Petik Strawberry di Genting Strawberry Leisure Farm
Petik Strawberry di Genting Strawberry Leisure Farm l Assalamualaikum. Baru-baru ni Syafi ajak pergi Cameron Highlands. Bila tanya motif nak ke sana, dia kata nak amik gambar bunga dan petik strawberry. Amboi kemain dak kecik ni. Tapi bila pikir kesesakan dekat atas tu, terus terbantut rasa nak ke sana. Suddenly Ana teringat yang sekarang kita boleh Petik Strawberry di Genting Strawberry Leisure Farm je. Tak perlu sampai ke Cameron sana tu.
Petik Strawberry di Genting Strawberry Leisure Farm
Memandangkan macam lama tak bercuti, Ana decide ajak En Suami bermalam di First World Hotel - antara salah satu senarai hotel terbaik di sana. Macam-macam dah ada sekarang ni korang. Sampai lenguh kaki berjalan di buatnya. Tu semua nanti Ana share kemudian ok. So on the way nak balik Selayang, Ana ajak En Suami bawa Syafi ke Genting Strawberry Leisure Farm ni. En Suami offer tak nak pergi GPO ke? Lucky u sayang. I takde mood nak shopping buat masa ni. Hehe.
Bagi yang tertanya lokasi sebenar Genting Strawberry Farm ni, ianya terletak di Bandar Gohtong Jaya. Hanya 10 minit dari puncak Genting. Landmark jalan nak masuk ke sini ialah hotel Seri Malaysia. Jalan depan sikit korang dah boleh nampak Genting Strawberry Leisure Farm ni dah. Kalau pergi hari tak ramai orang, senang nak dapat parking kereta. Macam Ana hari tu, Ana bantai parking dekat tempat letak kereta Sport Center depan tu. hehe
Harga Tiket Genting Strawberry Leisure Farm
Pada yang pernah ke Cameron Lavender Garden di Cameron Highlands, konsep di Genting Strawberry Leisure Farm ni sama je. Ada taman bunga lavender dan bunga-bunga yang lain. Cuma ada extra aktiviti yang korang boleh buat seperti petik strawberry, bergambar dengan ular dan burung kakak tua, ada earthquake simulation, honey bee farm dan banyak lagi.
Genting Strawberry Leisure Farm |
Genting Strawberry Leisure Farm Photo : FB Genting Strawberry Leisure Farm |
Bergambar Dengan Bunga Lavender
Masuk-masuk je dari pintu utama korang akan nampak pelbagai jenis bunga di kiri kanan korang termasuk beberapa spesis bunga Lavender. Cumanya lavender dekat sini tak semeriah di Lavender Garden. Tapi kalau korang pandai amik gambar, nampak lawa je hasilnya.Genting Strawberry Leisure Farm |
Genting Strawberry Leisure Farm |
Genting Strawberry Leisure Farm Photo : FB Genting Strawberry Leisure Farm |
Genting Strawberry Leisure Farm |
Genting Strawberry Leisure Farm |
Genting Strawberry Leisure Farm |
Genting Strawberry Leisure Farm |
Genting Strawberry Leisure Farm |
Genting Strawberry Leisure Farm |
Genting Strawberry Leisure Farm |
Genting Strawberry Leisure Farm |
Genting Strawberry Leisure Farm |
Genting Strawberry Leisure Farm |
Genting Strawberry Leisure Farm |
Petik Strawberry Sendiri
Macam Ana bagitau dekat atas tadi, salah satu aktiviti yang korang boleh buat dekat sini dengan anak-anak ialah petik buah strawberry sendiri aka self pick. Ana memula plan nak lah saja petik juga lah tapi last last tak jadi sebab harga dia a bit pricey. For me lah. Lagipun stok strawberry Cameron dekat peti masih ada. Lepas tu Syafi lak sibuk amik gambar guna handphone dia. Tak berminat nak self pick strawberry tu. Huhu.Genting Strawberry Leisure Farm Photo : FB Genting Strawberry Leisure Farm |
Genting Strawberry Leisure Farm |
Sebelah gerai strawberry, ada gerai jual pelbagai produk berasaskan lavender. Ada minyak wangi, sabun, potpuri, anak patung dan macam-macam lagi.
Genting Strawberry Leisure Farm Photo : FB Genting Strawberry Leisure Farm |
Deretan Kedai Sorvenir
Akhir sekali sebelum korang keluar, ada pelbagai deretan kedai jual pelbagai jenis sorvenir seperti baju, keychain, fridge magnet, gula-gula strawberry, ubat akar kayu dan banyak lagi.Genting Strawberry Leisure Farm |
Genting Strawberry Leisure Farm |
Kalau rasa penat berjalan dalam tu, korang boleh rehat sambil pekena aiskrim strawberry , waffle, nasi dan banyak lagi dekat kafe yang ada di sana. Ingat ada aiskrim lavender, tapi sayang tiada. Berhuhu je lah kita makan aiskrim strawberry tu. Alhamdulillah.
Masa Operasi
Pada yang bercadang untuk ke sini, Ana saran korang datang sebelah pagi. Satu cuaca masih sejuk, keduanya orang tak berapa ramai. So selesa nak jalan-jalan dalam tu dan nak cari parking pun senang.
Waktu Operasi :
09:00 pagi – 18:30 petang
09:00 pagi – 18:30 petang
Hari Operasi :
Setiap Hari
Tiket Masuk :
RM15 (dewasa) / RM10 (kanak2)
Telefon :
03-6100 1152
03-6100 1152
Alamat :
No. 1, Lot 3707, Jalan Jati 2,
Bandar Gohtong Jaya,
69000 Genting Highlands,
Pahang.
No. 1, Lot 3707, Jalan Jati 2,
Bandar Gohtong Jaya,
69000 Genting Highlands,
Pahang.
Petik Strawberry di Genting Strawberry Leisure Farm
Reviewed by Ana Suhana
on
October 21, 2019
Rating:
Selalu pi genting tp x pernah pun singgah petik strawberry kat sini..nampak macam menarik je kat sini..bleh la plan pi sini nanti...
ReplyDeletelagi mahal dari cameron lavender farm tu tapi not bad la sebab aktiviti dia banyak. Comel je syafi posing dengan bunga. terserlah muka happy tu
ReplyDeleteView boleh tahan cantik jugak Ana walaupun dekat je kan dari KL. Alhamdulillah mesti happy Syafi tuu 😍
ReplyDeletewahhhh
ReplyDeleteserius best
rindu nak pergi sini lagi
Baru tau pasl tempat ni.. Yang lavender tu sama sikit macam dekat lavender garden camwron.. Argh rindu.. Nanti bolehbpergi sebb dh dekat kan.. Hehehe
ReplyDeleteAroma lavender.Aroma strawberry.YA ALLAH..nikmatnya..jangan kata Syafi..acik PC pun suka nak oii.
ReplyDeleteNaik genting selalu gak..tapi tak pernah pulak singgah tempat ni. Menarik jugak ekk..bolehlah kalau naik genting sis singgah nanti
ReplyDeleteTak pernah singgah sini kalau ke Genting, next time boleh singgah nampak best juga cantik-cantik bunga #loveflower
ReplyDeleteLeisure farm ni tempatnya cantikkan anak. Kalau bergambar memang cantik.
ReplyDeleteingatkan kat Cameron.. kat genting pun ada juga ye
ReplyDeleteport dating masa muda mudi dulu.. hehe. dulu pergi free jer masuk x payah bayar. well, time change dan attraction dalam tu dah byk, so harga pun pricey lah...
ReplyDeletehee~ dekat dah ni tapi mengenangkan musim hujan, terus emph.. emph.. dan emph lagi.. adei.. suka sangat kat soberi yang fresh tu..
ReplyDeleteBestnyaaaa.. Bestnyaaaaa..
ReplyDeleteDok plan nak g cameron je ni. Dah bertahun tak ke sana.
Pastu anak anak pun tak merasa lagi.
Nak nak zara.
Teringin nak tengok strowberi.
Kerap pergi cameron je , genting strawberry leisure farm belum pernah pergi . Kalau pergi Genting pun kawan-kawan semua nak pergi GPO je , mane nak layan kita pergi taman lavender , petik2 strawberry nie . Heheheh . .
ReplyDeletewah bestnya ana. akak x penah ambil gambar dgn bunga lavender.. my favourite flower
ReplyDeletepergi tempat sejuk ni semua tanaman hidup segar je tengok. gambar pun jadi cantik. geram tengok strawberry tu. rasa nak petik jugak
ReplyDeleteLagi untung dtg sini kat genting pun ada rupanya baru tahu..byr rm15 dpt 2 dlm 1..lavendar farm strawberry farm..klau kt cameron byr berasingan..untung lagi..cantik la tu farm nya
ReplyDeleteAssaalm ana..dah lama sis JM x jenjalan sini
ReplyDeleteBest jugak yang ni. Haritu kinah pergi yang tempat lebah tu. Nama apa tak ingat, tak best. Nanti nak ke sini pulak la. Macam banyak aktiviti kat sini
ReplyDeleteMemang best bercuti di Cameron Highlands, tenang dan udara pun nyaman je.
ReplyDeleteActually it was at Genting Highlands Kelly.
DeletePernah pergi dulu. Banyak gambar Rabia sekeluarga dekat Cameron ni. Entah lah rasanya hilang gmbr kenangan di Cameron ni
ReplyDeleteYang ni dekat genting rabia :)
Deletesha masak dah ladang ini.. memang best.. cantik dan syok bergambar.. hehehe
ReplyDeleteZira beli yg dlm bekas je sbb murah, petik sendiri mahal kan.
ReplyDeleteCantik la yg kt genting ni. nanti nak ajak akk reen pergi sini pulak
ReplyDelete