Hyatt Regency Kuantan Resort! Hotel Berdepan Teluk Cempedak
Hyatt Regency Kuantan Resort! Hotel Berdepan Teluk Cempedak l Assalamualaikum. Masa balik Terengganu baru-baru ni Ana tak plan nak singgah Kuantan pun. Tapi last minute En Suami setuju untuk sambung cuti semalam lagi. On sangat sangat lah kan. Tu yang kami bermalam di Hyatt Regency Kuantan Resort! Hotel Berdepan Teluk Cempedak ni.
Hyatt Regency Kuantan Resort! Hotel Berdepan Teluk Cempedak
Last time masa stay di Kuantan kami stay di Hotel Sentral di tengah-tengah bandar Kuantan. So kali ni kitorang nak stay dekat tepi laut plak. Dan pemilihan Hyatt Regency Kuantan Resort memang sangat lah tepat sebab dari bilik dah boleh nampak laut terus.
Hyatt Regency Kuantan Resort |
Memandangkan masa tu tengah cuti sekolah so memang expect akan ramai orang kan. Cuma nak jadi rezeki masa last minute booked bilik tu, tinggal satu unit bilik yang menghadap laut. Alhamdulillah sangat sangat. Kalau tak, dapat bilik yang menghadap taman je.
Hyatt Regency Kuantan Resort |
Hyatt Regency Kuantan Resort |
Bilik King Sea View Yang Awesome
Bilik yang Ana stay malam tu merupakan bilik King Sea View. So harga dia mahal sikit berbanding bilik yang lain. Kalau korang nak cari bilik yang harga mesra rakyat tapi still boleh enjoy view laut dan lengkap dengan kemudahan, korang boleh try stay di studio unit di Timurbay Seafront Residence. Atau nak lagi murah boleh stay di penginapan jenis chalet di Mutiara Seaview Resort. Pun best juga. 20 minit je dari Teluk Cempedak ni.
Ok back to topic. Ni lah pemandangan dari berandah bilik jenis sea view di sini. Terasa tenang sangat. Kalau boleh nak duduk termenung lelama kat berandah ni.
Hyatt Regency Kuantan Resort |
Harga untuk bilik king sea view ni semalam ialah RM574 (normal price : RM400++) termasuk tax but exclude breakfast. Tapi takpe sebab ada McD dan KFC dekat sini. 100 meter jer dari hotel. Tak sempat keluar peluh lah orang kata. Hehe.
Baca juga : Tempat Makan Popular Kuantan - Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur
Macam biasa, berpuluh kali masuk hotel pun budak copong ni tetap excited. Lagi-lagi bila dapat bilik yang cantik macam dekat Hyatt Regency Kuantan Resort ni. Berkuak lentang dia kejap atas katil tu.
Hyatt Regency Kuantan Resort |
Kalau korang nak tau bilik-bilik dekat Hyatt Regency Kuantan Resort ni baru je lepas refurbished tau. Tak silap setahun juga dia tutup untuk renovate semua bilik-bilik di sini. So memang cantik lah bilik-bilik tu sekarang.
So ni lah rupa King Sea View Hyatt Regency Kuantan Resort ni. Ada satu king size bed, meja kerja dan mini sofa. Kebetulan bilik Ana ada extra bed so tukar dengan bilik mertua sebab dorang ada 4 orang dewasa. Tilam dia paling Ana suka. Kemain lembut korang. Memang lena tidur malam tu. Haha.
Hyatt Regency Kuantan Resort |
Hyatt Regency Kuantan Resort |
Hyatt Regency Kuantan Resort |
Fasiliti lain yang ada ialah safety box, telefon, hair dryer, iron & iron board, sejadah, coffee tea making facility, bath rope dan extra pillow. Paling best ada mini bar lengkap dengan air minuman lagi. Free je semua tu. Sayangnya takde air susu. Hehe. Maklumlah Ana wajib minum air susu setiap hari sebab susu elok untuk keperluan tulang kita kan. Cewah.
Hyatt Regency Kuantan Resort |
Hyatt Regency Kuantan Resort |
Hyatt Regency Kuantan Resort |
Hyatt Regency Kuantan Resort |
Toiletries semua lengkap. Siap ada facial soap lagi. Bau shower soap dia pun wangi. Jarang-jarang Ana guna shower soap yang disediakan pihak hotel sebab Ana memang bawa sendiri toiletries Ana. Tapi bila dah wangi, bantai juga guna sabun hotel ni. Ni rupa toilet dia. Pintu jenis sliding. Takde kunci bagau ok. Haha. Siap boleh slide cermin sekali kalau kata nak tengok view laut.
Hyatt Regency Kuantan Resort |
Hyatt Regency Kuantan Resort |
Petang tu lepas solat dan rehat kejap, kitorang turun lepak tepi laut. Ada pondok-pondok untuk berteduh disediakan pihak hotel. So layan lah view laut sepanjang petang tu. Syafi macam biasa tak nak mandi laut. Dia nak main pasir je. Layan kan je.
Hyatt Regency Kuantan Resort |
Sebelum naik bilik kitorang dinner dulu dekat kedai makan yang ada di Teluk Cempedak tu. Ada banyak kedai yang korang boleh pilih. So far semua memuaskan. Bersih dan servis pun cepat. Makanan pun ada rasa semuanya.
Malam tu lepas Isyak kitorang lepak lagi tepi laut. Ramai je yang lepak dekat sini. Siap ada tourist yang mandi laut lagi. Berani pulak dorang ni.
Hyatt Regency Kuantan Resort |
Ana sambil lepak, sambil borak-borak dengan adik ipar, sambil sambil layan bulan mengambang. MasyaAllah tabarakallah cantik sangat view malam tu. Lagi-lagi bila terbias dekat air laut tu. Mengasyikkan sangat. Bukan selalu boleh dapat peluang macam ni kan. So kita enjoy to the max.
Hyatt Regency Kuantan Resort |
Dalam pukul 11.30 malam ingat nak naik bilik dah. Sekali lajak ke tempat makan tadi. Ada pertunjukan api masa tu. So bawa lah Syafi tengok sekejap.
Hyatt Regency Kuantan Resort |
Dah habis persembahan api tu, bawa Syafi main arnab pulak. 2 orang RM5. Masuk lah berapa lama nak masuk dalam kandang kecik tu. Syafi acah acah berani. Bila suruh pegang lari ke belakang. Tapi arnab kat sini ada je yang ganas. Sampai luka tangan Ana dibuatnya. Selamat comel. Hehe.
Hyatt Regency Kuantan Resort |
Esok pepagi lepas Subuh lepak dekat balkoni. Layan sunrise pula. Walau tak berapa nampak sebab awan tebal tapi tetap indah view dia.
Hyatt Regency Kuantan Resort |
Dalam pukul 8 macam tu En Suami ke McD sebelah beli breakfast. Ana ngan Syafi tunggu dekat pondok bawah tu je. Sementara tu boleh lah Syafi start mengorek pasir dia. Tak habis habis main pasir.
Hyatt Regency Kuantan Resort |
Hyatt Regency Kuantan Resort |
Lepas sarapan matahari dah mula naik. Dah terasa bahang dah. So sesuai sangat lah kalau nak mandi laut kan. Last mandi laut ada lah lebih kurang 7 tahun lepas. So dengan selamber nya pakai blouse dan seluar trex terjun mandi laut. Nikmat nya lah hai dapat rasa kemasinan air laut dekat kulit ni haa. Sejuk pulak air tu so tak terasa pun bahang matahari dekat kulit ni.
Puas berendam, sebelum naik bilik bagi chance kat Syafi pula berendam dalam kolam. Dekat sini ada 2 kolam untuk kanak-kanak dan dewasa. Satu di blok A dan satu lagi di blok B. Mana-mana pun korang boleh main. Tuala semua ada di sediakan.
Dapatlah 40 minit Syafi mendugong dalam kolam tu. Lepas tu terus naik siap siap untuk check out. Dalam pukul 11 lebih kitorang selamat bergerak pulang ke KL.
So far Hyatt Regency Kuantan Resort ni antara hotel yang paling Ana suka. Memang kalau ada rezeki lagi kitorang plan nak stay sini lagi. Dengan bilik yang bersih, fasiliti tip top, staff semua friendly, tempat makan dekat, semua cukup sempurna. Cuma masalah dekat sini parking kereta agak terhad. So kalau dah dapat parking tu memang tak kan keluar dah lah. Bak kata pak mak mertua ku yang tercinta, dah bayar mahal mahal lepak je lah dekat kawasan hotel ni. Hehe.
wahh.. meriah malam2 kat pantai tu ye ana.. cantik bilik kat hotel ni..
ReplyDeletewah..bestnya..dah lama x shortvacation ngan asben...
ReplyDeletetunggu dah ok sikit dan ade masa boleh la pergi honeymoon lagi :)
Cantik sangat hotel dia, dapat sea view plak memang berbaloi. Serba lengkap plak tu. Mmg kalau mcm ni duduk hotel je dh puas kan kak Ana. View bulan dan sunrise tu SubhanAllah cantik.
ReplyDeleteBila dapat yang menghadap laut tu yang nikmat lain macam..tapi pantai TC memang best la kak Ana.PC suka.
ReplyDeleteboleh tahan harga dia, tp berbaloi semua tempat dekat..sesuai utk mcm akk, kitorg ni kalau dah sampai hoel malas nau nk kluar jejauh
ReplyDeletemenarik tempat ni..
ReplyDeleteCantik. Biasa kalau g kuantan kita stay tgh bndr. Tp wajib pegi jalan2 tc. Next time boleh try hotel ni plak.btw lawa gambar2 ana.
ReplyDeletewah cantiknya hotel dia bilik luas.. gambar2 ana semua cantik
ReplyDeleteCantik ye Ana view dia.... tp tulah tu harganya boleh tahan, terus mcm tak jadi nak booking hahahhaa...
ReplyDeleteCantik gambo Ana kat gigi pantai dengan air tu
Best sangat nie Ana.. view cantik gila kan. Kalau ada rezeki nak juga Kak Sue merasa lepak sini dengan family tersayang nanti..
ReplyDeleteCantik ada aktiviti malam-malam nak try one day
ReplyDeleteRabia tidur hotel grand continental
ReplyDeleteseronoknya staycation kat kuantan. nikmat sungguh menghirup sebotol starbuck dengan view yang awesome hehehe ;)
ReplyDeletecantik2 gambar.. hehe i looike. penah dok sini sekali tapi tak bestnya time tu dua dua hari hujan lebat. pool kemana.. meronda tepi pantai pun kemana. tidur jele =D
ReplyDeletePernah ke sini sekali dan mmg menarik dgn fasiliti serta suasana persekitaran mmg mendamaikan... cuma kami singgah sehari je atas sbb kerja, jadi tak dptlah nak nikmati sepuasnya hehee
ReplyDeletedgr nama hotel je dah best apatah lagi dapat menginap... sukalah tgk pic gmbr laut tu... rs nk terjah skrg jg ;-)
ReplyDeleteCantiklah view dari bilik hotel.
ReplyDelete