Khasiat Buah Durian Belanda Untuk Kesihatan


Khasiat Buah Durian Belanda Untuk Kesihatan l Assalamualaikum. Ada yang suka minum air jus buah belanada? Kalau ada kita geng. Ana asal nama durian semua Ana bedal kecuali tempoyak. Tapi kalau ikan patin masak tempoyak, sejenis yang pantang nampak. Hehe. Cakap tentang durian belanda ni, sebenarnya ada banyak Khasiat Buah Durian Belanda Untuk Kesihatan kita tau. Baik dari buah, daun dan batang durian belanda tu sendiri.
Khasiat Buah Durian Belanda Untuk Kesihatan
Khasiat Buah Durian Belanda Untuk Kesihatan
Khasiat Buah Durian Belanda Untuk Kesihatan

Buah durian belanda juga dikenali dengan nama durian selat atau durian ayur di negeri Kelantan. Manakala ianya dikenali dengan nama durian Eropah di Langkawi. Lepas ni kalau korang dengar nama-nama buah ni korang tau lah kan buah apa tu.

Salah satu sebab Ana suka minum jus air buah durian belanda ni sebab rasa dia yang masam masam manis. Kalau minum masa cuaca tengah panas, memang sedap. Rasa sejuk je badan lepas tu. Hilang sekejap rasa bahang panas tadi tu.

Sebenarnya, selain dari rasa jus nya yang sedap, buah durian belanda mengandungi banyak nutrisi -nutrisi yang baik untuk kita seperti karbohidrat, amyloid, asid sitrik, manganese, sukrosa, reticuline, vitamin C, vitamin B1 dan juga vitamin B2. Antara Khasiat Buah Durian Belanda Untuk Kesihatan ialah :

1. Membekalkan tenaga yang cukup untuk kita kekal segar dari sumber semulajadi karbohidrat yang ada dalam buah durian belanda.

2. Vitamin C yang tinggi di dalamnya merupakan antioksidan yang sangat baik yang mampu meningkatkan daya tahan badan.

3. Vitamin B1 membantu meningkatkan kadar metabolisma, peredaran darah dan mencegah masalah saraf.

4. Buah durian belanda juga membantu penghasilan tenaga dalam badan, penyimpan lemak, menjaga fungsi saraf dan mengelokkan otot jantung melalui kandungan vitamin B2 nya.

5. Daun durian belanda berfungsi membantu sakit kerongkong manakala akarnya dipercayai boleh mengurangkan gejala kencing manis.

6. Buah durian belanda mempunyai tahap kelembapan yang tingi yang berkesan untuk merawat dan mencegah jangkitan pada saluran air kencing.

7. Bagi korang yang ada masalah sembelit, cuba minum jus durian belanda kerana ianya kaya dengan serat larut dan serat tak larut. Selain tu, buah durian belanda juga berkesan untuk merawat buasir.

8. Buah durian belanda mengandungi kalsium dan fosforus yang berfungsi untuk membina tulang ang kuat sekaligus mencegah osteoporosis.

9. Durian belanda juga dikatakan mampu melawan radikal-radikal bebas kerana kandungan antioksidan yang tinggi. Ianya juga mampu menghalang dari jangkitan-jangkitan sebelum ia merebak.

10. Ada beberapa kajian mengatakan yang buah durian belanda memberikan kesan anti kanser yang sangat kuat.

Sebenarnya ada banyak lagi Khasiat Buah Durian Belanda Untuk Kesihatan badan kita. Pokoknya kena lah makan atau minum mengikut sukatan yang betul kan. Benda yang baik pun, kalau kita amik secara berlebihan akan memudaratkan badan kita juga. Betul kan?

Memandangkan Ana satu keluarga suka sangat jus buah durian belanda ni, kitorang akan pastikan stok isi durian belanda ni sentiasa ada dalam peti. Tapi tu lah. Kekadang susah juga nak dapatkan stok buah durian belanda ni. Ikut musim juga rasanya. Ada sekali tu pusing satu pasar tani takde jumpa sebiji pun. huhu.

Tapi tu dulu lah. Sekarang ni Ana dah jumpa pembekal isi durian belanda asli. Ana beli dekat Abang Man Java je. Ala Abang Man yang terkenal dengan Air Kelapa Laut Man Java tu. Lagi senang beli isi terus. tak yah nak susah-susah kupas kulit bagai.

Baca juga : Air Kedondong Man Java Terbaik

Bila-bila rasa nak minum, kitorang akan terus blend dan minum. Tengok Syafi pun boleh buat sendiri.Tak sampai 5 minit dah ready to drink. Sedap yak mat tau. Kalau tak, tak kan Ana repeat order berkali-kali. 

Kalau korang nak tau, buah durian belanda ni diimport khas dari negara seberang tau. Isi buah dia sangat fresh dan sedap. Nak makan macam tu je pun boleh. Tapi Ana prefer buat jus sebab baru berbaloi. Hehe.

So korang yang dok tercari-cari pembekal jus durian belanda, korang boleh contact Abang Man Java atau pun Kak Sue. Nombor dekat bawah ni. Ni kalau korang buat niaga, mesti laku keras u olls. Tak caya cer cuba. :)
Tel :
012 5854998 / 012 5844736

Email:
skabdy@yahoo.com


Khasiat Buah Durian Belanda Untuk Kesihatan Reviewed by Ana Suhana on July 22, 2019 Rating: 5

19 comments:

  1. Sebab banyak khasiatnya buah ni jadi mahal sekarang kan..akak memang suka jus pure durian belanda..

    ReplyDelete
  2. Banyak khasiat durian belanda nie kan.. Terima kasih Ana, semoga sentiasa dimurahkan rezeki ya.. ❤

    ReplyDelete
  3. banyak khasiat durian belanda ni tapi jarang sangat dapat minum sebab stok takde. Lepasni dah tahu mana nak cari

    ReplyDelete
  4. Sedap dan PC suka ni kak Ana..tak kisahlah makan macam tu je atau buat jus ke..kalau yang masih mengkal...hampir masak tu...celup tepung goreng pun sedap..masam manis..terliur la pulak...adoi.

    ReplyDelete
  5. Durian belanda memang banyak khasiat. Dan sedap. LeYa pun suka

    ReplyDelete
  6. skrg musim buah durian belanda jugak erk.. mhl jugak buah ni... sedap betul klau buat jus. mudah bila dh ade pati jus dr Air Kelapa Laut Man Java

    ReplyDelete
  7. air jus durian belanda memang laku keras saya sendiri ada jual d gerai saya..satu perkongsian yang baik tentang buah durian belanda ni.. ada satu petua yang saya dpt kalau gusi bengkak guna daun durian belanda yang muda tampal kat pipi kawasan yang bengkak itu insyaAllah berkesan

    ReplyDelete
  8. nak senang beli air man java je kan.. sedap dan berkhasiat

    ReplyDelete
  9. susah nk dpt durian belanda skrg.. dpt mkn buah dia nikmatnye la..

    ReplyDelete
  10. I love custard apples too.such a nutritious fruit

    ReplyDelete
  11. mmg sedap buah durian belanda ni..ari tu tok laki beli sebiji mahal jugak..jenuh nak perabih..mula2 makan tu ok..lepas tu mcm ok sampai di sini saje..rugi time tu tak terfikir nak buat jus..jus dia pun sedap jugak

    ReplyDelete
  12. Memang bagus durian belanda ni, ramai usahawan buat jus kesihatan

    ReplyDelete
  13. jaran makan durian belanda ni..takut dpt yang kelat je..hahaha..rasa sedap erk buat air..nanti bolehla order dengan abg man..

    ReplyDelete
  14. tak sangka byk khasiat dia...Sally tau satu je yg agen anti kanser tu...lain tak tau

    ReplyDelete
  15. tak perah lagi minum air durian belanda ini. sedap ke eh.. nk cuba la nanti

    ReplyDelete
  16. Liez suka buah durian belanda ni sbb masam2 manis.. tapi skrg nak cari susah.. mahal pulak harganya

    ReplyDelete
  17. Oh yes! durian belanda has a lot of nutrients and very good for health. But its very hard to find it.

    ReplyDelete
  18. Zaman kecik-kecik dulu kak laili suka makan buah durian belanda ni sebab ada pokok kat kampung 👍👍

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.