Macam Ni Rupanya Rasa Sarang Madu Lebah Shuib Bee Factory Yang Viral Tu


Macam Ni Rupanya Rasa Sarang Madu Lebah Shuib Bee Factory Yang Viral Tu | Assalamualaikum. Siapa pernah makan sarang madu lebah? Ana first time makan baru-baru ni angkara terjebak dengan satu video ASMR tengah makan sarang madu tu. Tak tunggu lama malam tu juga Ana order. Keesokkannya terus dapat sebab COD kan. Bila rasa baru tau Macam Ni Rupanya Rasa Sarang Madu Lebah Shuib Bee Factory Yang Viral Tu.
Sarang Madu Lebah Shuib Bee Factory
Sarang Madu Lebah Shuib Bee Factory 
Macam Ni Rupanya Rasa Sarang Madu Lebah Shuib Bee Factory Yang Viral Tu

Kalau yang ada IG mesti korang pernah tengok video Siti Sarah makan sarang lebah ni kan. Kemain tau cara dia makan. Macam sedap sangat nampaknya. Sampai kan kita yang tengok ni telan air liur ok. Pandai dia buat marketing. 

Berbalik pada cerita asal. Sedap ke sarang madu lebah ni?? Apa rasa dia? Nak tau korang tengok lah video dekat bawah ni.
Sebenarnya rasa madu sarang lebah ni lebih kurang sama je madu yang lain. Cuma rasa madu dari sarang lebah Shuib Bee Factory ni tidak terlalu manis seperti yang kita bayangkan. Dalam rasa manis tu ada juga rasa macam asid asid sikit tapi tak terlalu kuat. Masih boleh diterima tekak.

Rasa madu kita dah tau. Apa pula rasa sarang lebah tu? Boleh ke telan?  Tu antara soalan yang ramai orang tanya bila Ana post di FB.
Sarang Madu Lebah Shuib Bee Factory
Sarang Madu Lebah Shuib Bee Factory 
Ni Ana share gambar close up sarang madu lebah. Nampak suci murni je warna putih bahagian atas tu kan. Nampak soft sangat.
Sarang Madu Lebah Shuib Bee Factory
Sarang Madu Lebah Shuib Bee Factory 
Sarang lebah tu takde rasa sebenarnya. Bila kita makan, kita akan rasa madu sesaja. Cuma tekstur dia pada awalnya lembut tapi lama kelamaan bila kita kunyah dia jadi semakin kenyal. Macam makan gula-gula getah pun ada. Last sekali bila dan rasa tak boleh nak kunyah lagi, buang je lah. Tak kan nak telan pula kan.
Sarang Madu Lebah Shuib Bee Factory
Sarang Madu Lebah Shuib Bee Factory 
Sebab punya asyik dok kunyah sarang madu tu, sedar sedar dah separuh kotak Ana dengan Syafi ratah. Rasa addicted pula. Geram je tengok madu yang meleleh leleh bila kita pegang sarang lebah tu.

Bila dah banyak makan mula terasa perit tekak. Ye lah madu tu kan bersifat panas. Cepat cepat  kitorang minum air lepas tu. Lega terus. Tapi lepas tu sambung lagi makan. Haha.

Fakta atau Auta

Oh ya cakap pasal madu, ada beberapa info menarik Ana nak share dengan korang. Ada yang Ana pernah dengar dan ada yang baru Ana tau. Korang macam mana pulak?

1. Madu asli sebenarnya tidak mempunyai tarikh luput kerana ia tidak akan rosak. Jadi ia tidak perlu disimpan dalam peti sejuk. Untuk mengekalkan rasa dan kualiti madu, letakkannya di tempat yang tidak terdedah kepada haba.

2. Madu sebaiknya disimpan dalam peti ais (bahagian bawah) atau suhu bilik (jika telah dibuang airnya). Ini kerana madu mengandungi enzim dan akan rosak jika terdedah pada suhu tinggi. Molekul madu contohnya karbohidrat akan berubah kepada hydroxymethylfurfural jika didedahkan pada suhu tinggi seperti dimasak atas dapur atau diletakkan dalam bonet kereta pada suhu panas.

3. ‬Takde madu dalam dunia ni yang takde kandungan gula. Ada je gula tapi bukan macam gula pasir tu. Gula yang ada dalam madu dikenali dengan nama saitifiknya iaitu fruktosa / glukosa / sukrosa / maltosa & yang sewaktu dengannya merupakan gula daripada nectar atau manisan ‘dew’ bunga / daun / tunas / pokok.

4. Kerana gula madu asli dihasilkan dari nectar yang bersifat manis, madu asli juga akan dihurungi semut. Cuma ada sesetengah madu tak kan dihurungi semut kerana mempunyai tahap gas dan asid yang tinggi.

5. Madu lebah mempunyai kesan penyembuhan yang hebat. Ini kerana lebah-lebah akan bekerja mengumpulkan nektar berpandukan wahyu Allah. Haiwan kecil ini menggunakan laluan pergi dan balik seperti yang Allah arahkan. Ratu lebah akan menentukan kualiti setiap nektar yang masuk ke sarang lebah. Hanya nektar yang terbaik saja yang dibenarkan.

Ok lah tu je Ana nak share hari ni. Nanti Ana nak share pulak lah kebaikan kita memakan salah satu makanan sunnah ni. Mesti korang pun tau kan. So jumpa dalam entri akan datang. Selamat bermadu Shuib bee factory korang. =)
Macam Ni Rupanya Rasa Sarang Madu Lebah Shuib Bee Factory Yang Viral Tu Reviewed by Ana Suhana on December 05, 2018 Rating: 5

20 comments:

  1. Teringin juga nak mencuba...wangi tak kak...madu asli ni ada aroma yang tersendiri.Salah satu makanan sunnah..batul cara makannya insyaAllah menjadi ubat dan penyembuh..silap pengambilannya hanya dapat nikmat rasanya.Geram tengok bersarang-sarang tu..

    ReplyDelete
  2. tu la tgk video ana mkn sarang madu tu...mmg sebelum tu pernh tgk gk kt ig sarah mkn...hah gaya mkn mcm di telan lps tu kn tp yg benarnya kena buang la kn hehe

    ReplyDelete
  3. akk xpernah try. selalu makan cadbury choc honeycomb je !

    ReplyDelete
  4. Menarik...mcm nampak fresh bila sarang madu pun ikut sekali kan..hehe

    ReplyDelete
  5. Madu ini antara yang wajib ada dirumah.. banyak khasiatnya.. Yang jenis bersarang nie sha tak pernah beli dan cuba..

    ReplyDelete
  6. aduhhhh...sedap ni...nak cari juga lah nnt..

    ReplyDelete
  7. wah sedap tu, nampak la fresh dia

    ReplyDelete
  8. Terus terasa kemanisan madu tu kat tekak...

    ReplyDelete
  9. adduuuu...nampak sedap pulak sarang madu tu...rasa nak mencuba pulak

    ReplyDelete
  10. Selalu tengok video siti sarah n shuib duk makan terliur gak tengok hahahah.. Cik Ash x berapa suka makan madu hihihi.. X boleh telan

    ReplyDelete
  11. sedapnya especially bila tgh siti sarah dalam video makan madu ni

    ReplyDelete
  12. betul ke makan sarang madu lebah ni bole cantikkan kulit?

    ReplyDelete
  13. Teringin pulak nak try lepas tengok gambar kak Ana tu. Heheh. Sedapnya nampak.

    ReplyDelete
  14. Dah pernah rasa... sedap sekali! sarangnya last sekali kena buang sebab macam gula getah tak boleh hadam..

    ReplyDelete
  15. Oo..kira mmacam gula2 getahlah sarangnya tu ye. Sebenarnya tak pernah makan pun lagi madu lebah ni. Tengok je sebelumnya pun

    ReplyDelete
  16. Lama dah rabia tak minum madu..Tapi rabia tak pernah rasa lagi sarang madu lebah shuib bee factory ni kak

    ReplyDelete
  17. Pernah juga rasa sarang madu lebah dulu, tp tak pernah rasa Shuib Bee factory ni. Nak try jugak nanti sbb nampak menyelerakan.. saya mmg penggemar madu dan sarang lebah hehe.

    ReplyDelete
  18. Yang saya tau, biasanya produk madu macam ni adalah dari lebah yang dipelihara dalam sangkar(jaring) & di beri makan gula. Kalau macam tu, madu tersebut ada khasiat dari lebah, tapi tiada khasiat dari nectar bunga-bungaan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye madu ni dari lebah yang dipelihara. Tp setahu saya, dorang bg makan nectar bunga-bungaana tu. Itu yang diberi tahu kepada saya.

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.