David's Diner Tempat Makan Western Best di Ipoh


David's Diner Tempat Makan Western Best di Ipoh l Assalamualaikum. Kalau korang ke Perak dan tercari-cari tempat makan western best di Ipoh, korang wajib cuba try test di David's Diner. Antara salah satu tempat makan popular di sini dan mendapat rating yang agak tinggi untuk makanan yang disediakan.
David's Diner Tempat Makan Western Best di Ipoh
David's Diner Tempat Makan Western Best di Ipoh
David's Diner Tempat Makan Western Best di Ipoh

At first Ana tak plan pun nak makan western sebab kitorang prefer cari makanan tempatan. Tapi sebab malam minggu kan, memang ramai lah turun dekat kawasan bandar Ipoh ni. Plan asal malam tu nak makan dekat Miker pun terbantu sebab terlalu ramai orang dekat sana.

Pusing punya pusing, perut pun dah berbunyi makin kuat, akhirnya kitorang decide untuk makan dekat David's Diner. Western pun western lah janji kenyang.

Masa sampai depan restoran tu, dari luar dah boleh nampak restoran ni full house. Dari depan bawa ke belakang. Memang betul-betul outing malam minggu orang-orang Ipoh ni. Tapi tak sampai beberapa minit Ana lepak depan tu, ada dah pelanggan yang habis makan. So moh ler cepat-cepat kita masuk.
David's Diner Tempat Makan Western Best di Ipoh
David's Diner Tempat Makan Western Best di Ipoh
Walau ramai orang dekat David's Diner ni tapi masih selesa. Aircond pun masih terasa. Rasa lega lah sikit. Kemain panas kot cuaca dekat luar tu. Kalau dapat restoran yang takde aircond, mau terganggu juga lah selera nak makan tu rasanya.

Ok menu-menu di David's Diners ni berkonsepkan makanan America tau korang. So kalau kata menu America ni memang tak lari dengan menu seperti steak, pasta, chicken chop, lamb chop dan banyak lagi.

Pada yang tertanya sama ada halal atau tak makanan-makanan dekat sini, korang tak perlu risau sebab restoran David's Diner telah mendapat sijil halal JAKIM. So korang boleh makan tanpa was was.

Baca jugaDimsum Halal di Ipoh

Salah satu perkara yang Ana suka makan dekat David's Diner ni sebab dia ada tawarkan set-set menu makanan Barat yang sangat berbaloi. Malam tu Ana order 2 set menu iaitu Tenderloin Steak dan Salmon Steak. Serius kedua-dua menu ni sedap dan tak menyesal Ana order.
David's Diner Tempat Makan Western Best di Ipoh
David's Diner Tempat Makan Western Best di Ipoh
David's Diner Tempat Makan Western Best di Ipoh
David's Diner Tempat Makan Western Best di Ipoh
Setiap satu set tu didatangkan dengan starter (mushroom soup), main course with 2 side dishes yang korang boleh pilih (fries, mashed potato, macaroni cheese, corn etc), dessert (aiskrim atau kek) dan air jus buah-buahan. Banyak kan? Memang complete set orang kata. Berbaloi dengan apa yang dibayar.
David's Diner Tempat Makan Western Best di Ipoh
David's Diner Tempat Makan Western Best di Ipoh
David's Diner Tempat Makan Western Best di Ipoh
David's Diner Tempat Makan Western Best di Ipoh
Disebabkan ni kali pertama Ana sampai, Ana tak dapat nak anggar portion setiap hidangan. Sama ada besar atau kecil. So Ana order sphageti bolognese untuk Syafi. Tapi lepas tu menyesal sebab separuh nafas nak habiskan semua ni. Syafi pulak macam biasa, belot makan steak. Jadi Ana sorang lah kena habiskan sphageti dia memandangkan En Suami tak makan sejenis makanan berpasta. Huhu.
David's Diner Tempat Makan Western Best di Ipoh
David's Diner Tempat Makan Western Best di Ipoh
Sebab dah terlalu kekenyangan, Ana tak mampu nak makan dessert dia. Sebab boleh taw paw, kitorang bawa balik je kek chocolate tu ke hotel. Esok pagi baru makan. Satu lagi dessert iaitu aiskrim makan terus dekat sana. Syafi lah tukang habiskan.

Overall Ana sangat puas hati dengan makanan yang dihidangkan dekat sini. Sedap, saiz besar dan harga pun berpatutan. Cuma restoran agak kecik but as long ada aircond, it would be fine with me.

Repeat makan dekat sini? Definitely YES. And for sure next time Ana akan amik set menu tu je. Sangat sangat berbaloi dan Ana recommend untuk korang semua cuba. Search je David's Diner mesti korang akan jumpa sebab restoran ni berhadapan dengan jalan besar di Ipoh.

B-G-1, Persiaran Greentown 7,
Pusat Perdagangan Greentown,
31350 Ipoh, Perak.


David's Diner Tempat Makan Western Best di Ipoh Reviewed by ana suhana on August 26, 2019 Rating: 5

16 comments:

  1. alamak meleleh air lior masuk sini time lapar kak anaaaaaaaaaa hehehe

    ReplyDelete
  2. Puasa2 tgk menu western trus laparrr

    ReplyDelete
  3. aaaaa lapar tengok steak tu kak anaaa

    ReplyDelete
  4. Sangat menarik! Dan LeYa memang lah peminat western. Must try kalau ke Ipoh ni.

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap tu Ana.. nanti kalau dah kerap ulang alik ke Perak boleh lah singgah makan kat sini..

    ReplyDelete
  6. Menariknya menu dia tu. Portion nampak meriah.. Mesti kenyang nyandor Ana 🤩

    ReplyDelete
  7. Berbunyi perut akak baca entry ni..dan-dan rasa lapar teruk....hari ni cheating day akak tp kena hati2 bab pilih makanan

    ReplyDelete
  8. alahai apesal semua makanan nampak sedap sgt ni

    ReplyDelete
  9. Happening betul Ipoh sekarang.
    Sekali sekala makan western food sedap juga kan 😉

    ReplyDelete
  10. Tahun dpn kot g Ipoh. Kena noted la kedai ni. Leh try. Hee

    ReplyDelete
  11. Okay baik, kalau ke perak kena singgah sini lah. nak rasa juga menu western yang sedap di Ipoh

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.