Tower Regency Hotel and Apartments Hotel di Tengah Bandar Ipoh
Tower Regency Hotel and Apartments Hotel di Tengah Bandar Ipoh l Assalamualaikum. Masa reccee hotel di Ipoh baru-baru ni baru Ana perasan yang entri Tower Regency Hotel Ipoh Hotel di Bandar Ipoh ni takde lagi dalam blog. Yang banyak Ana cerita rupanya hotel-hotel di Melaka saja. Tu lah bila lama sangat dok tunda kan. Hehe.
Tower Regency Hotel and Apartments Hotel di Tengah Bandar Ipoh
Actually ni kali kedua Ana stay di Tower Regency Hotel Ipoh ni. First masa tahun 2015 tak silap masa balik bercuti dari The Regency Jerai Hills Resort. Seperti namanya, hotel ni bukan saja menyediakan bilik-bilik hotel biasa tapi turut menawarkan bilik jenis studio dan apartment untuk memenuhi keperluan setiap tetamu yang menginap di sini. Tower Regency Hotel and Apartments antara hotel bertaraf 4 bintang yang menawarkan harga rendah seperti hotel murah di Melaka ni.
Lokasi Hotel di Tempat Strategik
Salah satu sebab Ana pilih untuk stay sekali lagi di sini adalah kerana lokasinya yang terletak di tengah bandar dan berdekatan dengan tempat-tempat makan best di Ipoh. Ada yang sedekat 5 minit pemanduan je tau. Sesuai sangat untuk korang yang datang ke sini untuk food hunting.
Jarak hotel dengan tempat-tempat menarik pun dekat sekitar 15-30 minit perjalanan. Bagi yang datang bercuti naik pengangkutan awam, jangan risau sebab perkhidmatan Grab semakin banyak di Ipoh sekarang ni. Dengan lokasi hotel di tengah bandar, sangat memudahkan korang untuk dapat perkhidmatan grab ni dengan cepat.
Bilik Jenis Eksekutif King
Memandangkan anak teruna tu semakin membesar, tak boleh dah nak amik katil jenis twin atau single. So the best option ialah katil jenis king. Memang muat dengan selesa untuk kami bertiga beradu. Nak lebih selesa, Ana amik bilik jenis eksekutif berbanding bilik jenis biasa.
Tower Regency Hotel and Apartments Ipoh |
Dah nama bilik eksekutif, so ianya terletak di level eksekutif. Sepanjang 4 hari stay sini, tak pernah pun terserempak dengan tetamu-tetamu lain. Memang privacy sungguh. Creepy pun ada kalau korang jenis penakut macam Ana. Banyak nau tengok filem seram kot. Hahaha.
Pemandangan bilik sejurus buka pintu bilik. Memang agak luas dan selesa untuk tetamu yang menginap. Dan cukup luas untuk Syafi bergolek, berlari, berguling dari hujung sini sampai hujung sana. Bilik pun dalam keadaan bersih walau interior dia out dated sikit.
Tower Regency Hotel and Apartments Ipoh |
Katil macam bagitau tadi jenis king. Kemudahan set sofa dan meja kerja turut disediakan. Tv pula mempunyai saluran satelit untuk tontotan para tetamu. Tapi kitorang tak tengok pun sebab balik bilik untuk solat, rehat, mandi dan tidur je.
Tower Regency Hotel and Apartments Ipoh |
Tower Regency Hotel and Apartments Ipoh |
Tower Regency Hotel and Apartments Ipoh |
Kemudahan lain yang turut disediakan ialah elektrik kettle, tea & coffee making facilities, mini bar dan juga peti simpanan peribadi. Semua kemudahan dalam keadaan baik.
Tower Regency Hotel and Apartments Ipoh |
Tower Regency Hotel and Apartments Ipoh |
Tower Regency Hotel and Apartments Ipoh |
Ni pula bahagian bilik mandi. Memang sangat luas dan bersih. Ruang mandi juga bertutup. So tak lah basah satu bilik air walau sekadar nak amik wuduk. Untuk bilik jenis eksekutif ni ada disediakan bathtub juga. Memang seronok lah budak kecik tu berendam setiap kali mandi. Ana pula tak minat berendam dalam bathtub tu. Lain lah kalau ada kolam air panas macam dekat Felda Residence Hot Spring Sg Klah ni kan. Memang syok lah. Hehe.
Tower Regency Hotel and Apartments Ipoh |
Tower Regency Hotel and Apartments Ipoh |
Harga bilik yang Ana bayar dah termasuk breakfast untuk 2 orang. Untuk Syafi free je lah sebab kecik lagi kan. Menu makanan quite ok lah. Ada menu tempatan dan barat. Ruang makan pun besar dan luas.
Bersebelahan tempat breakfast tu ada swimming pool. Pepagi masa turut breakfast tu dah ada budak-budak yang dah berendam dalam pool tu. So parents yang nak perhatikan anak sambil makan boleh je makan dekat luar tu. Ada beberapa meja disediakan.
Tower Regency Hotel and Apartments Ipoh |
Kemudahan lain yang turut disediakan pihak hotel untuk keselesaan para tetamu ialah pusat kecergasan, perkhidmatan simpanan bagasi 24 jam serta kemudahan tempat letak kereta bertingkat percuma.
Overall Ana sekeluarga berpuas hati inap di sini. Baik dari segi keadaan bilik yang disediakan, kemudahan yang ditawarkan serta layanan dari para pekerja di sini. So kalau korang tercari hotel yang selesa untuk seisi keluarga di Ipoh, tak rugi cuba stay di Tower Regency Hotel and Apartments ni. Harga pun mampu bayar walau bertaraf 4 bintang.
Tower Regency Hotel and Apartments Hotel di Tengah Bandar Ipoh
Reviewed by Ana Suhana
on
November 19, 2019
Rating:
Bestnya ada bathtub dengan swimming pool tu. bilik pun luas dan perabot pun minimalist design gitu. selesa nampak
ReplyDeleteSelain daripada kondisi bilik yang ok..tempat parking kenderaan juga sangat penting kan Kak Ana..
ReplyDeleteakak pun nak kena cari hotel di Ipoh for december trip ni. tq. nice sharing.
ReplyDeleteSama la , saya pun tak minat berendam dalam bathtub . Kalau nak berendam baik pergi kolam , sungai atau pantai je . Felda regency sg klah tu saya pernah pergi . Kebetulan kawan baik mak husband dia kerja felda situ and buat kenduri anak dye dekat dewan felda tu , so dapat la merasa duduk bilik deluxe tu . Jalan kaki je pergi berendam kat hotspring tu .
ReplyDeletemenarik
ReplyDeletethanks sharing
tgk kak ana post ni teringat yg ray banyak kali nak buat post pasal hotel review tp tak kesampaian. terkubur mcm tu je hahahaha. btw thnk you akak sbb singgah comment blog ray. sorry busy sikit these days tk dpt nak melawat sekerap duu.
ReplyDeleteKitorang pernah stay kat sini kak ana. Memang best tempatnya. Ada sekali tu kitorang order je makanan dari room service. Makanan dia pun sedap dan ouas hati
ReplyDeleteamboi bercuti sakan ye AS :)
ReplyDeleteWah cantiknya hotel ni
ReplyDeleteWow! Pergi jalan jalan cari makan kat mana je? Saja tanya sebab Ipoh pun tempat permainan saya juga tu. Ececehhh gurau. 🙋🏻♀️
ReplyDeleteBestnya Ana cuti. Bilik bampak besar dan selesa.
ReplyDeletekalau ke ipoh boleh cuba lah duk sini
ReplyDeleteluas bilik. boleh lari2 plak dalam bilik hehe
ReplyDeletejom singgah www.hellokerja.com
selesa biliknya
ReplyDeleteLama x berjalan..lama l check in hotel..nanti mak dh sihat skit .nak bawak mak bercuti la...dekat2 pun x pe
ReplyDeleteCuti sekolah ni boleh dah bawak anak-anak jalan-jalan Ipoh. Grab pun dah ada lagi best 👍
ReplyDeleteWow.. Best hotel tu, 4 star pulak tu 🌟
ReplyDeleteboleh mengopi sambil tengok anak-anak main air!terbaik dah tu!
ReplyDeleteluasnya bilik dia.. pool pun cantik dgn scenery tu
ReplyDeletewah besar tul bilik sipa ada pool lagi mmg puas hati la inap sini
ReplyDelete