Kembara Thailand : Sunflower Field Lopburi dan Lopburi Monkey Temple
Kembara Thailand : Sunflower Field Lopburi - Highlight of The Trip l Assalamualaikum. Dah masuk tahun baru dah pun. Entri kembara Thailand tak habis-habis lagi haa. Orang laih dah lama move on kot dengan trip-trip terbaru dorang. Haha. Ok lah ni kan, Omputeh kata apa, better late than never gitu. Hehe. So sambung lagi lah entri Thailand hari ni. So kali ni Ana nak share tentang Kembara Thailand : Sunflower Field Lopburi - Highlight of The Trip.
Kembara Thailand : Sunflower Field Lopburi - Highlight of The Trip
One of the reason kenapa Ana setuju untuk join trip ke Thailand ni sebab salah satunya ialah itinerary dia termasuk lawatan ke Sunflower Field Lopburi ni. Dari last 2 years Ana aim nak ke sini sebenarnya. Tak jadi sokmo. Tapi Alhamdulillah akhirnya tercapai juga.
Kalau korang nak tau, Wilayah Lopburi ni terletak di utara Thailand dan mengambil masa kira-kira 2-3 jam perjalanan dari Bangkok. Dan memang tarikan utama dekat sini ialah Sunflower Field Lopburi tu sendiri. Tapi korang kena tau yang bukan sepanjang tahun korang berpeluang untuk menyaksikan sendiri keindahan bunga matahari ni sebab ada masa-masanya sahaja.
Based on the season, Sunflower Field Lopburi ni hanya akan mula berkembang sekitar pertengahan November sehingga bulan Februari. But the best time is around Disember lah. Masa tu rata-rata bunga matahari dah kembang cantik. Dan ada beberapa ladang bunga matahari yang korang boleh pergi.
Macam hari tu, Ana sampai di wilayah Lopburi ni awal November. So chances untuk dapat tengok bunga matahari kembang tu agak nipis sebenarnya walaupun harapan bukan main tebal. Tapi kalau dah ada rezeki tu tak ke mana kan.
Dalam banyak-banyak ladang, ada satu ladang je yang bunga matahari dia dah betul-betul kembang. Tak silap Ana nama ladang tu Jumpee Sunflower Lop Buri.
Berpusing juga lah nak jumpa cari ladang ni. Padahal dah pakai tour guide Thailand lagi. Gambar atas ni lah tour guide tu - Din nama dia. Pusing punya pusing jumpa akhirnya. Dari tepi jalan memang tak nampak ladang bunga matahari tu. Kena masuk dalam baru jumpa. Nak masuk tengok bunga matahari dekat sini free je. Tapi tak pasti dekat ladang lain kena caj ke tak.
Baca juga : Death Railway Kanchanaburi Dibina Atas Kekejaman Tentera Jepun
Sunflower Field Lopburi |
Baca juga : Death Railway Kanchanaburi Dibina Atas Kekejaman Tentera Jepun
Turun je dari van dah boleh nampak bunga matahari mengembang cantik. Macam melamba-lambai dekat kitorang plak rasanya. Haha. Apa lagi dengan pantas kitorang masuk dalam ladang tu. Tak kisah dah panas terik masa tu. Haha.
So ni lah hasilnya. Memang cantik sangat bunga matahari dekat sini. Sedang cantik bunga tu mengembang. Bergambar lah puas-puas haaa. Cuma baju korang nanti akan penuh lah dengan debunga warna oren. Siapa yang alah pada debunga tak digalakkan masuk sebab memang banyak sangat debunga-debunga tu. Melekat-lekat dekat baju kitorang.
Sunflower Field Lopburi |
Sunflower Field Lopburi |
Sunflower Field Lopburi |
Sunflower Field Lopburi |
Sunflower Field Lopburi |
Sunflower Field Lopburi |
Teruja macam mana pun tetap kalah dengan bahang matahari. Paling kuat dalam 40 minit je kitorang bertahan dekat sini. Lepas tu masing-masing dah cari aircond dalam van. Haha.
Kalau korang nak shopping bunga matahari ke, kuaci ke, air roselle ke dekat sini semua ada jual. Macam Ana, agak fussy bila bab nak membeli ni kan. Semua benda Ana tengok. Last-last tak beli apa sebab tak de rasa nak mencuba.
Dari ladang bunga matahari tu kami teruskan perjalanan ke Lopburi Monkey Temple. Kira-kira dalam 15-20 minit perjalanan macam tu. Bukan nak masuk ke dalam temple tu pun sebenarnya. Lebih nak bergambar kenangan je. Lagi pun monyet liar dia bukan main banyak. Seram rasa. Dekat mana-mana je dorang ada.
Lopburi Monkey Temple |
Lopburi Monkey Temple |
Lopburi Monkey Temple |
Selesai bergambar semua, tiba lah masa makan tengahari. Ada satu kedai muslim bersebelahan dengan Central Mosque Lopburi ni dengan nama Thai-Pakistani Restaurant Lopburi. Nak makan nasi campur boleh, makan makanan panas bergoreng pun boleh. Ana pilih makan nasi goreng dengan telur dadar. Sedap je rasa dia. Lagi-lagi makan dengan sambal belacan dia. Sekejapan licin.Hehe.
Thai-Pakistani Restaurant Lopburi |
Thai-Pakistani Restaurant Lopburi |
Thai-Pakistani Restaurant Lopburi |
Thai-Pakistani Restaurant Lopburi |
Dari kedai makan tu dah pukul 3 macam tu. Masa untuk balik ke Bangkok semula. Memandangkan hari tu hari Ahad, jalan balik ke Bangkok agak sesak. So masa banyak habis dalam kesesakan. Tapi at the end of the day, perjalanan ke Lopburi sangat berbaloi dan merupakan satu pengalaman yang terbaik. Next entri Ana nak share tentang pasar atas landasan keretapi yang famous di area Bangkok ni pula ok.
Kembara Thailand : Sunflower Field Lopburi dan Lopburi Monkey Temple
Reviewed by Ana Suhana
on
January 02, 2019
Rating:
Cantiknya semua gambar kat ladang bunga matahari tu..ingatkan ana beli gak kuaci ke apa..tapi kalau akak jadi Ana pun akak lebih suka enjoy the scenery..kena masukkan dalam wishlist gak nanti ni...mana tau ada peluang pergi kan...
ReplyDeleteBunga hari berkembang cantik seperti Kak Ana juga.. Kak Ana ni photogenic laa.. Semua gambar akak cantik.. Leya is jealous ni..Hehe..
ReplyDeleteBestnyaaa kak Ana jalan jalan. Cantik nampak bunga bunga matahari tu, kembang elok 😍
ReplyDeleteBak kata arwah nenek PC..tanam pokok bunga matahari ni puas hati...sekali berbunga haaa sepinggan besarnya dia kembang..hehehehe...
ReplyDeletecantik tempat ni :)
ReplyDeletemakanan tu nampak sedappppp.bunga matahari tu cantik sangat
ReplyDeleteCANTIKNYAAA! memang target sangat2 nak pergi lopburi ni. nak gi thailand
ReplyDeletecantiknya bunga-bunga tu. warna ceria. bunga favourite diah jugak tu. Berjalan tempat orang sebab nak tengok keindahan ciptaan Allah
ReplyDeletecantinya gambar2 tu...
ReplyDeleteAllahumma Ya Baadi' cantiknya sunflower tu.... teringat citer GTO
ReplyDeleteSelalu sangat tengok gambar tempat ni dekat IG. Cantik sangat :D
ReplyDeletecantiknya bunga matahari.. model pun cantik gak hihi
ReplyDeleteOo tak perlu bayar pun nak bergambar di kebun bunga matahari nii.. Syokknyaa.. 😍😍😍
ReplyDeleteNanti nak masuk list laa kot lah tetiba rasa nak jjcm belah Bangkok pulak. Temple tu unik betul binaanya. Raree.. Nice sharing Ana
cantiknyaaaa view kak anaaa.. teringin nak kesana. busyra dari dlu mmg suka bunga matahari. hehe. cantik!
ReplyDeleteni antara lokasi yang masuk dalam wishlist CT tapi memang tatau bila nak pi. ada wishlist2 lain dulu plus geng pun tadak lagi hahaha.. geram tengok haih bunga2 tu..
ReplyDeleteSegar mata tengok bunga2 matahari mcm tu.. seluas mata memandang... cantik. Tetiba teringat lagu masa sekolah.. "bunga matahari sgt cantik, kembang diwaktu pagi..." hehee :)
ReplyDeleteSubhanaAllah.. Lawa betul.. Cantik pemandangan di ladang bunga matahari tu..
ReplyDeletecantik bunga matahari real.
ReplyDeletejemput singgah juga blog sis
www.sishanahanis.com
Cantik kan. Ladang bunga matahari. Ada juga ladang rumput untuk bekalan makanan ke lembu. Ladang tebu pun ada. Kena ikut laluan kampung baru nampak.
ReplyDelete