Piza Ssamjeang Domino's Kembali Lagi Dengan 3 Menu So Spicy So Drama


Piza Ssamjeang Domino's Kembali Lagi Dengan 3 Menu So Spicy So Drama l Assalamualaikum. Sesekali berbuka dengan piza sedap jugak kan. Bosan juga kalau setiap hari dok makan nasi je. Sebab nak tukar selera, baru-baru ni Ana order Piza Ssamjeang. Yeee u olls, Piza Ssamjeang Domino's Kembali Lagi Dengan 3 Menu So Spicy So Drama.
Piza Ssamjeang Domino's
Piza Ssamjeang Domino's
Piza Ssamjeang Domino's Kembali Lagi Dengan 3 Menu So Spicy So Drama

Kalau korang peminat setia Piza Domino's mesti korang ingat yang Piza Ssamjeang ni pertama kalinya diperkenalkan pada tahun 2018. Dan kerana sambutan yang tersangat lah hangat hingga banyak sangat demand supaya  piza ni dikeluarkan balik, akhirnya Piza Ssamjeang - sajian manis pedas dengan sentuhan drama Korea kembali lagi.
Piza Ssamjeang Domino's
Piza Ssamjeang Domino's
Kali ni Piza Ssamjeang Domino's Kembali Lagi Dengan 3 Menu So Spicy So Drama iaitu Ssamjeang Beef Pizza, Ssamjeang Chicken Pizza dan Ssamjeang Tuna Pizza khas untuk memuaskan selera korang yang giler kan makanan pedas. Bak kata orang,  tak pedas tak padu lah kan.
Piza Ssamjeang Domino's
Piza Ssamjeang Domino's
Piza Ssamjeang Domino's
Tapi kenapa Piza Ssamjeang ni menjadi kegilaan rakyat Malaysia?? Haa tak lain tak bukan mestilah sebab sos pedas Korea yang dicipta khas oleh Domino's untuk memenuhi citarasa pedas rakyat Malaysia.

Antara 3 menu di atas, Ssamjeang Beef Pizza adalah yang paling pedas. Ana hanya mampu makan sekeping je. Lepas tu menggelupur cari air. Hehe. Tapi kalau korang takut nak makan pedas tapi teringin sangat nak cuba Ssamjeang Pizza ni, korang boleh cuba Ssamjeang Tuna Pizza sebab ianya kurang pedas tapi tetap sedap dan hangat.
Piza Ssamjeang Domino's
Tak lengkap rasanya So Spicy So Drama kalau takde sajian kepak ayam kan. Ye lah negara KPop kan memang terkenal dengan sajian ayam kepak. Disebabkan tu Domino's sekali lagi mengeluarkan menu Ayam-Haseyo Chicken Wing untuk korang semua.
Piza Ssamjeang Domino's
Suka ke tak suka??? Korang yang belum sempat mencuba Ayam-Haseyo Chicken Wing tahun lepas, ni lah masanya untuk korang cuba. Memang sedap tau sebabnya kepak ayam yang dibakar sempurna ni disaluti dengan sos Ssamjeang yang lazat dan ditaburi dengan bijan dan parsli kering. Confirm satu kotak tu korang boleh makan sorang je tau. Tak caya cuba lah order.

Harga Piza Ssamjeang 

Pada yang tertanya harga Piza Ssamjeang ni jangan risau sebab seperti kita tahu, harga piza di Domino's semuanya mampu beli especially bila ada promosi kan. Antara tawaran hebat yang korang boleh dapatkan ialah :

Ssamjeang Buddy Combo - RM39.90
Piza Ssamjeang Domino's
1 Ssamjeang Pizza Regular + 1 Cheesy Cheddar Stix / Mozzarella Stix + 1 Ayam Haseyo Chicken Wing + 2 tin minuman ringan

Ssamjeang Super Combo - RM54.90
Piza Ssamjeang Domino's
1 Ssamjeang Pizza Regular + 1 Pizza Regular + 1 Cheesy Cheddar Stix / Mozzarella Stix + 1 Ayam Haseyo Chicken Wing + 1 botol minuman ringan

Selain dari promosi kombo, korang juga boleh order 2 Pizza Deals ( Piza Ssamjeang + extra cheese)  seperti di bawah :

2 x Piza Regular - RM35.90
2 x Piza Large - RM56.90
2 x Piza Xtra Large - RM77.90

Di tambah lagi dengan promosi tambahan di mana korang boleh order Ssamjeang Pizza saiz Personal pada harga RM3.90 (pesanan bawa pulang dalam talian) atau RM4.90 (pesanan di kaunter) melalui Super Tuesday pada setiap hari Selasa.

Ssamjeang Pizza juga merupakan sebahagian daripada promosi Domino's Ohsem Hari-hari di mana korang boleh beli pada harga RM5.00 bagi setiap piza saiz peribadi.

Untuk Menempah

Untuk menempah korang boleh ke outlet Domino terdekat atau membuat pesanan secara online di http://www.dominos.com.my/, atau hubungi 1300-888-333.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Ssamjeang Pizza serta promosi lain yang sedang ditawarkan, korang boleh layari  laman sesawang di http://www.dominos.com.my/. So selamat menjamu selera.








Piza Ssamjeang Domino's Kembali Lagi Dengan 3 Menu So Spicy So Drama Reviewed by Ana Suhana on May 29, 2019 Rating: 5

22 comments:

  1. I have tried this before. it's so spicy! Your boy can take it?

    ReplyDelete
  2. tudiaaa.. ada menu baru lagi ^^

    https://www.nurulsyahirah.com/2019/05/trip-family-ke-hatyai-thailand-part-1.html

    ReplyDelete
  3. aduhai teringin dominos pulak ni

    ReplyDelete
  4. Alaaaaaaa...saje je tau...terus teringin nak makan Domino's

    ReplyDelete
  5. comelll jeer nama2 diaa, ayam haseyo hee

    ReplyDelete
  6. Pernag makan masa buat review dulu. Sedapnyaaaa.. Tapi tu setahun yang lepas. Hehe
    Nampak mcm nak kena pergi balik ni.

    ReplyDelete
  7. Kepada yang suka dah tahan pedas inilah masanya..beli makan ramai-ramai kat kampung pun seronok juga ni..

    ReplyDelete
  8. Haa sedapp nya ia kembali semula.. husniey suka yang ssamjeang tuna tuu.. mashishayooo

    ReplyDelete
  9. Sodapnya kak.. Yg terbaru lagi ye.. Bila2 ni boleh la pi try

    ReplyDelete
  10. Fuh .. nampak meriah betul pizza ni.

    ReplyDelete
  11. pepagi dah nampak gambar pizza domino ni..aduhai...tergodaa

    ReplyDelete
  12. bulan puasa ni kurang makan fastfood macam ni.. biasa cari nasi.. tpi ikut tekak budak2 nak pizaa je memanjang hahaha

    ReplyDelete
  13. nak gi ketuk ketuk ramadhan boleh?hahhahahahha

    ReplyDelete
  14. suka juga walaupun pedas ...tp akak mkn tkleh byk sbb pedasss hehe

    ReplyDelete
  15. happy sebab ayam dia je sedap dengan sos samjeang!

    ReplyDelete
  16. sedap... sedap.... dulu memang selalu jer pergi domino sebab bendani.. tapi untuk kalini bizi beraya tak habis lagi.. akanku pergi juga nanti...

    ReplyDelete
  17. teringin nak rasa Ayam Haseyo Chicken Wing tu.. Pizza dah rasa.. hehehe

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.