Kembara Thailand : The Bridge on The River Kwai dan Bamboo Rafting


Kembara Thailand : The Bridge on The River Kwai | Assalamualaikum. Kalau sebut nama. Wilayah Kanchanaburi ni, banyak sebenarnya tempat-tempat menarik yang korang boleh lawat. Antaranya ialah The Bridge on The River Kwai dan Bamboo Rafting yang Ana nak share hari ni.
The Bridge on The River Kwai  Kanchanaburi
The Bridge on The River Kwai Kanchanaburi
Kembara Thailand : The Bridge on The River Kwai dan Bamboo Rafting

Kenapa The Bridge on The River Kwai ni sangat popular? Sebabnya jambatan besi ni pernah dijadikan movie serta dibukukan sejarahnya pada tahun 1957. Lama dah kan. Dalam movie tu korang bolah saksikan sendiri keindahan dan kecantikan lembah wilayah Kanchanaburi ni.

Kalau korang nak tau jambatan ni merupakan sebahagian daripada landasan Death Railway Kanchanaburi yang dibina atas keringat dan darah tawanan perang dan hamba Asia semasa Perang Dunia Ke-2 (WWII) pada tahun 1942-1945. Ana dah cerita tentang sejarah pahit jambatan ni dalam entri sebelum ni. Korang boleh klik link Death Railway dekat atas ni.
The Bridge on The River Kwai  Kanchanaburi
The Bridge on The River Kwai Kanchanaburi
Semasa penguasaan Jepun, pada tarikh 28 November 1944, Allied Forces telah mengebom 3 bahagian jambatan besi ni menjadikan hanya ada 2 bahagian saja yang boleh digunakan sehingga kini. Dan bahagian yang tinggal tu kini menjadi tempat menarik tumpuan pelancong.
The Bridge on The River Kwai  Kanchanaburi
The Bridge on The River Kwai Kanchanaburi
The Bridge on The River Kwai  Kanchanaburi
The Bridge on The River Kwai Kanchanaburi
Dari atas jambatan kita boleh nampak pemandangan Sungai Kwai dan kawasan di sekitarnya.
The Bridge on The River Kwai  Kanchanaburi
The Bridge on The River Kwai Kanchanaburi
Macam Ana bagitau dekat atas tadi, jambatan besi ni masih lagi beroperasi sebagai laluan keretapi tempatan. Kebetulan masa Ana sampai sini, ada satu keretapi dari Bangkok tengah lalu.
The Bridge on The River Kwai  Kanchanaburi
The Bridge on The River Kwai Kanchanaburi
Kalau korang merancang untuk melawat wilayah Kanchanaburi ni pada bulan November, korang berpeluang untuk join Festival Jambatan Sungai Kwai yang di adakan untuk mengingati peristiwa pengeboman oleh Allied Forces. Terdapat pertunjukan cahaya dan bunyi yang menakjubkan dalam festival tersebut.
.
.
.
.
.
Masa lawatan satu hari di Kanchanaburi ni, Ana juga berkesempatan untuk merasa keterujaan menaiki rakit buluh di salah satu elephant camp di sini.

Baca juga : Erawan National Park Air Terjun Berwarna Hijau Zamrud

Aktiviti ni memakan masa lebih kurang 30 minit macam tu. Memula rakit kita akan ditarik dengan bot kecil sampai ke hujung sungai.
Bamboo Rafting Kanchanaburi
Bamboo Rafting Kanchanaburi
Bamboo Rafting Kanchanaburi
Bamboo Rafting Kanchanaburi
Kemudian untuk balik ke tempat mula tadi, rakit ni akan dikayuh secara manual oleh pekerja di camp ni. Teruja dan takut pada masa yang sama sebab air sungai di dalam ok. Dah lah warna air sungai pekat macam teh tarik ikat tepi. Haha. Selamat pakai life jacket. Rasa lah secure sikit.
Bamboo Rafting Kanchanaburi
Bamboo Rafting Kanchanaburi
Bamboo Rafting Kanchanaburi
Bamboo Rafting Kanchanaburi
Dekat elephant camp ni korang juga berpeluang untuk lakukan aktiviti seperti mandikan gajah, beri gajah makan dan juga menunggang gajah. Tapi sebab masa tak sempat, Ana sempat lambai gajah tu je. Haha.

Ok lah habis dah cerita aktiviti satu hari di wilayah Kanchanaburi ni.  So far Ana sempat buat 4 aktiviti je. Tu pun lebih dari cukup. Alhamdulillah. Dari wilayah Kanchanaburi, Ana meneruskan perjalanan ke Bangkok pula. Exictednya nak sampai Bangkok sebab ada aktivti paling Ana impikan di sana. Apa dia tu?  Nanti Ana sambung ye. Bye bye.




Kembara Thailand : The Bridge on The River Kwai dan Bamboo Rafting Reviewed by Ana Suhana on December 27, 2018 Rating: 5

13 comments:

  1. mak ai bamboo rafting tu macam seram je haha sha dah la berat :3 cantik gambar gambar kak ana, pakai phone ke camera?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala sha berapa sangat lah berat awak tu. Kukuh lah rakit ni. Dont worry. Hehe.
      Guna hp je sha. Then edit sikit. :)

      Delete
  2. Wah cantik la tempat ni, bila la agaknya dapat terjah

    ReplyDelete
  3. Klasikla keretaapi tu..siyes pemandangan cantik sangat

    ReplyDelete
  4. Bestnye dapat pengalaman menaiki rakit tu... Teruja pulak nak ke sana jugak

    ReplyDelete
  5. Wah.. bestnya berakit.. pengalaman yang ohsem..

    ReplyDelete
  6. Best dapat berjalan berkebetulan pula dalam sambutan karnival, mesti pengalaman unik dan tak dapat lupa kan..

    ReplyDelete
  7. best aktiviti air tapi Diah penakut..jadi trauma dulu kayak kat laut teruk hahahah

    ReplyDelete
  8. Pengalaman yg menarik.. sambil menikmati keindahan alam dan persekitaran yg cantik, dpt menyelami sejarah juga. Nampak tenang tempat ni.

    ReplyDelete
  9. Bestnyaaa ada pengalaman naik bamboo rafting. Nak kena masuk dalam wishlist jugak ni nampaknya jalan jalan dekat sana. Heheh

    ReplyDelete
  10. serius cantik kak ana.. back to nature. suasana sungai dia tuuu. sejuk mata tngok

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.