Google Adsense Melekat Gara-gara Wayne Harraz


Google Adsense Melekat Gara-gara Wayne Harraz l Assalamualaikum. Sejak 2-3 minggu ni korang mesti perasan yang blog Ana ada iklan dari Adsense kan? Giler tak excited u olls. Rasa separuh nyawa blog ni dah lengkap gitchuw. Tak lah nampak krik krik sangat kan.
Google Adsense Melekat Gara-gara Wayne Harraz

Cakap pasal blog ni, Ana start blogging since 2011. Kira dah hampir 8 tahun lah blog ni wujud. Tapi disebabkan tuntutan kerja hakiki sebelum ni, fokus untuk berblog sangat lah terhad. Boleh kata macam ala ala hangat-hangat tahi ayam.

Tapi start Dec 2016, tetiba rasa semangat nak berblog tu datang kembali. Kebetulan masa tu excited nak cerita tentang trip ke Korea. Sebab semangat sehari boleh 2-3 entri lah Ana publish. Masa tu tak tau mende pun. Lama-lama baru start pandai blogwalking, join GA sana sini. Ngee.

Bila dah dok selalu blogwalking, sure lah Ana akan perasan iklan iklan yang ada dekat blog blogger lain kan. Dan iklan dari Google Adsense salah satunya. Orang kata boleh cuba apply sendiri. So Ana pun dengan bangganya apply walau tau chances untuk diluluskan tipis. Dan seperti yang dijangka, application Google Adsense Ana ditolak. Ngeee.

Antara sebab-sebab application ditolak adalah sebab content blog Ana yang tak kuat. Ye lah newbie sesangat kan. Tulis entri pun tak sampai 200 patah perkataan. Lepas tu dengan WW nya lagi. Memang tak lah lepas. So kisah Google Adsense Ana berakhir di situ.

Dalam bulan April atau Mei 2017, Ana start join AFB (Auto Feed Blog). Thanks to Irra sebab sudi approve Ana untuk masuk team AFB. Motif utama Ana masuk AFB adalah sebab Ana nak belajar lagu tentang selok belok blog. Dan pilihan Ana tepat sebab personally banyak benda yang Ana belajar. Salah satunya cara untuk tulis entri guna basic SEO. And alhamdulillah banyak juga entri Ana listed dalam 1st Google Page.
Setahun lebih lepas dah rasa yakin dengan kekuatan blog sendiri, baru Ana rasa nak cuba apply sekali lagi Google Adsense. Tapiiiiiiiiii nak apply sendiri rasa macam tak reti. Kebetulannnnnn team AFB ada pakar Adsense yang dikenali ramai iaitu Wayne Harraz aka Abe We. So Ana pun dengan segan silu tapi mahu minta pertolongan Abe We kita ni.
Sekali amik ko. Dalam masa 2 hari Google Adsense Ana dah lulus dan melekat dekat blog. Biar betik? Eh betik lah. Masa Wayne whatsApp tunjuk Adsense dah lulus, kemain Ana tatap handphone tu. Macam tak caya je.
Wayne siap settingkan iklan terus dalam blog. Senang hidup ko kan Ana. Ngeee. Maceh Wayne :). Walau earning Adsense tak sekencang blogger lain, tetap Alhamdulillah. Allah yang bagi rezeki tu semua.
Dan memang betul lah apa yang diperkatakan oleh rakan-rakan blogger yang lain yang Wayne ni Sifu Adsense. Kalau tak, tak kan sekejapan dia leh pujuk Adsense untuk sudi bertaut dekat blog Ana kan. And in fact, dalam seminggu tu, banyak blog lain dah yang Wayne berjaya dapatkan Adsense juga. Tabik spring lah wa dekat lu Wayne. Lu memang sifu.

Pada korang yang nak belajar atau nak mantapkan pemahaman tentang Google Adsense ni, korang boleh baca banyak tips dekat blog Wayne Harraz di http://www.wayneharraz.com/. Kalau korang betul-betul hadam, tak mustahil korang boleh apply sendiri Adsense dan lulus sekaligus sebabnya dah terbukti beberapa orang blogger berjaya lulus Adsense lepas rujuk tips-tips dari Wayne ok. InsyaAllah halal semua yang dikongsikan tu. Tapi sebagai tanda terima kasih, sudi-sudikan lah untuk support dan follow socmed dan blog Wayne ok. Link dekat bawah ni.


So pada Wayne, terima kasih banyak-banyak sudi tolong blog Ana untuk dapatkan Adsense. Didoakan semoga rezeki Wayne sekeluarga sentiasa dimurahkan asbab tolong kawan-kawan blogger yang lain. Dan semoga sentiasa dibawah lindungan dan rahmat Allah. Amin. :)




Google Adsense Melekat Gara-gara Wayne Harraz Reviewed by Ana Suhana on September 05, 2019 Rating: 5

14 comments:

  1. Tahniah ana.. akak pun Wayne tlg hugs.. mmg Sifu Ada kuasa power rangers betul kan

    ReplyDelete
  2. Tahniah kak ana. Akhirnya ada juga adsense hehe. Selamat menabung adsense😉

    ReplyDelete
  3. Haritu Abe We ada tanya jugak pasal adsense, ingatkan dia tanya biasa je haha nak mintak tolong dia lah sebab jeles jugak tengok yang lain boleh tempek iklan

    ReplyDelete
  4. thnk you for sharing this sis. ray mmg perlukan bantuan with my adsense now. sobs

    ReplyDelete
  5. hehe tahniah kak ana ! makin semangatlah pasni berblog hehe

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. Tahniah sis. Ain pun start blogging 2012, lpastu hapdate tah pape je. lpastu serius sekjap 2017-2018. lpastu senyap stahun lebih ni bru buat comeback balik. ecehh mcm retis kambek bagai hahaha Oh follow terus sini. semoga terus jadi kawan yaa #640

    ReplyDelete
  7. Tahniah! ;-)
    Mrs. A pun sama.
    Yang lama dulu tu hangus sebab tukar url blog pastu try lagi dah tukar email address lain baru mendapat.

    ReplyDelete
  8. waahhh tahniah dapat approve adsense.. done follow blog ni #642

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, tahniah ye. Sy punya pun banyak kali try last sekali tukar alamat e-mel hehe

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah, tahniah. Zumal je tak dapat-dapat maybe ada rezeki jalan lain

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah..tahniah...great job Ewan...

    ReplyDelete
  12. bestnyelahh.. payah betul la adsense nii...

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.