The Pines Melaka Dengan Kolam Renang Air Masin
The Pines Melaka Dengan Kolam Renang Air Masin | Assalamualaikum. Sebelum ni Ana ada share dekat blog tentang hotel pilihan utama Ana dekat Melaka ni iaitu Hotel Ramada Plaza. Tapi nampaknya sekarang hati Ana berbelah bagi sebab Ana dah jumpa hotel yang tak kurang hebatnya. Hotel apa tu?? Taraa... The Pines Melaka Dengan Kolam Renang Air Masin.
The Pines Melaka Dengan Kolam Renang Air Masin
Mesti korang tertarik dengan perkataan kolam renang air masin kan. Sama macam Ana masa memula check in dekat sini hari tu. Sound so interesting kan. Tak pernah dengar lagi tentang kolam renang air masin sebelum ni.
Tapi sebelum tu jom tengok bilik yang Ana stay selama 3 hari dekat sini. Bilik yang Ana booked ialah bilik Deluxe King Room dengan keluasan 495kp dengan harga RM320 semalam. Rasanya bilik ni antara bilik yang terbesar dalam banyak-banyak hotel yang ada dekat Melaka ni. Harga memang agak mahal berbanding hotel murah atau homestay tapi berbaloi sesekali stay di sini.
Luas kan? Siap ada ruang duduk yang selesa, meja study dan juga meja makan yang muat untuk 2-3 orang. Kabinet pun ada untuk letak makanan minuman yang kita bawa. Ni hotel ke-2 yang Ana stay ada sinki dekat luar tandas. Rasa lebih bersih lepas basuh tangan kan berbanding dari dalam tandas.
The Pines Melaka |
The Pines Melaka |
The Pines Melaka |
Bilik Luas Lengkap Dengan Kitchenette
Bab paling penting ialah tandas. Kalau tandas fail, keseluruhan akan fail. Tapi dekat The Pines Melaka ni semua tip top. Tandas bersih dan luas. Selesa sesangat. Berjam duduk dalam tu pun takpe. Hehe. Sebab itu ana prefer tinggal di hotel berbanding homestay. Kebersihannya lebih baik.
Room facilities macam hotel lain. Tv ada saluran basic Astro. Lepas tu ada safety deposit box dalam almari, minibar dalam almari kitchenette, tea & coffee, kettle dan toiletries.
The Pines Melaka |
Istimewanya bila duduk dekat hotel yang agak mahal ni korang akan rasa lebih privacy. Takde dengar bunyi-bunyi bising tu semua. Rasa tenang je. Nak tidur pun takde terganggu. Sesuai pada mereka yang nak relax dari kesibukan.
Untuk bilik Ana ni view menghadap sungai Melaka, Kampung Morten dan boleh nampak bandar Melaka dari jauh. Tiap pagi dengan malam mesti bersidai tepi tingkap layan view bandar sambil makan cekedis. Hehe.
The Pines Melaka |
Kolam renang ni ada 2 bahagian je. Satu untuk dewasa satu untuk kanak-kanak. Dua-dua kolam pun guna air masin aka air garam. Terasa macam mandi laut pulak. Hehe. The best thing tentang kolam air masin ni ialah tahap klorinnya adalah lebih rendah dan kulit tak rasa pedih bila berendam lama. Kalau matahari terik pun takde masalah sebab kolam orang dewasa terletak di tempat yang teduh. So tak lah sunburn kan.
The Pines Melaka |
The Pines Melaka |
The Pines Melaka 📷 : The Pines Melaka |
The Pines Melaka |
Overall memang Ana happy dah puas hati dapat stay dekat The Pines Melaka ni. Sekarang kalau diberi pilihan hotel The Pines Melaka akan jadi nombor satu. Servis cepat, staff friendly and helpful, lokasi berhampiran bandar, dekat dengan tempat makan dan mempunyai parkir bertingkat lengkap dengan CCTV. So keselematan kenderaan pun terjaga.
So korang yang nak rasa kelainan bila mandi kolam dengan anak-anak boleh lah cuba stay dekat The Pines Melaka ni. Happy staycation semua.
So korang yang nak rasa kelainan bila mandi kolam dengan anak-anak boleh lah cuba stay dekat The Pines Melaka ni. Happy staycation semua.
The Pines Melaka
33, Jalan Tun Sri Lanang
75100 Melaka
☎️ : (606) 240 2323
The Pines Melaka Dengan Kolam Renang Air Masin
Reviewed by Ana Suhana
on
October 01, 2019
Rating:
Menarik hotelnya.. boleh cuba nie..
ReplyDeleteadik akak pn dh stay sini..nice yg bilik trus ke pool tu tp tula tgk rege bole tahan juga...oh pool die air masin ek
ReplyDeletehotel cantik, besar dan harga berpatutan ni. Akk setahun sekali je pi Melaka. jarang ke Melaka..nt boleh try hotel ini kalau ke Melaka lg
ReplyDeleteBest giler kalau bilik sendiri macam tu ha...
ReplyDeleteNi kira hotel baru dekat Melaka ke?
ReplyDeletecantiknya ana....mesti mahal ni kan...
ReplyDeleteMenarik jugak... kalau ada kesempatan, boleh la menginap disini pulak...🤗
ReplyDeletedah lama saya duk usha hotel ni tapi sampai ke harini masih belum berkesempatan nak stay kat sini. btw, thank you buat review ni, at least saya dapat gambaran tentang hotel ni dulu sebelum pergi
ReplyDeletewow bestnya hotel ni. Ingatkan apartment tadi sebab luasnya dalam bilik tu. Design moden, kemas tersusun. Pool air masin tu memang unik. First time dengar. Kalau ke Melaka nak cuba hotel ni.
ReplyDeleteSeronoknya dapat mandi manda pool. Ada playground lagi. Bestnya.
ReplyDeleteRare sangat swimming pool air masin ni takdelah rasa klorin ya
ReplyDeleteJu dtg blogwalking ! dah lama tak singgah sini =D bestnya dpt mginap dekat sini, pertama kali juga ju dgr air kolam air masin ni, lagi-lagi bila hotel yang sediakan =D menarik !
ReplyDeleteBerapa total kos menginap kat sini. Nak tahu jugak pakej. Hehe.. bab kolam renang tu mcm best je.. sbb xminat tlalu rasa klorin ni. Budak2 kan sensitif.
ReplyDeleteBilik ni harga rm320 semalam sebab weekend sis. Maybe weekdays lagi murah.
Deletelama plan nak checkin sini.. tapi takde masa hahah.. membusy akhir2 ni
ReplyDeleteMmg menarik hotel ni. Bilik pun selesa dan kolam renang air masin tu mmg tarikan.. bagus juga utk merawat kesihatan kulit. Mmg best! :)
ReplyDeletebestnye kolam renang tu.. suka sangat kalau dapat kolam renang macam tu.. tak pernah pulak tau kolam macam ni ada yang air masin, bilik dapat selesa juga :)
ReplyDeleteAik... Dah lama jugak tak blk Melaka. Tak perasan pulak Hotel ni.. Okay.. Nanti boleh lah sesaja ajak Otomen bermalam di sini..hehe..
ReplyDeletecantiknya! siap ada swimming pool tu
ReplyDeleteMaaf nak tanya..berapa rate Ana duduk hari tu :D
ReplyDeleteHi sis. Ana pergi on weekend so harga RM320 semalam. Tapi ada bilik yang biasa which is lagi murah dan berbaloi juga untuk stay.
DeleteMemang menarik dan best hotel ni
ReplyDeletewah menarik ni. takla pedih mata kalau menyelam sambil buka mata kan.
ReplyDeletelagi satu bestnya dia sediakan saluran tv tu. tak banyak hotel sediakan senarai saluran tv...kita kena cari sendiri
cantiknya hotel diaaa.. suka! swimming pool tu yg aummm. hehe
ReplyDeleteHi, boleh tahu tak harga utk deposit masa nak check in?
ReplyDeleteMasa saya check in sana xde kena letak deposit. Kadang hotel ni tgk juga kita booking thru apa. Mcm saya guna agoda so far takde kena deposit.
Delete