Taiwan Excellence eSports Cup (TEEC) Kini Tiba di Grand Finale
Taiwan Excellence eSports Cup (TEEC) Kini Tiba di Grand Finale l Assalamualaikum. Ingat lagi tak hari tu Ana ada share tentang pertandingan kelayakan terakhir TEEC yang berlangsung di Battle Arena Malaysia, dan terbaru Taiwan Excellence eSports Cup (TEEC) Kini Tiba di Grand Finale di Berjaya Times Square selama 3 hari berturut.
Taiwan Excellence eSports Cup yang dilancarkan pada April yang lalu kini telah tiba di pusingan Grand Finale. Ana recap sikit tentang pertandingan ini kot ada yang tak tau kan. Untuk pengetahuan korang, kejohanan Taiwan Excellence Esports Cup ini telah dianjurkan oleh Taiwan Excellence, sebuah badan kerajaan yang ditubuhkan hasil kerjasama antara Taiwan External Trade Development Council (TAITRA) dan Taiwan Minitsry of Economic Affairs (MOEA) yang bertujuan untuk mengiktiraf produk-produk inovatif keluaran Taiwan ke seluruh dunia.
Kejohanan yang telah berlangsung selama hampir 7 bulan ini telah menyaksikan lebih daripada 10 pertandingan LAN dan online di mana sebanyak 283 pasukan dan 1,415 peserta bersaing antara satu sama lain untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya. Kejohanan in dibuka kepada orang ramai di seluruh Malaysia secara percuma.
Pusingan Grand Finale yang berlangsung selama 3 hari bermula 11-13 Oktober 2019 ini menyaksikan atlet-atlet e-sukan terbaik Malaysia bertarung sesama sendiri dalam 3 kategori utama iaitu CS: GO, DotA 2 dan League of Legends. Juara bagi setiap kategori memenangi wang tunai bernilai RM10,000 setiap pasukan manakala juara kategori CS: GO akan ke Taiwan mewakili Malaysia. Di sana mereka akan bertarung dengan 4 negara lain iaitu Taiwan, Thailand, Filipina dan India dan berpeluang memenangi hadiah utama tambahan sebanyak US$ 2,000.
Taiwan Excellence eSports Cup (TEEC) Kini Tiba di Grand Finale
Kejohanan yang telah berlangsung selama hampir 7 bulan ini telah menyaksikan lebih daripada 10 pertandingan LAN dan online di mana sebanyak 283 pasukan dan 1,415 peserta bersaing antara satu sama lain untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya. Kejohanan in dibuka kepada orang ramai di seluruh Malaysia secara percuma.
Pusingan Grand Finale yang berlangsung selama 3 hari bermula 11-13 Oktober 2019 ini menyaksikan atlet-atlet e-sukan terbaik Malaysia bertarung sesama sendiri dalam 3 kategori utama iaitu CS: GO, DotA 2 dan League of Legends. Juara bagi setiap kategori memenangi wang tunai bernilai RM10,000 setiap pasukan manakala juara kategori CS: GO akan ke Taiwan mewakili Malaysia. Di sana mereka akan bertarung dengan 4 negara lain iaitu Taiwan, Thailand, Filipina dan India dan berpeluang memenangi hadiah utama tambahan sebanyak US$ 2,000.
Sokongan Terhadap #HealthyGaming
Selain daripada itu, kejohanan ini juga mendapat sokongan dari jenama-jenama terkenal Taiwan seperti Aorus, Aero, Coolermaster, InWin, MSI, Predator, Republik Pelayar (ROG), TeamGroup, Thermaltake, Transcend, XPG, ZADAK, dan Zowie. Penglibatan mereka ini secara langsung telah membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk mengalami sendiri pengalaman tahap tertinggi e-sukan melalui kejohanan yang dijalankan ini.
Manakala wakil Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia, Anne Hung berkata penganjuran kejohanan Taiwan Excellence eSports Cup ini merupakan satu platform terbaik dalam memperkenalkan hasil inovasi Taiwan khususnya kepada peminat-peminat esports dan penggemar-penggemar teknologi di Malaysia.
Acara Gaming Sampingan Untuk Orang Ramai
Menarik tentang Grand Finale Taiwan Excellence eSports Cup (TEEC) yang berlangsung di Berjaya Times Square tu, orang ramai yang hadir juga berpeluang menyertai pelbagai gaming sampingan yang ditawarkan seperti Tekken 7, Super Smash Bros, PES 2019 dan Mobile Legends: Bang Bang. Pada yang menang, mereka tidak pulang dengan tangan kosong kerana hadiah berupa wang saku bernilai RM9,000 boleh dibawa pulang.
Selain dari itu, terdapat juga beberapa aktiviti lain yang menyeronokkan disediakan seperti mini DotA 2, pertandingan memasang komponen-komponen esport, aktviti membida produk-produk esport pada harga eksklusif, cabutan bertuah dan juga hadiah-hadiah percuma untuk semua peserta!
Yang paling penting sekali, sepanjang 3 hari Grand Finale itu berlangsung, orang ramai juga berpeluang melihat produk-produk terbaru yang belum lagi dipasarkan di pasaran Malaysia seperti Predator Thronos yang bernilai lebih daripada RM40,000 dan ROG Phone II. Kiranya siapa yang datang pada hari tu dapat tengok produk-produk terbaru ni secara eksklusif.
Untuk maklumat terkini atau ingin tahu lebih lanjut tentang produk-produk inovasi terbaru Taiwan, korang boleh layari media sosial Taiwan Excellence seperti di bawah.
Taiwan Excellence eSports Cup (TEEC) Kini Tiba di Grand Finale
Reviewed by Ana Suhana
on
October 13, 2019
Rating:
mana yang minat game mesti tertunggu tunggu kan siapalah yang agaknya akan menang. kalau dekat, boleh gak usha usha tengok depa main game.
ReplyDeleteYaya memang suka aktivit e-sports di ketengahkan dalam Malaysia. Sekurang-kurangnya ia akan menarik golongan muda untuk tidak mempersiakan bakat yang ada. Lagipun hadiah untuk pertandingan e-sports ni memang berbaloi dan lumayan!
ReplyDeleteSecara X langsung bagus dengan esport ni. Sebab ada yang boleh jana pendapat an juga. Cuba kat Malaysia ni masih baru, baru ni kat opis ada Fifa ja. Maybe akan diperluaskan. Selalu nampak kat mall je.
ReplyDeleteKalau kaki game seronok sangatlah join tournament ni. Kena aada bakat dan skill juga untuk gaming macam ni. Sis setakat main game kat hepon je la. Itupun pokemon Go je. hehehe. Lawan2 ni memang tak reti la jawapannya.
ReplyDeletemacam2 e sport ni kan, tak pernah nak amik tahu sebab tak minat.. dah peringkat global kan esport ni kan. harap gaming ni tak memudaratkan kesihatan lah
ReplyDeleteWow e-sports. Macam seronok betul. I tak tau main lagi tapi anak anak muda pasti gemar dan enjoy. Anak i pun suka main e-sport juga.
ReplyDeleteseronoknya. walaupun saya tak reti dengan esport ni, main game pun jarang, tapi saya tau memang seronok. haha. daripada buat perkara lain yang tak faedah, lagi best main e-sport ni, boleh dapat hadiah bila menang.
ReplyDeletepergh syok giler tengok diaornag main game..teringin nak tengok..siapa ada bakat gaming memng patut masuk pertandingan ni..
ReplyDeleteEgames ni makin diminati kan.. Kalau kwan2 saya yg gila main games time belajaq tu tau yg main games pun boleh kaya.. Mesti ramai tu mnumpukan pada games mcm ni...
ReplyDeleteTpi saya mmg xreti lgsg main game2 mcm ni.. Sakit kpala😂
Esport semakin mendapat tempat di kalangan belia dan juga ibu bapa. Imbuhan dia pun semakin lumayan sekarang.
ReplyDeleteWowww. Hadiah dia lumayan. E-sport sekarang dah makin berleluasa
ReplyDeletekaki games sukalah ni, dah la hadiah pun lumayan tu.
ReplyDeleteSkrg ni permainan dlm talian ni bukan setakat main seia sia je..now dah boleh buat duit. Bagus le gini dr anak2 muda lepak tak tahu hujung pangkal. Cuma kenalah utamakan pelajaran dulu lah kan
ReplyDeleteHusband sukaaaa esport ni tapi tak tahu pun pasal grand finale ni.Kalau tahu mesti dia dah pergi sebab dekat sangat dengan umah ni hehe
ReplyDeleteE-sport skrg dah makin mndpt tmpt. Selari dgn zaman yg mkin maju. Reen suka tgok game2 mcm ni.
ReplyDeleteMakin banyak e-sport sekarang. MR pun salah satu master jugak. Tapi, mouse mommy limit masa hujung minggu baru boleh main strategik game ni.
ReplyDeletehebat kan kemajuan e-sukan. dengan hadiah yang ditawarkan juga cukup lumayan. bagi mereka yg hebat dalam permainan ini memang boleh pergi jauh dan buat duit juga sebenarnya
ReplyDeleteWah.. Dah banyak dah AM tgk aktiviti e sport nie di mana2.. Nampak aktiviti nie dah mula mendapat perhatian masyarakat terutama golongan muda..
ReplyDeleteSaya mmg dari dulu minat dgn esport scene ni tapi dulu tak popular sgt kat Malaysia. Dulu nak beli steam kredit pun susah kn pakai kredit kad, skang pakai ewallet pun boleh mcm boost app senang je. Facilities mcm ni yg byk mmbntu kembangkan esports kat Malaysia.
ReplyDeleteJangan pandang remeh terhadap esport, ramai yang buat ni sebagai full time job.
ReplyDelete