Nasi Lemak McD atau KFC Zinger Double Down? Mana Yang Sedap?
Nasi Lemak McD atau KFC Zinger Double Down? Mana Yang Sedap? l Assalamualaikum. Lately ni kemain meriah iklan dekat tv dok promote 2 menu terbaru McD dsan KFC ni. Actually tak lah baru mana sebab dah pernah ada dulu kan. Sebab terpengaruh + craving + saja nak cuba, so Ana order lah 2 menu ni. So Nasi Lemak McD atau KFC Zinger Double Down? Mana Yang Sedap?
Sebelum ni kalau terasa nak makan KFC, Ana kena pergi beli sendiri dekat outlet di stadium Selayang tu sebab katanya delivery tak masuk kat kawasan Ana. Padahal sebelah taman je pun. Nasib baik McD cover delivery ke sini so ada lah pilihan juga bebila rasa teringin nak makan fast food ni kan.
Thanks to FoodPanda sebab sekarang FoodPanda boleh buat KFC delivery bebila masa yang Ana nak. Terasa heaven kejap sebab dah ada banyak pilihan makanan yang boleh di order dari rumah. Ada makanan Melayu, western, utara, timur, India dan banyak lagi. Pilih je mana yang terasa nak makan.
Baca juga : Ayam Goreng Macho RM1
Berbalik pada tajuk cerita hari ni, last weekend tetiba Syafi kata nak makan ayam kepci. Ana ok je lah. Tapi En Suami pulak kata nak cuba Nasi Lemak Mekdi. Ahhh sudah. Pikir punya pikir we all decide, hari Jumaat order KFC Syafi, esoknya hari Sabtu order McD daddy Syafi. Ana on je sebab tak yah nak pening masak makan malam. Hehe. Untung kan?
Alang-alang dah order KFC, Ana order lah sekali KFC Zinger Double Down tu. Nak lah try sedap ke tidak kan. Selalu makan burger Zinger tu je.
Nasi Lemak McD atau KFC Zinger Double Down? |
Nasi Lemak McD atau KFC Zinger Double Down? |
Nasi Lemak McD atau KFC Zinger Double Down? |
.
.
.
.
.
Keesokan malamnya kitorang order McD lak. En Suami sure lah nak Nasi Lemak McD. Ana macam was was nak order sebab penah order dulu dan rasa dia tak menepati selera Ana. So Ana order bubur ayam McD je. Syafi dia dah kenyang makan nasi. So nak aiskrim Oreo je. Ok fine.
Memandangkan nasi lemak McD ni dia ketak dalam bekas bubur (ikut cawangan rasanya sebab ada yang letak dalam kotak ayam goreng kan), so Ana kena lah salin nasi lemak McD tu ke atas pinggan (gambar takde sebab presentation tak cantik. Hehe). Masa buka bekas tu, perghh kemain sedap bau lemak santan dia. Dah tergugat selera dah masa ni. Haha. Tapi buat buat cool tak nak nampak macam menyesal tak order kan. Ye lah sebab tu baru bau belum rasa. Kot masih tak kena dengan selera Ana kan. Tapi presentation untuk nasi lemak tu memang complete dengan sambal, ikan bilis, telur mata, timun dan 2 ketul ayam goreng McD.
Nasi Lemak McD atau KFC Zinger Double Down? |
Selang 2 hari lepas rasa nyesal tu, guess what, Ana pulak order Nasi Lemak McD tu. Haha. Konon nak share dengan En Suami sekali habis makan sorang je. Ngeeee. Diet? Persetankan. Hahaha. Lepas tu nyesal kuasa dua sebab makan banyak. Aishh pening lah orang perempuan ni kan.
Haaa korang yang baca ni, dah cuba ke KFC Zinger Double Down dan Nasi Lemak McD ni? Mana satu yang korang suka? Kot ada yang sama pendapat dengan Ana kan. Kalau tak sama takpe. Rasa sedap setiap orang tu kan subjektif. Apa ada hal. Ngeeeee.
Nasi Lemak McD atau KFC Zinger Double Down? Mana Yang Sedap?
Reviewed by Ana Suhana
on
September 05, 2019
Rating: