan banyak lagi. Kawasan hotel juga dikelilingi kedai-kedai makan.
Alamat :
2827, Kampung Dato Syed Nahar,
07000 Kuah, Langkawi.
Harga :
Dari RM74 semalam
Hotel di Pantai Cenang Bawah RM150 Semalam
6. Nadias Hotel Cenang Langkawi
Nadias Hotel Langkawi yang terletak hanya 150 meter dari Pantai Cenang ini menawarkan 4 jenis bilik ala hotel 5 bintang yang selesa untuk para tetamu - deluxe twin, deluxe king, deluxe family dan deluxe quad. Terdapat kemudahan wifi percuma, surau, kolam renang tertutup, kolam renang kanak-kanak, perkhidmatan spa, rooftop restaurant, kafe, kedai runcit dan lain-lain.
Lokasi hotel sangat dekat (dalam 100 meter saja) dengan restoran-restoran popular dan tempat shopping seperti Cenang Mall, Starbuck, Subway, The Manhatan Fish Market dan banyak lagi. Jarak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi hanya sekitar 10 minit dari pemanduan.
Alamat :
Lot 977, Jalan Pantai Cenang,
Mukim Kedawang,
07000 Langkawi.
Harga :
Dari RM137 semalam
7. Sri Embun Resort Langkawi
Sri Embun Resort Langkawi pula terletak sekitar 500 meter dari Pantai Cenang. Menawarkan 20 bilik jenis keluarga yang boleh memuatkan 4 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak serta mempunyai balkoni peribadi. Kemudahan asas termasuk wifi percuma turut disediakan untuk menambah keselesaan para tetamu.
Lokasi resort di tengah-tengah Pantai Cenang memudahkan para tetamu untuk akses ke tempat-tempat makan yang ada di sepanjang jalan. Tempat menarik seperti Makam Mahsuri, Laman Padi Langkawi, Underwater World Langkawi dan Cenang Mall juga terletak berdekatan dengan resort.
Alamat :
Park N' Ride Pantai Cenang,
Jalan lye, Kampung Lubuk Buaya,
07000 Langkawi.
Harga :
Dari RM126 semalam
8. Shell Out Cenang Beach Langkawi
Shell Out Cenang Beach Resort merupakan sebuah hotel 2 bintang yang menawarkan 50 buah unit deangan gaya seni bina moden kontemporari lengkap dengan kemudahan asas dari 7 kategori bilik jenis studio, family, chalet, apartment dan family suite. Pada yang bawa kereta, boleh terus parking depan bilik. Dekat lah nak bawa turun atau naik kan beg yang banyak tu kan. Hehe
Resort yang terletak hanya 130 meter dari Pantai Cenang dan 700 meter dari Pantai Tengah ni turut mempunyai kemudahan kolam renang, kerusi pantai, taman, dobi layan diri dan restoran untuk para tetamu. Lokasi resort juga dekat dengan kedai-kedai makan dan tempat beli belah di sekitar Pantai Cenang.
Hotel Langkawi Murah |
Alamat :
Lot 2599 Jalan Pantai Cenang,
07000 Langkawi.
Harga :
Dari RM88 semalam
9. Arch Studio Cenang
Terletak berhadapan dengan Langkawi Underwater World dan hanya 200 meter dari Pantai Cenang, Arch Studio Cenang menawarkan bilik-bilik jenis studio lengkap dengan kemudahan asas bilik termasuk wifi percuma, mesin faks dan mesin fotostat serta kemudahan ATM.Hotel Langkawi Murah |
Sebab tu sekarang ni kita boleh tengok mereka yang ada tanah di lokasi seperti di tepi pantai mampu bina rumah banglo atau vila untuk tujuan pelaburan. Confirm tak kan rugi. Contoh macam Arch Studio Cenang ni.
Alamat :
Jalan Pantai Cenang,
07000 Langkawi.
Harga :
Dari RM149 semalam
10. Cenang Plaza Beach
Ni lagi satu penginapan yang dekat dengan Pantai Cenang. Hanya berjarak 160 meter dari lokasi hotel dan berdekatan dengan tempat makan dan tempat beli belah.Hotel Langkawi Murah |
Alamat :
Lot 2606, Jalan Pantai Cenang,
Mukim Kedawang,
07000 Langkawi.
Harga :
Dari RM130 semalam
Ada banyak lagi sebenarnya hotel yang murah-murah ada dekat Langkawi ni. Yang penting tarikh korang pilih tu kena betul dan bukan jatuh pada hari cuti umum atau cuti sekolah. Selain dari harga bilik yang murah, korang juga boleh elak dari bersesak dengan orang ramai. So selamat merancang percutian ke Langkawi.
10 Hotel Langkawi Murah dengan Reviu Tetamu 8 Skor Ke Atas.
Reviewed by Ana Suhana
on
August 08, 2023
Rating:
thank you info yang dikongsikan... mudahlah nak bercuti ke Langkawi dengan adanya entri ini.
ReplyDeleteWah harga ok sangat tu kak Ana.
ReplyDeletekalau ke langkawi nak shopping, lagi best ambil hotel di kuah. boleh shopping sakan..hehe
ReplyDelete♕Tiara Sapphire♕
Lepas ni kalau bercuti pergi Langkawi boleh listkan hotel yang Ana review ni untuk menginap. Semua nampak besar, bersih dan kemas
ReplyDeleteterima kasih sharing. sangat bermanfaat ^_^
ReplyDeleteDuk plan nak ke Lgk nanti sebab last pergi 2005..boleh usha one of the hotel ni
ReplyDeletebestnya.. boleh masuk bookmark ni senang nak refer bila ke langkawi
ReplyDeletelama tk ke langkawi..bole la tgk2 senarai hotel murah yg ana share ni
ReplyDeletesemua tak pernah duduk menginap lagi.. macam hotel2 baru ja ni..
ReplyDeletetapi yelaa bertahun da xpi langkawi.. hehe..
Arch Studio Cenang tu menarik. Berseni biliknya.
ReplyDeleteWahh cantikk nya Hotel di langkawi
ReplyDeleteboleh la riki2 utk next trip
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian ini. jika pi sana lagi abam kie akan pilih hotel2 murah mcm ni la sbb byk masa dihabiskan di luar. balik hotel tu nak tdo je..
ReplyDeleteHIG Hotel tu menarik! ELok tinggal anak-anak ngan bapak, ibu buleh gi sopim..Hahahaha
ReplyDeletethank you kak ana. share la resort pulakk. affordable ones hehe
ReplyDeletedah lama nya tak ke Langkawi.. jadi teringin pulak bila tgk gambar2 hotel ni. banyak yang baru2 lagi ye.
ReplyDeletepaling suka Arch Studio tu, harga pun berbaloi la dengan decoration macamtu. Dekat pulak tu dengan Pantai Cenang
ReplyDeleteBanyaknya hotel kat langkawi...rasa nak pi bercuti kat sini la..tp tu la..tunggu segala mak nenek virus ni hilang dulu
ReplyDelete