10 Surah Mujarab Untuk Perlindungan Diri
10 Surah Mujarab Untuk Perlindungan Diri l Assalamualaikum dan salam Jumaat. Semoga kita semua beroleh keberkatan pada hari yang mulia ni. Perbanyakkan selawat dan salam ke atas Baginda Nabi Muhammad SAW, semoga di sana nanti kita antara umat-umat yang dekat dengan Baginda. InsyaAllah amin.
10 Surah Mujarab Untuk Perlindungan Diri
Baginda Nabi merupakan sebaik-baik idola buat kita semua kerana Baginda merupakan manusia paling sempurna di muka bumi ni. Banyak pahala yang kita boleh dapat jika kita sentiasa melakukan sunah-sunah Baginda. Setiap apa yang Baginda lakukan pasti mempunyai hikmah dan 1001 kebaikan.
Salah satu sabda Nabi "Aku tinggalkan kepadamu 2 perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang kepadanya; Al-Quran dan Sunnah Nabi". Al-Quran merupakan ayat-ayat Allah yang boleh menjadi asbab kepada kesembuhan dan perlindungan. Oleh itu, Nabi telah anjurkan kepada kita 10 Surah Mujarab Untuk Perlindungan Diri untuk dilazimi :
1. SURAH AL-FATIHAH
Sebelum tidur amalkan membaca Surah Al-Fatihah diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3x, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terhindar daripada gangguan syaitan.
Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44x untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t.
Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44x untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t.
Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17x sehari iaitu ketika mengerjakan solat 5 waktu.
2. SURAH YASIN
Rasulullah SAW telah bersabda sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Quran ialah Surah Yasin iaitu jantung Al-Quran. Sesiapa yang membaca Surah Yasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Quran seluruhnya..Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.
Rasulullah SAW juga bersabda Surah Yasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala kesusahan di dunia mahu pun di akhirat.
Orang yang mengamalkannya juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan dimakbulkan.
Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban
Orang yang mengamalkannya juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan dimakbulkan.
Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban
Surah Yasin ni juga jika diamalkan akan menyelamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT kelak.
3. SURAH AD-DUKHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat dengan harapan semoga kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.
4. SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah SAW, mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah setiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan.
Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya.
Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.
Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya.
Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.
Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah 1x, Ayatul Qursi 1x dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7x lalu tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah :
“Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya"
5. SURAH AL-KHAUTHAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000x, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000x juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.
6. SURAH AL-KAFIRUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Kafirun umpamanya seperti membaca 1/4 Al-Quran, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan. Riwayat At-Tarmizi
Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.
7. SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Quran yang mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya.
Menurut beberapa hadis Rasulullah SAW, barang siapa yang mengamalkan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya dan mereka yang membacanya pada setiap malam, insyaAllah akan terselamat dari azab kubur.
Menurut beberapa hadis Rasulullah SAW, barang siapa yang mengamalkan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya dan mereka yang membacanya pada setiap malam, insyaAllah akan terselamat dari azab kubur.
8. SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah SAW pernah bersabda kepada isteri kesayangan Baginda, Siti Aisyah antara mafhumnya :
“Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Quran.” Lalu Siti Aisyah berkata : “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Quran sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3x sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Quran keseluruhannya.”
Dari Rasulullah SAW pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11x, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali.
Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”
9. SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah SAW pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala.
Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41x selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut.
Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100x.
10. SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Quran. Nama An-Nas diambil dari perkataan An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia.
Surah ini termasuk dalam golongan surah Makkiyah. Isi surah ini menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga dibaca sebagai surah penerang hati.
Surah ini termasuk dalam golongan surah Makkiyah. Isi surah ini menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga dibaca sebagai surah penerang hati.
10 Surah Mujarab Untuk Perlindungan Diri
Reviewed by Ana Suhana
on
March 08, 2019
Rating:
Betul3x... LeYa dulu memang consistent surah-surah ni. Tapi sejak akhir2 ni leka sangat... Ermmm..syukur Kak Ana mengingatkan kembali.. Allahuakbar! Lalainye sekarang... Oka2..jom amalkan semula
ReplyDeletenak kena hadam dalam diri ini setiap hari. Kadang2 alpa juga ! Dunia..dunia juga kan ! Akhirat jgn lupa
ReplyDeleteTerima kasih perkongsian ni Ana.
ReplyDeleteSekarang banyak kes yang menakutkan.
Bila keluar rumah mesti nak baca ayat Kursi, doa keluar rumah, surah Al Fatihah banyak-banyak
terima kasih di atas perkongsian :)
ReplyDeletetq for sharing ana
ReplyDeleteKena sentiasa ingatkan diri. Kena selalu paksa diri juga. Jadikan rutin harian.Bukan baca sekadar dalam solat.. Amalkan juga diluar waktu solat. Terima kasih kak perkongsian.
ReplyDeleteThank you for sharing this, kak Ana :)
ReplyDeleteAlhamdulillah , thank you ana . Perkongsian yg berguna utk kehidupan didunia dn diakhirat. Tahniah :)
ReplyDeleteAlhamdulillah..
ReplyDeleteantara surah yang terbaik dan wajar untuk diamalkan
Alhamdulillah.. terima kasih untuk perkongsian yang sangat bermanfaat ini..
ReplyDelete