Pakej Umrah Terbaik di Malaysia Dari TH Travel & Services

Pakej Umrah Terbaik di Malaysia Dari TH Travel & Services l Assalamualaikum. Bila masuk hujung tahun ni, ramai yang dah start plan untuk pergi bercuti. Baik dalam atau luar negara. Tak kurang yang merancang untuk menunaikan umrah bersama keluarga. Moga ada rezeki Ana juga dapat ke tanah suci. Kalau ada rezeki kan, Ana nak sangat tunaikan ibadah umrah dengan TH Travel & Services pada hujung Ramadan tahun depan. Sebabnya ganjaran pahala mengerjakan umrah pada bulan ramadan sama dengan pahala mengerjakan haji. Moga ada rezeki Ana sekeluarga dijemput ke sana. Mohon doakan ye.


Pakej Umrah di Malaysia Dari TH Travel & Services


Setiap kali bila dengar ada sanak-saudara atau kawan-kawan yang berpeluang menunaikan ibada umrah, hati Ana meronta-ronta nak ikut sama. Tapi belum sampai rezeki lagi. Siapa yang tak nak ke Tanah Suci tu kan. Tengok kaabah dalam tv je pun dah buat hati ni rasa rindu rasa cinta nak ke sana. Apa lagi kalau ada rezeki betul-betul dapat jejakkan kaki ke sana. Tapi sering je kita dengar kes para jemaah terkandas di lapangan terbang akibat ditipu syarikat umrah, kes visa tak lepas dan banyak lagi. Kesian kan. Duit dah habis bayar semua tapi tak kesampaian nak ke sana. Sebab tu penting untuk kita selidik syarikat-syarikat yang menawarkan pakej-pakej umrah ni terlebih dahulu terutama mereka yang menawarkan pakej umrah yang murah.

Tapi kalau korang guna perkhidmatan syarikat yang terbukti sah dan diyakini seperti TH Travel, insyaAlah kes seperti di atas tak kan berlaku. Siapa tak kenal dengan anak syarikat milik penuh Lembaga Tabung Haji ni kan.  Ana boleh katakan yang syarikat ini antara syarikat yang menawarkan pakej umrah yang terbaik di Malaysia kerana mempunyai pengalaman lebih dari 47 tahun dalam menguruskan perjalanan ibadah haji dan umrah para jemaah mereka.

Kalau korang nak tau, rata-rata ahli keluarga Ana yang dah selamat menunaikan ibadah umrah atau haji menggunakan perkhidmatan dari TH Travel ni. Dan mereka sangat berpuas hati dengan perkhidmatan dan  layanan yang diberikan sepanjang mereka di Tanah Suci. So Ana sendiri pun kalau ada rezeki dapat jejakkan kaki ke sana nak guna perkhidmatan dari TH Travel ni.

Pengertian Umrah


Apa itu umrah? Umrah pada istilah bahasa bermaksud ziarah, manakala dari istilah syarak pula bermaksud menziarahi Baitullah al-Haram pada bila-bila masa untuk melaksanakan ibadat tertentu dengan syarat-syarat tertentu. Sebahagian ulama berpendapat bahawa hukum melaksanakan umrah adalah wajib atau fardu bagi orang yang belum melaksanakan sementara dia mampu untuk melaksanakannya. Sesuai dengan firman Allah SWT yang berbunyi :


ÙˆَØ£َتِÙ…ُّوا الْØ­َجَّ ÙˆَالْعُÙ…ْرَØ©َ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ

Maksudnya: “Dan sempurnkanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah.”
(Surah al-Baqarah: 196)

Syarat-syarat Wajib, Rukun Umrah & Wajib Umrah


Nak tunaikan ibadah umrah di Tanah Suci ni bukan boleh pergi macam kita pergi melancong ke luar negara. Ada syarat-syarat dan rukun yang kita kena penuhi terlebih dahulu seperti yang telah ditetapkan Islam.

Bagi syarat wajib umrah terdapat 5 syarat yang perlu dipatuhi iaitu :

1. Beragama Islam
2. Baligh
3. Berakal atau waras
4. Seorang yang merdeka
5. Berkemampuan

Rukun umrah pula terdiri daripada 5 perkara yang mesti ditunaikan oleh para jemaah umrah iaitu :

1.  Lafaz niat ihram umrah
2. Tawaf umrah 
3. Sa’ie umrah
4. Bercukur
5. Tertib

Manakala wajib umrah pula terdiri daripada 2 perkara iaitu :

1. Berniat ihram di Miqat
2. Meninggalkan perkara-perkara yang dilarang semasa ihram.


Apa beza antara rukun umrah dan wajib umrah? Haa kalau korang nak tau, rukun umrah merupakan perkara asas yang mesti ditunaikan oleh jemaah umrah. Jika tertinggal salah satu rukun sama ada secara sengaja ataupun tidak, maka umrah mereka tidak sah!!

Manakala wajib umrah pula perkara wajib yang dilakukan semasa melaksanakan ibadah umrah. Jika tertinggal secara sengaja, umrah masih sah tapi berdosa. Jika tertinggal secara tak sengaja, ianya tidak berdosa tetapi para jemaah wajib untuk bayar dam pada kadar yang telah ditetapkan.

5 Sebab Kenapa TH Travel & Services Pilihan Terbaik


Bila baca rukun-rukun umrah dan wajib umrah tu rasa macam risau pulak kan. Takut ada yang kita tertinggal. Ye lah bukan selalu berpeluang untuk jejak kan kaki ke Tanah Suci tu. Mungkin sekali seumur hidup kan. Kalau boleh kita nak lah buat sesempurna yang mungkin dan nak umrah yang mabrur.

Jadi salah satu cara untuk kita atasi segala kerisauan dan kegusaran ni adalah dengan memilih syarikat pakej umrah yang dapat bantu kita dari segala aspek. Dan TH Travel & Services adalah pilihan yang terbaik. Kenapa?

1. Menawarkan Kelas Umrah Percuma

Nak mantapkan diri dengan ilmu pengetahuan berkaitan ibadah umrah, tak lain tak bukan adalah dengan menghadiri kelas-kelas umah yang dijalankan. Di TH Travel, kita boleh mengikuti kelas-kelas umrah dan juga haji secara PERCUMA.

Dengan menghadiri kelas-kelas umrah tersebut, sedikit sebanyak kita dah dapat gambaran tentang perjalanan ibadah umrah kita di sana nanti. Kita juga akan sentiasa beringat tentang apa yang perlu buat, hukum hakam serta pantang larang yang perlu dijaga sepanjang menjalani umrah supaya pada akhirnya umrah kita sah dan diterima Allah. InsyaAllah.

2. Pakej Pada Harga Berpatutan

Walaupun TH Travel boleh dikatakan sebagai pelopor dalam urusan umrah dan haji, namun pakej-pakej yang ditawarkan amat berpatutan mengikut bajet dan tarikh pilihan kita. Dengan harga serendah RM5,790 kita dah boleh merealisasikan impian untuk ke rumah Allah.
Harga yang dikenakan telah termasuk tiket penerbangan, penginapan, makan minum (3x sehari) dan juga pengangkutan di sana serta perlindungan takaful. Istimewanya pakej TH Travel ni ada diskaun untuk kanak-kanak sebanyak RM200 tau. Bayangkan kalau ada 5 orang anak, dah boleh jimat RM1k kan. Banyak juga tu kan.

3. Perjalanan Umrah Yang Teratur

Aturcara perjalanan juga perlu di ambil kira. Untuk TH Travel, dengan 47 tahun pengalaman menjadikan mereka pakar dalam selok belok perjalanan umrah dan haji di mana urusan jemaah telah diatur seawal tempahan di buat termasuk proses mendapatkan visa dari kementerian Arab Saudi.

Bermula di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sehingga di lapangan terbang Jeddah dan Madinah, kemudian di Kota Mekah dan Kota Madinah, kakitangan TH Travel sentiasa ada dan bersedia bagi melancarkan perjalanan setiap jemaah.

Untuk penginapan pula, para jemaah tidak perlu lalui proses pendaftaran kerana kunci bilik akan diserah semasa dalam bas lagi. Bas yang diguna pula bas-bas yang baru untuk keselesaan semua.

4. Hotel Dekat Dengan Kaabah dan Masjid Nabawi

Banyak dah kita dengar pakej-pakej umrah yang murah ni, selalunya hotel yang disediakan jauh dari tempat beribadat. Tapi bukan dengan TH Travel. Walaupun kita guna pakej paling murah iaitu RM5,790, hotel yang disediakan adalah bertaraf 3 bintang ke atas dan yang penting lokasinya hanya sekitar 700 meter dari Dataran Masjidil Haram dan 300 meter dari Dataran Masjid Nabawi. Jadi takde isu para jemaah terutama jemaah yang sudah berusia menghadapi masalah kena jalan jauh untuk menunaikan ibadah mereka.

5. Mutawiff Setiap Kumpulan

Akhir sekali, seorang mutawwif berpengalaman akan disediakan bagi setiap kumpulan jemaah bertujuan memberi bimbingan kepada mereka supaya ibadah umrah yang dijalankan sesempurna yang boleh. Mutawwif-mutawwif ini juga akan sentiasa memberi penerangan tentang hukum-hakam dan larangan semasa mengerjakan umrah agar para jemaah tidak lupa dan sekaligus mengelakkan dari kes umrah tak sah atau kes jemaah kena bayar dam. Senang kata, kita akan rasa kurang bimbang melakukan kesilapan dengan adanya bantuan mutawwif ini kerana setiap pergerakan dan bacaan kita semua akan dibantu.



Sebenarnya ada banyak lagi sebab kenapa perlu memilih TH Travel untuk uruskan perjalanan umrah kita. Ana yakin korang semua pun sedia maklum kan. Tapi kalau tak nak guna TH Travel pun takpe sebab ada banyak lagi syarikat-syarikat di luar sana yang menawarkan pakej-pakej umrah yang lebih kurang sama. Tak salah nak cuba mana-mana pakej yang kita nak, cuma kena selidik terlebih dahulu. Buat kajian menyeluruh. Jangan sebab nak kejar pakej umrah yang murah akhirnya memakan diri kita sendiri. Kalau boleh pilihlah syarikat yang diyakini dan sah kewujudannya serta berpengalaman mengendalikan jemaah umrah atau haji. Semoga pada akhirnya Allah memilih kita di antara hamba-hambanya yang lain untuk menjadi tetamuNya. InsyaAllah aamin.



Pakej Umrah Terbaik di Malaysia Dari TH Travel & Services Reviewed by Ana Suhana on October 30, 2019 Rating: 5

9 comments:

  1. semoga kita semua akan dijemput mengerjakan umrah dan haji.. pakej pun kena pandai pilih juga kan

    ReplyDelete
  2. Doakan semoga Rabia dapat pergi ke sana

    ReplyDelete
  3. hujung bulan depan mak saya akan berangkat untuk menunaikan umrah . Ya Allah , hati nie macam sedih sangat je sebab tak dapat temankan dia . Nak sangat-sangat pergi sana . Semoge kita semua dimurahkan rezeki untuk tunaikan ibadah umrah dan haji . btw , murahnyaaa RM 5790 . Harga yang saya pernah survey dulu 6k ke atas itu pun makan sendiri .

    ReplyDelete
  4. Moga kita semua diizin Allah ke sana kak..teringin sangat-sangat nak ke sana..

    ReplyDelete
  5. TH Travel memang win dari segi pakej umrah .. layanan dia pun bagus

    ReplyDelete
  6. Nak pergi umrah memang kena survey dan pilih agent yang boleh dipercayai. Memang sedih dengar kalau ada yang kena tipu tu.

    ReplyDelete
  7. Harga yg berpatutan..
    teringin juga nak bawak Mak Reen umrah,doakan reen dimurahkan rezeki ye

    ReplyDelete
  8. pakej Umrah yang CT teringin nak join..
    semoga ada rezeki. alhamdulillah skrng da ada Visa Pelancong.
    mudah untuk golongan xde mahram..

    ReplyDelete
  9. in shaa Allahsemoga impian ana ingin menunaikan umrah tercapai..semoga allah tunaikan hasrat ana yg baik tu..sis JM pun in shaa Allah tgh survey jgk travel agen mana yg menawarkan perkhidmatan teebaik dan harga yg mampu

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.