Hotel Mega View Hotel Terbaik Dengan Pemandangan Sungai Kuantan l Assalamualaikum. Rata-rata antara kita kalau ke Pahang, wajib akan singgah di Kuantan. Selain dari ada
tempat-tempat menarik dan tempat makan best yang banyak, bandar ni juga mempunyai tempat penginapan yang berbaloi untuk diinap. Salah satunya Hotel Mega View Hotel Terbaik Dengan Pemandangan Sungai Kuantan ni. Dengar pun dah best!!
|
Hotel Mega View Kuantan |
Hotel Mega View Hotel Terbaik Dengan Pemandangan Sungai Kuantan
Masa bercuti ke Terengganu hari tu, Ana decide untuk stay semalam di Kuantan sebelum balik ke KL. Selalunya memang macam tu pun. Dah jadi macam rutin pulak. Hehe. So far Hotel Mega View ni hotel yang keempat Ana menginap selain dari
Hyatt Regency Teluk Cempedak dan
Hotel Sentral Kuantan. Lagi satu hotel coming soon untuk di review.
Bilik yang Ana booked ialah bilik Studio Twin. Harga dalam RM100 termasuk tax dan service charge. Tapi masa daftar masuk dapat bilik Deluxe Double. Harga tak beza mana pun. In fact size bilik pun lebih kurang sama. Cuma dapat katil queen size instead of 2 katil single. Kira lebih selesa untuk kitorang bertiga.
Ni kawasan lobi Hotel Mega View. Cantik dan menarik. Berkenan pulak Ana tengok susun atur sofa di ruang lobi ni. Kalau rumah besar sesuai lah.
|
Hotel Mega View Kuantan |
Bilik Ana di tingkat 5 - nombor 504. Bilik paling hujung sekali dan paling best berhadapan dengan Sungai Kuatan. Bersidai 2 beranak ni duduk tepi tingkat tengok para nelayan 'lalu lalang'. Tu pun dah rasa nikmat. Rasa syukur pun ada sebab terasa eh mewah hidup aku ni. Tak perlu susah payah, gadai nyawa turun ke laut nak hidup selesa. #akakinsofkejap!!
|
Hotel Mega View Kuantan |
Ok back to the room. Ni lah rupa bilik Deluxe Double tu. Bilik dia bersaiz dalam 22m3 je. So tak besar sangat dan tak terlalu kecik. Just nice omputih kata. Tapi bilik dia bersih dan cantik. Cuma aircond lambat sejuk sikit.
|
Hotel Mega View Kuantan |
Kemudahan yang ada dalam bilik sama macam kemudahan asas bilik-bilik di hotel lain. Ada tv, almari, tea and coffee, kettle dan mini bar. Cuma bilik Deluxe Double ni dia ada tambahan meja kopi dan kerusi dekat tepi tingkap dan juga meja kerja.oh ya sejadah pun ada disediakan. Telekung sila bawa lah sendiri. Jangan pula korang tercari-cari. Hehe.
|
Hotel Mega View Kuantan |
|
Hotel Mega View Kuantan |
|
Hotel Mega View Kuantan |
Bab tandas pula, bersih dan lengkap dengan toiletries dan hair dryer. Cuma area shower agak sempit especially untuk orang berbadan besar. Rasa macam terbatas pergerakan kejap walau nak mandi je pun.
|
Hotel Mega View Kuantan |
Untuk korang yang perlu untuk iron baju, tiada kemudahan ironing disediakan di dalam bilik. Tapi pihak hotel ada sediakan satu bilik khas untuk iron di setiap floor. Kalau kata korang ada bawa iron sendiri, korang boleh request iron board dari pekerja bertugas dan dorang akan hantar ke bilik.
Memandangkan Hotel Mega View ni terletak di tengah bandar Kuantan, malam tu Ana jalan kaki je ke car booth berhadapan dengan Masjid Sultan Ahmad. Memang lah sangat dekat. Sambil jalan sambil exercise kan. Tak perlu nak drive dan bersusah cari tempat parkir.
|
Hotel Mega View Kuantan |
Tapi kalau korang tak nak ke mana-mana, nak lepak dekat area hotel je pun takpe. Korang boleh je lepak dekat restoran / kafe dekat bawah sekali. Tempat dia memang cosy giler. Sambil lepak minum latte sambil berborak berhadapan dengan Sungai Kuantan.
|
Hotel Mega View Kuantan |
Keesokkannya, kitorang bertiga turut breakfast. Harga yang Ana bayar tu dah termasuk breakfast untuk 2 orang tau. Tapi sebab Syafi kecik lagi so free of charge. Lagipun bukan makan pun dak kecik tu. Paling kuat dia makan sikit cereal dengan
air susu segar atau buah je. Gambar tu action je lebih. Hehe.
|
Hotel Mega View Kuantan |
Restoran untuk breakfast ni pun berhadapan dengan Sungai Kuantan. Cantik susun atur restoran dia. Menu breakfast pun pelbagai. Paling Ana suka bread banana pudding dia. Sedap sangat sampai bertambah Ana makan. Hehe.
|
Hotel Mega View Kuantan |
Lepas breakfast, naik bilik semula. Rehat kejap then start packing beg. Pukul 11 lebih kitorang dah daftar keluar. Nak cari sata untuk di bawa balik.
So korang kalau tercari-cari hotel yang berbaloi untuk menginap, Ana recommend untuk korang cuba Hotel Mega View ni. Dengan kedudukannnya yang strategik di tengah bandar, harga yang murah serta bilik yang bersih, Ana pasti korang pun akan puas hati dan gembira nginap di sini.
waalaikumussalam. suka tengok kaler hotel ni kat luar tu. kaler dia comey sangat dan menarik perhatian ^_^
ReplyDeleteuish meriahnya warna hotel ni haha
ReplyDeleteNice sharing ana.. mana tau nnt akak terlepas ke sini ke. Boleh check in sini.
ReplyDeleteHotel ni nampak selesa bolehlah nest time stay dekat sini kalau pergi Kuantan
ReplyDeleteWah menarik.. good sharing Ana, kalau ke Kuantan boleh lah bermalam kat sini..
ReplyDeleteabe kie suka percutian yg santai dan sederhana. x guna sewa hotel mahal2 sbb kita nak letak barang n tidur aje kan?
ReplyDeletewaa boleh masuk list ni. mmg cantik view ni tenang je fikiran
ReplyDeletepernah dulu ke sungai kuantan tu.
ReplyDeletejust lepak tepi, makan kepok lekor, na...
masa tu aida stay gambang kot.
lama dah... kakak-kakak kecik lagi masa tu.
Memang selesa nampak stay kat Hotel ni. Dapat bilik sungai kuantan view pun best kan
ReplyDeletePernah stay sini tapi lama dah. Nampak ada renovation hotel ni. Nt nak stay sini lagi lah. Best dekat dgn masjid
ReplyDeleteAda Ken Akak setiap kali p kuantan die stay otel ni
ReplyDeleteCantik hotel dia.. pemandangan pun best..
ReplyDelete