Dunia Penuh Coklat di Belgische Chocolatier Mont Kiara


Dunia Penuh Coklat di Belgische Chocolatier Mont Kiara l Assalamualaikum dan hi korang. Percaya tak kalau Ana kata coklat boleh jadi terapi terbaik untuk kita? Haa tu baru satu kebaikan coklat yang korang tau. Ada banyak lagi sebenarnya kebaikan coklat untuk kesihatan kita. Cakap tentang coklat, hari ni Ana excited sangat nak share dengan korang tentang Dunia Penuh Coklat di Belgische Chocolatier Mont Kiara.
Belgische Chocolatier Mont Kiara
Belgische Chocolatier Mont Kiara
Dunia Penuh Coklat di Belgische Chocolatier Mont Kiara

Seriously bagi korang yang so called chocoholics, korang WAJIB cuba try test datang sini. Confirm korang tak nyesal!!! Pada yang tertanya dekat mana sebenarnya Belgische Chocolatier ni, korang boleh WAZE - 163 Retail Park. Confirm tak sesat. Dan Belgische Chocolatier ni terletak di tingkat 1 bersebelahan dengan escalator dan berhadapan dengan jalan utama. Memang senang nak jumpa.
Belgische Chocolatier Mont Kiara
At the moment korang melangkah masuk ke dalam kafe ni, deria bau korang akan mula terangsang dengan bau coklat yang mengkhayalkan yang memenuhi seluruh ruang kafe. Dengan mural yang berkonsepkan chocolate splash di dinding-dinding kafe akan buat korang rasa macam dalam dunia coklat sebenar. Ala ala Charlie in the Chocolate Factory pun ada. :)
Belgische Chocolatier Mont Kiara
Walaupun saiz Belgische Chocolatier ni agak kecik dari luar but trust me, dengan konsep minimalist dan susun atur kerusi meja yang kemas, korang akan rasa sangat selesa semasa memikmati hidangan yang dihidangkan.
Belgische Chocolatier Mont Kiara
Plus staff dekat sini pun tersangatlah friendly tau. Anything yang korang unsure especially what to order, just ask them. They are more happy to assist u guys.

Ok stop bebel pasal benda lain. So sekarang kita move pada menu-menu hot yang ada dekat Belgische Chocolatier ni pulak. Ana sure part ni yang paling korang tunggu-tunggu kan. Ngeeee.
Belgische Chocolatier Mont Kiara
Untuk menu pertama yang Ana cuba di Belgische Chocolatier ni ialah Chocolate Fondue with Fruits. This one antara favorite menu Ana dekat sini. Giler seronok dapat dipping the fresh fruits dalam 3 coklat Belgian yang super sedap. Ada dark chocolate, white chocolate dan dark chocolate.
Belgische Chocolatier Mont Kiara
Belgische Chocolatier Mont Kiara
Belgische Chocolatier Mont Kiara
Normally Ana lebih prefer milk chocolate compare to the other two. But amazingly, Ana boleh jatuh suka dengan white chocolate Belgische Chocolatier ni. Serius sedap rasa dia. Pelbagai rasa dalam satu kunyahan bila makan buah segar yang bersalut dengan coklat yang berkualiti tinggi.
Belgische Chocolatier Mont Kiara
On that day, Ana makan lebih dari 5 cucuk buah kot. Banyak kan? Coklat jangan cakap lah. Kemain meleleh masa nak masuk mulut tu. Hehe. And the best part is, Ana tak rasa muak pun.  Best giler kan.

Kalau korang rasa menu dekat atas tu dah biasa sangat, dan korang nak coklat yang lebih pekat, lebih likat dan lebih ummpphh, why not korang cuba Three Musketeers ni. Ana mampu tengok je u olls.  Kalau korang boleh habiskan ketiga-tiga gelas yang penuh coklat pekat ni sorang-sorang, wa tabik spring lah sama lu.
Belgische Chocolatier Mont Kiara
French Fries Churros - antara menu wajib cuba!!! Kenapa di panggil french fries churros?
Belgische Chocolatier Mont Kiara
Haa ni lah keistimewaan churros di Belgische Chocolatier ni. Selalu kita makan churros, kosong je kan isi dalam tu. Tapi churros dekat sini lain dari sebab dalam churros tu penuh dengan isi kentang yang lembut dan berlemak. Tak kosong lah senang cakap. Memang sedap sangat. Bayangkan kalau makan macam tu je pun dah sedap apa lagi kalau kita dip dalam signature milk chocolate sauce mereka yang pekat tu. Nikmat senikmatnya.

Terasa nak makan pasta? Fettucine Crepe adalah jawapannya. Hirisan crepe yang dipotong ala fettucine dan dihidangkan dengan sos coklat halus bersama aiskrim. What a complete simple meal to cheer up ur day.
Belgische Chocolatier Mont Kiara
Siapa yang akan say no to waffle and chocolate right? Then u olls should consider Belgium's Finest in ur list. 3 jenis coklat yang kaya dengan tekstur disalut di atas kepingan waffle yang gebu dan lembut ni pasti akan buat korang tersenyum kepuasan. Ana dapat rasa satu potongan tu pun dah rasa bahagia. (Padahal dah kenyang tahap gaban).
Belgische Chocolatier Mont Kiara
Triple Heart Doughnut - antara recommended menu di Belgische Chocolatier. Tengok presentation je dah nampak tempting kan, apa lagi bila dah rasa keenakan dia. Pasti jiwa jiwa korang akan tertawan dengan kelembutan yang ada didalamnya.
Belgische Chocolatier Mont Kiara
Nak sesuatu yang unik? Please order this menu -Chocolate Sushi Crepe. 100% berbeza dari sushi yang korang selalu makan.
Belgische Chocolatier Mont Kiara
Bayangkan bila buah-buahan seperti strawberi, nenas digulung bersama sos krim, rice krispies dan sos coklat didalam satu balutan crepes. 2-3 ketul sushi confirm tak cukup. Ngeeee.
Belgische Chocolatier Mont Kiara
Untuk peminat brownies, ada beberapa menu brownies yang korang boleh cuba. Salah satunya ialah Square Root Brownies - brownies yang dipotong kepada saiz yang lebih kecik serta dilimpahi velvelty chocolate sauce. Bagi Ana menu ni sesuai untuk anak-anak sebab mudah dimakan dan cair di dalam mulut.
Belgische Chocolatier Mont Kiara
Ada a few menu lagi yang ada hari tu tapi Ana dah tak mampu nak makan sebab kenyang tahap gaban. Antaranya ada Walnut Brownies, Rocky Chocolate Cake dan Krispy Bowl.
Belgische Chocolatier Mont Kiara
Belgische Chocolatier Mont Kiara
Belgische Chocolatier Mont Kiara
Last but not least, let say korang terasa nak makan something like choc hot on the plat, why not korang order Sizzling Brownies ni. Serius Ana sangat teruja bila tengok hot chocolate tu jatuh menyirami aiskrim dan brownies di atas plat tu. Berasap asap ko. Rasa dia jangan cakap lah. Kemain sedap ok. Cair dalam mulut lagi.
Belgische Chocolatier Mont Kiara
Belgische Chocolatier Mont Kiara
Dah makan coklat mesti lah nak minum air kan. Menariknya dekat Belgische Chocolatier ni ada pelbagai jenis air yang korang boleh pilih seperti air soda, ice blended, ice tea, smoothies, milkshake, arabic coffee dan banyak lagi.

Tapi dalam banyak-banyak tu Ana cuba Justin Meltcalf World Barista Judge Signature Blend Coffee ni.
Belgische Chocolatier Mont Kiara
Perghhh memang kaw kaw bau dan rasa dia. Pada korang yang rasa perlu top up kafein dalam badan, make sure korang rasa air coffee ni. Sure mata korang akan terbuntang besar lepas tu. Ana akui Ana surrender walau kecik je cawan tu sebab rasa dia kemain pahit dan pekat. Berpinar mata kejap lepas tu.
Belgische Chocolatier Mont Kiara
Ok bab menu selesai. Sebenarnya ada banyak lagi menu yang korang boleh pilih tau. Nak tengok apa menu yang ada lagi korang boleh check di Belgische Chocolatier Menu ni.

Let say korang nak buat close / private party atau gathering dekat sini pun boleh tau. Korang just  give them a call in advance. Dan kalau kata korang nak buat majlis dekat rumah, pejabat or any event hall, dan nak ada chocolate station yang berkualiti, korang boleh hello hello Belgische Chocolatier juga sebab dorang ada provide service untuk ke rumah atau lokasi event korang tu.

Overall Ana amat puas hati dengan semua menu-menu yang disediakan. Plus harga yang dikenakan sangat berpatutan guys. Average dalam belas belas je satu menu. Memang mampu bayar sesangat.

And good news to all student out there, korang entitle for 30% discount tau. Best giler kan? Banyak tu boleh save. And pleaseeeeeeeeee bawa Ana sekali guys. Ana dah kemaruk nak makan coklat dekat Belgische Chocolatier ni.
Belgische Chocolatier Mont Kiara
Photo : www.fishmeatdie.com
Lastly, i wanna say thank you to The Butterfly Projeck especially to Mamasan and Belgische Chocolatier for hosting such a wonder-choco-ful event. I enjoyed myself so much there. Looking forward to come here again with my lovely family.

Untuk maklumat lanjut atau perlu sebarang info, korang boleh layari website atau media sosial Belgische Chocolatier seperti di bawah :


Belgische Chocolatier
1F-16 Kiara, 163,
Jalan Kiara 1, Mont Kiara,
50480 Kuala Lumpur.

Dunia Penuh Coklat di Belgische Chocolatier Mont Kiara Reviewed by Ana Suhana on September 18, 2019 Rating: 5

19 comments:

  1. Not a chocolate lover tpi mai tang craving tbenda manis ni.... sedap pula baca pun hehe

    ReplyDelete
  2. sedapnya cokelat cicah setrowberry hehehe..

    ReplyDelete
  3. masyaa allah sedapnya cekelat2 tu AS :)

    ReplyDelete
  4. Coklat memang fav Marsha & boleh ilangkan stress Marsha. Sedap nye sushi roll coklat tu ana....termengidam plak dah ni...hahaha

    ReplyDelete
  5. Wow this is chocolate overload! No no for me lol

    ReplyDelete
  6. Sedapnya.. Akak peminat coklat.. Yummy

    ReplyDelete
  7. syurga dunia coklat..wow bestnya

    ReplyDelete
  8. Ini kalau hantu coklat ni fuhhh syok oh.. Tengok meleleh dah 🤤

    ReplyDelete
  9. alamak.. terliur tengok coklat2.. rasa nak makan coklat pulak.. hee

    ReplyDelete
  10. besntnya dapat join..tak sempat nak join, ada hal..kita suka coklat..syurga coklat ni

    ReplyDelete
  11. Terliurnya. Thanks rekemen. Nanti nak try lah gi sana

    ReplyDelete
  12. Memang tergoda siapa tengok ni.. Huiihh sedapnya la tu

    ReplyDelete
  13. Ya ampun rindunya kat The Three Musketeers tuuu

    ReplyDelete
  14. Sedapnya tgok coklat benanyak tu..dah lah sis ni peminat coklat..aduhhh meleleh air lioq dah ni

    ReplyDelete
  15. Syoknya dapat mkn sini... Kita xpernah try lagi.. Nampak sedap2 lak semuanya... Mahal tak ekk?

    ReplyDelete
  16. Aduh..sedapnya dapat makan chocolate macam ni. melting betuk tengok. Terasa nak makan chocolate pulak

    ReplyDelete
  17. Nak repeat lagi makan chocolate dekat sini... Tak puas makan shushi crepe

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.