Raikan Tahun Baru 2020 Bersama Yang Tersayang Dengan Hi-tea Tahun Baru Hotel Grand BlueWave Shah Alam l Assalamualaikum. Tinggal beberapa hari je kita nak melangkah ke tahun baru. Rasa kejap sangat masa berjalan kan. So cuti tahun baru ke mana kita? Kalau takde plan, apa kata jom Raikan Tahun Baru Bersama Yang Tersayang Dengan Hi-tea Tahun Baru di Hotel Grand BlueWave Shah Alam.
|
Hi-tea Tahun Baru Hotel Grand BlueWave Shah Alam |
Raikan Tahun Baru 2020 Bersama Yang Tersayang Dengan Hi-tea Tahun Baru Hotel Grand BlueWave Shah Alam
Sempena dengan ketibaan tahun baru 2020 yang bakal menjelma, Hotel Grand BlueWave Shah Alam menawarkan buffet Hi-Tea Tahun Baharu bertempat di Restoran Royale Songket, Aras G dengan hidangan pelbagai menu buffet yang menarik.
Kalau korang perasan, Hotel Grand BlueWave Shah Alam ni satu-satunya hotel yang paling kerap Ana promote menu-menu buffet yang ditawarkan. Bukan apa, bagi Ana menu-menu yang dihidang semua sedap dan pelbagai. Harga pula sangat berpatutan. Restoran jangan cakap lah. Selesa untuk seisi keluarga. Setiap kali Ana makan dekat sana, sentiasa ada tetamu yang datang bersama keluarga besar mereka untuk menikmati lunch, hi-tea mahupun dinner. Tak pernah lah takde orang dekat sini.
Hi-tea Tahun Baru 2020 Dengan Pelbagai Menu Menyelerakan
Ok jom sambung cerita Hi-tea Tahun Baru ni. Untuk menu starter atau pembuka selera, Hotel Grand BlueWave Shah Alam menyediakan pelbagai menu yang menyelerakan seperti Open Faced Sandwich, Parade of Cold Seafood on Ice, Assorted Cheese Platter, Cold Cut Display, Seasonal Salad Bar & Vegetable Crudités, Caper Salad, Waldorf Baby Potato Salad, Italian Seafood Salad, dan Orzo Pasta Salad bersama Roasted Baby Roma & Basil.
|
Hi-tea Tahun Baru Hotel Grand BlueWave Shah Alam |
|
Hi-tea Tahun Baru Hotel Grand BlueWave Shah Alam |
Dalam banyak-banyak tu, favorite Ana ialah Parade of Cold Seafood on Ice. Seafood yang diguna segar-segar belaka. Terasa kemanisan mussel tu tau. Boleh non stop bila makan.
Selalu bila kata Hi-tea kita lebih sinonim dengan makanan ringan seperti kuih muih dan pencuci mulut je kan. Tapi untuk Hi-tea Tahun Baru di Hotel Grand BlueWave Shah Alam ni, korang juga boleh menikmati makanan berat tau.
Antara menu hit yang bakal disajikan buat para tetamu ialah Nasi Briyani, Kambing Bamia, Kari Ikan, Japanese Tofu with Taukan, Ayam Kukus bersama Sos Soya, Chicken Cordon Bleu, Butter Vegetable, Grill Foot Long Sausage, Mussel Au Gratin dan Piza Satay.
|
Hi-tea Tahun Baru Hotel Grand BlueWave Shah Alam |
|
Hi-tea Tahun Baru Hotel Grand BlueWave Shah Alam |
|
Hi-tea Tahun Baru Hotel Grand BlueWave Shah Alam |
|
Hi-tea Tahun Baru Hotel Grand BlueWave Shah Alam |
|
Hi-tea Tahun Baru Hotel Grand BlueWave Shah Alam |
Tak cukup dengan tu, korang juga boleh menikmati pilihan menu masakan Barat di Carving Station seperti BBQ Prawn Skewer, Beef Wellington with Sauce dan Grill Seabass with Sauce. Kalau kata teringin nak makan pasta, korang boleh je ke gerai Live Action di mana terdapat pasta dengan pelbagai sos pilihan.
|
Hi-tea Tahun Baru Hotel Grand BlueWave Shah Alam |
|
Hi-tea Tahun Baru Hotel Grand BlueWave Shah Alam |
Untuk pencinta makanan laut, korang boleh cuba makanan laut di bahagian Seafood on Ice seperti Crab Stick dan Mussel ni. Manakala untuk kanak-kanak, ada sudut Kid’s Corner yang menghidangkan menu seperti Chicken Nugget dan Mac n Cheese. Tidak lupa juga pilihan sup seperti Cream of Chicken Chowder Soup dan Cheese Bread Croutons.
|
Hi-tea Tahun Baru Hotel Grand BlueWave Shah Alam |
|
Hi-tea Tahun Baru Hotel Grand BlueWave Shah Alam |
Now baru kita cakap tentang dessert atau pemanis mulut sebagai pelengkap buffet hari tahun baru. Terdapat pelbagai pilihan pemanis mulut dan pastri yang korang boleh pilih tau. Semuanya disediakan khas oleh kumpulan Pastri hotel.
|
Hi-tea Tahun Baru Hotel Grand BlueWave Shah Alam |
Antara menu pemanis mulut yang ada ialah Aneka Puding, Aneka Biskut, Christmas Stollen, Kek Buah, Aneka Pastri Perancis, Mufin, Tart, Yule Log, Caramel Popcorn, Chocolate Fountain, Aneka Aiskrim dan Chocolate Soufflé.
|
Hi-tea Tahun Baru Hotel Grand BlueWave Shah Alam |
|
Hi-tea Tahun Baru Hotel Grand BlueWave Shah Alam |
|
Hi-tea Tahun Baru Hotel Grand BlueWave Shah Alam |
Macam mana? Meriahkan menu-menu Hi-tea Tahun Baru Hotel Grand BlueWave Shah Alam ni kan. Baik dari pembuka selera sampai lah ke pencuci mulut. Memang berbaloi-baloi sebab dengan
harga serendah RM69.00+ seorang, korang nikmati kesemua menu yang Ana bagitau dekat atas ni. Oh ya, promosi hi-tea ni
hanya ditawarkan pada 1 Januari 2020 (Rabu) saja tau
bermula jam 12 tengahari - 4 petang bertempat di Restoran Royale Songket. Lama masa yang diberi tu. Make sure korang merasa setiap satu menu yang ada tau.
Promosi Makan Malam Ambang Tahun Baru
Selain dari promosi hi-tea, Hotel BlueWave Shah Alam juga menawarkan promosi Makan Malam Ambang Tahun Baru 2020 dengan menawarkan hidangan bertemakan BBQ dan Grill, menu masakan Itali dan juga menu kegemaran Malaysia.
|
Makan Malam Ambang Tahun Baru Hotel Grand BlueWave Shah Alam |
Makan malam ambang tahun baru ini
berharga RM95.00+ setiap orang dewasa dan RM 47.00+ setiap orang kanak-kanak. Masa untuk makan malam bermula dari jam
6.30 petang sehingga 10.30 malam pada 31 Disember 2019.
Cara Untuk Menempah
Pada yang berminat untuk menempah buffet Hi-tea Tahun Baru atau Makan Malam Ambang Tahun Baru di Hotel Grand BlueWave Shah Alam atau nak tanya info lebih lanjut, korang boleh terus hubungi bahagian telepemasaran di 03-55118811 sambungan 2723 / 2724 atau Whatsapp di talian 019-2736801 atau 019-2757801.
Sedap2 dia punya lauk pauk.. Harga pun okay jugak tu
ReplyDeletewaalaikumussalam. ya Allah, menarik sangat semua menu. terliur terus tengok ^_^
ReplyDeleteAdududuuuu terliur k, Kak Ana! Terliuurrrrr... Kenapalah dah tak duduk area sana baru baca benda macam ni. Hahaha.. Desserts semua too pretty to eat lah! Seafood pun memang nampak fresh and sedap. Tambah tambah udang fav saya ya Allah. Mengucap panjang. 😂ðŸ¤
ReplyDeletememang best ni
ReplyDeletesini mmg antara hi tea yang best.. i like
ReplyDeleteMakanan nya menyelerakan
ReplyDeleteBanyak pilihan kali nie.. memang berbaloi sangat..
ReplyDeleteBanyaknya menu hi tea dekat grand bluewave ni.. Rasa nak try je semua
ReplyDeletesuka tengok dessert2nya AS sedap2 kan :)
ReplyDeleteAkak geram betul tengok mussels tu..dah la akak mengidam lama dh..tp seafood akak bleh makan lepas 21hb nanti je.. January ni next appointment ngan doc pakar
ReplyDeletemenarik nyer...
ReplyDeletelama naw aida x makan cenggini.
baru plan nak ajak asben hi tea kat hotel memana kat melaka ni, ana.
bwk anak2. sesekali, kan. best jugak.
Banyak menu menarik untuk hi tea ni. Desserts tu rasa macam nak grab je tau!
ReplyDeleteselamat tahun baru semoga tahun 2020 lebih menjanjikan kemanisan buat ana sekeluarga
ReplyDeleteKambing Bamia tu nampak menyelerakan..
ReplyDelete