5 Sebab Kenapa Perlu Tonton BoBoiBoy Movie 2
5 Sebab Kenapa Perlu Tonton BoBoiBoy Movie 2 l Assalamualaikum. Korang dah tengok filem yang tengah hot dekat Malaysia ni? Kalau belum apa kata korang pergi tengok. Tak rugi pun tau sebab BoBoiBoy Movie 2 Setaraf Animasi Antarabangsa dah tau. Tak caya korang kena tengok sendiri.
BoBoiBoy Movie 2 |
5 Sebab Kenapa Perlu Tonton BoBoiBoy Movie 2
Sebab ramai yang kata best sangat dan sememangnya Syafi nan sorang peminat setia animasi BoBoiBoy ni, Ana pun layan je bawa Syafi tengok wayang Khamis lepas. As expected, memang full house. Lagipun tengah cuti sekolah kan. Even pergi weekdays pun tetap full seat.
Siapa yang dah tengok musim pertama iaitu BoBoiBoy Galaxy, korang kena tengok BoBoiBoy Movie 2 ni sebab jalan ceritanya merupakan kesinambungan dari musim pertama tadi tu. Jom tengok trailer BoBoiBoy Movie 2 ni.
BoboiBoy Movie 2 menceritakan tentang perjuangan BoBoiBoy dan kawan-kawan dalam menentang serangan Retak'ka, penguasa asal Kuasa Elemental yang sekarang dimiliki oleh BoBoiBoy. Retak'ka yang telah bebas ingin memiliki semula Kuasa Elemental daripada BoBoiBoy dan menjadi makhluk paling kuat kerana ingin menguasai galaksi. Satu demi satu Kuasa Elemental BoBoiBoy telah berjaya diserap oleh Retak'ka. BoBoiBoy dan kawan-kawan perlu cari cara untuk halang Retak'ka daripada memiliki Kuasa Elemental tersebut.
BoBoiBoy Movie 2 |
Berjaya atau tak korang kena tengok sendiri. Kang kata spoiler detected pulak kan. Hehe. Cuma kali ni Ana nak share 5 sebab kenapa BoBoiBoy Movie 2 Setaraf Animasi Antarabangsa ni sesuai untuk tontonan sekeluarga.
1. Semangat Setiakawan
BoBoiBoy Movie 2 |
Seperti yang kita tahu, BoBoiBoy mempunyai rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa ada di sisi BoBoiBoy. Walau apa yang terjadi, semangat setiakawan mereka tetap utuh.
2. Saling Bantu Membantu
Dalam BoBoiBoy Movie 2 ni, BoBoiBoy dan Gopal terpisah daripada rakan-rakannya yang lain (Ying, Yaya, Fang) dalam misi menyelamatkan Kuasa Elemental. Walaupun terpisah, BoBoiBoy dan rakan-rakan saling bantu membantu dalam menyelamatkan galaksi dari cengkaman Retak'ka.
3. Sifat Tamak Merosakkan Diri
BoBoiBoy Movie 2 |
Kerana sifat tamak, Retak'ka telah menjadi makhluk yang sangat jahat. Bermula dengan satu kuasa elemental yang dimiliki, Retak'ka jadi semakin tamak dan berimpian untuk memiliki semua kuasa elemental yang ada. Akhirnya sifat tamak tersebut memakan diri Retak'ka sendiri.
4. Jangan Jemu Untuk Terus Belajar
Sifat yang baik ni dapat dilihat pada semangat BoBoiBoy yang pada mulanya berputus asa dalam berguru dengan Tok Kasa, tapi akhirnya sedar kekuatan dan kecekapan yang dimiliki semakin meningkat hasil dari rutin yang dilakukan setiap hari.
Lagi satu, sifat hormati guru juga dipertontonkan oleh BoBoiBoy dan Gopal dalam menuntun ilmu dengan Tok Kasa yang patut dicontohi anak-anak zaman sekarang.
Lagi satu, sifat hormati guru juga dipertontonkan oleh BoBoiBoy dan Gopal dalam menuntun ilmu dengan Tok Kasa yang patut dicontohi anak-anak zaman sekarang.
5. Percaya Dengan Kebolehan Sendiri
Walau BoBoiBoy telah kehilangan banyak Kuasa Elemental, namun BoBoiBoy percaya yang kebolehan diri sendiri mampu mengatasi segala halangan. Tiada yang mustahil selagi kita percaya dan berfikiran positif untuk berjaya.
BoBoiBoy Movie 2 |
Ok lah tu je yang Ana nak share kali ni. Overall memang Ana sangat puas hati dengan jalan cerita dan teknologi yang diguna. Memang dah setaraf dengan filen animasi antarabangsa.
BoBoiBoy Movie 2 |
Dengan sound effect yang power, memang layan habis. Tambah lagi bila ada scene yang kelakar, satu panggung pecah perut ketawa especially scene Papa Zola dan Pipi Zola tu. Aishh cakap banyak pun tak guna, korang kena tengok sendiri ok.
Apa pun ni pendapat peribadi Ana. Mungkin ada yang rasa bosan (for the adult lah), tapi at the end of the day movie ni pun target market dia kanak-kanak. So tepuk mata tanya pendapat. Hehr. So selamat menonton.
Apa pun ni pendapat peribadi Ana. Mungkin ada yang rasa bosan (for the adult lah), tapi at the end of the day movie ni pun target market dia kanak-kanak. So tepuk mata tanya pendapat. Hehr. So selamat menonton.
5 Sebab Kenapa Perlu Tonton BoBoiBoy Movie 2
Reviewed by ana suhana
on
August 19, 2019
Rating:
Rasanya ni bukan anak-anak atau kanak-kanak je teruja.. Yang dewasa pun teruja termasuklah PC.
ReplyDeleteAnak Mrs. A yang Adik tu pergi tengok sendiri dengan cousins dia so call cousins days out katanya seronok. Tapi ada Mrs. A baca kat IG member masuk panggung jer terus menguap katanya haahaaa...
ReplyDelete6. Ia karya tempatan yang bertaraf global
ReplyDeletemmg menarik ceritanya, bukan utk budak je . kagum dengan hasil karya anak melayu tempatan.
ReplyDeletekak dah tengok. memang berbaloi lah. syok teknologi animasi. memang terbaik ^_^
ReplyDeletememang nak tengok sebab ramai cakap best. Cuma belum berkesempatan je lagi ni..sabar sabar
ReplyDeletebelum pernah tengok lagi boboy boi ni
ReplyDeletehuhu anak kecik agik x leh nak mewayang agik.. katanye best cite ni..
ReplyDeletecerita macmani bagus.. dari cinta cinta bukan bukan tu. ahahha
ReplyDeleteRamai kata best.. Tak tau bila dapat pergi tengok.. Yangvpertama tu pun nad tgk dekat tv
ReplyDeleteRamai yg kata boboiboy 2 ni best. Tp wawa xlayan kartun sangat. Hahah
ReplyDeleteRamai kata best.. Adik dah pi tengok dengan Abang Man hari tu. Kak Sue ja tak tengok lagi sebab Kakak tak nak tengok.. hehehe..
ReplyDeleteBestnya trailer tak sabar nak tengok, harga ticket berapa
ReplyDeleteHahaha mmg best.. Dari awal sampai akhir tergelak je tgk
DeleteBest boboiboy ni...Marsha bawak baihaqi tengok.
ReplyDeleteTak rugi bawa anak haritu tengok boboiboy 2 ni. Satu kemajuan dari sudut industri perfileman animasi negara dan banyak nilai murni dalam movie ni.
ReplyDeleteTak pernah bawak anak anak tgk kt pawagam. Tak tau la dorang nak betul betul tgk ke x. Tapi kalau tengok kat tv, mama dorang pun ralit tengok. Hihi
ReplyDeleteBila agaknya dapat tengok. Huhu...
ReplyDeletefilem katuh yg meletop skrg ni.. akak pula terasa nak g tgk
ReplyDeleteAkk dah tgk, sehari sblm raya Haji.. Mmg byk elemen positif ada dlm ni. Akk suka
ReplyDelete