Tempat Makan Best di Ipoh Perak
Tempat Makan Best di Ipoh Perak l Assalamualaikum. Siapa orang Ipoh angkat tangan? Ana bukan orang Ipoh tapi suka pergi Ipoh. Rugi siapa tak pergi sini sebab kalau korang nak tau Ipoh telah disenaraikan sebagai 10 destinasi di Asia yang wajib dikunjungi. Kalau dah sampai Ipoh tak sah kalau tak cuba makanan yang ada di sini. So hari ni Ana nak share dengan korang beberapa Tempat Makan Best di Ipoh Perak. Ada antaranya yang Ana dah pernah cuba try test.
Tempat Makan Best di Ipoh Perak
Ingat lagi masa Ana ke Ipoh 8-9 tahun lepas. Bukan main susah nak jumpa tempat makan yang best dan halal di sini. Memang buntu habis. Last-last makan dekat food court Aeon je. Tapi last year bila Ana ke sini semula, memang banyak yang dah berubah. Kedai makan yang halal dah bersepah-sepah wujud. Tinggal korang nak pilih jer.
Selain dari Tempat Makan Best di Ipoh Perak, Ipoh semakin mendapat tarikan pelancong tempatan sebagai destinasi percutian keluarga sebab tempat menarik untuk dikunjungi pun semakin banyak. Antara tumpuan para pelancong ke sini tak lain tak bukan ialah di MAPS Ipoh ni. Apa lagi sekarang ni masuk pun dah PERCUMA kan. Sure makin ramai akan ke sini untuk bercuti kan.
Baca juga : Mini Zoo di Gunung Lang Ipoh
Baca juga : Mini Zoo di Gunung Lang Ipoh
Ok lah jom kita tengok Tempat Makan Best di Ipoh Perak yang menanti korang. Semoga entri ni dapat membantu korang buat pilihan dan plan tempat makan mana yang korang nak terjah nanti.
1. Green Town Dim Sum Cafe
Bagi peminat makanan masakan Cina terutama dim sum, korang wajib try ke Green Town Dim Sum Cafe. Terdapat pelbagai jenis dim sum baik yang stim atau yang bergoreng ada disediakan.
Tempat Makan Best di Ipoh Perak |
Tempat Makan Best di Ipoh Perak |
2. Miker Food
Miker Food - antara salah satu tempat makan best di Ipoh Perak yang Ana nak kunjungi masa ke sini hari tu tapi sayang takde rezeki sebab full house. Nak cari parking kereta pun takde u olls. Dahsat kan? Sebab tu orang tempatan kata kalau nak ke sini, better datang awal sebelum pukul 9.
Tempat Makan Best di Ipoh Perak |
Tempat Makan Best di Ipoh Perak |
3. David's Diner
Kalau rasa teringin nak cuba makanan Amerika yang halal dan pada harga yang sangat reasonable, korang patut ke David's Diner ni. Ni pun antara salah satu Tempat Makan Best di Ipoh Perak yang popular di kalangan penduduk tempatan tu sendiri.
Bila dah kata makanan Amerika ni sure lah menu-menu yang dihidangkan tak kan lari dari menu seperti stik, pasta, chicken chop, lamb chop dan banyak lagi.
Tempat Makan Best di Ipoh Perak |
Tempat Makan Best di Ipoh Perak |
4. Popiah SS Ali TKK Ipoh
Tempat makan best di Ipoh Perak tak terhad pada makanan yang berat saja. Kalau korang tercari-cari makanan yang ringan untuk minum petang, korang patut ke Medan Selera Dato Tahwil Azhar dan cuba Popiah SS Ali TKK Ipoh.
Tempat Makan Best di Ipoh Perak |
Tempat Makan Best di Ipoh Perak |
5. Deen CT Corner Cendol
Perak is so hot guys!! Especially masa tengahari. Memang kering tekak dibuatnya. Masa panas-panas ni pekena cendol memang sangat nikmat. Sebab tu Ana ke Deen CT Corner Cendol yang terletak di Jalan Musthara Al Bakri. Beroperasi bermula pukul 11 pagi hingga 6.30 petang.
Tempat Makan Best di Ipoh Perak |
Tempat Makan Best di Ipoh Perak |
6. Restoran Saffani
Eh takde ke restoran atau kedai masakan Melayu dekat Ipoh ni? Eh mesti lah ada korang. Restoran masakan Melayu ni siap jadi pilihan rancangan JJCM lagi. Restoran yang Ana maksudkan ialah Restoran Saffani yang dimiliki oleh seorang bekas cef hotel.
Tempat Makan Best di Ipoh Perak |
7. Canning Dim Sum
Ni lagi satu tempat makan best di Ipoh Perak bagi korang yang meminati dim sum halal. Terdapat lebih daripada 50 pilihan dim sum yang ditawarkan di restoran ni.
Tempat Makan Best di Ipoh Perak |
8. Char Kuey Teow Abang Sayang
Pening kepala tak tau nak makan apa untuk dinner? Nak makan nasi terasa muak pulak. Apa kata korang cuba Char Kuey Teow Abang Sayang yang terletak di Jalan Meru Bestari A14 ni.
Tempat Makan Best di Ipoh Perak |
9. Suhaimi Cafe
Suhaimi Cafe merupakan tempat makan best di Ipoh Perak yang tidak kurang hebatnya. Menu utama yang wajib korang cuba di sini ialah roti benggali dengan kuah kari ayam. Tekstur roti yang lembut dan rasa kuah yang pekat pasti akan buat deria rasa korang tersentak.Tempat Makan Best di Ipoh Perak |
10. Nasi Ganja Restoran Tumpangan dan Kedai Kopi Yong Suan
Siapa tak kenal dengan Nasi Ganja Restoran Tumpangan dan Kedai Kopi Yong Suan ni kan? Ana yakin kedai ni merupakan kedai nasi ganja yang paling popular dan paling banyak dikunjungi. Tak caya korang pergi dan lihat sendiri. Dari jauh korang boleh nampak orang dah beratur panjang menunggu giliran memasing.
Tempat Makan Best di Ipoh Perak |
Tempat Makan Best di Ipoh Perak |
Amacam, terliur tak tengok makanan-makanan dekat atas ni?? hehe. Lepas ni dah tau lah mana nak cari tempat makan best di Ipoh Perak ni kan? Sebenarnya ada banyak lagi tempat makan yang best dan popular yang korang boleh cuba cuma apa yang Ana senaraikan ni antara yang paling popular dan mendapat review yang baik dari para pelanggan. So selamat mencuba.
Tempat Makan Best di Ipoh Perak
Reviewed by Ana Suhana
on
September 24, 2019
Rating:
Deen ct cendoi tu serius sedapppp. legend
ReplyDeletePilih ckt tu
ReplyDeletePenuh udangnya
Wah terima kasih kak kongsi tempat makan menarik.. Pulaknya ada yang memang Kegemaran PC tu.. Boleh la cuba ni.
ReplyDeleteRumah family kinah dengan Restoran Saffani tu dalam 10 minit je nak pergi hehe. Memang sedap lauk pauk dia.
ReplyDeletebalik Perak boleh pergi ni. dah lama x pekena popiah basah tu.
ReplyDeleteOk bookmark bln depan nak ke Ipoh.. Bolehlah singgah mana yang sempat.. Sedapnye Popia tu kena cuba nnt
ReplyDeleteharitu cuti ipoh beria nak amakn nasi ganja, tapi esoknya lupa..sadis..hahaha..sebab anak cranky..lepas ni cuti boleh list lagi dan cari
ReplyDeleteMalam2 buta zaza duk baca entri ni.. Perut pun kruk2 dah ahaha.. Rasa nak mencuba tapi jauh ðŸ˜
ReplyDeleteTaktau pula kat ipoh ada mknn sedap. Zira suka dimsum
ReplyDeleteLama tak pergi sana. Nanti kalau pergi sana nak try lah makan kat tempat Ana syorkan
ReplyDeletejarang ke ipoh sebab jauh tapi pernah sempat merasa popiah tu kak. Memang sedap. beli 2 bungkus.
ReplyDeleteok now im hungryyyyy
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian. Nanti kalau sis kesana boleh le singgah tempat makan dlm list ni..nampak sedap2
ReplyDeleteNasi ganja tu best... Nt nak. Repeat
ReplyDelete