Singgah Lunch di Nasi Bamboo Sungai Klah Sungkai Perak
Singgah Lunch di Nasi Bamboo Sungai Klah Sungkai Perak | Assalamualaikum. Ada yang dah sampai dekat restoran yang pernah viral 2 lepas ni? Tapi kan walau dah 2 tahun viral tapi sampai ke hari ni orang tak putus-putus makan dekat sini. Sedap sangat ke? Moh ler kita Singgah Lunch di Nasi Bamboo Sungai Klah Sungkai Perak ni.
Singgah Lunch di Nasi Bamboo Sungai Klah Sungkai Perak
Sebelum terlupa Ana nak ucap tahniah pada team bola sepak Perak atas kejayaan menjadi juara Piala Malaysia 2018. Pada yang tewas takpe, banyak tahun boleh saing lagi. Ana sokong siapa? Bak kata Syafi kita sokong Sungai Tua je. Haha.
Bila sebut tempat makan popular di Perak, Nasi Bamboo Sungai Klah Sungkai Perak sure akan ada dalam senarai. Dan kebanyakan pelanggannya Ana tengok rider motor yang berkonvoi. Sama macam gerai lemang Tok Ki di Bentong. Cuka bezanya dekat sini lebih luas dan selesa. Parking kereta pun luas.
Ana Singgah Lunch di Nasi Bamboo Sungai Klah Sungkai Perak lepas check out dari Marina Island Pangkor Resort & Hotel tempoh hari. Memandangkan hari tu hari bekerja so orang tak berapa ramai. Plan asal nak makan dekat RnR je tapi sebab waze tunjuk jalan ke arah restoran ni, rugi pula tak cuba kan. Ayah pun kata nak makan lauk kampung so memang kena sangat lah.
Pada yang first time datang sini, dekat sini mengamalkan konsep layan diri. Masuk je dalam restoran ni, korang akan nampak banyak kaunter makanan yang ada. Tapi ada 3 kaunter utama iaitu kaunter nasi, lauk pauk dan makanan berbakar. Setiap kaunter berasingan dengan yang lain dan bayar terus di kaunter tersebut.
Ok ni kaunter nasi. Ada 3 jenis nasi yang korang boleh pilih; nasi buluh, nasi panggung dan nasi panggang serunding. Harga nasi bermula dari RM2 - RM3. Murah lah juga. Hari tu Ana order nasi buluh je.
Kaunter bakar terletak di belah kanan korang. Ada macam-macam menu berbakar yang ada seperti ayam bakar, ikan bakar, sotong bakar, kambing bakar semua jenis makanan berbakar ada lah.
Untuk menu berbakar Ana order ikan pari, kambing, ikan kembung dan ayam. Untuk menu berbakar ni ada air asam dengan sambal cili kicap disediakan sekali. So far semua yang berbakar tu sedap terutama ikan pari dia. Kambing pun sedap juga. Ana prefer cicah dengan sambal cili kicap tu dari air asam. Sampai menjilat jari u olls. Licin sambal tu kitorang bedal.
Kaunter lauk pauk kampung pula dekat sebelah kiri kaunter nasi bamboo. Ada banyak lauk tau korang. Dari pelbagai macam menu kerabu sampai lah ke lauk berkuah semua ada. Pilih je mana yang korang nak dan masukkan ke dalam mangkuk-mangkuk yang disediakan.
Untuk lauk pauk kitorang order a few menu je. Antaranya ialah berlada terung, kerabu pucuk paku, sambal tempe, kangkung sambal belacan dan kerabu daun selom.
So far semua pauk dekat Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah ni sedap dan kena dengan selera Ana sekeluarga. Alhamdulillah. Harga pun berpatutan. No wonder lah ramai yang singgah makan dekat sini. Kerusi meja pun banyak. Tak gaduh lah. Kemudahan seperti tandas dan surau pun disediakan dengan sempurna.
Cuma kalau datang hujung minggu harapnya mohon bertabah sebab ramai yal mat. Tapi dengar citer walau ramai tapi masa beratur agak cepat. Adik Ana pun kata yang sama. So boleh lah korang cuba hujung minggu nanti ye. Selamat mencuba dan menjamu selera.
Nasi Bamboo Sungai Klah
Kampung Buluh Telur
35600 Sungkai
Perak
Waktu Operasi :
10.30 pagi - 6 petang
Tutup - JUMAAT
Singgah Lunch di Nasi Bamboo Sungai Klah Sungkai Perak
Reviewed by Ana Suhana
on
November 08, 2018
Rating:
nampak sedap (^_^)
ReplyDeletekmpong mil ni ana.. baru je blik sungkai ari tu.. hahha
ReplyDeletepernh singgah masa pi ipoh lastyear...mmg rmi org tp laju Q nya so tkyah risau..makanan pn byk pilihan..byk juga menu ana tu..
ReplyDeleteSedap..puas hati..cepat...cuma kena sabar nak cari tempat duduk bila betul2 tengah ramai orang..
ReplyDeletenampak sedap...nanti nak cuba
ReplyDeleteAdui malu kinah kak ana. Padahal banyak kali dah lalu bila nak balik kampung. Kinah asal nak pergi je ramai orang. Penuh je sentiasa. Takpela next time nak jugak merasa nasi buluh tu heheh
ReplyDeletehuiii sedapnya...bila la gamaknya boleh try
ReplyDeleteWahh sedap2. Mlm ni dh plan x nak mkn tpi tgk blog ana ni trus kroooch2 dlm perut 😁
ReplyDeleteAlahai laparnya tengok basil Tu ana..
ReplyDeletewah sedapnya :D
ReplyDeleteTeringinnya nak pegi. Hari tu konon nak makan ramai-ramai (family day) tapi tutup plak.
ReplyDeletesemua pun nampak sedap2
ReplyDeleteMyra | The Grey Lines Between
Tak pernah lagi sampai sini. Aduh!! Kerabu dia nampak sedap sangat. Mesti sedap makan dengan nasi buluh tu kan.
ReplyDeleteTak pernah sampai lagi..
ReplyDeleteDekat dah dengan tempat sha.. Pilihan lauk kampung dia memang ohsem.. Terutama sekali kerabu.. memang best..
ReplyDeleteMemang best makan-makan kat sini... antara menu yang rare Ayam Bakar Bunian... ��
ReplyDeleteCheck IT here... Nasi Bamboo Sungai Klah
Fuhh mmg terbuka selera tengok ni.. mmg patut singgah ke sinilah juga nanti. Thanks sharing Ana :)
ReplyDeletePernah gak singgah sekali dulu tp tak jadi makan sebab masa tu belum bukak ke apa tak ingat...ke orang ramai...
ReplyDeleteTu dia banyak jenis kerabu nampaknya tu ye Ana. Membuka selera sungguh tu
Nampak sedap.. Boleh try makan dekat sini nanti. Banyak juga menu pilihan
ReplyDeletebusyra tringin nak kesini. tp belum kesampaian. hehe. sedapnyaaaa!
ReplyDeleteThe bamboo unquestionably stands head and shoulders over every single different grass. Bamboo
ReplyDelete