Nikmat Pekena Deen CT Corner Cendol Ipoh Masa Cuaca Panas


Nikmat Pekena Deen CT Corner Cendol Ipoh Masa Cuaca Panas | Assalamualaikum. Masa Ana ke Ipoh akhir tahun lepas pun dah sedia panas. Lit lat lit lat panas dia. Nak keluar jalan pun lesu rasanya. Baru pergi satu tempat dah rasa haus teramat sangat. So moh kita Pekena Deen CT Corner Cendol Ipoh Masa Cuaca Panas . 
Deen CT Corner Cendol Ipoh
Deen CT Corner Cendol Ipoh 
Nikmat Pekena Deen CT Corner Cendol Ipoh Masa Cuaca Panas

Actually ada banyak cendol femes dekat Ipoh ni. Dan Deen CT Corner Cendol Ipoh salah satu darinya. Nak cari pun senang sebab kedai dia terletak di deretan kedai di jalan utama dekat sini. Cuma masalah parking je lah. Ana parking agak jauh hari tu.
Deen CT Corner Cendol Ipoh
Deen CT Corner Cendol Ipoh 
Masa Ana sampai dekat Deen CT Corner Cendol Ipoh ni orang masih tak ramai lagi. Tapi masa tengah minum tu orang dah start penuh. Ada yang minum dekat situ ada yang take away.
Deen CT Corner Cendol Ipoh
Deen CT Corner Cendol Ipoh 
Deen CT Corner Cendol Ipoh
Deen CT Corner Cendol Ipoh 
Menu di Deen CT Corner Cendol Ipoh  ni lebih kurang sama dengan menu cendol dekat tempat lain. Cuma cendol durian je takde. Kalau ada lama dah Ana order. Hehe. Harga pun murah murah je semua. Cuma kalau bungkus harga mahal 50sen.

Baca juga : Singgah Lunch di Nasi Bamboo Sungai Klah

Orang kata menu cendol PJK paling femes dekat Deen CT Corner Cendol Ipoh ni. Tapi sebab Ana tak makan pulut so Ana order cendol jagung kacang je.
Deen CT Corner Cendol Ipoh
Deen CT Corner Cendol Ipoh 
Ni lah cendol jagung kacang yang Ana order. Apa yang Ana suka cendol dekat Deen CT Corner Cendol Ipoh ni ialah cendol dia dihidang ikut cara lama iaitu di dalam bekas besi. Kalau kat KL banyaknya dalam bekas plastik. So cendol tu tak rasa sejuk macam cendol dalam bekas besi.
Deen CT Corner Cendol Ipoh
Deen CT Corner Cendol Ipoh 
Ni menu Syafi. Cendol biasa je. Kemain syok dia hirup air cendol tu. Tapi cendol dalam tu dia tak makan. Dia sama geng ngan Ana. Hahaha. Tukang habiskan cendol tu En Suami. :)
Deen CT Corner Cendol Ipoh
Deen CT Corner Cendol Ipoh 
So far Ana suka lah juga cendol dekat Deen CT Corner Cendol Ipoh  ni. Rasa manis dan lemak cendol tu tak terlalu pekat. Sedang sedang je. Memang sesuai untuk dihirup masa cuaca tengah panas. Sebab kalau terlalu manis atau lemak perit pulak tekak tu nanti. Kang terpaksa bilas dengan air kosong kan. Hehe.

So korang kalau ke Ipoh apa kata cuba try test Pekena Deen CT Corner Cendol Ipoh Masa Tengah Panas. Mana tau kena dengan selera korang. Oh ya masa operasi bermula pukul 11  pagi hingga 6.30 petang.


21 B, Jalan Musthara Al Bakri,
Taman Jubilee,
30300 Ipoh,
 Perak


Nikmat Pekena Deen CT Corner Cendol Ipoh Masa Cuaca Panas Reviewed by Ana Suhana on March 18, 2019 Rating: 5

21 comments:

  1. Bila cuaca panas terik ni tekak sentiasa dahaga.Dan minuman yang sejuk sentiasa difikiran..betul la kak...cendol salah satunya..terasa juga nak minum cendol..tapi PC dengan en suami masih batuk berkala lagi..tangguh dulu..kalau lalu kedai cendol acah-acah tak nampak je..padahal ngences..

    ReplyDelete
  2. mak aii..sedapnya. kna plk time panas2 ni..:)

    ReplyDelete
  3. alahai.. cendol ni memang fav dilah.. gi mana2 kalau ada cendol mesti nak try.. haha

    ReplyDelete
  4. Ini memang menduga tau.. Cuaca panas terik ni memang lega tekak kalau dapat

    ReplyDelete
  5. Mmg sedaplah makan cendol time cuaca panas.... Terasa sejuk je tekak tu kan... Sementara tgh boleh makan, bedal ajelah Ana, kang kalau dah kena pantang, mampu tengok je huhu

    ReplyDelete
  6. Panas panas macam nie memang nikmat bila dapat makan cendol.. hehehe..

    ReplyDelete
  7. Time panas terik dpt pulak cendol, fuhhh 😍🤤

    ReplyDelete
  8. amboi tayang makan cendol time panas lit lit ni yer.. heaven sangat kan AS :)

    ReplyDelete
  9. kalau dorang sediakan tempat makan proper, confirm penuh kedai nya.. tantah banyak yang sold out.. hee~ btw !! kite terliur..

    ReplyDelete
  10. NIeyl haritu pun masa start musim panas tu, mmg tekak nak cari cendol je...

    ReplyDelete
  11. memang musim panas mesti teringat cendol. kalau version yang ada durian kekadang isi durian je takde biji. ada durian beku mcm aiskrim dah :)

    ReplyDelete
  12. tu dia... panas2 pekena cendol!! apa nk kata..... slurppp

    ReplyDelete
  13. wah sedap tu.. mmg best la pekena cendol time musim panas ni

    ReplyDelete
  14. Ya Allah, tetiba airliur rasa nak keluar pulak tengok time perut kosong ni..

    ReplyDelete
  15. ohoohoi panas2 layan cendol memang terbaik. kena pulak yang memang sedap. pergh..

    ReplyDelete
  16. Terbuka selera blogwalking pagi2 ni tengok cendol haha.. boleh mark tempat ni utk singgak klu ke sana nanti. Thanks sharing Ana.

    ReplyDelete
  17. Es cendol minuman favoritku nih, enak kalau di minum pas udara panas di siang hari, dan wajib pesan dua porsi lah

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.