EPHYRA SKIN CARE SERIES | 3 Langkah Mudah Kulit Bebas Jerawat dan Bintik Hitam


EPHYRA SKIN CARE SERIES | 3 Langkah Mudah Kulit Bebas Jerawat dan Bintik Hitam l Assalammualaikum. Lumrah jadi wanita ni kan, for sure nak kulit yang sihat dan flawless. Tapi tu lah, bukan senang nak maintain supaya kulit kita ni sentiasa sihat terutama bila bab pemakanan dan tekanan tak dijaga. Lepas tu mula lah, semua jenis jerawat dan bintik hitam naik singgah dekat muka kita. Menyampah kan!!
EPHYRA Skin Care Series
EPHYRA Skin Care Series

EPHYRA SKIN CARE SERIES | 3 Langkah Mudah Kulit Bebas Jerawat dan Bintik Hitam


Kalau korang ada juga mengalami masalah yang sama, korang kena baca apa yang Ana nak share ni. Ni merupakan pengalaman Ana sendiri tau di mana Ana berjaya atasi masalah jerawat dan bintik hitam tu semua hanya dengan 3 langkah mudah menggunakan EPHYRA Skin Care Series. Tapi sebelum tu nak Ana share dulu dengan korang serba sedikit tentang jenama nombor 1 pilihan wanita Malaysia ni. 
EPHYRA Skin Care Series
Untuk pengetahuan korang, EPHYRA Skin Care Series terdiri daripada 3 produk iaitu Ephyra Skin Bar, Ephyra Skin Nano & Ephyra Skin Snow dan setiap satu mempunyai kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan nombor rujukan seperti di bawah :

i. Ephyra Skin Bar (NOT190903359K)
ii. Ephyra Skin Nano ( NOT190807960K)
iii. Ephyra Skin Snow (NOT190807961K)

Nak yakin lagi, EPHYRA Skin Care Series turut menjalani ujian makmal SGS (ujian tambahan & sokongan bertaraf antarabangsa).
EPHYRA Skin Care Series
Dalam ujian ni, setiap sampel produk akan diuji secara rawak untuk membuktikan sama ada ianya mengandungi logam berat seperti Merkuri, Hydroquinone, Paraben dan bahan berbahaya atau pun tak. Dan hasil dari ujian SGS yang dijalankan, produk-produk di bawah EPHYRA Skin Care Series telah terbukti serta dijamin selamat dan bebas daripada sebarang bahan logam berat berbahaya yang boleh memudaratkan kulit wajah dan kesihatan pengguna.

Ini disokong  dengan penganugerahan Anugerah Super Health Brand dari The Asia Pacific Excellence Top Brand Recognition selama 2 tahun berturut iaitu pada tahun 2016-2017 dan 2018-2019. Pada yang tak tahu, anugerah ni diukur berdasarkan kualiti produk, maklum balas daripada pengguna dan juga berdasarkan reputasi baik produk di pasaran. Ini bermakna EPHYRA Skin Care Series adalah produk yang berkualiti dan selamat untuk digunakan. Sebab tu Ana sendiri yakin nak guna produk-produk Ephyra ni.

Ok sekarang Ana nak share pula 3 langkah mudah dan cepat nak dapatkan kulit wajah yang sihat dan bersih dengan Ephyra Skin Care Series ni :


Langkah 1 : Cuci Muka Dengan Ephyra Skin Bar - RM39 (SM & SS)
EPHYRA Skin Care Series
Proses paling penting dalam penjagaan kulit wajah adalah semasa mencuci muka. Kalau muka tak dicuci dengan bersih, segala kekotoran dan lebihan minyak yang melekat pada wajah akan memerangkap pelbagai kotoran dan bakteria yang mengakibatkan jerawat dan masalah kulit yang lain.

Sebab tu Ana mulakan langkah 1 dengan menggunakan Ephyra Skin Bar - sabun pencuci muka yang diformulasikan dari 100% bahan semulajadi tanpa bahan kimia terlarang dan sesuai untuk semua jenis kulit.
EPHYRA Skin Care Series
Dengan bantuan buih sabun yang lembut dan wangi, Ana hanya perlu lebih kurang 5-10 saat saja untuk bersihkan muka dengan sempurna. Walau hanya sekejap, kulit Ana jadi sangat bersih dan licin. Ni kerana semua kekotoran dan lebihan minyak yang ada pada kulit wajah Ana telah disingkirkan dengan sebaiknya. Nak puaskan lagi diri sendiri, Ana guna toner untuk tengok kot-kot ada sisa kotoran yang tertinggal. Tapi hasilnya cotton pad tu bersih tanpa sebarang sisa kotoran.
EPHYRA Skin Care Series
Nak best lagi Ephyra Skin Bar ni sangat menjimatkan tau. Sebuku skin bar ni boleh tahan sampai 3-4 bulan sebab kita hanya perlu guna sedikit je setiap kali nak cuci muka. Dan paling penting masa mencuci muka jadi sangat mudah dan cepat. Selain dari membersih, Ephyra Skin Bar juga berfungsi untuk :

•  Mencerahkan kulit muka
 Memudarkan jeragat
  Melicinkan kulit muka
 Mengecutkan jerawat
 Memudarkan parut jerawat
  Menghilangkan whitehead dan blackhead
  Menjadikan kulit lebih anjal, segar dan berseri

Kandungan Hebat Ephyra Skin Bar :

a. Bearberry Alpha Arbutin

Ekstrak buah beri yang paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit, membantu menjadikan tona kulit lebih sekata dan bersih dari bintik-bintik hitam.

b. Rice Bran Oil

Bahan semulajadi dengan kandungan nutrient dan agen anti oksida yang mampu mengurangkan tanda penuaan serta menyuburkan kulit dari dalam disamping memperbaharui dan membaiki permukaannya. 

c. Carrot Extract 

Sifat anti keradangannya membantu menggiatkan semula sel kulit dan menjadikan tona kulit sekata, bersinar dan membantu memperbaiki tisu melindungi kulit daripada sinaran matahari.

d. Rumpai laut

Salah satu agen anti keradangan kepada jerawat, menjadikan kulit lebih anjal, serta menjadikan kulit lebih tegang dan halus.

e. Banana Enzyme 

Bertindak sebagai agen anti penuaan yang memperbaiki tekstur dan tona kulit serta menjadikan kulit lebih licin, halus dan berseri.

f. Glyserin

Baik dalam merawat kulit eczema dan mengurangkan jangkitan bakteria pada kulit serta ia juga memberi kelembapan pada wajah

g. Collagen

Menyokong ketahanan fizikal dan keanjalan sel kulit serta membantu proses pembaharuan sel dengan lebih cepat untuk menjadikan kulit lebih tegang dan anjal.

h. Glutathione

Membantu mencerahkan kulit dan memperbaiki keadaan kulit serta mengawal kesan-kesan bahaya radikal bebas dan mengelakkan pembetukan parut tebal. 


Langkah 2 : Rawat Kulit Wajah Dengan Ephyra Skin Nano Advance Repair Serum - RM68 (SM & SS)
EPHYRA Skin Care Series
Bila kulit dah bersih, Ana proceed pada langkah 2 dengan Ephyra Skin Nano - serum berteknologi Nano yang dipatenkan di Switzerland. Tak seperti serum-serum yang lain, tekstur Skin Nano ni tak melekit dan saiz partikelnya pula sangat kecil. Ini menjadikan serum mudah meresap ke dalam kulit sekaligus membantu memperbaiki struktur dan lapisan kulit rosak. Antara fungsi utama Skin Nano ni ialah untuk :

• Menghilangkan parut jerawat & jeragat
• Menganjal & menengangkan kulit wajah yang kendur
• Menghilangkan bintik-bintik hitam
• Mencerahkan kulit kusam
• Memperbaiki tona kulit tidak sekata
• Mengekalkan kelembapan wajah
• Merawat kulit terbakar (sunburn).

Sebelum apply serum ni, make sure kulit korang masih dalam keadaan lembap selepas dicuci. Lepas tu baru titiskan 2-3 titisan serum di hujung jari dan sapu rata ke seluruh wajah dengan urutan arah ke atas. Akhir sekali tepuk wajah dengan lembut supaya serum meresap sempurna ke dalam kulit kita.
EPHYRA Skin Care Series
Kalau kata ada jerawat dekat muka tu, korang boleh lebihkan sedikit serum di kawasan tersebut. Dont worry sebab serum ni tak memedihkan. Malah ianya dapat membantu mengecutkan jerawat dan melembapkan kulit korang untuk masa yang panjang. Best kan?

Kandungan Hebat Ephyra Skin Nano :

a. Silanol + Hyaluronic Acid 

Bertindak melembapkan kulit, mengurangkan garis halus, memperbaiki tekstur kulit rosak, dan mempercepatkan pembaharuan sel kulit baru yang sihat.

b. Arbutin Semulajadi (Ekstrak Buah Beri)

Merupakan agen pencerah & pemutih kulit natural yang selamat dan berkesan, agen anti penuaan yang dapat menegangkan kulit kendur. melindungi kulit daripada masalah pigmentasi serta menghilangkan bintik hitam pada kulit.

c. Vitamin C

Mengandungi asid askorbik yang membantu membunuh bakteria pada kulit, mencerahkan kulit dengan selamat dan semulajadi, melindungi dari radikal bebas & menghalang kulit kusam / tompok hitam, menutup & mengecilkan liang pori serta memulihkan struktur kulit yang luka akibat jerawat / parut jerawat.

d. Vitamin E

Berfungsi memudarkan parut dalam masa yang pantas, pelindung semulajadi dari sinaran matahari & membantu mencegah kanser kulit. mengekalkan kelembapan kulit, menghilangkan garis halus & kedutan pada kulit, melegakan kulit terbakar (sunburn) serta membuang sel-sel kulit mati akibat jeraga.

e. Glutathione

Meningkatkan kualiti kulit agar lebih muda, segar & bersih, menghalang penghasilan Tyrosinase yang boleh menyebabkan bintik hitam, melambatkan proses penuaan kulit wajah serta mnjadi anti-oksida pada kulit dan memperbaharui sel kulit dengan yang baru.

Langkah 3 : Cerah & Lembapkan Kulit Dengan Ephyra Skin Snow Advance White Repair - RM48 (SM & SS)
EPHYRA Skin Care Series
Langkah terakhir Ana akan apply Ephyra Skin Snow, pelembap wajah berteknologi Geno-White - teknologi yang mengawal pengeluaran melanin pada kulit wajah. Kalau korang nak tau, pengeluaran melanin yang berlebihan akan menyebabkan munculnya masalah jeragat, bintik hitam dan kulit kusam pada wajah kita. Jadi Ephyra Skin Snow ni akan bertindak untuk memberi dan mengekalkan kelembapan pada kulit wajah kita. Ephyra Skin Snow Advanced White Repair juga berfungsi untuk :

• Melembapkan dan mengekalkan kelembapan wajah
• Mencerahkan kulit seawal 9 -14 hari
• Menghalang terjadinya jeragat, bintik hitam dan kulit kusam
• Membantu melindungi kulit daripada sinaran UVA & UVB
• Membantu pengeluaran minyak pada kulit yang menjadi punca jerawat
• Mengurangkan tanda penuaan (garis halus & jeragat)
• Menjadikan kulit lebih berseri, kekal muda & bersih
• Mencerahkan kulit secara semulajadi

Apa yang paling Ana suka tentang Ephyra Skin Snow ni ialah teksturnya yang bersifat water-based di mana ia berupaya untuk melembapkan kulit dan mengunci kelembapan air dalam kulit sehingga 12 jam.
EPHYRA Skin Care Series
Untuk korang yang selalu duduk dalam aircond atau terdedah di bawah cahaya matahari, Skin Snow ni memang sangat membantu kulit korang untuk kekal lembap dan terhidrat sepanjang hari. Nak kesan yang lebih WOW, korang kena lah guna secara konsisten dan berterusan dengan Ephyra Skin Bar dan Ephyra Skin Nano. Tak sampai sebulan korang akan perasan yang kulit korang semakin cantik, sihat dan berseri macam yang Ana rasa sekarang ni.

Kandungan Hebat Ephyra Skin Snow

a. Arbutin Semulajadi

Berfungsi melembutkan kulit wajah dan menjadikannya lebih segar & bermaya, mencerahkan wajah serta menjadikan tona kulit sekata

b. Vitamin C

Mencerahkan kulit dengan efektif dan mengandungi asid askorbik yang membantu membunuh bakteria pada kulit

c. Vitamin E

Mengekalkan kelembapan kulit serta mencegah kulit kering dan menghindarkan kulit daripada pigmentasi & jeragat

Perubahan Lepas Sebulan Guna  EPHYRA Skin Care Series


Pada yang follow media sosial Ana, korang mesti perasan pada 1 Januari 2020 lepas Ana ada post tentang EPHYRA Skin Care Series di mana pada tarikh tu Ana start pakai Ephyra ni. Actually dah lama Ana aim nak pakai set ni sebab ada family members Ana yang memang pakai EPHYRA ni dan dorang semua bagi feedback positif. Fikir punya fikir, akhirnya untuk tahun 2020 ni Ana decide untuk cuba sendiri.
EPHYRA Skin Care Series
At first Ana fikir just ala just cuba jer lah kan. Memang tak letak apa-apa expectation pun. Ye lah kang expect lebih-lebih sekali tak serasi dengan kulit Ana. Mau tak frust menonggeng. Sekali Alhamdulillah berkesan rupanya. Memang masalah jerawat dan bintik hitam langsung takde sepanjang tempoh Ana pakai EPHYRA Skin Care Series ni walaupun ada beberapa minggu yang lepas Ana ada masalah susah nak tidur. Selalunya bila tak cukup tidur ni, mula lah Ana akan stress dan masa tu jerawat bukan main senang nak singgah. Tapi Alhamdulillah, sebijik jerawat pun tak naik u olls. Macam tak percaya je. Kulit pun makin berseri-seri.
EPHYRA Skin Care Series
Lagi satu, Ana juga ada masalah kulit berminyak especially di bahagian hidung dan dagu. Bila bangun dari tidur, kemain licin bahagian berminyak tu. Bila make up pulak, make up cepat jadi bercapuk. Sebab tu Ana kurang gemar pakai make up ni semua. Tapi satu hari tu, sebab nak attend wedding terpaksa lah make up juga nak bagi nampak berseri kan. Surprisingly lepas beberapa jam, make up Ana masih terletak elok walau dalam cuaca panas. Kalau sebelum-sebelum ni, 2 kertas minyak pun tak cukup nak hilangkan minyak-minyak tu tau. No wonder ramai yang pakai dan recommend jenama ni dekat Ana. Kalau tau betapa best kesan dia, dari dulu lagi Ana pakai  EPHYRA Skin Care Series ni.

Testimoni Para Pelanggan 


Tak cukup dengan testimoni Ana sendiri, ni Ana belanja korang dengan testomoni para pelanggan yang telah berjaya dapatkan kulit yang cantik, sihat, muda dan berseri serta bebas dari masalah-masalah kulit. Korang baca lah sendiri.
EPHYRA Skin Care Series

EPHYRA Skin Care Series

EPHYRA Skin Care Series

Dapatkan Produk Original  EPHYRA Skin Care Series


Lepas Ana guna sendiri dan nampak keberkesanan  EPHYRA Skin Care Series ni pada kulit wajah Ana, Ana yakin untuk recommend korang semua guna produk Ephyra ni terutama pada korang yang tercari-cari produk yang selamat dan berkualiti untuk atasi masalah kulit berjerawat, berjeragat, kulit kusam, kulit berminyak, kulit kering, tona tak sekata, pori terbuka dan masalah blackhead & whitehead. Hanya dengan 3 langkah mudah dan harga yang sangat berpatutan korang boleh miliki kulit yang sihat dan cantik.

Pada yang berminat nak cuba EPHYRA Skin Care Series ni atau inginkan maklumat lebih lanjut tentang produk-produk lain di bawah label EPHYRA, korang boleh layari website atau follow Facebook dan Instagram EPHYRA seperti di bawah. Jangan lambat-lambat ok. Raya nak dekat dah ni, tak kan tak nak nampak cantik berseri kan.

EPHYRA SKIN CARE SERIES | 3 Langkah Mudah Kulit Bebas Jerawat dan Bintik Hitam Reviewed by Ana Suhana on January 23, 2020 Rating: 5

16 comments:

  1. waalaikumussalam. alhamdulillah best nya dapat hilangkan jerawat dan bintik hitam ^_^

    ReplyDelete
  2. Sabun Ephyra tu memang best sangat tau Ana. Nak nam baunya menenangkan

    ReplyDelete
  3. Menariknya Ana.. Kak Sue pernah juga cuba pencuci muka Ephyra nie dulu Ana..

    ReplyDelete
  4. manarik la akk...
    dah lama juga ni usha produk ephyra ni...

    ReplyDelete
  5. rabia pernah dengar jugak pasal produk ni.menarik kan

    ReplyDelete
  6. wow nampak perubahan tu yang seronok tu..

    ReplyDelete
  7. Menariknya akak... Anis perasan brand ni tapi tak pernah fokus sangat...

    ReplyDelete
  8. lengkap semua dalam satu set tu ye Ana. Bagusnya Ephyra ni sebab bukan je menjaga dalaman tetapi ada produk penjagaan dari luaran juga.

    ReplyDelete
  9. bestnya.. akak ni byk bintik itam ni mesti bagus utk akak ni

    ReplyDelete
  10. Banyak testimonial yg best psl Ephyra. Tetiba terasa nak pakai harini pulak 😅

    ReplyDelete
  11. Pakai satu set memang best. Semua pernah pakai. Terbaik Ephyra.

    ReplyDelete
  12. Produk Ephyra ni memang best best. Nani suka pakai sabun tu, best aje rasa kulit lepas guna.

    ReplyDelete
  13. Bila ada perubahan tu yang best.. nice

    ReplyDelete
  14. Dah lama x guna Ephyra...especially sabun dia tu..akak suka sabun ngan serum tu..nak skodeng la

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.