Upin Ipin Keris Siamang Tunggal Mengangkat Martabat Cerita Rakyat Malaysia


Upin Ipin Keris Siamang Tunggal Mengangkat Martabat Cerita Rakyat Malaysia l Assalamualaikum.  Jumaat lepas akhirnya Ana sekeluarga berpeluang menjejakkan kaki ke panggung wayang untuk menonton cerita Upin Ipin Keris Siamang Tunggal Mengangkat Martabat Cerita Rakyat Malaysia.
Upin Ipin Keris Siamang Tunggal 
Upin Ipin Keris Siamang Tunggal Mengangkat Martabat Cerita Rakyat Malaysia

Tahniah buat Upin Ipin Keris Siamang Tunggal Mengangkat Martabat Cerita Rakyat Malaysia kerana berjaya mempengaruhi Ana untuk menjejakkan kaki semula ke panggung wayang setelah lebih 8 tahun tinggalkan dunia wayang ni. Dan for sure lah ni pengalaman pertama buat Syafi. Dia lah yang paling teruja. Kitorang tengok dekat Selayang Capitol je. Dekat dan tak ramai orang kononnya sebab tengok seat ada 2 row je yang penuh masa beli online. Sekali ramai juga yang walk in. So best ke cerita ni? 
Upin Ipin Keris Siamang Tunggal 
Upin Ipin Keris Siamang Tunggal Mengangkat Martabat Cerita Rakyat Malaysia ni bermula ketika Upin Ipin bersama rakan-rakan baik mereka - Ehsan, Fizi, Mail, Jarjit, Mei Mei dan Susanti sedang tolong kemas stor bawah rumah Tok Dalang dan secara tak sengaja terjumpa dengan keris mistik dalam salah satu kotak yang ada yang membawa mereka masuk ke dunia kerajaan Inderaloka.

Dalam usaha nak balik semula ke alam nyata, mereka bertemu dengan Mat Jenin - seorang lelaki yang berangan-angan nak kawen dengan puteri raja dan juga Nakhoda Ragam. 

Kedatangan Upin Ipin dan rakan-rakan bersama dengan Keris Siamang Tunggal dapat dihidu oleh Raja Bersiong - watak jahat yang berusaha untuk merampas Keris Siamang Tunggal dan menguasai kerajaan Inderaloka.

Dalam usaha ingin menyelamatkan Inderaloka, Upin Ipin dan kawan-kawan kena bekerjasama dengan Mat Jenin dan Nakhoda Ragam. Dan masa ni lah mereka berjumpa dengan pelbagai cerita rakyat popular Malaysia seperti Mat Jenin, Belalang & Pak Belalang, Si Tanggang, Bawang Putih Bawang Merah dan juga Batu Belah Batu Bertangkup.
Upin Ipin Keris Siamang Tunggal 
Upin Ipin Keris Siamang Tunggal 
Berjaya atau tak mereka menumpaskan Raja Bersiong dan angkatannya dan siapa sebenarnya Mat Jenin, Nakhoda Ragam dan mak Si Tanggang dalam cerita ni, korang kena tengok lah sendiri Upin Ipin Keris Siamang Tunggal Mengangkat Martabat Cerita Rakyat Malaysia ni. 

Komen Ana tentang keseluruhan Upin Ipin Keris Siamang Tunggal ni??? TERBAIK ⭐⭐⭐⭐⭐. 

Tahniah buat team Les Copaque kerana berjaya  Mengangkat Martabat Cerita Rakyat Malaysia dengan jalan cerita yang sangat awesome dan bersahaja. Mudah difahami kanak-kanak dan paling penting menghiburkan.

Soundtrack dia semua best-best terutama lagu Keris Sakti nyanyian Fakhrul Razi. Sekali dengar macam suara Pak Nil pun ada.
Tak bosan langsung cerita Upin Ipin Keris Siamang Tunggal ni. Mak bapak pun terbuai-buai sama. Bila part kelakar tu, bukan main kuat Syafi gelak. Seronok lah tu. Sampai ternganga-nganga mulut. Haha. 

Dan cerita ni juga berjaya buat Ana terimbau-imbau zaman kecik-kecik dulu saat kita disogokkan dengan cerita-cerita rakyat yang penuh dengan pengajaran hidup. I miss my childhood time so much.
Upin Ipin Keris Siamang Tunggal 
So korang masih ada masa nak bawa anak-anak tengok cerita Upin Ipin Keris Siamang Tunggal Mengangkat Martabat Cerita Rakyat Malaysia ni. Sekali sekala apa salahnya kan. So selamat menonton.







Upin Ipin Keris Siamang Tunggal Mengangkat Martabat Cerita Rakyat Malaysia Reviewed by Ana Suhana on April 10, 2019 Rating: 5

17 comments:

  1. Wow Kak Ana sekeluarga dah menonton ya..teringin nak tengok juga ni..tunggu en suami lapang sikit..secara tidak langsung ada unsur sejarah juga yang disampaikan kepada anak-anak atau kanak-kanak..

    ReplyDelete
  2. Kak Sue belum sempat lagi nak tengok. Kebanyakkan semua review kata best kan cerita nie..

    ReplyDelete
  3. ramai review puas hati bagi 5 bintang tapi miza belum sempat.. oh jelesnya

    ReplyDelete
  4. anak zie pun pi tengok.. tapi depa tengok gan makcik dia. heboh dok cakp BEST! hahaha

    ReplyDelete
  5. wah! nampaknya org dewasa pun turut terhibur menonton Upin dan Ipin ni. abe kie kena gi tengok la...

    ReplyDelete
  6. Best filem dia,.. Boleh ditonton seisi keluarga..

    ReplyDelete
  7. Bestnyaaaa! Mesti syiok kalau boleh tengok reramai dengan anak buah ni. Hehe

    ReplyDelete
  8. Memang best kan Ana .puas hati sangat tengok .anak anak Mimi pun suka .berbaloi tiket untuk movie macam ni .dah setanding kartun disney

    ReplyDelete
  9. semoga cerita rakyat kita tak dilupakan tahniah buat les copaque

    ReplyDelete
  10. Lima kali Auni menangis tengok cerita ni, kitorang dok gelak je tengok dia..5 bintang!

    ReplyDelete
  11. Terbayangkan Syafi gelak ternganga nganga, hehee comel je.. Seronok tu dapat tengok upin ipin dalam wayang

    ReplyDelete
  12. tumpang bangga dengan production team Upih Ipin sebab berjaya came out dengan animation hebat. plus ada sejarah yang rata2 ramai baru tahu melalui cartoon ni..

    ReplyDelete
  13. sy dgr td, dah dpt RM25 juta cayalah!

    ReplyDelete
  14. wahhh kak ana pun dah tengok ye? majoriti parents yg pegi bawak anak2 pun bg positive review ttg citer ni.

    ReplyDelete
  15. bestnya dapat tonton dgn satu family.. bagus cerita mcm ni dibuat..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.