Kematian Yang Dicemburui Al-Fatihah Muhammad Adib Mohd Kassim
Kematian Yang Dicemburui Al-Fatihah Muhammad Adib Mohd Kassim | Assalamualaikum. Minggu ni minggu bersedih. Semua ni sebab kes kematian Muhammad Adib Mohd Kassim, seorang wira yang menyentuh hati ramai antara kita. Dan Ana pun turut terkesan dengan kehilangan arwah.
Kematian Yang Dicemburui Al-Fatihah Muhammad Adib Mohd Kassim
Seperti yang lain, Ana tak kenal pun arwah Adib. Hanya mengikuti kes arwah melalui berita di tv atau media sosial. Pertama kali dengar tentang kes ni, memang terperanjat. Mana taknya, seorang anggota bomba yang tengah bertugas untuk memadamkan kebakaran dari terus merebak, ditarik keluar dari kenderaan bomba dan dibelasah sehingga koma dan organ dalaman rosak teruk.
Selepas seminggu di masukkan ke IJN, arwah mula menunjukkan tindakbalas dekat orang sekeliling tapi masih belum boleh bercakap. 3-4 hari lepas tu arwah mula boleh berkomunikasi melalui menulis di papan putih. Seminggu lepas tu arwah kembali kritikal sehingga pada 17 Dec 2018 pada pukul 9.41 malam arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dan berita ini mengejutkan ramai orang.
Ana bila tau tentang kematian arwah, terus duduk depan tv keesokkan harinya untuk mengikuti perjalanan terakhir Muhammad Adib. Sebaknya hati bila tengok muka kedua-dua ibu bapa Adib. Betapa luluh hati mereka kan melihat anak yang disayangi pergi tanpa diduga. Tak tahu kenapa terasa dekat dengan arwah walau tak pernah kenal. Tengok raut wajah arwah rasa mendamaikan. Pelik kan?
Namun ada 1001 hikmah yang kita tak nampak sebenarnya. Kematian Adib merupakan kematian yang patut kita cemburu. Sebab ramai orang mendoakan Adib pada hari tu, ramai yang menyolatkan jenazah untuk Adib dan ramai yang mengiringi jenazah nya ke perkuburan. Terdetik dalam hati Ana, ada kah kematian kita akan ditangisi seperti kematian Adib? Tak tentu lagi kan.
Kampung yang tak pernah dikenali tetiba menjadi mahsyur kerana Adib. Penuh dengan puluhan ribu orang untuk memberi penghormatan terakhir. Besarnya Rahmat dan kasih sayang Allah. Adib yang langsung tidak dikenali semasa hidupnya, menjadi bualan bibir para ilmuan dan pemimpin semasa kematiannya. Dan kematiannya dikatakan sebagai mati syahid kerana sedang bertugas untuk menyelamatkan orang. AllahuAkbar.
Ana teringat ada satu kata ni. Nak tahu macam mana kehidupan seseorang tu tengok selepas kematiannya. Jika ramai yang berkata baik tentangnya, maka memang baiklah hidupnya di dunia ni. Rata-rata ahli keluarga dan rakan-rakan mengatakan arwah Adib seorang yang baik hati, pendiam, lebih banyak senyum dari bercakap, rajin ikut mak ayah ke masjid dan bertanggungjawab. Tak banyak karenah lah orang kata. Mulia kan sifat Adib?
Betul lah, orang yang baik sifatnya, Allah muliakan kehidupannya di dunia lagi. Semoga kesakitan yang dialami selama 3 minggu tu asbab Allah mengampunkan segala dosa-dosanya. Dan semoga kematian Adib menjadi asbab untuk kita terus berbuat baik dan menyedarkan hati-hati yang alpa. InsyaAllah.
Al-Fatihah untuk Muhammad Adib bin Asma. Semoga dicucuri rahmat ke atas rohmu dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin.
Al-Fatihah untuk Muhammad Adib bin Asma. Semoga dicucuri rahmat ke atas rohmu dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin.
Kematian Yang Dicemburui Al-Fatihah Muhammad Adib Mohd Kassim
Reviewed by Ana Suhana
on
December 21, 2018
Rating:
Semoga ditempatkan dikalangan org2 beriman..
ReplyDeleteOrang baik ini jelas nampaknya ketika kematiannya.. Allahu mati yang dicemburui.. Jadi terfikir agaknya diri nak pengakhiran yang macamana.. Hebatnyaa seluruh negara kita mendoakan.. ðŸ˜
ReplyDeleteTakziah buat keluarga arwah.. semoga rohnya ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.. Aamiin..
ReplyDeleteSalam takziah.. Zaza pun nangis jgk tgk berita dia.. Semoga ditempatkan dikalangan org beriman.
ReplyDeletealfatihah utk arwah...mmg pilu keluarganya..smoga mereka tabah hadapi dugaan ini
ReplyDeleteAl-Fatihah :) hero yang tak di dendang
ReplyDeleteal Fatihah buat arwah Adib
ReplyDeleteSesungguhnya dari Allah kita datang dan kepadaNYA kita kembali.
ReplyDeleteMasyaAllah mulianya perjalanan terakhir seorang yang syahid.
burung2 pun mengiringi pemergiannya....
ReplyDeleteSemoga arwah ditempatkan di jannatul firdaus. Pemergian yg mulia dan husnul katimah, inshaAllah.
ReplyDeletealfatihah.. dah ajalnya semoga dia dikalangan para syuhada.. sedih tgk gambar kad kahwin dan bakal isteris adib
ReplyDeleteAl-fatihah buat arwah Muhammad Adib. Memang sedih sangat berita ni. Semua rakyat Malaysia terkesan dengan pemergiannya. Dan semoga kita juga menjadi yang terbaik di kalangan terbaik.
ReplyDeleteEh! Kak Ana... Macam typo je tarikh tu.. Bukan 17 Disember ker? Akk tulis 17 Nov.
Bukan macam tapi memang typo. Hehe. Thank you leya for the correction :)
DeleteSedih sangat. Takziah kepada keluarga arwah.
ReplyDeletesebak baca pasal arwah.. hebat dia
ReplyDeleteAl Fatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat. Aamiin.
ReplyDeletealfatihah memang sebak baca kisah arwah ni
ReplyDelete