Bila Ketagih Makan Wild West Madness Pulled-Beef Domino's Pizza


Bila Ketagih Makan Wild West Madness  Pulled-Beef Domino's Pizza  | Assalamualaikum. Korang dah rasa pizza terbaru dari Domino's?? Kalau belum Ana saran korang pergi try sekarang sebab sure korang akan suka sampai Ana sendiri jadi ketagih. Kalau tak, tak kan lah Ana Bila Ketagih Makan Wild West Madness Pulled-Beef Domino's Pizza ni, sampai 2 kali repeat order dalam seminggu. Fuhhh..dahsat kan. 
Wild West Madness Domino's Pizza
Wild West Madness Domino's Pizza
Bila Ketagih Makan Wild West Madness Pulled-Beef Domino's Pizza 

FYI, Wild West Madness merupakan menu terbaru Domino's Pizza di mana ada 2 jenis pizza yang korang boleh cuba iaitu Pulled-Beef Pizza dan Pulled-Chicken Pizza. Nak jadi cerita, pengenalan pizza ni bertepatan dengan sambutan ulang tahun ke-21 Domino's di Malaysia dengan slogan It's All About You. Kalau korang nak tau tentang apa tu It's All About You boleh tengok video dekat bawah ni.
Bila pikir balik, sejak dah kenal dengan Domino's ni rasanya tak pernah lagi Ana order pizza lain. Rasa macam dah kena jampi je. Tak tau kenapa macam dah dah tak nampak pizza lain. Sasau sungguh ni. Hello ustaz tolong saya. Hehe.

Ada sekali tu bayangkan seminggu sekali Ana akan order Domino's. Sampai kan budak penghantar tu dah cam rumah kitorang.

Tak muak ke? Tak sempat nak rasa muat kot sebab Domino's selalu je ada menu terbaru. Belum sempat muak dah ada menu lain untuk dicuba. Cuma masa Ana pregnant, tekak Ana tak boleh  nak terima pizza. So sepanjang menggandung dan berpantang dalam lebih kurang setahun Ana tak makan Domino's ni. Lepas habis tempoh tu, ketagihan makan pizza datang semula. Haha.
Wild West Madness Domino's Pizza
Wild West Madness Domino's Pizza
Lagi-lagi bila ada menu terbaru Wild West Madness ni. Makin menjadi-jadi rasa ketagihan tu sebabnya menu terbaru ni serius sedap giler wei. Antara 2 jenis pizza tu, Pulled-Beef Pizza yang terbaik. Bukan kata Pulled-Chicken Pizza tak best tapi hati Ana terpaut lebih pada yang Pulled-Beef Pizza tu.

Wild West Madness Pulled-Beef Domino's Pizza  - Hidangan Barat Dengan Citarasa Malaysia

Salah satu kenapa Ana giler bayang dengan Pulled-Beef Domino's Pizza ni ialah sebab pizza ni berinspirasikan hidangan barat namun masih menampilkan citarasa rakyat Malaysia di dalamnya. Kalau dah selera Malaysia tu selera Malaysia lah juga. Hehe.
Wild West Madness Domino's Pizza
Wild West Madness Domino's Pizza
Rasa dia jangan cakaplah. Sedap yakmat orang sekarang kata. Dengan topping berintikan hirisan daging lembu Australia berkualiti tinggi yang sangat lembut, bergabung pula dengan sos masam manis Chipotle serta hirisan cili merah dan cendawan, memang puas teruk lah dapat makan. Secara peribadi, Pulled-Beef Pizza ni yang paling sedap Ana pernah rasa.
Wild West Madness Domino's Pizza
Wild West Madness Domino's Pizza
Kalau korang tau bagaimana proses untuk jadikan daging tu lembut mesti korang bersetuju kenapa Ana kata Pulled-Beef Pizza ni yang terbaik. Antara faktor yang menyebabkan tekstur daging sangat lembut adalah kerana proses memasak di dalam ketuhar yang memgambil masa selama 5 jam selain dari poses 'tumbling' selama 15 minit khas untuk mengurut daging. Menarik kan??

Wild West Madness Pulled-Chicken Domino's Pizza

Bagi yang suka makan ayam, Pulled-Chicken Pizza adalah yang paling sesuai untuk korang. Ana sendiri dah rasa, memang sedap.
Wild West Madness Domino's Pizza
Wild West Madness Domino's Pizza
Topping atas pizza penuh dengan hirisan dada ayam yang dipadankan dengan Sos Chipotle dan juga tomato ceri dan nanas karamel.

Masa makan tu terasa palbagai perisa tercetus dalam mulut korang. Rasa manis, masam, semua well balanced Omputih kata. Sebab topping tu meriah dengan bahan-bahan yang terbaik, korang makan 2-3 keping je dah cukup mengenyangkan. Tak caya cuba lah nanti.

Combo Wild West Madness

Pada yang nak cuba rasa kesedapan Wild West Madness dari Domino's Pizza ni, korang boleh dapatkannya di cawangan Domino's terdekat korang. Atau nak senang order online je. Semua di hujung jari je sekarang ni.
Wild West Madness Domino's Pizza
Wild West Madness Domino's Pizza
Ada 2 jenis combo yang ditawarkan untuk menu Wild West Madness ni. Dua-dua combo pun berbaloi untuk dibeli dan dinikmati bersama insan-insan tersayang. Selamat mencuba semua.


Bila Ketagih Makan Wild West Madness Pulled-Beef Domino's Pizza Reviewed by Ana Suhana on December 02, 2018 Rating: 5

35 comments:

  1. tak makan lagi yang ni, alaaa terliurrr

    ReplyDelete
  2. Ada yang baru..wah..boleh dicuba ni.

    ReplyDelete
  3. Dah makan dah .Memang sedap sangat sangat .

    ReplyDelete
  4. Daging dah rasa.. memang sedap.. yang ayam tu belum cuba lagi..

    ReplyDelete
  5. alahai ana kecur air liur tengok pizza... nak kena pergi cuba gak ni..

    ReplyDelete
  6. amboi byk nye pizza die mkn..lama tk beli dominos pizza...ada combo set tu...yummmyyy

    ReplyDelete
  7. Sedapnya Ana.. bila nak cuba entah nie..

    ReplyDelete
  8. Terliurnya tengok hahaha
    Dominos memang sedap semua piza2 dia
    Amni paling suka crust yang dalam dia ada lapisan cheese lagi.
    Terliurnya!
    Rasa macam nak order sekarang hahaha

    ReplyDelete
  9. alamak, bahaya ni akak ni boleh jadi potential addicted juga ni

    ReplyDelete
  10. sedapnya nampak! haih kita dah lama tak makan dominos ni berapa bulan dahh ni pantang sebab diet ! dominos mmg sedap dan terbaik. tak sabar nak makan nanti waktu cheat day haha

    ReplyDelete
  11. Geram tengok topping tuu.. Aiyok kena repeat balik ni

    ReplyDelete
  12. Kite dah rasa dh pizza baru dominos ni. Memang sedap gila. Rasa pedas2 manis dgn beef tu. Best. Susah nk describe rasa die. Rasa nk makan lagi lah pulak tiba2.hehehe

    ReplyDelete
  13. Allah banyaknya pizza boleh ker habis tu hehehe sampai hati tak ajak kita biar lah dapat sepotong pun mengidam ni lama tak makan Dominos hehehe ok lah boleh cuba menu baru ini... kita nak tunjuk juga banyak makan macam awak hehehe

    ReplyDelete
  14. Saya dah cuba yg pulled beef tu. memang sedap ! Tp beef dia x berapa banyak pulak. N sy rasa sy lebih prefer yg udang samjeang yg sebelum nie. Fevert gila yg tu. nanti nk cuba lagi lah pizza bru dominos nie

    ReplyDelete
  15. Malam malam dok lapar ni. Sekali tengok you dok pull beef pizza pulak. I lama tak makan dominos ni. Sejak badan dok setambun ni...kena la tunda niat nak makan pizza. iks isk isk

    ReplyDelete
  16. sedapnya dominos ni..tengok cara makan pun kita dah terliur..dominos memang feveret kita dan keluarga ..selalu kalau makan pizza mmg dominos sentiasa menjadi pilihan utama..tapi yg varian pizza dominos ni mmg nampak sedap giler

    ReplyDelete
  17. oh wow the pizzas look really delicious. The price is so good too. I must order it soon to enjoy with my whole family.

    ReplyDelete
  18. domino mmg sedap..best n berbaloi promo baru ni..nanti nak order la set combo tu..t

    ReplyDelete
  19. Dah lama tak jadi makan Dominos pizza, gonna order this weekend and enjoy a fun day lazing at home with my family instead of heading out.

    ReplyDelete
  20. lama dah tak amkan dominos..nampaksedap ni..boleh cuba..tapi kita suka yang pizza pedas..depan ruamh ada kedai dominos..nanti nak pergi rasa la..

    ReplyDelete
  21. Mmg sedap dominos pulled meat ni.. liez sampai lepas launched tu kami pergi ke dominos batu caves ulang beli lagi sebab nak bagi family rasa pulak.. memang pedas tapi sedap.. qaseh, niyaz pun layan makan walaupun mulut duka mintak air

    ReplyDelete
  22. Sedapnyaa..
    Terliur pulak kita tengok pepagi ni.
    Nak makan dominos, kat mersing ni takde cawangan..
    Hello dominos.. Meh la bukak cawangan seketul kat mersing ni..
    Orang mersing nak makan piza dominos ni haaa..

    ReplyDelete
  23. Woww nampak menarik. Emi sebenarnya dah lama tak ke domino's pizza. nampak gayanya macam nak kena cuba ni.

    ReplyDelete
  24. Astaga. Dah terliur jadinya Rawlins terkenangkan menu kat Domino's. Agaknya betul la Domino's nie pakai pelaris kan. Ustaz, tolong semak diorang nie hehe

    ReplyDelete
  25. Fuhh smpi ketagih ni..Dominos ada letak pa pe ke tu hehe..tp nmpk macam sedap betul pizza baru no. Nanti nk kena cuba gak

    ReplyDelete
  26. Pehhh. Pagi-pagi terbaca entry ni pulakkk. Gambar close up kak Ana tu memang mengancam habis hahahah. Sedapnya ya Allah. Kang kejap lagi Nad pulak yang ketagih sekali hahah.

    ReplyDelete
  27. Tengok gambar pun dah ketagih nie.. mcm mana.. hehe

    ReplyDelete
  28. Apa sahaja yang dominos keluarkan. Pastu sedap dan kami sekeluarga suka. Hehe. Nanti nak cuba yang ni. Domino's bawah rumah je. Haha. Terjebakkk

    ReplyDelete
  29. Oj tgk tgh2 malam mcm ni terus telan ailio dik oiii. .akak dah la kt hotel kt koh lipe ni.. Mana nak cari makanan ni.. Udah la lapaqqqq. .uhukkk

    ReplyDelete
  30. Fuhh sedapnya nampak dominos yang baru ni, okay petang nanti nak try. Hahah!

    ReplyDelete
  31. Hmmm...sedapnya firstly pulled beef yg memang kak suka makan, dominos memang selalu ada perisa vary,dah mkn mmg sedap giler..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.