Pengalaman Naik Menara Terengganu Drawbridge ( Jambatan Angkat Terengganu)
Pengalaman Naik Menara Terengganu Drawbridge ( Jambatan Angkat Terengganu) l Assalamualaikum. Seronok tengok orang cuti-cuti Malaysia sekarang. Maklmulah nak travel overseas tak boleh kan. Hehe. Bila dah travel dalam Malaysia ni, Terengganu antara negeri yang jadi tumpuan sebab ada Jambatan Angkat Terengganu ni.
Pengalaman Naik Menara Terengganu Drawbridge (Jambatan Angkat Terengganu)
Masa awal-awal cuti sekolah hujung tahun lepas, Ana sempat naik Menara Terengganu Drawbridge (Jambatan Angkat Terengganu) ni. Masa tu orang tak ramai dan jalan masih lengang. Bandar Kuala Terengganu pun masih tak padat. Kecuali di Pasar Payang yang baru. Cuti ke tak cuti ke pasat tu tetap ramai dengan orang. Hehe. Korang dah masuk ke? Ana sempat masuk hari tu tapi tak sampai 30 minit Ana dah keluar. Tak lalu lama-lama dalam tu. Dapat je beli kain baju kurung untuk cikgu Syafi, Ana keluar terus.
Dari Pasar Payang nak ke Jambatan Angkat Terengganu ni lebih kurang dalam 5 minit je. Nak parking kereta, korang boleh parking di bawah jambatan tu je. Ada jalan kecik nak ke tempat parking tu. Tapi sangat limited. Dalam 10 buah kereta je boleh parking. Kalau penuh, jangan risau. Ada kawasan parking lapang di penghujung jambatan tu. Cuma agak jauh sikit lah nak menapak.
Dah alang-alang sampai sini, moh ler kita naik menara atas tu. Ada satu yang dah dibuka. Katanya ada see thru gelas. Sound interenting. Tapi macam lah berani. Haha.
Nak naik menara ni ada bayaran tau. Masa Ana naik tu, bayaran seorang hanya RM5 je. Tengah promosi katanya.
Kalau harga biasa dia RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. Kitorang jimat lah RM25 hari tu. So saving tu belikan si kecik ni baju drawbridge tu.
Jambatan Angkat Terengganu |
Menara ni ada 3 tingkat je. Tapi agak tinggi berbanding tingkat 3 bangunan biasa tau. Dekat tingkat 3 tu korang boleh layan pemandangan bandar Kuala Terengganu dan laut dari sisi atas menara jambatan. Memang layan.
Selain tu ada juga galeri seni bina bangunan-bangunan dipamerkan termasuk seni bina rumah-rumah. Macam-macam reka bentuk rumah yang ada. Haa korang tu kalau ada duit, cepat-cepat lah buat rumah sendiri. Nah ikut panduan buat rumah banglo ni.
Sekarang jom kita ke bahagian hujung menara yang ada see thru glass tu. Ramai yang tengah teruja bergambar hari tu. Tak kurang ada yang acah acah berani tapi gayat sebenarnya. Macam tuan blog ni lah. Tapi bila lagi nak cabar diri kan!!
Nampak macam senang je nak lalu, pijak atau duduk atas cermin tu kan. Tapi kalau dah sejenis yang gayat, bila dah pijak atas tu, kaki automatik jadi kaku. Tak bergerak langsung. Kelakar giler rasanya. Nak duduk tengah tu kemain mengensot lagi tau. Takpe lah. Demi sekeping gambar ku berani kan diri. Haha.
Tak macam budak kecik ni, kemain dia berjalan atas tu. Tak takut langsung. Berlagak pulak tu. Hehe. Dia siap boleh buat video lagi atas tu. Sabar je lah.
Oh ya, see thru gelas ni ada dekat dua-dua bahagian hujung menara tau. Yang ni dekat bahagian yang menghadap bandar Kuala Terengganu. Laluan bersebelah lif. Maybe sebab orang ingat ada 1 area je see thru glass tu, so sunyi sepi yang dekat sini. Kemain seronok kitorang duduk lelama tanpa gangguan.
Kemudahan dekat menara ni pun lengkap tau. Ada surau dan juga tandas disediakan di tingkat 2. Dari tingkat 3 tu, korang turun je tangga yang ada depan kaunter tu. Ye lah mana tau gayat punya pasal, sampai rasa nak terkucil di buatnya kan. Kang takde tandas, nak tahan sampai bila pulak. Hehe.
Next time kalau balik Kuala Terengganu, Ana nak cuba pula makan dekat restoran di menara lagi satu tu. Katanya tahun depan dah beroperasi. Mesti syok kan makan di tempat tinggi. Ada orang KT yang nak join Ana makan? Nanti kita roger-roger ok.
Jambatan Angkat Terengganu |
Pengalaman Naik Menara Terengganu Drawbridge ( Jambatan Angkat Terengganu)
Reviewed by Ana Suhana
on
August 09, 2023
Rating:
harap2 sempat la gi sana dlm cuti sek ni...
ReplyDeletemenarik ni, ana.
ReplyDeletea wajib ziarah bila holiday ke ganu nanti :)
ray tgk pun teruja ni
ReplyDeleteMimi yang baca entry Ana ni pun rasa teruja je. Nampak bets pulak
ReplyDeletewahhhhhhh bestnye akak dah jejak kaki kat sana hehe
ReplyDeleteWah best nie Ana.. tapi tu lah Kak Sue nie sejenis gayat juga. Nak kena acah berani juga lah nanti nie.. hehehe..
ReplyDeleteTerus rasa teruja...menarik la...kena pi dan experience sendiri baru tau seronok ke x kan
ReplyDeleterabia nama je tinggal di terengganu tapi tak pernah naik jambatan angkat terengganu ni
ReplyDeleteTeruja rasa baca story ana ni. Dah lama tak sampai ganu. Asyik mkn kepok dr ganu je adelah. Hehheheeh ok leh plan thn depan ni.
ReplyDeleteBestnya dah naik jambatan angkat. Nak pergi dan teringin nak naik atas tapi itulah jauh sangat..Kena tunggu bercuti kat ganu lah camni.
ReplyDeletearitu akak tak naik ni pun lalu lalang sini je ana.. best aa
ReplyDeletewah dah lama xpergi terengganu. teringin pula nak pergi sana naik jambatan ni..haha
ReplyDeleteBest.. Best.. ada tujuan ini kalau nak ke Terengganu..
ReplyDelete